Kawan-kawan seperjuangan sekalian,
Saya, entah kenapa, telah terperangkap dalam stau perbualan yang sangat panjang bersama seorang gadis.
Di sini, saya nukilkan kembali perbualan tersebut. Saya memohon maaf kerana perbualan tersebut tidak berstruktur dan agak kucar kacir. Saya menghargai masa yang tuan/puan habiskan untuk membaca perbualan saya yang agak panjang ini yang saya sediakan dalam dua posting berbeza.
Puan A: Minta maaf yer saudara sder, kenapa PAS seakan
menyokong Syiah? Tidakkah Syiah ini musibah bagi umat Islam di Malaysia?
Sder: Puan, sebenarnya tiada siapa yang menyokong Syiah. PAS
menyokong usaha kerajaan 100% untuk membenteras Syiah. Cuma jangan
politikkanya. Jika benar UMNO (melalui jentera kerajaan) punyai bukti
penglibatan Saudara Mat Sabu dalam kegiatan Syiah, maka heret dia dan dakwa di
di Mahkamah, jangan dipolitikkan untuk mengaut keuntungan politik. Itu pertama.
Keduanya, Syiah ni isunya adalah insan-insan yang fanatic
berugama. Syiah tidak menolak ugama, malah SYiah taksub ugama. Cuma
kepercayaannya salah. Aqidahnya salah. Syiah berlainan dengan sekularisme.
Sekularisme tidak fanatic ugama. Sekularisme tidak taksub ugama. Tetapi
Sekularisme memusuhi ugama. Sekularisme sesat kerana mereka menolak ugama.
Syiah sesat dalam kerangka ugama sedangkan sekularisme sesat di luar kerangka
ugama.
Puan A: Eh eh sekejap. Syiah lebih merbahaya dari
Sekularisme. Siapa kata sekularisme tolak ugama? Sekularisme tidak pernah
menolak ugama! Itu fakta. Sekularisme benarkan kita solat berjamaah,
sekularisme tidak pernah menghalang kita dari menunaikan Haji mengikut aqidah Ahlus
Sunnah Wal Jamaah. Sekularisme tidak memusuhi Ugama! Tapi Syiah memusuhi ajaran
Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Cara mereka solat berlainan, cara mereka Haji
berlainan.
Sder: Puan kena faham apa itu Islam, baru puan akan faham
kenapa saya berkata Sekularisme memusuhi ugama. Syiah tidak memusuhi ugama,
Cuma mereka taksub ugama. Mereka “geng ugama” yang sesat. Sekularisme bukan
“geng ugama”. Apabila saya berkata “sekularisme memusuhi ugama”, saya bermaksud
sekularisme memusuhi Islam. Lantas, kita
kena faham pula, apa itu Islam? Sekularisme tidak memusuhi ugama dalam erti
kata bab ibadah sepertimana ajaran kristien. Ajaran Kristien hanya mengandungi
system ibadah-pergi ke gereja pagi Ahad, sebarkan kasih sayang sesama manusia,
senyum, jaga hati, sucikan jiwa. Sekularisme tidak pernah memusuhi ajaran ugama
seperti ini. Bagi Islam pula, sekularisme tidak pernah memusuhi Islam dari segi
solatnya, hajinya, puasanya, aqiqahnya, kenduri kendaranya, musabaqah Al-Quran,
sekolah Tahfiznya. Malah sekularisme menggalakkan penubuhan masjid-masjid,
sekularisme memberi peruntukan untuk membina masjid-masjid yang moden dan
selesa. Sekularisme tidak pernah memusuhi Sistem Ibadah Islam. Habis tu, apa
yang sekularisme memusuhi? Malangnya bagi Puan A, Islam ini bukan semata-mata
terkandung system ibadah dan system munakahat semata-mata. Selain dari Sistem
ibadah (solat, puasa, Haji dan amalan-amalan ritual yang lain) Islam juga
mengandungi system perundangan, pendidikan, social, hiburan, ekonomi, dan
system-sistem hidup lain yang mencakupi segenap hal ehwal hidup manusia. Di
sini, sekuelarisme dengan tegas berkata “Wahai Islam, kami hadkan penglibatan
kamu setakat system ibadah dan system munakahat sahaja. Jangan campuri urusan
keduniaan kami seperti pengurusan ekonomi, perundangan, pendidikan, hiburan dan
lain-lain. Urusan keduaniaan seperti itu hendaklah diserahkan kepada kami untuk
menguruskannya”. Islam sehingga kiamat tidak akan dapat menerima hakikat ini.
Islam memerintah, bukan diperintah. Islam lead, others follow. Dalam konteks
inilah, sekularisme memusuhi ugama, iaitu kesyumulan ugama itu.
Puan A: Kamu bercakap seolah-olah Malaysia ni sebuah Negara
secular seperti di zaman Kamal At-Taturk di Turki dulu. Malaysia ni islamik.
Lihat, dalam bidang perundangan, kita ada Mahkamah Syariah. Dalam bidang
hiburan, kita ada Raihan & Rabbani. Malah kumpulan nasyid ni pernah
memenangi anugerah di pesta-pesta hiburan. Dalam bidang ekonomi, Malaysia
adalah the leading country in Islamic finance. Sukuk yang diterbitkan oleh
syarikat-syarikat berpengkalan di Malaysia berjumlah berbilion-bilion dollar
dan dijangka terus berkembang. Malaysia peneraju system kewangan Islam
antarabangsa. Kamu nak apa lagi? Tak Islam lagikah?
Sder: Puan, saya akui apa yang puan sebutkan tersebut
semuanya benar. Namun, terdapat 4 syarat yang telah ditetapkan untuk kita
perhalusi agar boleh diiktiraf sebagai sesuatu system tersbeut mewakili Islam.
4 Syarat berkenaan adalah:
a.
Syumul
b.
Perdana
c.
Fizikalnya nampak kelihatan islamiknya
d.
Rohnya juga islamik.
Syumul
Islam perlu syumul. Sifat Islam adalah syumul. Islam yang
dilaksana secara separuh-separuh adalah cacat. Islam yang dilaksanaa secara
terpilih adalah Islam yang tidak sempurna. Islam hanya oleh dilihat
kesmepurnaan dan keberkesanannya jika dilaksana secara menyeluruh. Saya bagi
satu contoh. Jika Puan A sakit demam, doctor akan berikan puan beberapa jenis
ubat. Ada ubat panadol, ubat batuk, ubat selsema dan antibiotic. Demam puan
hanya akan sembuh sepenuhnya jika kesleuruhan ubat dimakan dengan menyeluruh.
Jika Puan hanya memilih ubat-ubat tertentu sahaja untuk dimakan, demam puan
hanya akan reda sementara sahaja dan akan kembali semula. Ubat-ubat tersebut
adalah satu “pakej” yang perlu dimakan secara menyeluruh. Begitu juga dengan
Islam. Jika hanya Hudud dilaksana, tapi system muamalat Islam tidak dilaksana
dan Sistem hiburan masih lagi berpandukan hiburan hedonism, zina akan tetap
berlaku. Jika Hudud dilaksana, tapi system muamalat Islam (ekonomi) masih belum
dilaksana, kegiatan curi akan tetap berlaku. Ianya hendaklah dilaksana secara
menyeluruh, barulah kita akan rasai kesempurnaan Islam itu, sebagaimana ubat
yang diberikan oleh doctor tadi.
Perdana
Keseluruhan system hidup Islam tadi perlulah dilaksana dan
diangkat sebagai system perdana, bukan sebabagai system “alternative” atau
system pilihan. Puan mungkin berhujjah “Malaysia dah laksana banyak system
hidup Islam – kita ada system pondok (pendidikan), kita ada bank islam (system
ekonomi), kita ada industry nasyid yang pesat berkembang (Sistem hiburan),
pendek kata UMNO dah berusaha untuk syumulkan perlaksanaan Islam, Cuma step by
step lah, berikan kami masa dan sokongan”. Mungkin itu hujjah dari puan. Syarat
kedua adalah Perdana bermakna, perlaksanaan system hidup Islam tadi perlu
bersifat “main stream” atau aliran perdana. Contohnya, bila disebut Sekolah
Kebangsaan aliran Perdana, ia merujuk kepada sekolah-sekolah ugama yang
melaksana keseluruhan kurikulum ugama termasuk matapelajaran Tafsir dan Hadis.
Syarat ini menghendaki perlaksanaan system hidup Islam bukan sebagai system
tempelan atau menampung system perdana aliran secular sedia ada. Islam tidak
membenarkan Malaysia berkata “Tuan-tuan dan puan-puan, jika mahukan anak anda
bersekolah, kita punyai system pendidikan kebangsaan yang berteraskan material
berdasarkan pedagogi British, tapi kalau tuan-tuan mahukan anak-anak tuan
menjadi ustaz, kita juga ada sediakan system pendidikan ugama dan pondok pun
ada”. Siapa yang memberi lessen untuk Malaysia berkata sedemikian? Adakah kita
diberi pilihan oleh Allah untuk memilih samada mahukan system hidup Islam atau
bukan Islam?
Fizikal
Syarat ini diletakkan kerana terdapat suara-suara nakal
mendakwa sesetengah system hidup yang diamalkan oleh muslim sememangnya adalah
system hidup acuan Islam. Contohnya, system perundangan. Terdapat bukan sedikit
para nasionalis (dalam usaha mendapat pengaruh politik) mencanangkan bahawa
system perundangan sedia ada adalah system perundangan Islam, Cuma tidak
dinamakan dengan istilah “Hudud” dan ia dinamakan undang-undang sivil. Istilah
sahaja berbeza, tapi ianya sama. Hujjah sebegini tak boleh diterima kerana
fizikalnya tidak sama. Hudud menjatuhkan hukuman potong tangan sedangkan
undang-undang jinayah jatuhkan hukuman penjara. Samakah potong tangan dengan
penjara? Sudah tentu ia tidak sama. Jadi, syarat ketiga adalah ianya perlulah
sama dari segi fizikalnya atau menuruti tuntutan syariah.
Roh
Terdapat juga para nasionalis yang berhujjah berkenaan
takzir. Takzir menurut Islam adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas
kesalahan-kesalahan yang tidak terkandung di bawah jinayah Hudud. Jadi, hukuman
takzir adalah hukuman yang ditentukan oleh kebijaksanaan para hakim. Boleh jadi
hukumannya penjara, sebatan, atau selainnya. Para nasionalis berhujjah
“Undang-undang jenayah sedia adalah sebenarnya Takzir! Cuma istilahnya sahaja
ditukar kerana menurut kesesuaian kepelbagaian kaum. Kita ada hukuman penjara,
sebatan contohnya, itu adalah takzir, iaitu mengikut ketentuan hakim”.
Begitulah hujjah si nasionalis. Selama-lamanya hujjah tersebut tidak dapat
dipertahankan. Memang, mungkin hukuman Takzir dan civil law mungkin serupa,
namun ia tidak sama. Takzir, hukumannya punyai roh Islam, didasarkan dari
tuntutan ugama, sedangkan hukuman yang sama di bawah civil law didasarkan dari
system perundangan British ciptaan manusia. Rohnya kena bersadarkan dari Islam.
Analoginya begini. Katakana da dua hidangan ayam masak
merah. Kedua-dua hidangan tersbeut sama sedapnya, sama pedasnya, sama masinnya,
sama manisnya dan dimasak oleh chef yang sama. Cuma, satu hidangan berasal dari
ayam yang disembelih mengikut syariat Islam dan satu hidangan lagi merupakan
ayam yang mati dilanggar oleh kereta tanpa sempat disembelih mengikut syariat
Islam. Adakah kedua-dua hidangan tersebut sama walaupun rasanya adalah sama?
Puan A: Kamu ni kan, bercakap punyalah pandai. Ada-ada
sahaja syarat baru yang kamu letakkan. Apa lagi yang tak cukup di Malaysia ni?
Kita dapat solat, puasa, berqiyamuallail, menghafaz Al-Quran, dan banyak lagi
ibadah-ibadah lain. Apa lagi yang kamu nak? Kamu hanya nakkan PAS menang dan
berkuasa kan? Mengaku je lah, kamu takkan berpuas hati selagi PAS tak berkuasa.
Kamu akan bawakan pelbagai hujjah ugama hinggalah akhirnya dapat memenangkan
PAS. Eleh..
Sder: Puan kena faham apa itu PAS. Pas ni bukan parti
politik. Kena faham sungguh-sungguh fakta ini. PAS adalah GERAKAN ISLAM yang berpolitik. Matlamat utama
PAS adalah Islam yang syumul terlaksana, bukan kuasa. Matlamat ini hanya boleh
dicapai melalui dua cara:
a.
UMNO berubah dan melaksanakan segala tuntutan
Islam secara menyeluruh (dalam kes ini PAS akan sendirinya terbubar)
b.
PAS berpolitik dan bertarung dalam pilihanraya
dan menang dan melaksanakan Islam.
Puan A: Gerakan Islam? Adakah sifat Gerakan Islam memecah
belahkan perpaduan sesama muslim? Menyebarkan fitnah? Adakah itu cara Gerakan
Islam berpolitik? Piraaah! Dengan UMNO kemain bermusuhnya tapi dengan DAP wah
siap berpelukan lagi.
Sder: PAS ni sebuah Gerakan Islam. Tunjang utama Gerakan
Islam adalah dakwah. PAS jalankan tanggungjawab dakwah ini kepada semua, samada
UMNO, PKR atau DAP. Di mata PAS, UMNO-PKR-DAP ni adalah sama taraf.
Ketiga-tiganya menolak Islam sebagai satu cara hidup untuk mentadbir. PAS
memujuk-merayu-berpakat-menegah-menggertak-memarahi-bertahalluf-bermusuh, ini
semuanya kerana dakwah.
Puan A: Dakwah kamu kata? Sama taraf? Wei bodo, ko ingat aku
buta ke? Tengok cara PAS layan UMNO dan bandingkan cara PAS layan DAP. Double
Standard! Ptui!
Sder: Ya, ini semua dakwah. Dakwah ni ada banyak cara.
Dakwah bukan hanya dengan pujuk rayu, lembut, santun, hemah. Tapi dakwah juga
boleh beruslubkan keras, menegah, menggertak, melawan, memarahi. Sebenarnya
cara PAS melayan UMNO sama sahaja dengan cara PAS melayan DAP. Sejarah PAS
dengan UMNO ni dah lama sebenarnya. Dah lama. Saya ringkaskan sejarah dakwah
PAS terhadap UMNO seperti berikut:
Pada tahun 1950an, teknik dakwah PAS terhadap UMNO
berpendekatan lembut, berkawan, bersahabat, malah ada ramai ahli PAS yang juga
merupakan ahli UMNO. Jam 8.00 pagi mesyuarat ulama’ PAS, dan jam 10.00 pagi
mesyuarat di dewan yang sama bahagian UMNO.
Pada tahun 1960an pula, teknik dakwah PAS berubah dari
lembut kepada keras. PAS keluarkan pendapat yang tegas terhadap UMNO.
Pada tahun 1970an pula, teknik dakwah PAS kembali lembut,
malah Pas sertai UMNO untuk dakwah secara lebih dekat lagi.
Pada tahun 1980an teknik dakwah PAS berubah kepada tegas.
Amanat Haji Hadi, Peristiwa Memali merupakan beberapa contoh rentetan
pendekatan dakwah secara keras ini.
Pada tahun 1990an, semasa era arwah Ustaz Fadzil, teknik
dakwah PAS kembali kepada teknik menasihati. Pas bersahabat baik dengan UMNO
ditambah pula dengan hubungan baik Arwah Ustaz Fadzil dengan Saudara Anwar
Ibrahim sebagai Timbalan Presiden UMNO pada masa itu.
Pada era tahun-tahun 2000, teknik dakwah PAS kembali kepada
pendekatan menasihati secara keras, menyertai Pakatan Rakyat.
Jadi, layanan PAS kepada DAP/PKR adalah sama sepertimana
layanan PAS terhadap UMNO. Di peringkat permulaan perkenalan, layanan PAS
terhadap UMNO adalah lembut dan bersahabat, sama seperti layanan PAS di
peringkat permulaan kepada DAP/PKR.
Puan A, lihat, ini fakta sejarah. Apabila PAS gagal
mendakwahi UMNO untuk berubah, salahkah PAS ingin mencuba mendakwahi PKR pula?
PKR ni seolah-olah budak baru yang baru berpindah ke kampong
PAS. Sebelum tu, PAS berkawan rapat dengan UMNO. UMNO ni anak orang kaya yang
mana cara hidupnya bercampur baur antara Islam dan cara hidup barat. PAS selama
bertahun-tahun merapati UMNO untuk menasihatinya agar berubah. UMNO ni, berubah
iktu masa. Time nak pilihanraya, dia berubah baik dan kemudian balik kepada
asal semula. Tiba-tiba datanglah seorang budak baru ke kampong kita bernama
PKR. PAS tak kenal PKR, mungkin dia baik mungkin dia jahat. Tapi PAS terus
bersangka baik kerana PAS ni orang dakwah. Dia dakwah siapa sahaja manusia yang
mahukan kebenaran. Adilkah UMNO memarahi PAS bila PAS berpaling kepada PKR
pula?
Puan A: Tak salah dakwah, tapi kenapa begitu sekali bermusuh
dengan UMNO seperti tiada ruang langsung dan ingin meludah pula usaha untuk
kembali merapatkan saf bangsa melayu antara PAS dan UMNO.
Sder: Pintu perpaduan sentiasa terbuka, 25 jam sehari.
Banyak kali diucapkan oleh Ustaz Hadi sebagai Presiden PAS. PAS sebagai sebuah
Gerakan Islam tak mungkin menolak usaha perpaduan.
Puan A: Kenapa Tok Guru Nik Aziz kamu mahu ludah sesiapa
yang berusaha untuk menyatupadukan PAS dan UMNO?
Sder: Kerana usaha perpaduan itu didasarkan diatas ideology
kebangsaaan. Tak mungkin Gerakan Islam akan menerima syarat tersebut. Jika
Gerakan Islam menerima perpaduan atas dasar ideology kebangsaan, ianya seolah-olah
Gerakan Islam menggadaikan kesemua perjuangannya dan melucutkan gelaran
“Gerakan Islam” dari dirinya. Perpaduan amat dialu-alukan, tapi mestilah
didasarkan di atas asas aqidah, bukan bangsa. Hal ini telah banyak saya ulas di
dalam blog saya sebelum ini.
……….(bersambung)