Friday, January 25, 2013

Program Transformasi

Teman-teman yang senantiasa saya ingati,

Kebelakangan ini, kita selalu mendengat tentang Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP). GTP penting kerana ia menyentuh asas-asas ekonomi negara. ETP pula penting untuk melonjak sektor ekonomi ke rantaian nilai yang lebih tinggi. Ini semuanya telah kita dengar berkali-kali di dalam banyak forum dan platform lain.

Selain dari dua transformasi ini, Malaysia sebenarnya memerlukan satu lagi transformasi yang tidak kurang pentingnya (atau lebih penting!). Transformasi yang saya maksudkan adalah transformasi sosial. Apa itu transformasi sosial?

Transformasi sosial adalah transformasi masyarakat sivil menuju sebuah masyarakat yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi, terbuka pemikiran, berdaya intelek, dan mempunyai jiwa yang besar. Transformasi sosial amat penting kerana ETP dan GTP hanyalah penyediaan prasarana, sedangkan Transformasi Sosial adalah berkaitan dengan proses kemahiran pelaku. Saya bagi contoh begini - ETP dan GTP adalah proses penyediaan kereta yang berprestasi tinggi, tapi transformasi sosial pula adalah berkenaan dengan penyediaan pemandu yang mahir dan cekap. Tanpa pemandu yang cekap, walau sehebatmanapun kereta tersebut, pasti kita akan ketinggalan jua.

Situasi sekarang di negara kita, proses transformasi ini masih kurang, walaupun ada usaha terpuji pihak kerajaan. Ya, AUKU telah dipinda, ISA telah dipinda, dan ruang kebebasan akhbar telah sedikit sebanyak terbuka. Namun, ianya masih belum mencukupi. Minda masyarakat masih lagi terjajah dengan berita atau fakta yang diseleweng dengan sengaja untuk membentuk persepsi awam, tanpa memberi peluang masyarakat untuk berfikir. Dan jika ada segolongan yang berfikir, mereka akan ditakluk oleh beberapa akta yang mencengkam yang menghalang perdebatan terbuka untuk meneroka ilmu. Ini perlu diubah.

Transformasi Sosial amat penting dalam penyediaan masyarakat menuju kepada status negara maju. Transformasi sosial ini akan memberi pentas yang terbuka yang berasaskan meritokrasi. Dasar-dasar yang liberal dan terbuka akan menggalakkan inovasi dan kreativiti dan memberi keuntungan kepada ekonomi negara.

Sunday, January 20, 2013

Pentarbiyahan Golongan Yang Dijinakkan Hati Mereka

Teman-teman sekalian,

Menyambung tulisan saya sebelum ini berkenaan pandangan sesetengah ahli PAS sendiri yang agak kritikal terhadap strrategi PAS untuk bertahalluf Siasi dengan PR, saya ingin menyambung sedikit lagi pandangan saya mengenai polemic tersebut.
Sesungguhnya pandangan golongan yang kritikal terhadap strategi PAS untuk bertahalluf dengan PR adalah dipengaruhi oleh sikap sesetengah pendokong ta’asub PAS. PAS telah mengambil keputusan untuk bertahalluf dengan DAP dan berpakat dengan PKR melawan UMNO dalam pentas politik Negara. Pada masa yang sama, terdapat sesetengah pendokong PAS di kampong-kampung di Kelantan (yang sememangnya terkenal dengan sikap gedebe mereka) bersikap sangat keras dan menjadikan UMNO sebagai musuh, samada musuh batang tubuh dan musuh idelogi juga. Ini sebenarnya tiada kaitan dengan PAS, tetapi ada kaitan dengan sikap dan genetic orang Kelantan itu sendiri yang keras dalam bermusuh.

Lantas, melihat gelagat keras pendokong-pendokong ta’asub PAS dari kampong-kampung di Kelantan terhadap UMNO, terdapat segelintir ahli PAS yang menolak Tahalluf. Mereka berpendapat, UMNO itu muslim, DAP itu kafir, mengapa UMNO dilayan secara keras dan dihina sebegitu rupa dan sebaliknya DAP itu kafir mengapa dimenangkan segala tindak tanduk mereka? Lantas dilampirkan segala hadis Nabi berkenaan keutamaan menjaga ukhuwwah sesame muslim, keutamaan muslim berbanding golongan kafir, dan seterusnya. Mereka berkata sedemikian seolah-olah apabila PAS tidak bertalluf dengan BN, maka tamatlah sebarang hubungan Pas dan UMNO dan tiada lagila ruang PAS ntuk berdakwah terhadap UMNO dalam platform yang lain. Begitulah lagak mereka….

 Saudara-saudara sekalian,
Pada penulisan saya kali ini, saya ingin menyentuh tentang satu perkara: Pentarbiyahan terhadap goloangan-golongan ta’asub dalam PAS yang menyertai Pas selepas era 1998. Pada 1998, berlaku satu peristiwa besar dalam arena politik Negara. Saudara Anwar Ibrahim telah dipecat dari jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan tuduhan yang sangat memalukan. Lantas ditubuhkan parti Keadian Nasional (kemudiannya menjadi PKR). Pemecatan Saudara Anwar telah menyebabkan berlakunya penghijrahan keluar ramai manusia berbangsa melayu ke luar UMNO. Ramai. Ada yang masuk PKR, ada yang masuk DAP, ada juga yang dah keluar politik. Dan ada di antara mereka yang masuk PAS. Kemasukan mereka ke dalam Pas bukanlah sangat kerana faham akan perjuangan yang dibawa oleh PAS tapi kerana kecewa dengan UMNO. Mereka ini menyimpan dendam yang sangat kuat terhadap UMNO. PAS, sebagaimana sebuah Gerakan Islam, pasti menerima sesiapa sahaja yang ingin menyertainya. Kerana begitulah sifat Islam itu sendiri. Sifat Islam itu adalah menerima, menerima dan terus menerima. Islam takkan menolak. Mereka yang bermunafiq terhadap Islam, keluar Islam bukan kerana ditendang oleh Islam, tapi kerana dengan sendirinya tak tahan dengan cahaya yang dibawa oleh Islam.

Dek kerana kekurangan ilmu dan dek kerana sifat dendam yang membara, pastinya golongan ini akan menentang UMNO habis-habisan tanpa memahami tuntutan dakwah terhadap UMNO. Namun, sebagai ahli PAS, bagaimanakah PAS harus berdepan dengan golongan yang keras di dalam PAS ini?
Terdapat sesetengah sahabat saya menegur mereka ini dengan menyindir, dengan memprovokasi mereka, menaikkan darah mereka. Sahabat saya itu memperli mereka, melawan arus pemikiran mereka dengan gaya yang tidak sepatunya, menegur dengan cara yang keras dan menyindir.

Golongan yang ta;asub ini adalah ahli PAS. Menangani golongan ini bukanlah dengan cara menegur secara terbuka dan memalukan di hadapan khalayak. Golonga yang dijinakkan hati ini hendaklah ditegur dengan cara yang lembut dan berhikmah. Mereka telah berada dalam saf jamaah. Menegur sahabat sejamaah perlulah berlainan dengan menegur mereka yang berada dalam Parti yang beridelogi selain dari Islam, seperti UMNO. Menegur sahabat hendaklah dengan cara yang lembut dan berhikmah.
Jika teguran dibuat secara terbuka, memalukan mereka di hadapan khalayak, ditambah pula dengna sindir dan diletakkan hadis-hadis untuk menunjukkan kita ini adalah pejuang yang alim dan mereka adalah golongan yang jahil, mungkin akan menjauhkan lagi hati mereka terhadap ajaran Islam yang dituai secara berjamaah ini.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk menegur ahli-ahli PAS yang lama dengan PAS dan yang terbiasa dengan cara hidup berjamaah dalam PAS, berhati-hatilah dalam menegur sahabat-sahabat baru dalam PAS. Mereka yang dijinakkan hati ini hendaklah ditanganai dengan cermat, halus, dan cerdik.