Sunday, May 19, 2013

Cabaran Perjuangan Islam di Malaysia Pasca PRU-13, Islam vs Demokrasi


Teman-teman saya semuanya,

Pada tahun-tahun 1950an hingga 2000an, permainan politik di kalangan parti-parti di Malaysia adalah berasaskan kaum.  Dan parti-parti yang ditubuhkan jusga berasaskan kaum. Isu-isu yang membawa kemenangan kepada parti yang menang adalah yang menyentuh sensitivity kaum. “Race-based politics” – kata orang putih.

Era millennium baru, atau lebih tepat lagi selepas PRU ke-12 pada tahun 2008 telah melihatkan perubahan sikap rakyat Malaysia merentasi kaum etnik. Perubahan sikap dan watak bangsa Malaysia (terutamanya melayu, cina, india) adalah mereka semakin menjauhi “race-based politics” ini. Rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda tidak lagi selesa berkata “undilah parti kami kerana kamu melayu, kami parti melayu”. Rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda, semakin “matang” berpolitik dengan menjauhi politik berasaskan ras tau etnik. Kini, modal politik golongan “anak Malaysia baru” (mereka yang lahir pada era 1990an) adalah isu-isu yang bersifat “nilai sejagat”, virtue, dan sebagainya. Antara yang popular adalah isu-isu seperti keadilan social, wealth distribution, corruption, integrity, ketelusan dan sebagainya.

Dan secara kebetulan, isu-isu “nilai sejagat” ini bertepatan dengan ajaran Islam. Maka, PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tidak kekok dan amat serasi sekali memperjuangkan isu-isu sebegini, kerana sememangnya isnya juga adalah isu-isu yang diperjuangkan oleh Islam, ideology anutan PAS. PAS tiada masalah berpakat dengan DAP dan PKR kerana isu-isu yang diperjuangkan adalah sama. Namun, sudah tentu PKR dan DAP tidak memperjuangkan isu-isu “nilai sejagat” ini kerana Islam. Mereka memperjuangkan isu-isu ini kerana factor kesedaran akan hak asasi manusia sebagai warga Malaysia, itu sahaja dan tiada kaitan dengan ugama. Ramai sekali golongan muda mudi terpelajar berbangsa melayu yang terpengaruh dengan perjuangan sebegini. Ya, adalah tidak pelik mereka yang terpelajar ini terpengaruh dengan perjuangan sebegini kerana sememangnya ianya selari dengan fitrah semulajadi manusia yang sentiasa cintakan kebebasan, keadilan, ketelusan, dan sebagainya sebegaimana yang pernah terjadi dalam Gerakan Revolusi Perancis dulu. Tapi, barang diingat, kebersamaan golongan muda dalam perjuangan ini adalah bukan kerana Islam, tapi kerana ilmu mereka. Ilmu, sifatnya adalah membawa kepada cahaya kebenaran. Dan cahaya kebenaran itu adalah akan sentiasa selari dengan Islam.

Oleh sebab PAS menajdi sebahagian dari PR, maka PAS sentiasa diterima oleh golongan muda terpelajar dari PKR dan DAP ini sebagai sahabat, diterima, dihormati dan di senangi, hanya kerana PAS adalah “rakan politik” mereka.

Adik kakak yang saya hormati semuanya,

Jadi, apakah cabaran yang akan dihadapi oleh PAS selepas ini sebagai sebuah Gerakan Islam? Cabaran PAS selepas ini adalah memimpin dan mentarbiyahkan dan mendidik golongan-golongan muda terpelajar yang enlighten ini bahawa kesemua nilai-nilai murni yang mereka perjuangkan itu (ketelusan, keadilan, keseimbangan pembahagian kekayaan, dll) adalah bukan kerana hak asasi, tapi kerana Islam. Islamlah yang menaungi nilai-nilai sejagat tadi, bukan hak asasi manusia. Dengan kata lain, cabaran bagi PAS seterusnya adalah mengaut semula umat yang telah tersesat tadi, kembali semula kepada Islam.

Tugas ini bukan mudah. Sudah tentu tugas ini akan ditentang oleh golongan muda terpelajar tadi. Mereka ini, kebanyakannya adalah terdidik dalam budaya sekularis yang sudah selesa menerima Islam hanya sebagai Sistem ibadah. Mereka ini sudah terbiasa dengan memisah-misahkan ugama. Mereka juga menentang Sistem Perundangan Islam, sebagaimana UMNO. Sama sahaja. Besar kan cabaran yang dihadapi oleh Gerakan Islam? Dahla musuh nyata (UMNO) akan sememangnya selalu menentang, malah, rakan sebantal (DAP dan PKR) juga menentang. Nak dakwah UMNO lagi, dan pada masa yang sama, nak didik PKR dan DAP. Ya Allah, sukarnya. Cabaran kiri dan kanan, lawan dan kawan.

Jadi, sahabat-sahabat saya, bantulah PAS dalam usaha murni ini. Berilah bantuan setakat yang kita mampu. Tak mampu join kerja-kerja parti, bantulah dari segi kewangan. Jika mampu, curahlah bantuan dari segi kepakaran, ilmu dan tenaga. InsyaAllah, ada pahala.

Monday, May 13, 2013

Satu Perjalanan Yang Panjang


Salam,

Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang kawan berkenaan dengan polemic perlantikan Menteri Besar Selangor selepas PRU ke-13.  (Selepas Pakatan Rakyat memenangi Selangor dengan majority yang lebih besar, berlaku sedikit “ribut di dalam cawan” sesame pimpinan PKR tentang siapakah yang akan menjawat jawatan MB. Polemik ini melibatkan dua tokoh besar PKR, Y. Bhg. Tan Sri Khalid dan Saudara Azmin Ali). Lalu saya ditanya apakah pendapat PAS tentang polemic ini.

Lantas saya menjawab, untuk saya memberikan komen terhadap soalannya, saya terpaksa memberikan satu penerangan yang panjang yang bersifat pandangan menyeluruh, dan bukannya hanya satu response ringkas terhadap soalan beliau. Beliau lalu bersetuju untuk bersabar dengan penerangan panjang saya. Lantas bermulalah satu perjalanan yang panjang untuk memberikan faham…….

Saudara-saudari adik kakak,

Ugama yang kita anuti diberi nama ISLAM. Islam adalah satu ugama yang agak berlainan dengan ugama-ugama lain di dunia ini. Ugama-ugama lain, contohnya ugama Kristien mengajar umatnya bagaimana hendak menyembah Tuhan pencipta. Dalam ugama Kristien, penganutnya diajar cara-cara menyembuh Tuhan Jesus, Mary, dan Tuhan  Roh Qudus. Penganutnya diajar ke gereja, diajar berkasih saying dan sebagainya. Pendek kata, ugama Kristien hanya mengandungi “Sistem Ibadah” sahaja. Ini berbeda dengan Islam. Dalam Islam, kita juga diajar dengan Sistem Ibadah Islam, iaitu cara-cara menyembah Tuhan (solatnya, puasanya, sadaqahnya, wudu’nya, solat jenazahnya, bla, bla, bla…). Tapi Islam tidak terhenti hanya di situ. Di dalam Islam, selain dari Sistem Ibadah, ia juga mengandungi system pendidikan, system hiburan, system perundangan, system social, system ekonomi dan seluruh system-sistem hidup yang melingkari hidup manusia. Pendek kata, Islam mengarahkan penganutnya menjalani kehidupan di dunia ini dengan mengikuti acuan system hidup yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Sebab itulah kita selalu dengar, Islam ini sifatnya syumul, iaitu menyeluruh dan mencakupi segenap segi kehidupan manusia.

Terdapat suara-suara nakal di kalangan para orientalis yang berkata “jika dalam Islam dah ditentukan bagaimana manusia harus menjalani kehidupan mereka, maka manusia tidak pelrukan otak untuk berfikir kerana seluruh system hidupnya telah ditentukan oleh Tuhan. Manusia jadi macam robot sahajalah”. Nakalnya mereka. Tuhan sebenarnya hanya menetapkan batasan besar bagaimana system-sistem hidup berkenaan. Tentang persoalan teknikal  diperingkat perlaksanaan, itu terpulanglah kepada kebijaksanaan otak manusia untuk berfikir. Islam hanya menetapkan struktur besar di mana manusia harus hidup.

Timbul pula persoalan lain. Mengapa pula Islam mahu sibuk-sibuk menjaga system hidup manusia yang lain? Tidak cukupkah Islam hanya menjaga system ibadah sahaja? Mengapa pula sibuk menjaga urusan hidup manusia yang tiada kena mengena dengan ibadah, seperti bagaimana manusia harus berekonomi, bersosial, berundang-undang, berhibur, berpendidikan, bernegara, dan sebagainya? Mengapa Islam mahu menjaga tepi kain orang? Jaga system ibadah kamu sudahlah!

Sahabat-sahabat,

Sebenarnya hidup manusia adalah dalam keseimbangan (in balance). Dan dek kerana keseimbangan inilah, manusia menemui kesejahteraan hidup, bahagia, dan tenang. Bagaimana mahu menjaga keseimbangan ini agar ianya sentiasa seimbang? Keseimbangan hidup manusia dipengaruhi oleh system-sistem hidup yang dijalani olehnya setiap hari. Jika si A menjalani system ibadah dengan begitu tekun (tak pernah tinggal solat, berpuasa sunat tak tinggal dan sebagainya), tapi oleh kerana system hiburan di negaranya masih mengekalkan system hiburan hedonism (dan bukan system hiburan Islam), maka si A tidak tenteram hatinya dan mungkin terjebak dalam gejala yang hina. Dan jika ia terjebak, maka tidak tenanglah hatinya, rosaklah kehidupannya. Contoh yang lain. Katakanlah Sistem Perundangan Islam telahpun dilaksanakan di Malaysia, namun system ekonominya masih dikekalkan system ekonomi kapitalis. Sepertimana yang kita ketahui, capitalism adalah satu system yang tidak ikhlas kepada umat manusia. Ianya digunakan sebagai peluang untuk segolongan manusia mengut keuntungan/kesenangan di atas kesusahan segolongan manusia yang lain. Jadi, Hudud masih tidak akan mampu menyelesaikan permasalahan manusia kerana terdapat manusia yang papa kedana yang terpaksa korup kerana survival hidup mereka.

Disebabkan contoh di ataslah, maka Islam itu bersifat “Syumul”, iaitu menyeluruh. Ianya tidak terpisah-pisah (dilaksanakan separuh dan ditinggalkan separuh). Islam yang dilaksanakan secara “separuh-separuh” ini tidak akan mampu menyelesaikan permasalahan hidup manusia. Pendek kata, Islam “separuh masak” ini tidak akan menyerlahkan keagungan/keindahan Islam yang sebenar. Jadilah ia hanya suatu ugama untuk menyembah Tuhan semata-mata, sepertimana ugama Kristien.

Kawan-kawan saya,

Kita kena faham satu perkara penting apabila berbicara tentang system-sistem hidup Islam sepertimana yang saya terangkan di atas. Sistem Ibadah Islam (solatnya, puasanya, zakatnya, hajinya, bla, bla) WAJIB hukumnya. Maka, system perundangan Islam (hudud, qisas, ta’zir) juga WAJIB hukumnya. Maka, system ekonomi Islam (muamalat) juga wajib hukumnya. Maka, system hiburan Islam juga WAJIB hukumnya. Maka, system pendidikan Islam juga WAJIB hukumnya. Dan kesemua system-sistem hidup Islam yang mencakupi seluruh segi kehidupan manusia juga wajib hukumnya, sepertimana system ibadah tadi. Malangnya kita umat melayu hanya diajar bahawa solat itu wajib, tapi Hudud itu tak wajib, zakat itu wajib, tapi menjauhi riba (system ekonomi Islam) itu tidak wajib, puasa wajib tapi system social Islam tak wajib. Malang sekali bagi umat ini.

Teman-temanku,

Jadi didasarkan di atas pemahaman inilah Gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia (di Mesir, namanya Parti Ikhwan Muslimin. Di Indonesia, namanya Parti PKS. Di Tunisia, nama Parti An-Nahdah. Di Malaysia, namanya Parti PAS, dan banyak lagi)  menceburi politik. Timbul pula satu persoalan lain: Kenapa politik? Tidak bolehkah Parti Ikhwan Muslimin di Mesir atau Parti PAS di Malaysia memperjuangkan system-sistem hidup Islam tadi melalui jalan NGO contohnya sepertimana ABIM? Mengapa perlu bersusah-payah join politic sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat? Jawapannya senang sahaja wahai tuan yang budiman. Perlaksanaan system-sistem hidup tadi hanya boleh dilaksanakan melalui peruntukan undang-undang. Hudud, contohnya tidak boleh dilaksanakan oleh ABIM, kerana ABIM tiada kuasa politik yang diberi mandate untuk membahaskan undang-undang di Parlimen. Itu contoh mudah.

Kemudian, setelah kita faham apa itu Islam dan mengapa Gerakan Islam join politic, tibalah pula masa untuk zoom kepada suasana politic setempat di setiap Negara. Gerakan-gerakan Islam tadi, selepas memahami objektif besarnya, setelah jelas idealismenya, perlulah pula menyesuaikan strategi politiknya dengan keadaan setempat semasa. DI Malaysia, Gerakan Islam di sana (diberi nama PAS) telah berpakat dengan sekelompok parti politik bersifat secular (PKR dan DAP=PR) untuk menghadapi sekelompok parti politik nasionalis (BN). Mengapa  PAS berpakat dengan PR dan bukan BN? Itu adalah strategi setempat Gerakan Islam.  Adalah terpulang pada mereka untuk berpakat dengan sesiapa jua yang mereka rasa matlamat besar mereka tadi lebih mempunyai peluang yang lebih luas untuk dilaksanakan dengan berpakat dengan pihak-pihak tertentu.

Kita kena faham roh sesebuah Gerakan Islam. Apabila PAS berpakat dengan PR melawan BN, itu tidaklah pula bermakna PAS memusuhi BN dan bersahabat dengan PR, tidak! PAS adalah sebuah Gerakan Islam. Gerakan Islam tonggak utamanya adalah dakwah. Now, bagaimana untuk laksanakan dakwah itu? Dakwah itu banyak cara – adakalanya kita merayu, adakalanya kita memujuk, adakalanya kita lembut, adakalanya kita menggertak, adakalanya kita marah, adakalanya kita keras – ini semua dakwah. Matlamat akhirnya – membawa BN mahupun PR kepada Islam yang syumul. Tekniknya mungkin berbeza, tapi matlamatnya adalah sama. Sebab itu kita selalu dengar Ustaz Nik Aziz atau Ustaz Hadi sentiasa berkata pintu muzakarah sentiasa terbuka, 24 jam sehari semalam.

Sahabatku yang bertanya tadi,

Persoalan siapa MB di Selangor hanyalah soal kecil tengit bengit yang hanya melibatkan soal teknikal dan permainan politik. PAS ada agenda yang jauh lebih besar dari itu. PAS harus bijak dalam permainan politik ini dengan sahabat-sahabatnya yang bersifat secular tadi (PKR dan DAP). Mungkin strateginya mengalah dulu atau bagaimana, itu terpulang pada kebijaksanaan pimpinan PAS.

Nantikan pengamatan saya tentang “Persatuan Melayu (PAS dan UMNO) dalam entri saya selanjutnya. Tungguuu…….

Wednesday, March 20, 2013

Of SPM 2012

Dear Friends,

I once came accross a television program, can't remember the title but it's a program where a low income aerner will be chosen and sponsored to perform an "umrah" in Makkah.

If I can still remember it right, he's a father of three sons working as a farmer in rural area in Kedah. During he's televised interview, he oftenly quoted that his child's education is very important and seems very passionate when it comes to education.

When asked what did he asked during his prayer in front of Ka'abah, his answer is "Saya sebenarnya malu nak mintak kepada Allah supaya anak saya jadi seorang doktor atau jurutera. Jadi, saya hanya minta agar anak saya menjadi seorang anak yang soleh dan berguna kepada manusia yang lain".

Folks, that's what education is all about. To churn and mould children to acquire knowledge for them to be better equipped to contribute to the overall society and a better world.

Sunday, February 10, 2013

Wealth Distribution


Dear my blog followers,

I believe Malaysia fares much better than most of the countries in terms of wealth distribution. To be fair to the current government, yes, our income disparity isn’t that bad at all. Having said that, the issue is still to be resolved and remain one of the big stumbling blocks to Malaysia’s dream of becoming a fully developed nation. In the States, the issue of equal distribution of wealth has become a very big issue dominating the campaign during the U.S Presidential's electoral process - in which Mr. Obama emerged as the eventual winner. And during my study years, I can still remember one of my Professor teaching startegic Human Resource Management, saying that Malaysia have a considerably high dependency rates, meaning we have a quite a number of people depending financially on one successful family member.

Dear My Friends,

Why do this income distribution is important? First and foremost, we have to understand what it means by income distribution. Income distribution means the percentage of wealth of the nation is shared among all citizens - whether it is equally shared or a big share of the wealth is monopolised by certain groups of the society.

We used to associate Income distribution with social issues, but it is actually a very big economic issue which affects the competitiveness of the nation. Inequality of income distribution brings social problems to society, creates human capital issues, and hinders innovation, creativity and will spark corruptions. Income distribution reflects prosperity of a nation. And it will eventually effects the competitiveness of the country.
Actually the issue of income distribution is far more complicated than the matter of distributing the nation’s wealth equally. When we talk about income distribution in a multi-racial country such that of ours, it is a very delicate and complicated. I have two main points under this topic: 1) Access to education 2) Polarization of ethnic group based on working sector.

We have heard since long ago that education is the key to improve one’s standard of living. Education can be a gateway for the poor to climb up the social ladder to become rich. This is true, provided, everyone is given a fair opportunity to gain knowledge through the education sector. Education is important indeed, but access to it is far more important. Urban folks and well to do families are lucky that they have access to good education. First grade schools are within their vicinity or they can hire a personal tutor to teach their child. But people in rural areas say, in Tumpat Kelantan cannot afford to go to good schools or hire a private tutor, even they are brighter than those who schools in Kuala Lumpur. With poor education infrastructure and good teachers, they will probably be farmers for the rest of their lives. They will be poor, forever. What is the most terrible thing can happen to ones? The most terrible things can happen to anyone is they are left without choice. If they are born poor, then they will be poor forever without any chance of coming out of that poverty. I can tell you, that’s hell. That is the worst thing can happen to anyone. So, access to good education is vital to gives the son of a farmer and the son of a doctor a fair chance of moving up the ladder in the social hierarchy.

The second point that I want to touch is the polarization of ethnic group based on their working sector. We have seen that the Malays dominated the public sector. Civil servants are synonymous to the malays whereas the Chinese are known as traders and businessmen. You ask every young graduated malays and their main objective is to become a PTD and you can ask any Chinese graduate and their ambition is to open up a store selling something.  This polarization scenario contributed to these two ethnic groups financial power. The Chinese is richer and the malays are poorer because of their professions. Hence, the issue of unfair distribution of wealth is further complicated with the our country’s ethnic demographic structure. I’m aware that the JPA is doing a lots to attract Chinese and Indians into the public sector. Sometimes yes, you need political will, and sometimes you need more than that – keikhlasan dan a very open mind to accept change. Reciprocally, we need more malay entrepreneurs. We have to understand  that this will need time. Business and trade is not malays’ culture. We are known as businessmen only within 2 or 3 generations whereas the Chinese are known to be traders and businessmen for all their generations. Changing the malays to be entrepreneurs will means changing their social culture and this will need time.

Friday, January 25, 2013

Program Transformasi

Teman-teman yang senantiasa saya ingati,

Kebelakangan ini, kita selalu mendengat tentang Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP). GTP penting kerana ia menyentuh asas-asas ekonomi negara. ETP pula penting untuk melonjak sektor ekonomi ke rantaian nilai yang lebih tinggi. Ini semuanya telah kita dengar berkali-kali di dalam banyak forum dan platform lain.

Selain dari dua transformasi ini, Malaysia sebenarnya memerlukan satu lagi transformasi yang tidak kurang pentingnya (atau lebih penting!). Transformasi yang saya maksudkan adalah transformasi sosial. Apa itu transformasi sosial?

Transformasi sosial adalah transformasi masyarakat sivil menuju sebuah masyarakat yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi, terbuka pemikiran, berdaya intelek, dan mempunyai jiwa yang besar. Transformasi sosial amat penting kerana ETP dan GTP hanyalah penyediaan prasarana, sedangkan Transformasi Sosial adalah berkaitan dengan proses kemahiran pelaku. Saya bagi contoh begini - ETP dan GTP adalah proses penyediaan kereta yang berprestasi tinggi, tapi transformasi sosial pula adalah berkenaan dengan penyediaan pemandu yang mahir dan cekap. Tanpa pemandu yang cekap, walau sehebatmanapun kereta tersebut, pasti kita akan ketinggalan jua.

Situasi sekarang di negara kita, proses transformasi ini masih kurang, walaupun ada usaha terpuji pihak kerajaan. Ya, AUKU telah dipinda, ISA telah dipinda, dan ruang kebebasan akhbar telah sedikit sebanyak terbuka. Namun, ianya masih belum mencukupi. Minda masyarakat masih lagi terjajah dengan berita atau fakta yang diseleweng dengan sengaja untuk membentuk persepsi awam, tanpa memberi peluang masyarakat untuk berfikir. Dan jika ada segolongan yang berfikir, mereka akan ditakluk oleh beberapa akta yang mencengkam yang menghalang perdebatan terbuka untuk meneroka ilmu. Ini perlu diubah.

Transformasi Sosial amat penting dalam penyediaan masyarakat menuju kepada status negara maju. Transformasi sosial ini akan memberi pentas yang terbuka yang berasaskan meritokrasi. Dasar-dasar yang liberal dan terbuka akan menggalakkan inovasi dan kreativiti dan memberi keuntungan kepada ekonomi negara.

Sunday, January 20, 2013

Pentarbiyahan Golongan Yang Dijinakkan Hati Mereka

Teman-teman sekalian,

Menyambung tulisan saya sebelum ini berkenaan pandangan sesetengah ahli PAS sendiri yang agak kritikal terhadap strrategi PAS untuk bertahalluf Siasi dengan PR, saya ingin menyambung sedikit lagi pandangan saya mengenai polemic tersebut.
Sesungguhnya pandangan golongan yang kritikal terhadap strategi PAS untuk bertahalluf dengan PR adalah dipengaruhi oleh sikap sesetengah pendokong ta’asub PAS. PAS telah mengambil keputusan untuk bertahalluf dengan DAP dan berpakat dengan PKR melawan UMNO dalam pentas politik Negara. Pada masa yang sama, terdapat sesetengah pendokong PAS di kampong-kampung di Kelantan (yang sememangnya terkenal dengan sikap gedebe mereka) bersikap sangat keras dan menjadikan UMNO sebagai musuh, samada musuh batang tubuh dan musuh idelogi juga. Ini sebenarnya tiada kaitan dengan PAS, tetapi ada kaitan dengan sikap dan genetic orang Kelantan itu sendiri yang keras dalam bermusuh.

Lantas, melihat gelagat keras pendokong-pendokong ta’asub PAS dari kampong-kampung di Kelantan terhadap UMNO, terdapat segelintir ahli PAS yang menolak Tahalluf. Mereka berpendapat, UMNO itu muslim, DAP itu kafir, mengapa UMNO dilayan secara keras dan dihina sebegitu rupa dan sebaliknya DAP itu kafir mengapa dimenangkan segala tindak tanduk mereka? Lantas dilampirkan segala hadis Nabi berkenaan keutamaan menjaga ukhuwwah sesame muslim, keutamaan muslim berbanding golongan kafir, dan seterusnya. Mereka berkata sedemikian seolah-olah apabila PAS tidak bertalluf dengan BN, maka tamatlah sebarang hubungan Pas dan UMNO dan tiada lagila ruang PAS ntuk berdakwah terhadap UMNO dalam platform yang lain. Begitulah lagak mereka….

 Saudara-saudara sekalian,
Pada penulisan saya kali ini, saya ingin menyentuh tentang satu perkara: Pentarbiyahan terhadap goloangan-golongan ta’asub dalam PAS yang menyertai Pas selepas era 1998. Pada 1998, berlaku satu peristiwa besar dalam arena politik Negara. Saudara Anwar Ibrahim telah dipecat dari jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan tuduhan yang sangat memalukan. Lantas ditubuhkan parti Keadian Nasional (kemudiannya menjadi PKR). Pemecatan Saudara Anwar telah menyebabkan berlakunya penghijrahan keluar ramai manusia berbangsa melayu ke luar UMNO. Ramai. Ada yang masuk PKR, ada yang masuk DAP, ada juga yang dah keluar politik. Dan ada di antara mereka yang masuk PAS. Kemasukan mereka ke dalam Pas bukanlah sangat kerana faham akan perjuangan yang dibawa oleh PAS tapi kerana kecewa dengan UMNO. Mereka ini menyimpan dendam yang sangat kuat terhadap UMNO. PAS, sebagaimana sebuah Gerakan Islam, pasti menerima sesiapa sahaja yang ingin menyertainya. Kerana begitulah sifat Islam itu sendiri. Sifat Islam itu adalah menerima, menerima dan terus menerima. Islam takkan menolak. Mereka yang bermunafiq terhadap Islam, keluar Islam bukan kerana ditendang oleh Islam, tapi kerana dengan sendirinya tak tahan dengan cahaya yang dibawa oleh Islam.

Dek kerana kekurangan ilmu dan dek kerana sifat dendam yang membara, pastinya golongan ini akan menentang UMNO habis-habisan tanpa memahami tuntutan dakwah terhadap UMNO. Namun, sebagai ahli PAS, bagaimanakah PAS harus berdepan dengan golongan yang keras di dalam PAS ini?
Terdapat sesetengah sahabat saya menegur mereka ini dengan menyindir, dengan memprovokasi mereka, menaikkan darah mereka. Sahabat saya itu memperli mereka, melawan arus pemikiran mereka dengan gaya yang tidak sepatunya, menegur dengan cara yang keras dan menyindir.

Golongan yang ta;asub ini adalah ahli PAS. Menangani golongan ini bukanlah dengan cara menegur secara terbuka dan memalukan di hadapan khalayak. Golonga yang dijinakkan hati ini hendaklah ditegur dengan cara yang lembut dan berhikmah. Mereka telah berada dalam saf jamaah. Menegur sahabat sejamaah perlulah berlainan dengan menegur mereka yang berada dalam Parti yang beridelogi selain dari Islam, seperti UMNO. Menegur sahabat hendaklah dengan cara yang lembut dan berhikmah.
Jika teguran dibuat secara terbuka, memalukan mereka di hadapan khalayak, ditambah pula dengna sindir dan diletakkan hadis-hadis untuk menunjukkan kita ini adalah pejuang yang alim dan mereka adalah golongan yang jahil, mungkin akan menjauhkan lagi hati mereka terhadap ajaran Islam yang dituai secara berjamaah ini.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk menegur ahli-ahli PAS yang lama dengan PAS dan yang terbiasa dengan cara hidup berjamaah dalam PAS, berhati-hatilah dalam menegur sahabat-sahabat baru dalam PAS. Mereka yang dijinakkan hati ini hendaklah ditanganai dengan cermat, halus, dan cerdik.

Tuesday, December 18, 2012

True Economic Value


Dear friends,

It has been a very tiring months for me, as we usually had during the last two months of the year. Nevertheless, I think I need to write again as to sharpen my thoughts. Sometimes when we are a bit busy doing our operational routine work, the mind can be a bit blunt.

Today, I would like to write about the value of manufacturing activities to our society. The true economic value is created when there are tangible things being produced. Value is always attached with tangible products. Only recently we’re being told that value is also created by services rendered. As I’ve understand it, service do not create value, it just enhance the existing value. The true initial economic value is created through engineering process, whether mechanically or etcetera (but of course, a physical being has their own value albeit a lesser one). The service we attached to it, can further enhanced the value.

I read an article saying that the U.S started to have structural economic problems when they started to outsourced their manufacturing activities elsewhere and truly focus on services sector. In the end, there nothing left for America, except for a clever advertising and financial services, among others. These advertising and financial services actually do not have any tangible product to back their value creation activities. They create value out of nothing, actually. When the financial sector encountered problems, the economy does not have a strong backup from the manufacturing activities that truly hold a value with their tangible products. The situation in Germany is quite different. Germany, on the other hand, is fully equipped with a strong manufacturing sector to withstand turmoil in the financial sector. This is because; the true value is kept within the manufacturing sector.

Understanding this principle, it is very important for the country to produce more and more technical people. We need more graduates with technical background to be churned out from our education system. The importance of these technical graduates is being manifest by the success of these graduates in the job market.

We need more technical people and less social science graduates. We need more engineering graduates and less MBA holders. J