Thursday, August 29, 2013

Ada Apa Dengan Nasionalisme Kebangsaan?

Sahabat handai yang saya kasihi sekalian,

Perbahasan tentang hokum memperjuangkan Nasionalisme Kebangsaan nampaknya terus menerus dibincangkan oleh masyarakat terbanyak dunia maya.

Pendapat yang menyokong idelogi ini adalah semangat nasionalisme adalah sunnah Rasul. Rasul sangat menyintai tanah Makkah dan rasul s.a.w juga sangat sangat menyintai bangsa Quraisy. Hadis-hadis mengenai kecintaan Rasulullah ini diambil dan dijadikan hujjah bagi mewajarkan penubuhan pemerintah-pemerintah berasaskan bangsa di Negara-negara umat Islam, termasuk Malaysia.

Pendapat yang menentang pula berpendapat, kecintaan terhadap tanah air dan bangsa bukanlah hujjah untuk berlaku zalim dalam pemerintahan. Apabila manusia menerima perjuangan bangsa sebagai satu perjuangan yang legal di sudut pemerintahan, itu bermakna manusia mempunyai hokum lain selain dari Islam. Manusia mula mendiskriminasi manusia yang lain berasaskan ras dan etnik. Ini semua adalah zalim.

Saudara-saudara sahabat handai dan rakan taulan,

Masa saya kecik-kecik dulu di sekolah Maahad Muhammadi LilBanin, saya dipaksa menghafaz satu syair bertajuk “Hubbul Watan”. Syair tersebut mengisahkan tentang kecintaan seorang manusia terhadap tanah airnya. Sesungguhnya sifat menyintai tanah air atau bangsa sendiri merupakan sifat fitrah manusia. Setiap manusia pasti mempunyai rasa cinta terhadap tanah air dan bangsa sendiri. Ah Chong, tak perlu dipaksa atau diajar, pas mempunyai rasa cinta terhadap bangsa tionghua. Muthu, secara fitrah semulajadi, pasti mempunyai rasa cinta terhadap Negara India dan bangsa India. Begitu juga Basri, secara semmujaladi, pasti akan menyintai bangsa Melayu. Itu adalah fitrah.

Namun, perasaan fitrah ini tidaklah pula boleh dijadkan alasan untuk  memperjuangkan bangsa itu.

Secara ringkasnya, saya nukilkan pemikiran saya mengenai semangat kebangsaan ini seperti berikut:

1.       Islam mengiktiraf perasaan cintakan tanah air sebagai perasaan fitra smelajadi manusia sebagai perasaan fitrah manusia cintakan wanita, harta dan anak pinak.

2.       Islam tidak menghalang perasaan kecintaan terhadap tanah air dan bangsa ini malah perasaan ini adalah sunnah Rasul dan diberi pahala jika kita juga bersikap demikian.

3.       Namun, perasaan cinta terhadap bangsa ini tidak pernah diperjuangkan oleh Rasul. Rasul menyintai bangsa Quraisy, namun baginda s.a.w tak pernah memperjuangkan bangsa Quraisy. Apa yang Rasul perjuangkan adalah Islam, tak kira Quraisy, Melayu, Jawa, Badwi, Orang putih, Orang India, etc.

4.       Perasaan cinta bangsa ini hanya kekal di dalam hati Rasulullah dan tidak pernah pula diinstitusikan dalam bentuk bernegara. Negara asasnya Ugama, bukan bangsa. Buktinya, jika diberi pilihan antara dua orang manusia untuk diberi amanah, Rasul akan memilih yang lebih taqwa, bukan yang lebih Quraisy. Taqwa neraca, bukan Quraisy. Jadi perasaan cinta bangsa ini hanya kekal di dalam hati sebagai salah satu perasaan fitrah manusia, bukan untuk dikeluarkan dari hati dan dijadikan polisi pemerintahan.

Mengapa Semangat Kebangsaan Menyalahi Islam?

Semangat Kebangsaan menyalahi Islam kerana dua sebab:

1.       Memperjuangkan bangsa (bukan menyintai, tapi memperjuangkan) tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w

2.       Kebangsaan yang diinstitusikan sebagai sebuah badan dalam bentuk parti cenderung untuk menerima sekularisme sebagai dasar pemerintahan.

 Sebab Pertama

Sebenarnya, tiada salahnya menyintai bangsa, malah Islam menggalakkan kita menyintai bangsa kita. Malah, kita beroleh pahala jika kita menyintai bangsa kita. Menyintai bangsa termasuk di dalam adab yang baik di dalam Islam.

Namun, perasaan cintakan bangsa Quraisy tidak pula dijadikan dasar perjuangan Nabi s.a.w. dasar perjuangan Nabi kita adalah Ugama, bukan bangsa. Negara Madinah, perlembagaannya adalah Al-Quran, bukannya semangat kebangsaan Quraisy atau Arab. Nabi s.a.w melayan Arab Quraisy dengan Arab Badwi sama rata. Malah, Arab Badwi lebih layak dijadikan Imam berbanding Arab Quraisy, jika taqwa mereka lebih. Neraca pengagihan sumber adalah TAQWA dan bukan BANGSA.

 

Sebab Kedua

Jika semangat menyintai bangsa/tanahair ini diinstitusikan dalam bentuk parti yang memerintah Negara, maka pendekatannya adalah sama sekali berbeza. Rohnya berbeza. Keutamaannya berbeza. Ya, bangsa tersebut mungkin berugama Islam, tapi fokal bagi institusi tersebut bukan ugama yang dianuti oleh bangsa tadi, tapi fokalnya adalah bangsa itu sendiri.

Oleh itu, pendekatan yang lebih cocok bagi bangsa tadi adalah pendekatan yang lebih pragmatis. Dan tiada pendekatan yang lebih bersifat pragmatis lebih dari skeularisme. Dengan sekularisme, bangsa tadi boleh terus berqiyamullail, puasa Isnin khamis, menunaikan Haji steiap tahun, mendirikan sekolah-sekolah Tahfiz Al-Quran, memakai serban dengan bebas. Hanya, Islam itu terhenti di situ sahaja. Persoalan ekonomi, social, hiburan, perundangan, pendidikan dan sebagainya hendaklah dijauhi oleh Islam. Ini fahaman karut.  

Monday, August 19, 2013

Fenomena Orang UMNO Yang Wara'

Kawan-kawan,

Saya punyai soerang kenalan. Namanya Shahnan. Shahnan bergraduasi dari Universiti of Al-Bayt, Jordan dalam jurusan usuluddin. Setahu saya, Shahnan adalah seorang yang sangat Soleh. Beliau seumur hiduonya selepas baligh, tidak pernah meninggalkan walau satu waktupun solat berjamaah. Berpuasa Isnin Khamis sudah menjadi amalan hariannya sejak bertahun dulu. Dan berqiyamullail dan berusrah merupakan 2 aktiviti lazim yang diwajibkan bagi dirinya. Dan beliau adalah soerang PENYOKONG UMNO TEGAR!

Saya juga kenal akan seorang imam tua di masjid di kawasan saya. Orangnya lembut, halus, akhlaknya mengikut sunnah, saya tak pernah mendengarnya bercakap perkara sia-sia dan mencemuh sesiapa. Orangnya terlalu baik, lurus, ustaz dari Mesir. Agak berumur dan menjawat jawatan sebagai Imam Tua di masjid tempat saya. Dan beliau adalah PENYOKONG UMNO TEGAR!

Sahabat-sahabat sekalian,

Saya yakin, sahabat-sahabat juga pasti mempunyai pengalaman yang hampir serupa dengan saya. Fenomena  orang UMNO yang wara’ bukanlah perkara asing bagi kita, walaupun tak kerap kita ketemui. Mengapakah ini boleh terjadi?

Betullah, sesungguhnya kejahilan itu adalah musuh bagi Islam. Semasa revolusi Iran pada tahun 1970an dulu, ramai para ustaz, terutamanya yang muda muda terasa bersemangat untuk turut sama bangkit menentang fahaman secular dan nasionalis yang melanda seluruh Negara Islam di seluruh dunia pada ketika itu. Pada masa inilah juga banyak Gerakan Islam di”rejuvenate” prinsip perjuangan mereka, termasuklah PAS. Tapi pada masa yang sama, terdapat juga segolongan ustaz dan asatizah yang berfikiran “TAk apalaaah, buat apa nak bangkit dan menimbulkan kacau bilau? Kita kan dan merdeka, kita boleh beribadah dengan tenang, aman. Masjid dah dibina oleh pemerintah, apa lagi yang Islam mahu? Tidak cukupkah Islam dengan masjid, PPZ, Tabung Haji dan Perkim? Apa lagi yang Islam mahu?” begitulah kata-kata mereka. Ustaz-ustaz feqah ini melaung-laungkan hadis-hadis berkenaan hukum memberontak, hokum tidak mematuhi pemimpin dan sebagainya untuk menguatkan hujjah mereka.

Sesungguhnya para ustaz tersebut tidak memahami mengapa Islam perlu bangkit dari status quo di bawah cengkaman ideology nasionalisme kebangsaan. Ustaz sebegini biasanya amat mahir dengan feqah harian, tapi gagal untuk memahami ilmu siasah dalam Islam, memelihara kedudukan strategic Islam sebagai pemerintah utama.

Sebab itulah saya merasakan  system pendidilkan kita pelru diubah. Ya, pembelajaran tentang feqah amat penting, itu tidak dinafikan. Tapi, pada masa yang sama, anak-anak juga perlu didedahkan tentang ilmu siasah Islam. Jika ilmu feqah mengajar tentang hokum (halal, haram, harus, makruh, sunat), ilmu siasah pula akan mengajar wisdom untuk untuk umat ini bagi menjaga Islam.

Umat kini tenggelam dan larut di dalam arus nasionalisme. Ya, kita begitu menjaga tatasusila dan adab-adab halal haram. Ya, kita amat particular dalam menjaga samada sah atau tidak wudu’, hokum hakam ugama. Tapi kita lalai dalam menjaga kelangsungan ugama pada abad ini. Kita tenggelam di dalam arus nasionalisme. Cara hidup kita bukan cara hidup Islam, tapi cara hidup yang disadur dengan fahaman sekularisme.

Kedua-dua orang ustaz yang saya sebutkan di atas, bagi saya adalah orang yang baik. Cuma mereka mementingkan perihal perkara kecil berbanding perkara besar. Ya, hokum hakam penting, tapi Islam sedang ditawan oleh nasionalisme kebangsaan secara halus. Islam mengikut telunjuk nasionalisme kebangsaan. Islam diperintah oleh Nasionalisme dan bukan memerintah nasionalisme.

Satu masa dulu di Tanah Melayu, iaitu di Terengganu dan Melaka, Islam pernah memerintah. Hasilnya, negeri tersebut aman makmur, maju dari segi ekonomi sehingga menjadi pusat pelaburan utama dunia. Kemudian Tanah Melayu dijajah. Penjajahan tersebut sebenarnya bukan hanya berbentuk fizikal dan mentality, tapi juga merangkumi aspek kerohanian kita. Kita diperkenalkan dengan cara hidup baru. Sistem social berasaskan “benda” mula diperkenalkan. Dalam aspek system social, anak gadis diajar agar tak mengapa kahwin dengan bukan orang ugama asalkan duitnya cukp untuk disara hidup hingga ke mati. Dalam aspek system pendidikan, ibu bapa diajar bahawa sains lebih penting dari ugama kerana sains akan menjana duit dan kedudukan. Dalam aspek system ekonomi, golongan pekerja diajar duit adalah objektif utama, bukan kesejahteraan dan kualiti. Hasilnya, Islam beroperasi di dalam system yang aneh ini. Islam telah dipaksa untuk menyesuaikan diri dalam system hidup yang asing ini. Dan ustaz-ustaz sebeginilah yang mempertahankan Islam yang “asing” ini. Malang sekali.

Tiba-tiba, dating Gerakan Islam untuk mempertahankan Islam. Gerakan Islam ini datang bukan untuk memenangkan Islam dalam system hidup yang sedia ada, tapi untuk menukar kesemua sekali system hidup yang ada ini digantikan dengan system hidup asal Islam. Iaitu system hidup yang berasaskan norma dan nilai Islam, sepertimana di zaman rasulullah s.a.w dulu. Sistem hidup ini akan menjaga manusia, menjaga nafsu manusia, menjaga sifat tamak manusia, menghasilkan yang terbaik dari setiap manusia, mengeluarkan pitensi diri setiap manusia, manambah nilai masyarakat (dari segi materialnya dan juga rohaninya), dan akhirnya menjadi umat yang terbaik untuk manusia.

Malang sekali, dalam menghadapi tugasan yang sangat berat ini, Gerakan islam disibukkan pula dengan serangan oleh ahli ugama sendiri, iaitu para ustaz tadi. Dahla satu hal nak lawan Gerakan Nasionalisme kebangsaan, geng ustaz pula datang membuat serangan. Kiri kanan Gerakan Islam diserang. Kesian.

Ada Apa Dengan Negara Islam (Satu)


Sahabt handai yang saya sayangi semuanya,
Semasa saya kecil, saya berasakan saya telah banyak belajar tentang Islam, ugama saya. Ayah saya menyekolahkan saya di sebuah sekolah arab yang tersohor di Kelantan. Saya berasa sangat bertuah kerana dapat belajar tentang ugama pada ketika itu.

Saya belajar tentang An-Nazofah, tentang bab-bab solat, bab-bab bersuci, dan banyak lagi perihal yang rumit-rumit dalam persoalan fekah. Saya pula ditempatkan di kelas Pertama, dan para pelajarnya teramat proaktif dan mereka selalu bertanyakan soalan-soalan “what if” dalam bab fikah harian. Katakan Ustaz kami berkata hokum sesuatu perkara itu haram, lantas mereka akan selalu menyampuk “Ustaz, tapi kalau begini pula apa hukumnya?”…pening ustaz kami, hehe.

Di samping pelajaran feqah, saya juga belajar tentang bab akhlaq dan tasauf Islam. Saya belajar tentang qanaah, tentang husnuzZon, tentang  sifat taqwa, dan pelbagai sifat-sifat islami yang lain. Di samping itu, ada pula subjek Mahfuzat di mana kami dipaksa menghafaz syair-syair tentang akhlaq mulia.

Selain itu, saya juga belajar subjek “Tarikh Islam” iaitu sejarah Islam. Walaupun tak sempat mendalami ke peringkat Seerah, tapi subjek Tarikh Islam merupakan salah satu subjek kegemaran saya di sekolah.

Pada ketika saya di peringkat SPM, saya berasakan saya sudah banyak tahu mengenai hal ehwal selok belok ugama. Persoalan feqah, tasauf, sirah, tafsir, hafazan, saya OK. Pendek kata, ilmu ugama yang ada pada diri saya ketika itu, saya anggap sudah “kemas”.

Apabila saya habis belajar di peringkat tertiary, saya belajar suatu perkara yang menakjubkan tentang ugama saya. Ketika itu, saya diperkenalkan dengan istilah “syumul” dalam Islam.  Pada ketika inilah barulah saya sedar betapa kerdilnya ilmu saya dalam bidang ugama. Islam itu rupa-rupanya lebih luas dari persoalan feqah, tasauf, ilmu nahu, dan seumpamanya. Saya begitu takjub mempelajari bagaimana Islam itu mengatur masyarakat.

Pendek kata, di samping Islam itu merupakan ilmu hal ehwal “membentuk hati di peringkat individu” atau Sistem Ibadah (sepertimana Kristien), ia juga merupakan satu system yang mengatur kehidupan harian masyarakat (samada muslim mahupun non-muslim) menuju kesejahteraan dunia. Maka, di posting ini, saya akan cuba menulis tentang bagaimana Islam mengatur masyarakat.

Teman-teman yang saya kasihi,

Pertama-tamanya kita kena faham bahawa Islam itu bukanlah sebuah ugama yanghanya semata-mata bersifat individuality, sepertimana Kristien. Dalam agama Kristien, setiap penganutnya menerima Kristien untuk hati masing-masing. Mereka perlu menjaga hati mereka dari sifat buruk dan tercela. Soal pengurusan kelompok manusia atau masyarakat tiada kaitan dengan Kristien. Sebaliknya bagi Islam, di smamping menjaga soal hati di peringkat individu, Islam juga menjaga soal masyarakat. Malah terdapat banyak perkara penekanan perihal bermasyarakat ini ditekankan. Kalau nak bermusafir, kena berjamaah., perihal imam solat, prinsip jiran, hubungan suami isteri – semuanya ini menunjukkan bahawa Islam cakna dan sangat mengambil berat urusan jamaah. Bagi Islam, bukan Islam jika kamu bersifat wara’ seorang diri dan lari di hujung gunung dan beribadat sorang-sorang. Islam itu cakna, diturunkan secara sejarahnya ditengah-tengah pusat Bandar (bukan di pergunungan sunyi). Islam itu kelompok sifatnya, bersekali.

Sahabat-sahabat sekalian,

Sesungguhnya dalam sejarah peradaban manusia tanpa ugama, manusia hidup secara “trial and error”. Di tamadun manusia moden, manusia kebingungan bagaimana seharusnya msayarakat itu diatur agar mewujudkan “order” atau keteraturan dalam masyarakat. Semasa manusia dalam zaman gelap, manusia hidup umpama binatang. Di tanah melayu, manusia menculik isteri jiran, membunuh tanpa dikesan, dan sebagainya. Di tanah besar eropah, manusia hidup ibarat binatang dengan memakan bangkai, berpakaian separuh bogel, dan memperhambakan manusia. Di tanah arab, manusia merogol, membunuh, merompak, membunuh anak perempuan tanpa sifat peri kemanusiaan. Manusia di zaman gelap telah banyak menderita. Lantas, untuk mewujudkan satu norma masyarakat yang teratur, manusia mula bereksperimen.

Mula-mula manusia cuba dengan system hidup secara feudalisme. Setelah gagal, manusia cuba pula berkesperiman dengan komunisme. Setelah komunism juga gagal, manusia cuba pula system demokrasi dari segi urustadbir negaranya. Dunia seakan-akan sudah menemui system hidup idamannya, sehinggalah kurun ke-21. Kurun ke-21 mendedahkan betapa beberapa system hidup manusia yang digunapakai sehingga kini mula menampakkan kelemahannya.

Pada system demokrasi, barat yang merupakan pelopor system ini sendiri mula mencabuli system ciptaan mereka sendiri. Di Mesir, setelah Gerakan Islam menang dan memerintah secara sah melalui system demokrasi, barat (dan nasionalis) berkata “majority tidak semestinya baik untuk masa depan sesebuah Negara” (if that does not qualify to be ranked as the highest level of hypocracy, I don’t know what else does). Di sudut pengurusan ekonomi pula, manusia seakana-akan telahpun menemui system ekonomi di mana manusia boleh mengharapkan untuk menjaga kesejahteraan hidup manusia. Sistem ekonomi ciptaan manusia itu dinamakan system kapitalisme. Sehingga kurun ke -20, manusia hidup dengan penuh aman damai dengan kapitalisme. Kapitalisme telah membawa kemajuan kepada tamadun hidup manusia. Dengan kapitalismelah, Revolusi Perindustrian tercetus. Dengan kapitalisme jugalah perdagangan dunia bertambah bertriliion dollar setiap tahun. Namun, abad ke-21 mula mendedahkan kelemahan system ekonomi ini. Satu demi satu kelemahan system ini terpancar. Ya, sifat greed manusia boleh menjana kemajuan, tapi sifat greed itu jugalah boleh membawa kemusnahan kepada umat manusia sejagat. Barang diingat, walau capitalism menemui Revolusi Eropah, fahaman ini jugalah yang mewujudkan beratus juta manusia yang mati kebuluruan di benua afrika setiap tahun. Apabila ahli ekonomi agung, Adam Smith mwenemui fenomena “tangan ajaib”, little did he knows yang tangan ajaib itulah juga yang mampu membawa kemusnahan kepada umat manusia. Nah, pada 2008, dunia dikejutkan dengan kegagalan kapitalisme. Krisis kewangan di sub-sector real estate di Amerika Syarikat yang pada mulanya menjangkiti sector perbankan kemudiannya telah merebak ke seluruh sector ekonomi dan membawa kegagalan kesleuruhan system ekonomi kapitalisme. Setelah krisis ini, beberapa pemikir ekonomi dunia telah menulis beberapa buku mengkritik kepitalisme dan demokrasi. Malah, terdapat satu buku yang berjudul “The End of Capitalism” ditulis oleh seorang pemikir. Kamu gagal wahai kapitalisme.

Di Malaysia pula, seorang ahli politik Gerakan Nasionalisme Kebangsaan yang juga merupakan seorang pemikir, Dato’ Saifuddin menulis satu makalah kononnya mencadangkan beberapa langkah bagi memperbaiki system demokrasi yang diamalkan oleh pemerintah. Beliau mencadangkan antara lain, idea berkenaan integrity, kebebasan, dan inclusiveness yang perlu diberi perhatian oleh pemerintah, iaitu partinya. Saya cukup hairan dengan beliau. Tersangat hairan. Mengapa beliau tidak melihat kepada Islam sebagai pengganti system yang cacat sedia ada itu?  Mungkin agaknya beliau menyangka “Hey jangan layan saya seperti saya ini orang kafir, sder! Saya adalah muslim seperti kamu, saya mengucap, saya solat, dan sehingga ke hari ini, saya dah 4 kali naik Haji as compared to you! Ini tiada kaitan dengan Islam, ini tiada kaitan dengan aqidah! Kami telahpun Islam for god sake! Ini hanyalah berkaitan dengan soal governance yang tiada kaitan dengan Islam. Ini hanyalah soal pengurusan, bagaimana mahu diuruskan demokrasi, tiada kaitan dengan aqidah, syahadah, solat atau Haji! Stop it Sder!” Mungkin begitulah agaknya bentak Y. Bhg. Dato Saifuddin jika beliau membaca artikel saya ini.

Sebenarnya, Islam mempunyai segala kaitan dengan cara bagaimana “mahu diuruskan demokrasi “ itu. Soal integrity bukan soal baru di dalam Islam. Soal transparency juga bukan soal baru di dalam Islam. Soal kebebasan bersuara bukan soal baru di dalam Islam. Soal the rule of law bukan soal baru di dalam Islam. Isu governance yang dicadangkan oleh Y. Bhg. Dato’ Saifuddin sebenarnya sudah diceritakan oleh Islam 1400 tahun yang lampau. Dah lama. Tapi Y. Bhg. Dato’ Saifuddin enggan menamakan Islam sebagai sumber cadangan beliau. Beliau memberikan cadangan tersebut seolah-olah idea berkenaan datang dari diri beliau sendiri tanpa ada kaitan dengan Islam. Malang sekali.

Contoh lain. Sistem Sosial tajaan ideology nasionalisme kebangsaan kini menghadapi satu keadaan yang membimbangkan. Jika dulu, system social menurut acuan ideology nasionalisme kebangsaan ini Berjaya menghasilkan sebuaH masyarakat yang aman damai sejahtera di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia, kini, system social berkenaan telah menampakkan kelemahan yang sangat ketara. Bunuh dengan menembak, ragut, gejala social, serta banyak lagi gejala negative melanda masyarakat. Beli sahaja akhbar Harian Metro, anda akan ketahui maksud saya. Polemik bunuh membunuh dengan mengupah pembunuh upahan menjadi trend masakini. Saya sangat hairan, mengapa pemimpin gerakan ansionalisme kebangsaan tidak melihat kepada Islam (Hudud) sebagai penyelesaian. Berilah Islam satu peluang untuk selesaikan masalah ini, saya berani jamin, Islam akan mampu selesaikannya tanpa sedikitpun keraguan.

Lantas barangkali ada yang bertanya, bagaimanakah Islam mahu selesaikan segala masalah yang dihadapi oleh Negara kini? Jika kita amati, masalah yang dihadapi oleh Negara kini berkait rapat antara stau system hidup dengan satu system hidup yang lain. Masyarakat membunuh kerana mereka tidak berpuas hati/geram/dendam terhadap saudara mereka. Mereka berdendam kerana masalah kewangan (ditipu atau sebagainya). Mereka punyai polemic kewangan kerana system ekonomi sedia ada tidak mampu memberilkan yang secukupnya buat mereka. Dan kejadian bunuh membunuh ini berterusan kerana tiada system perundangan yang tegas untuk menghentikannya. Dan kejadian bunuh membunuh ini juga berlaku kerana system social sedia ada tidak mampu mengekang si pembunuh yang mampu hidup secara berkeseorangan (Sistem social Islam tidak akan membenarkan manusia hidup berkeseorangan). Dan pembunuh upahan itu sanggup membunuh kerana beliau tidak dididik oleh system pendidikan yang berupaya menmbentuk dirinya menjadi insan yang soleh. Nampak tak? Kejadian bunuh membunuh berlaku bukan kerana polis tak cekap, tapi kerana system hidup tajaan ansionalisme kebangsaan itu adalah satu system yang gagal. Sistem ekonominya lemah menyebabkan ramai rakyat kelaparan. Sistem perundangan lemaha menyebabkan bunuh terus menerus berlaku. Sistem pendidikannya tidak berkesan menyebabkan anak-anak tidak takut berbuat dosa. Sistem sosialnya tersasar apabila meletakkan nilai di atas material dan bukan spiritual. Hasilnya tentulah rosak dan punah ranah!

Manakala Islam pula tampil dengan system hidupnya sendiri yang bersifat adil, inklusif, sederhana, tapi pada masa yang sama menggalakkan kreativiti dan inovasi. Syarat yang diletakkan Islam adalah system hidup acuannya hendaklah dilaksanakan secara kaafffah, iaitu syumul atau menyeluruh atau komprehensif. Sistem hidup islam tadi, jika hanya diamalkan secara selektif, maka ianya tidak akan berkesan mengatasi masalah manusia. Ianya hendaklah diamalkan secara menyeluruh.

Selepas ini saya akan menulis secara spesifik pula setiap system hidup Islam menyelsaikan masalah manusia.

Sunday, June 16, 2013

Idelogi Nasionalisme Kebangsaan dan Sekularisme

Kawan-kawan,
 
Pada hari ini saya ingin bercerita mengenai dua ideology utama yang melanda umat Islam di sleuruh dunia. Saya akan membincang apa itu kedua-dua idelogi tersebut, dan bagaimana bentuknya, mengapa ideology ini timbul dan bagaimana umat mahu berlepas diri dari kedua-dua ideology yang sangat berbahaya ini.

Di zaman dahulu kala, syirik berlaku dalam bentuk yang sangat jelas, iaitu berbentuk ugama dan kepercayaan ritual selain dari Islam. Di zaman dulu, kita dapat mengenalpasti syirik dengan amat senang. Jika Abu mengisytiharkan diri keluar dari Islam dan masuk ugama kristien, maka tiada isu di situ. Kita boleh terus menuduh si Abu terjebak dalam aktiviti mensyirikkan Allah. Jika si Fuad terlibat dalam aktiviti bomoh, menyimpan toyol, memuja hantu raya, maka sahlah si Fuad syirik. Jelas. Begitulah bahana yang melanda umat di zaman dahulu kala. Syirik berlaku dalam keadaan yang sangat jelas. Namun setelah manusia menjengah masuk kea lam moden, gejala syirik melanda umat dalam bentuk yang samar dan kabur, tidak sejelas kes si Abu dan si Fuad tadi.

Persoalan kepercayaan seseorang terhadap hidup amat berkait rapat dengan persoalan aqidah. Jika si Aminah tidak mempercayai ketentuan qada’ dan qadar Allah ke atas dirinya, tidak berpuas hati dengan nasib dirinya, malah melawan taqdir dengan menyumpah seranah untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya, maka aqidah dia rosak. Kita kena faham bahawa aqidah tidak hanya rosak jika kita menyembah berhala sahaja. Aqidah boleh rosak jika kita menolak hukum hakam Allah (please lah, jangan difikirkan Hudud sahaja. Hudud itu hanya sebahagian kecil dari ugama. Hukum hakam Allah luas).

Terdapat dua penyakit syirik utama yang melanda umat pada zaman kini, iaitulah ideology sekularisme dan idelogi nasionalisme kebangsaan.

Apa itu sekularisme?

Sekularisme adalah satu kepercayaan yang memisahkan urusan keduniaan manusia (ekonomi, pendidikan, hiburan, perundangan, dan beberapa system hidup yang lain) dengan urusan keakhiratan (ibadah dan sebahagian urusan social (munakahat) manusia). Kenapa perlu dipisahkan urusan kedua-dua alam ini? Pada pandangan sekularis, kedua-dua urusan alam tersebut (alam dunia dan alam akhirat) perlu dipisahkan kerana sentiment keakhiratan manusia akan menghalang fungsi otak manusia untuk berfikir secara objektif jika ugama dibenarkan mencampuri urusan keduniaan manusia. Masyarakat secular beriman bahawa otak dianugerahkan Tuhan kepada manusia untuk membuat pertimbangan yang waras dan objektif untuk kepentingan hidup manusia. Dalam urusan ekonomi contohnya, otak manusia yang tidak dipengaruhi oleh sentiment ugama mampu berfikir secara waras bagaimana mahu uruskan ekonomi dengan tepat untuk kebaikan sejagat. Matlamat sekularisme adalah sebenarnya baik. Sekularisme mahukan kebaikan kepada umat manusia. Namun, tanpa panduan dari wahyu, sekularisme berfikir secara objektif bagaimana mahu diuruskan ekonomi manusia secara trial and error. Mula-mula dia cuba komunisme. Bila komunisme gagal, dia cuba pula fasisme. Bila fasis juga gagal, dia cuba pula kapitalisme. Dan kapitalisme Nampak Berjaya sehinggalah tahun 2006. Pada tahun 2006, kepitalisme ternyata juga gagal kerana kelemahan capitalism mengawal sifat ketamakan manusia (dalam system capitalism, kemajuan dipacu oleh sifat tamak manusia). Sekarang, sekularisme masih lagi tercari-cari system ekonomi yang sesuai untuk umat manusia. Terbaru, mereka sedang bercakap tentang bagaimana mahu mengawal capitalism dengan de-deregulation. Entahlah, tak habis-habis trial and error. Bilakah skeularisme akan berjumpa dengan system hidup yang benar-benar membawa kebahagiaan kepada umat manusia? Jawapannya, jika tanpa dipandu oleh wahyu, selama-lamanya skeularisme akan gagal. Sekularisme telah dikenalpasti sebagai terkeluar dari Islam. Sekularisme syirik kerana percaya bahawa Islam itu hanya mengandungi system ibadah sahaja. Sistem-sistem hidup yang lain yang bersifat dunia (system ekonomi, pendidikan, hiburan, dll) adalah tidak termasuk dalam Islam.

Pada tahun awal kemunculannya, umat Islam menghadapi masalah mengenalpasti penganut fahaman sekularisme ini. Ini kerana penganut fahaman ini juga mengaku bahawa dirinya juga berugama Islam. Penganut skeularisme ini mungkin terdiri dari mereka yang sangat wara’ dari sudut system ibadahnya. Mereka solat berjamaah di awal waktu, menunaikan haji setiap tahun dan tidak pernah meninggalkan qiyamullail, dan mengisi masa lapang dengan berusrah dengan teman-teman. Mereka berserban dan berjubah setiap waktu dan mengajar Al-Quran di hari munggu untuk anak-anak kampong mereka. Wara’kan mereka ini? Tapi di sudut system hidup keduaniaan, mereka beriman bahawa Islam hanya terhenti di system ibadah sahaja dan tiada kaitan dengan system-sistem hidup keduaniaan yang lain seperti system pendidikan, system ekonomi, system perundangan dan lain-lain. Mereka ini beriman bahawa Islam itu hanya solat, puasa, Haji, zakat, dan perkara-perkara berbentuk ritual keagamaan seumpamanya. Mereka berunsungguh-sungguh tanpa kenal penat lelah untuk mengerjakan system ibadah ini. Tapi Islam bagi golongan ini, hanya terhenti di setakat itu sahaja. Inilah sekularisme.

Namun, setelah umat berhadapan dengan sekularisme selama beberapa abad, umat sudah mampu mengenalpasti golongan sekularis yang jahat ini. Walaupun wara’, umat dah dapat membezakan kewarakan golongan sekularis ini rosak kerana mereka beriktiqad bahawa Islam terpisah dari urusan dunia dan akhirat. Syabas kepada umat ini!

Namun, setelah sekularisme nampak semacam telahpun dapat dihadam oleh umat (dikenalpasti dan dikecam dengan pasti), timbul pula satu ideology baru yang menjadi musuh umat Islam. Idoelogi baru ini saya namakan sebagai “Nasionalisme Kebangsaan”. Apakah itu nasionalisme kebangsaan?

Idelogi nasionalisme kebangsaan

Dahulunya, umat Islam bernaung di bawah naungan kuasa khilafah Islam. Tiada Negara bangsa bagi Islam. Kemudian, setelah geopolitik dunia berubah, berlaku beberapa perang dunia yang melihat kejatuhan kerajaan khilafah islamiyyah tadi. Umat-umat Islam disleuruh dunia terpisah dengan garisan sempadan Negara masing-masing. Umat Islam di seluruh dunia mula mengenali Negara bangsa dan terpisah antara satu sama lain. Banyak Negara-negara umat Islam dijajah oleh penjajah barat pada ketika itu. Kemudian, Negara-negara umat Islam ini kemudiannya dimerdekakan sebagai sebuah Negara yang terpsiah dari Negara-negara umat Islam yang lain berdasarkan bangsa umat Islam itu. Umat melayu merdeka dari British dan menamakan Negara mereka sebagai Negara Tanah Melayu. Umat Islam Jawa, terpisah dari umat Islam Malaysia apabila mereka memerdekakan diri dari Belanda dengan menamakan Negara mereka sebagai Negara Republik Indonesia. Begitu juga Negara-negara umat Islam yang lain. Tiada lagi system khilafah bagi umat. Semuanya merdeka dengan mendirikan Negara-negara mereka sendiri berdasarkan bangsa mereka. Lalu, persoalan “bangsa” mula mendominasi pemikiran umat.

Idelogi nasionalisme kebangsaan adalah satu perjuangan memerjuangkan kelangsungan bangsa mengatasi yang lain. “Bangsa” adalah perjuangan ulung bagi penganut idelogi ini. Segala-galanya berkaitan dengan bangsa. Mereka menyayangi bangsa. Perjuangan bangsa ini pula telah di”institusikan” dengan penubuhan parti-parti yang berasaskan bangsa. Lalu, kerajaan didirikan atas nama bangsa. Ideology ini meletakkan bangsa di tempat pertama. Jika bangsa itu berbahasa melayu, maka bahasa melayu turut diperjuangkan oleh oleh golongan ini. Jika bangsa itu mempunyai raja, maka raja akan turut diperjuangkan oleh golongan ini. Jika bangsa tersebut berugama Islam, maka Islam akan turut diperjuangkan oleh golongan ini. “Bangsa” itu letaknya ditempat pertama. Selepas itu barulah perkara-perkara lain yang bersangkut paut dengan bangsa tadi, termasuk Islam.

Fahaman nasionalisme kebangsaan ini adalah lebih sukar ditentang oleh Islam, berbanding sekularisme tadi. Bagi sekularisme, ia dah tetapkan satu garis yang jelas di antara system hidup dunia dengan system hidup akhirat untuk dipisahkan. Kita Nampak jelas di situ. Mereka hanya menerima Sistem Ibadah sahaja dan menolak system hidup acuan ugama yang lain. Jelas. Tapi, idelogi Nasionalisme berlainan sedikit. Idoelogi ini fleksibel bentuknya. Idelogi ini selain dari menerima system ibadah, mereka juga boleh menerima system perundangan Islam (Hudud), system hiburan Islam, system pendidikan Islam dan lain-lain. Tiada masalah bagi fahaman ini untuk menerima system-sistem hidup Islam keduniaan yang  lain. Saya bagi contoh. Jika bangsa melayu berkata “Kami dah terima system ibadah, tapi kami belum bersedia untuk menerima system perundangan Islam”. Maka, setelah menerima arahan dari bangsa (tuan) tadi, idelogi nasionalisme kebangsaan akan menentang system perundangan Islam habis habisan. Kemudian, setelah dua bulan, tiba-tiba bangsa melayu berkata “Sekarang, kami dah bersedia untuk menerima system perundangan Islam”. Setelah menerima arahan yang jelas dari bangsa mereka, lalu idelogi ini kemudiannya berjuang bersungguh-sungguh pula untuk melaksanakan system perundangan untuk bangsa yang mereka cintai itu. Nampak tak? “Bangsa” adalah tuan mereka. Segala-galanya berkait dengan bangsa tadi. Terima atau tidak system hidup Islam adalah berdasarkan “arahan” dari bangsa tadi.

Idelogi nasionalisme kebangsaan ini lebih sukar ditentang oleh Islam berbanding skeularisme kerana sifat mereka yang mampu menerima seluruh system-sistem hidup tanpa had (tidak sebagaimana ideology sekularisme yang menghadkan hanya system ibadah sahaja untuk diterima). Jika Islam berkata kepada ideology nasionalisme kebangsaan “Hey ideology nasionalisme kebangsaan, kamu adalah menyelweng dari Islam kerana kamu tidak melaksanakan Islam secara syumul!”, maka ideology ini boleh membalas balik “Wahai Islam, siapa kata kami tidak syumul melaksanakan Islam? Lihat, kami dah laksanakan system pendidikan Islam (sekolah ugama, pondok), system hiburan Islam (industry nasyid tempatan), system munakahat (pejabat Qadi untuk daftar nikah, pengasingan koc komuter bagi perempuan), dan banyak lagi system-sistem hidup Islam yang lain. Siapa kamu mahu menuduh kami menyelweng dari Islam?   

 

Wednesday, June 5, 2013

The Truth

Teman-teman yang dikasihi,

Kebenaran adalah suatu istilah yang sangat kuat. Manusia, secara fitrahnya akan menuruti kebenaran. Kuatnya kebenaran itu, jika dicampak sebutir kebenaran di atas kebatilan seluas lautan, kebenaran tetap akan memenangi pertempuran dan menguasai kebatilan seluas buana itu. Begitulah kuatnya sebuah kebenaran. Tapi bagaimanakah kita menentukan kebenaran itu? Apa yang benar dan apa pula yang tidak benar?

Ada orang berkata kebenaran adalah menurut suara majority. Pihak yang lebih banyak beriman (percaya) dengan sesuatu perkara, maka pegangan itulah sebenarnya adalah kebenaran. Ada pula yang berpandangan bahawa kebenaran itu adalah conscience (suara hati manusia) atau sesuatu yang berbentuk ethics. Contohnya, jika sesuatu itu dilihat pada mata kasar membawa kerosakan, maka ianya bukanlah kebenaran.

Islam. Adakah Islam mewakili kebenaran? Jika diambil suara majority, majority Negara di dunia tidak memilih Islam. Malah majority rakyat Malaysia menolak Islam (secara syumul) dan selesa menerima secularism. Adakah itu bermakna Islam tidak mewakili kebenaran?

Nabi Muhammad s.a.w. dilihat sebagai pemecahbelah qabilah Quraisy. Nabi dilihat sebagai pembawa fahaman baru yang memecahbelah masyarakat. Dari segi etikanya, tentu sekali ajaran Nabi itu tidak mewakili kebenaran kerana ianya bermula dengan berpecahnya masyarakat arab ketika itu.

Ada pula yang beranggapan bahawa kebenaran adalah keupayaan untuk melakukan sesuatu di luar kebiasaan manusia. Sesuatu itu dianggap benar jika ia berupaya menghidupkan manusia mati seumpama Nabi Isa a.s, atau membelah bulan seumpama Nabi kita s.a.w..  Nabi kita, untuk membuktikan baginda di pihak yang benar, telah dianugerahkan dengan beberapa mukjizat yang berupa kuasa sakti. Adakah ianya benar? Apa pula pendapat teman-teman bila saya berkata Dajjal juga mempunyai kuasa sakti untuk menghidupkan yang mati, terbang, dan membelah bulan? Adakah Dajjal membawa kebenaran jika begitu?

Oleh itu, apakah neraca yang digunakan untuk menentukan kebenaran itu? Sukar benar nampaknya untuk menentukan apa yang dinamakan kebenaran itu. Kebenaran bukanlah sesuatu yang keras seumpama kuasa sakti tadi. Kebenaran juga bukan berupa suatu yang malar, tetap dipermukaan seperti etika tadi. Kebenaran sifatnya lembut, tapi tegas. Ia membawa cahaya menerangi hidup manusia. Ia membawa kebaikan kepada manusia.

Dahulu umat jahiliyyah Quraisy hidup dalam kegelapan dan kekusutan hidup dek kerana system hidup jahiliyyah. Mereka merompak, berzina, membunuh, berperang, menindas dan banyak lagi kezaliman. Hidup tidak tenteram. Masyarakat eropah sebelum kurun ke 16, hidup dalam system teokrasi yang mempercayai kristien dengan taqlid dan ta’asub, dan kristien itu pula telah diseleweng. Paderi-paderi telah dibenarkan menindas atas nama ugama, merampas tanah-tanah, menyiksa hamba-hamba, hanya atas nama ugama. Lama-kelamaan, kebenaran mula muncul di tanah eropah barat. Berlaku revolusi diperancis dan England yang berasaskan kepada falsafah. Manusia mula berfikir, mencipta, memperbaiki diri dan komuniti. Segala yang bersifat baik itu adalah mewakili kebenaran. Masyarakat eropah mula menjalani kehidupan yang lebih baik berbanding tempat-tempat lain di dunia ini. Itulah kebenaran.

Lalu, persoalannya, apakah neraca yang digunakan untuk menentukan kebenaran itu? Maha baiknya Allah, Tuhan kita, yang mencipta kebenaran dan mencipta pula neraca untuk menentukan kebenaran itu. Neracanya adalah aqal manusia. Aqal dianugerahkan kepada kita untuk membezakan mana yang baik mana yang buruk. Dari situ kita dapat bezakan kebenaran dan kebatilan. Benar sungguh ugama Islam ini, kerana ianya diturunkan dan dapatkan difikirkan benar atau salahnya hanya melalui aqal manusia. Aqal yang menentukan kebenaran, bukan kuasa sakti. Aqal yang menentukan kebenaran, bukan etika atau budaya atau sebanarang nilai lain.

Namun, aqal manusia mempunyai had. Terdapat sesetengah perkara yang tidak mampu difikirkan oleh aqal, seperti alam ghaib (syurga, neraka, alam barzakh, dll). Oleh kerana itu, Allah turunkan Nabi, untuk memberi petunjuk kepada kita pada perkara-perkara diluar kemampuan aqal tadi. Kedudukan Nabi s.a.w. sangat mulia kerana baginda mengajar manusia akan kebenaran, bahagian kebenaran yang tidak mampu difikirkan oleh aqal. Nabi kita adalah mursyid, murabbi, teman, sekaligus pemimpin.

Sunday, May 26, 2013

2013 Cabinet Members


My dearest friends,

Screening through the list of new Cabinet members in a local newspaper the other day, I’m relieved to come across the name of one Cabinet Member, Idris Jala. I’m pleased he’s given permission to continue his commendable work at Pemandu.

Dear friends,

What does Idris did at Pemandu to gain trust and respect of Malaysians? Prior Pemandu, all government policies are run by PTD officers through various ministries and its agencies. Due to its nature, these government machineries are huge and ramifications with all its networks of agencies and other machineries. Due to its size, there are occasions where actions of all these ministries are not align to the same objective, and in some extreme cases, there are contradictory to each other. One classic example is foreign worker issues. The KDN is trying all sorts of endeavour to try to restrict the number of foreign workers for social and security reasons, whereas MITI is trying effortlessly to satisfy the needs for foreign labour for economic reasons. There is lack of focus, due to its enormous size of government machineries and they did not work in tandem in achieving a clear set of goal. They drown in their own ministerial administrative needs and pressure. They are becoming less and less effective for an obvious reason.

Then come Idris Jala and his Pemandu Team. What did Pemandu did? Pemandu does not have any legal backing in its existence. Pemandu does not own a single project on its own. Then what is it that Pemandu did that has significantly transformed the government approach and having a direct impact to the bottom line? Well, what Pemandu did is purely Management. Pemandu offer Management to our government sectors, to mention it in its most simplistic term. What Pemandu has done is just they are offering Leadership to the government sector that has long been lost in our government machineries. They lead – organize, coordinate, plan, and monitor the execution. That’s the true value of management. As I’ve mentioned earlier, Pemandu does not own any single project. They just put everything in a framework, compiling all the high impact projects (owned by other government agencies and ministries), put it in a clear framework, set a target for everybody, and monitor the execution.  This is what I call the power of management. Management gives value to any institution. Without management, everything will fail.

Other names worth to mention here is the inclusion of Dato’ Paul Low, former Amnesty International President.  I am glad that Najib has sees integrity as an important agenda in his administration post GE 13. Integrity will gives huge influence for our economy to grow in next 5 years. Having said that, I truly think it will be very big challenge, (if not impossible) for Najib in fighting corruption. Honestly, I think Najib is a reformer. He sees the important for UMNO to change, to rebrand, and to rejuvenate to access to the younger generation of Malaysia. His speech is in line with the mantra of the day – liberals, transparent, democratic, integrity. He is not the problem. The problem is his party. UMNO has been all but the opposite of todays mantra, UMNO is autocratic in its approach, corrupt, chauvinist, and narrow minded and highly right wing-ultra malay.

UMNO MUST change to survive. The change need to be done NOW. Islam is the only way out for UMNO.

Musuh Islam Yang Baru - Nasionalisme Kebangsaan

Salam kawan-kawan semua,

Syaitan selama-lamanya akan sentiasa menyesatkan umat manusia. Jika dulu, syaitan menggunakan ugama untuk menyesatkan manusia – ugama Kristien, Buddha, atheis dll, kini senjata syaitan adalah idelogi. Maksudnya, kamu boleh terus bersama Islam, Cuma kamu menganut ideology yang lain. Islam tetap Islam, tapi kepercayaan berbeza. Begitulah ampuhnya senjata syaitan ini. Contoh senjata idoelogi syaitan ini adalah sekularisme. Sekularis boleh sahaja bersolat, berqiyamullail dengan penuh wara’, tapi sekularis beriman dengan kepercayaan yang berbeza dari acuan Islam. Senjata yang baru ini sangat mengelirukan kerana mereka dibenarkan untuk terus berada di dalam Islam.

Islam telah bertarung selama berabad-abad lamanya dengen sekularisme. Sekularisme berkata kepada umat “Wahai umat Muhammad, kamu boleh terus menerus menganut Islam. Bersolatlah kamu 5 kali sehari di awal waktu secara berjamaah. Pergilah Haji setiap tahun, malah kami akan membantu kamu mengerjakan Haji. Kami akan mewaqafkan harta kami berjumlah berbilion ringgit untuk menyebarkan syiar Islam – kami tiada masalah dengan itu. Tapi, kami hanya minta stau perkara sahaja, iaitu berikanlah kebebasan kepada umat ini untuk mentadbir urusan dunia mereka tanpa paksaan untuk mengikut system hidup acuan kamu. Kamu diberi kuasa sepenuhnya untuk menjaga hal-hal keakhiratan kamu (solatnya, puasanya, hajinya, dll) tapi kami mahukan kuasa untuk mentadbir urusan dunia kamu (ekonominya, perundangannya, hiburannya, pendidikannya, sosialnya, dll). Begitulah kata-kata sekularisme kepada Islam. Terdapat ramai muslim yang tewas dengan pujuk rayu sekularisme ini. Antaranya adalah Y. Bhg. Tun Mahathir yang kita sanjungi semua. Sayang sekali. Sepatutnya dengan kepintaran yang dimilikinya, beliau boleh menyumbang kepada kemajuan Islam (bukan kemajuan material, tapi kemahuan dari segi izzah Islam).

Kini, umat mulai sedar akan bahaya skeularisme ini. Terdapat ramai muda mudi yang sedar bahawa skeularsme sebenarnya adalah menyelweng dari Islam. Pemuda pemudi ini nampaknya begitu teguh dan istiqamah dengan Islam dan menolak sekularisme. Alhamdulillah, terdapat sinar kemenangan Islam mengatasi skeularisme. Namun, di saat sekularisme mula ditolak, muncul pula musuh baru bagi Islam. Musuh ini juga berbentuk ideology sepertimana sekularisme tadi. Namun, musuh yang baru ini ternyata lebih berbahaya berbanding sekularisme. Siapakah musuh Islam yang baru ini?

Musuh Islam yang baru, saya menggelarnya sebagai ideology Nasionalisme Kebangsaan. Apakah yang dimaksudkan dengan ideology Nasionalisme Kebangsaan ini? Nasionalisme Kebangsaan adalah gabungan dua istilah, iaitu nasionalisme dan kebangsaan. Nasionalisme membawa maksud patriotisme, iaitu semangat kecintaan kepada tanah air. Kebangsaan pula bermaksud kecintaan kepada bangsa etnik. Jika digabungkan, ia membawa maksud menyintai Negara yang didasari oleh semangat mencintai bangsa. Idoelogy nasionalisme kebangsaan ini mencintai bangsa mereka (dalam hal ini bangsa tersebut adalah bangsa melayu) dan segala apa yang bersangkut paut dengan bangsa itu.  Kita ambil contoh ideology nasionalisme kebangsaan bagi bangsa melayu yang dianuti oleh UMNO. UMNO menyintai bangsa melayu dan segala yang bersangkut paut dengan “melayu” itu. Melayu adalah nombor satu bagi UMNO. Perjuangan UMNO adalah memperjuangkan hak kelangsungan bangsa melayu itu. Oleh kerana bangsa melayu berbahasa dalam bahasa melayu, maka bahasa melayu turut diperjuangkan oleh UMNO. Oleh kerana bangsa melayu mempunyai raja, maka raja turut diperjuangkan oleh UMNO. Oleh kerana bangsa melayu itu berugama Islam, maka Islam turut diperjuangkan oleh UMNO. UMNO memperjuangkan Islam bukan kerana iman, tapi kerana Islam ada kaitan dengan bangsa melayu itu. Bangsa adalah nombor satu, dan segala yang berkait dengan bangsa itu dating kemudian. Harap pembaca smeua memahami apakah maksud idelogi yang dianuti oleh UMNO. Saya kerap berfikir, nasib baik bangsa melayu itu berugama Islam. Apa akan jadi jika bangsa melayu itu asalnya berugama Kristien? Sudah tentu Kristien juga akan diperjuangkan kerana ia mempunyai kaitan dengan bangsa melayu (jika asal bangsa melayu itu berugama kristien). Alhamdulillah, sekurang-kurangnya UMNO berjaya memperjuangkan Islam sebagai satu system ibadah.

Perjuangan Idelogy nasionalisme kebangsaan adalah menyelweng dari Islam kerana ideology ini meletakkan bangsa sebagai fokal perjuangan mereka. Perjuangan memartabatkan Islam hanyalah kerana Islam itu ada kaitan dengan bangsa tadi, tak lebih dan tak kurang dari itu. Dan Islam yang diperjuangkan itu pula, bukanlah Islam yang bersifat syumul dan menyeluruh, ianya berupa tidak menyeluruh. Yang membezakan antara nasionalisme kebangsaan dengan sekularisme adalah nasionalisme kebangsaan lebih bertolak ansur berbanding sekularisme. Nasionalisme mampu menerima system-sistem hidup Islam selagi ianya tidak bercanggah dengan kepentingan bangsa melayu. Ia lebih bersifat pragmatic berbanding sekularisme. Jika skeularisme hanya menerima system ibadah sahaja, nasionalisme boleh menerima bukan hanya system ibadah, tapi juga system hiburan Islam, system pendidikan Islam, system ekonomi Islam dan beberapa system hidup acuan Islam yang lain. Penerimaan ini sudah tentu bukan kerana iman yang dianuti oleh ideology ini, tapi kerana bangsa melayu boleh menerima system-sistem hidup tadi. Hudud ditolak oleh ideology ini kerana bangsa melayu belum mampu menerima kehadiran Hudud dalam hidup mereka. Namun, pabila sampai ketika di masa hadapan di mana bangsa melayu sudah mampu menerima kehadiran hudud, UMNO pula akan muncul sebagai pejuang utama Hudud. Nampak tak? UMNO meletakkan bangsa sebagai fokal. Segala-galanya berkisar tentang bangsa. Ketika ini, ideology ini boleh menerima system pendidikan Islam (system pondok), system hiburan Islam (industry nasyid), system ekonomi Islam (pasaran sukuk dan kewangan Islam) kerana bangsa melayu boleh menerima system-sistem hidup ini. Penerimaan system-sistem hidup selain dari system ibadah yang sememangnya telah lama diterima oleh nasionalisme kebangsaan sudah tentulah bukan kerana keimanan mereka. Tapi ianya lebih kerana semangat kebangsaan mereka.

Nasionalisme kebangsaan adalah musuh yang lebih sukar berbanding sekularisme kerana mereka juga mendakwa diri mereka sebagai muslim. Saya ada kenal ramai penganut ideology nasionalisme kebangsaan yang egitu wara’, tidak pernah meninggalkan solat berjamaah sepanjang hidup mereka dan telah menjadikan qiyamullail setiap malam sebagai amalam harian mereka. Mereka begitu wara’ dan soleh. Tapi mereka menganut ideology nasionalisme kebangsaan yang meletakkan bangsa sebagai fokal perjuangan. Mereka menolak system perundangan Islam atas alasan bangsa melayu belum bersedia. Dan jika diperhatikan mereka mahukan system-sistem hidup Islam yang lain (selain dari system ibadah) wujud sebagai system tempelen dismaping system-sistem hidup anjuran ideology yang lain. Dalam system hiburan contohnya, ya, mereka mahukan nasyid, tapi mereka melarang system hiburan hedonism diharamkan. Mereka mahukan pilihan. Dalam system pendidikan pula, mereka meraikan kewujudan system pendidikan ugama, tapi pada masa yang sama, mereka mahukan system pendidikan pedagogy British dikekalkan untuk memberi pilihan.

Penentangan Gerakan Islam terhadap golongan nasionalisme kebangsaan menjadi sukar kerana naisonalisme kebangsaan juga mengaku diri mereka sebagai muslim. Mereka juga mengaku mereka beriman bahawa Islam adalah syumul (tidak sepertimana skeularisme yang menolak kesyumulan Islam) dan mereka telahpun melaksanakan beberapa system-sistem hidup Islam terpilih seperti system hiburan Islam (industry nasyid Negara), system pendidikan Islam (institusi pondok dan sekolah aliran ugama Negara) dan beberapa system-sistem hidup terpilih yang lain. Teramat sukar bagi Islam menghadapi serangan golongan nasionalis ini.

Jika diteliti, musuh utama Islam pada abad ini bukannya sekularisme, tapi nasionalisme kebangsaan. Di mesir, musuh ikhwan Muslimin bukannya golongan sekularis, tapi golongan nasioalis yang berugama Islam. Di Indonesia juga begitu, parti Golkar adalah golongan nasionalis. Di Turki juga begitu, di Malaysia juga begitu (Parti UMNO adalah penganut setia ideology nasionalisme kebangsaan).

Oleh itu, marilah kita sama-sama membantu Gerakan Islam dalam menyebarkan Islam, yakni Islam yang benar sepertimana yang diajari kepada kita oleh Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Penyebaran Islam ini hendaklah dibuat dengan perasaan ikhlas, bukan atas niat membalas dendam dan emosi.