Saudara-saudara yang saya ingati selalu,
(Tulisan ini hendaklah dibaca setelah anda membaca tulisan saya sebelum ini).
Terdapat beberapa sahabat saya yang menjadi pendokong kepada "Kuasa Ketiga" ini menganggap diri mereka mulia kerana merasakan merekalah pembawa obor Nabi Muhammad s.a.w yang sebenar. Mereka berkata "UMNO adalah menyalahi Islam kerana mengamalkan sekularisme dan PAS juga menyalahi Islam kerana memutuskan silaturrahim sesama islam, menolak perpaduan, terjebak dalam gejala kafir mengkafir dan mempergunakan ugama untuk kepentingan politik. Sedangkan kami menyeru kepada politik Islam, bukannya politik kepartian. Kami menyeru kepada perpaduan di atas nama Islam. Kami menolak ta'asub, kami menolak sekularisme, kami menolak ekstrimisme agama. kami berdiri teguh di atas jalan dakwah wasatiy (kesederhanaan)". Begitulah kata mereka dengan bangga sekali.
Saudara-saudara semua,
PAS adalah sebuah Gerakan Islam. Apabila kita bercakap tentang PAS, kita kena sentiasa ingat akan fakta ini. PAS bukan sebuah parti politik semata-mata, tapi PAS adalah sebuah Gerakan Islam. Kenapa Gerakan Islam perlu berpolitik? Tak bolehkah sesebuah Gerakan Islam terjun ke medan dakwah 100% tanpa perlu memasuki medan politik? Kita kena faham bahawa suasana zaman kini memerlukan Islam mempunyai kuasa. Kini, Islam tiada izzah (kekuatan). Ya, Islam diamalkan diseluruh dunia. masjid banyak merata-rata. Tapi Islam tiada kekuatan. Kini, kebanyakan negara-negara yang majoriti orang slam sedang diperintah oleh golongan nasionalis yang beriman kepada sekularisme. Mereka juga muslim, tapi menolak Islam dilaksanakan secara menyeluruh. Akibatnya, Islam di seluruh dunia hanya dikenali sebagai sebuah ugama untuk menyembah Tuhan sahaja, bukan suatu cara hidup atau "way of life/of doing things". Islam mesti mengeluarkan dirinya dari pengaruh nasionalisme kebangsaan dan berdiri di atas kekuatan dirinya sendiri dengan segala sistem hidup acuan dirinya sendiri.
Selagi Islam terus menerus berada di bawah pengaruh dan kekuasaan Nasionalisme Kebangsaan, selagi itulah Islam akan lemah dan selagi itulah umat Islam akan terus menerus terjerumus ke lembah dosa. Saya bagi satu contoh. Terdapat seorang Ustaz yang mengaji dalam bidang ugama di Mesir. Ya, dalam sistem ibadah dirinya, beliau mengamalkan sistem ibadah Islam secara sungguh-sungguh. Beliau tak pernah tinggalkan solat tahajjud, berqiyamuallail. Tapi pada masa yang sama, sistem hiburan di negara yang beliau tinggal masih lagi mengamalkan sistem hiburan hedonisme yang mengagungkan nafsu. Beliau terdedah kepada gambar-gambar lucah di majalah, televisyen dan sebagainya. Akhirnya, beliau tewas dan terjerumus ke lembah dosa kerana tidak mampu melawan nafsunya yang dirangsang oleh sistem hiburan di negaranya itu. Hanya sebuah negara yang mengamalkan 100% sistem hidup Islam sahaja yang mampu menjaga iman ustaz tersebut. negara nasionalisme kebangsaan tidak mampu. Mungkin ada pula suara-suara nakal pendokong fahaman nasionalisme kebangsaan berhujjah "Laaa, kalau begitu, itu memangs salah ustaz tu lah, kenapa dia tergoda dengan pompuan. Dia sepatutnya menjaga imannya sendiri, kenapa nak salahkan kerajaan pula kalau dia terjerumus ke lembah zina? Salah dia lah. mampos lah kalau semua salah kerajaan" Begitulah hujjah para pendokong fahaman ideologi nasionalis kebangsaan. Pertamanya kita kena faham bahawa tanggungjawab melaksanakan sistem hidup Islam dalam semua segi kehidupan adalah wajib. Salah ustaz tersebut atau tidak, hukumnya wajib melaksanakan Hudud, melaksanakan sistem muamalat islam, melaksanakan sistem pendidikan Islam, dan seterusnya. Keduanya, berdosa bagi kerajaan melaksanakan sistem hiburan hedonisme yang merangsang nafsu. hukumnya berdosa.
Tanpa kuasa untuk melakukan islah (perubahan), maka pendokong kuasa ketiga ini juga akan hanyut dibadai pengaruh nasionalisme kebangsaan. Selama mana pendokong Kuasa ketiga ini mampu menahan tekanan? Sistem ekonomi kapitalisme yang sedang diamalkan di Malaysia, menyebabkan kita semua tertekan dengan kos hidup yang semakin meningkat. Mampukah pendokong Kuasa Ketiga ini menahan keselesaan hidup kenaikan kos hidup ini? Sistem Hiburan hedonisme yang diamalkan di Malaysia ini menyebabkan nafsu manusia terangsang. Mampukah pendokong kuasa ketiga ini menahan nafsu melihat gambar artis berpakaian menjolok mata? Sistem pendidikan nasional yang diamalkan di Malaysia kini telah melahirkan anak-anak yang ganas, buta agama, keras hati. Mampukah pendokong Kuasa Ketiga ini menahan anak-anak mereka dar terjebak ke gejala zina dengan bertunjangkan sistem pendidikan sedia ada? Mampukah mereka? Malangnya, mereka tidak akan mampu. Hanya kuasa politik sahaja yang mampu merobah (islah) sistem-sistem hidup yangs aya sebutkan di atas.
Namun, objektif utama PAS sebagai sebuah Gerakan Islam adalah membawa kebaikan. PAS menolak saling berbalah-balahan tanpa hujjah ugama. PAS gembira jika ada golongan muslim yang mahu jadi baik. Jika mereka tetap menolak jalan politik dan PAS, tak mengapa. PAS akan terus menyantuni umat dengan jalan ugama. Tak mengapa, asalkan kamu menjadi orang baik-baik. "Menjadi orang baik-baik" ini adalah suatu perkara yang amat penting sekali! Kita semua hendaklah berusaha agar kita "menjadi orang baik-baik". Selebihnya, kita kenalah mendalami ilmu ugama, belajar dan terus belajar ugama yang dipertanggungjawabkan kepada kita ini.
No comments:
Post a Comment