Saturday, June 16, 2012

Kuasa Ketiga dan PAS

Salam teman-teman yang saya kasihi semuanya,

Pada hari ini saya mahu bercakap tentang "Kuasa Ketiga". Apa itu kuasa ketiga? sesetengah orang menamakan kuasa  ketiga sebagai ahli-ahli Parlimen Bebas, seperti Y.B. ibrahim Ali, Y.B. Hassan Ali, dan rakan-rakan mereka. Mereka ini kononnya mewakili "third force" dalam arena politik Malaysia, iaitu sebahagian besar rakyat Malaysia yang bersikap verkecuali dalam arena politik kepartaian di Malaysia. Selain itu, kita juga ada dengar pelbagai lagi teori tentang "Kuasa Ketiga" politik negara ini.

Sebenarnya, terdapat suatu kuasa yang sedang muncul dengan kuatnya yang melanda masyarakat melayu di Malaysia. Kuasa ketiga yang saya maksudkan adalah sekelompok pemuka agama kontemporari yang sangat berpengaruh di kalangan orang melayu yang tidak berpihak kepada mana-mana parti. Antara pemuka ugama yang saya maksudkan adalah Ustaz Don, Ustaz Zahazan, Ustaz Hassan Din, Ustaz Asri dan beberapa nama hebat lagi. mereka ini berilmu ugama, namun menolak menyatakan pendirian politik kepartian. Da mereka ini mempunyai pengikut yang sangat ramai. Para pengikut mereka berpegang kepada pegangan "bebas dari parti" dan hanya ingin menjadi seorang muslim yang baik. Kemunculan ustaz-ustaz non partisan ini sebenarnya adalah serentak dengan fenomena baru di kalangan orang melayu, iaitu kemunculan beberapa stesen mesia swasta (astro dan IKIM) yang agak rancak menaja beberapa rangakaian televisyen dan radio alternatif untuk memenuhi permintaan terhadap "hiburan berasaskan Islam" yang nampaknya semakin meningkat dewasa ini di kalangan orang melayu. TV Al-Hijrah, Radio IKIM.fm, Astro Oasis adalah antara rangkaian media islam tersebut.

Para pengikut kuasa ketiga ini mempunyai pemikiran politik yang bebas. Mereka menolak UMNO kerana bagi mereka terang-terang UMNO ini lagha dan sekular. Pada masa yang sama, mereka juga menolak PAS kerana memecahbelahkan masyarakat, menolak perpaduan di kalangan muslim, kafir-mengkafir, menghina dan mencaci dan sebagainya. Pendokong kuasa ketiga ini hanya mahu menjadi muslim yang baik. Mereka aktif berqiyamuallail, tak pernah meninggalkan solat berjamaah, bersikap santun terhadap UMNO dan mengajak mereka ke arah kebaikan.

Teman-teman yang rapat dengan saya,
Mengapa politik? Ya, saya sedang bertanya kepada anda berempat yang berdaftar dengan blog saya ini :). Mengapa politik? tak bolehkah kita mejadi pengikut kuasa ketiga sepeti di atas? Tak cukupkah kita berdakwah dan menjadi orang baik-baik? Mengapa perlu terjun ke arena politik dan bergaduh sesama muslim? Kalaupun mahu Islam dilaksanakan secara menyeluruh, tak bolehkah ia dilakukan secara santun dan dakwah tanpa menceburi politik? PAS boleh menjadi sebuah NGO dan badan pendesak kerajaan yang berpengaruh contohnya untuk mendesak kerajaan melaksanakan islam secara menyeluruh. Tak bolehkah begitu? mengapa perlu berpolitik? (wow, saya akna cuba meneranglannya satu persatu dan berharap saudara berempat akan bersabar terhadap penerangan panjang saya).

Siapa musuh PAS? Adakah musuh PAS adalah UMNO? Adakah musuh PAS adalah idelogi sekularisme? Adakah musuh PAS adalah idelogi nasionalisme kebangsaan anutan UMNO? Siapa musuh kita semua sebenarnya? Musuh PAS bukan UMNO. Musuh PAS bukannya nasionalisme kebangsaan. Musuh PAS yang sebenarnya adalah syaitan dan Iblis. Syaitan dan iblis ni adalah musuh manusa yang nyata. Syaitan tak pernah leka untuk mengajak manusia ke arah kejahailan dan kejelekan. Musuh kita semua adalah syaitan. Dan setaip manusia mempunyai kelemahan tersendiri yang boleh dijadikan peluang oleh syaitan untuk menyesatka kita. Tak kira ustaz, nasionalis, ustaz Nik Aziz, Y. Bhg. Tun Mahathir, kesemua kita mempunyai kelemahan tersendiri yang boleh dijadikan modal oleh syaitan. Ada kalanya seorang manusia itu tak kalah dengan harta, tapi dia kalah dengan wanita. Ada kalanya pula seorang ustaz itu tak kalah dengan wanita, tapi dia lemah menghadapi ujian harta. terdapat pula manusia yang kuat menghadapi wanita dan pangkat, tapi tewas dengan pujukan harta.Ustaz Nik Aziz juga mempunyai soft spot untuk melakukan dosa, Ustaz Hadi juga begitu, malah Sheikh Yusuf Al-Qardawi juga begitu. Kita smeua begitu. Dan syaitn ini pandai. Dia pandai mencipta pelbagai tipuhelah untuk menyesatkan manusia, tanpa kita sedari. Dia cipta ideologi sekularisme. Dia cipta idelogi nasionalisme kebangsaan - smeuanya ini untuk menyesatkan manusia. dan ada di antara manusia yang jahil dan lemah seperti UMNO, terpedaya dengan tipu helah syaitan ini dengan menjadi pejuang ideologi-ideologi tersebut.

Dan Islam sebagai satu cara hidup telah diturunkan oleh Tuhan yang mencipta manusia dan syaitan tadi untuk menutup segala ruang-ruang kelemahan sifat fitrah manusia supaya tidak boleh diperlatakan syaitan untuk menyesatkan manusia. Ugama Islam adalah suatu cara hidup yang khas dan suci yang boleh menutup segala ruang untuk menyesatkan manusia. Hanya Islam yang mampu buat begitu, fahaman lain tidak mampu. Namun, apabila Islam itu dilaksanakan secara tempang dan terpisah-pisah, kemujarabannya kurang berkesan dan ia gagal menghalangi syaitan dari terus menyesatkan manusia. Oleh sebab itu, janganlah pelik bila kita dengar Ustaz PAS di tangkap berzina dan Ustaz PAS ditangkap memberi rasuah. Syaitan ni menyesatkan manusia, tak kira PAS atau UMNO. Jadi, onbjektif PAs adalah melaksanakan cara hidup Islam yang syumul agar syaitan tiada lagi ruang dan peluang untuk menyesatkan manusia. Di negara yang diperintah oleh PAS nanti, sistem pendidikannya adalah sistem pendidikan Islam. Sistem hiburannya adalah sistem hiburan islam. Sistem ekonominya adalah sistem ekonomi Islam. Sistem sosialnya adalah sistem sosial Islam. dan benteng terakhirnya adalah sistem perundangan Islam yang akan menjaga iman umat. kesemua sistem-sistem hidup ini akan bergandingan natara satu sama lain menjaga iman rakyat Malaysia sehingga menutup terus peluang syaitan untuk menyesatkan manusia.

Mengapa politik? Kerana politik memberikan peluang yang sangat besar kepada Gerakan Islam untuk melaksanakan Islam. Ya, Islam juga boleh dilaksanakan menerusi gerakan dakwah tanpa berpolitik sepertimana yang sedang dilakukan oleh Ustaz Don dan Ustaz zahazan itu, tapi ruangnya adalah terhad. tapi politik tidak. Politik memberi ruang yang sangat-sangat besar kepada Islam untuk menonjolkan kemampuan dirinya. Tambah pula, setiap gerakan islam ini hendaklah lengkap melengkapi antara satu sama lain. jangan pula bergaduh sesama sendiri. PAS tidak boleh bergaduh dengan Ustaz Asri dan PAs juga tidak boleh bergaduh dengan ABIM. Kita semua satu kumpulan. Musuh kita satu. Jadi, kenalah sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Dan sebenarnya kemunculan kuasa ketiga ini menguntungkan PAS. Gerakan Islam kalah berkali-kali sebelum ini adalah kerana kejahilan umat. Bila hijab kejahilan itu dibuka dengan mengambil peluang dari teknologi FB, televisyen, maka ilmu akan tersebar. Bila ilmu ugama itu tersebar, lebih ramai orang akan faham ugama. Bila begitu, sudah tentu sokongan untuk Gerakan Islam PAS akan bertambah. tapi tentunya ini akan mengambil sedikit masa. tak mengapa, sesungguhnya ugama itu adalah nasihat menasihati antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment