Saudara-saudara sahabat seperjuangan sekalian,
Wah nampaknya kita dah tiba musim berdebat sekarang ni. Ustaz Nasrudin berdebat dengan Ustaz Fatul Bari, LGE berdebat dengan CSL, Salahudin pula berdebat dengan Dato' Saifudin. Kita di forum-forum politik pula tak kurang hebatnya berdebat. Ada banyak thread debat saya tengok di beerapa forum politik tanahair.
Di masa yang sama, banyak persoalan politik dilontarkan oleh pengikut PAS sendiri. Saudara Penduga Arus, contohnya bertanya itu ini, mengapa PAS belum menang tanyanya. Ustaz Hadi slow sangat katanya. PAS perlu agresif hujjah beliau. Kenapa tukar Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Kenapa tundk pada DAP. Macam-macam persoalan politik dilontarkan.
Saudara-saudara sekalian,
Apa matlamat politik Islam? Adakah politik Islam itu matlamatnya hendak merampas Putrajaya? Adakah matlamat Politik Islam itu untuk meberikan persepsi buruk terhadap UMNO agar rakyat memilih PAS? Mungkin pada pandanga kita, politik Islam itu adalah benda-benda yang sukar dan besar-besar seperti Tahalluf Siasi, Unity Government, dan seumpamanya.
Sebenarnya, matlamat Politik Islam hanyalah untuk menjadikan seseorang manusa itu "orang baik-baik". Politik Islam bermatlamatkan menjadikan Encik Ali di Kajang, menjadi orang yang baik, patuh pada Allah. Politik Islam beratlamatkan menjadikan Pua Maimunah di seberang Perai, sebagai seorang wanita solehah. itu je sebenarnya matlamat politik Islam.
Kenapa PAS berpolitik? Kerana kita mahu menang dan memerintah agar kita boleh ubah dasar negara. Apabila sistem hiburan negara diubah, Cik Syaliza tidak lagi akan pulang jam 4 pagi dari Club di Jalan Sltan Ismail. Apabila Sistem Pendidikan negara diubah, adik Nur Adlin Mustafa akan faham roh Islam dan berjiwa Islam setelah tamat Tingkatan 5. Apabila Sistem Ekonomi negara dubah, maka En. Ismail boleh melangsaikan hutang-hutangnya dengan senang hati tanpa tekanan operasaan yang telah memecah belahkan keluarganya. Dan akhirnya, jika manusia itu masih jahat setela sistem-sistem hidup di atas diubah, maka benteng terakhir adalah Sistem Perundangan Islam (Hudud) aka menghukum manusia jahat tersebut dengan tujuan mendidik beliau dan menjadikan teladan kepada manusia lain.
Kadang-kadang kita terlalu sibuk berpolitik seingga melupakan matlamat asal politik Islam itu. Kita sibuk berhujjah sehingga lupa solat berjamaah. Sibuk "mahu menang" terhadap lawan politik sehingga lupa berqiyamuallail. Sibuk berpolitik sehingga lupa tugas da tanggungjawab sebagai seorang muslim. Saya sedar, ada ramai ahli PAS sendiri sebegini.
Jikakita pendokong PAS, tapi sibuk berpolitik sehingga lupa solat berjamaah, maka the whole thing defeat the main purpose og Politik Islam itu sendiri. Politik Islam nak ajak semua orang menjadi baik, melalui kuasa. Tapi kalau kita dok sibuk berpolitik sehingga lupa matlamat asal politik Islam ini, maka terdapat banya koreksi diri yag perlu kita buat.
Saya berkata sebegini bukanlah bermakna saya meoalk debat. Umum di blog ini rasanya kenal saya suka berdebat malah juara berdebat. Tapi saya nak kesemua pendokong Gerakan Islam di blog ini dan di forum-forum politik letak dalam kepala, kita berdebat bukan untuk menang, tapi nak sebarkan Islam, nak cari kebenaran, dan nak ajak sahabat kita di sebelah UMNO/PKR/Atas pagar ke arah yang lebih baik. Tiada lain yang kita inginkan selain dari mengislah diri dan kawan-kawan bangsa melayu.
Monday, July 23, 2012
Sunday, July 22, 2012
Mahu Jadi Doktor?
Kawan-kawan,
Saya terjumpa cerita ini. A very inspirational story about a girl who work hard to achieve her dream, to become a doctor.
“Terima kasih atas sokongan dan nasihat. Susah nak cakap. Saya baru 8 bulan bertugas sebagai pegawai perubatan. Dah banyak air mata ni tumpah. Terus terang saya katakan, terutama pada adik-adik yang tengah buat medicine, tugas ni sgt besar. Jangan ingat nak jadi doktor tu semata-mata nak glamour, banyak duit, orang hormat dan sebagainya. Tak seindah yang orang bayangkan.
Kalau niat tak betulkan dari awal susah nak bertahan. Kita pegang amanah, kadang-kadang kepentingan diri sendiri memang perlu banyak dikorbankan.
Saat org lain nyenyak tidur, kita bercekang mata sampai subuh sebab rawat org
Saat orang bangun tahajjud, kita masih
lagi belum tidur, masih sibuk ambil darah, clerk case. Saat orang lunch, kita
terkial-kial buat kerja, breakfast, lunch semuanya disatukan waktu dinner
Belum lagi kena marah dgn pakar, doc
senior, sister, s/nurse. Terkulat-kulat menelan malu. Kadang pesakit hargai
kita, tapi ada juga yg marah-marah kat kita. Tu pun kita telan, akhirnya
kenyang walaupun tak sempat makan
Saat paling sedih dalam diari saya sebagai doktor ialah saat Asyraf pergi mengadap Ilahi dan saya masih sibuk di hospital merawat bayi orang. Asyraf, anak sedara saya, lahir dengan masalah Patent Ductus Arteriosus + Transposition of Great Arteries. Saat Asyraf lahir sampai dioperate kat IJN, saya masih sibuk di NICU jaga baby orang.
Sampai Asyraf nazak di IJN, saya masih oncall tak dapat cuti. Saya jaga dan rawat bayi orang, tapi darah daging saya pun saya tak sempat tengok. Saya datang oncall haritu dgn mata bengkak dan tak henti-henti menangis. Bila tengok baby orang, saya teringat Asyraf tengah nazak. Akhirnya Asyraf kembali ke rahmatullah tanpa sempat berjumpa dgn makngah dia
Saya redha pemergian Asyraf dalam keadaan suci tanpa dosa. Selamat jalan Asyraf, semoga kita bertemu di syurga, amin
Kadang orang tak tahu derita kita. Betapa banyak air mata yang tumpah. Orang hanya tahu menilai luaran dan hanya tahu komplen. “Doktor baca paper masa pesakit tungu lama” “Doktor tak tahu diagnose” dan sebagainya. Walaupun saya tak nafikan ada juga doktor yang ada attitude problem tapi masih banyak doktor yang amanah, yang korbankan diri dan masanya
jadi janganlah kerana nila setitik, semua doktor dianggap seperti itu.
Saya pernah jaga wad ibu bersalin. Masa tu saya oncall. Datang kerja lepas subuh pukul 6 lebih, sempat minum susu segelas saja. Saya handle 4 ward sorang-sorang. Sampai pukul 7.30malam, baru jumpa nasi. Sampai lembik dan gastric. Sampai nak solat pun terkejar-kejar. Pastu datang doktor pakar, kena maki lagi (bukan marah, tapi maki) depan pesakit lagi. Air mata ni nak tumpah, tapi saya tahan tak nak nangis depan doktor tu. Saya masih bertahan tak tidur sampai pagi, besok pagi kena marah lagi
Apa yang saya hadapi ni, ramai doktor yang menghadapinya terutama doktor baru. Kawan-kawan saya dah ramai yang minta berhenti sebab tak tahan. Ada yang under psychiatric treatment sebab stress
Dulu sebelum kerja, saya hairan kenapa
ada doktor stress sampai nak bunuh diri. Bila dah kerja baru saya tahu betapa
stesssssnya!!!
Saya hanya minta kekuatan dari Allah, berilah saya pertolongan dan kemudahan dalam melaksanakan amanah ni. Saya nak ambil medic bukan mudah. Dulu saya kelas agama kat KISAS. Cita-cita saya tinggi walaupun saya tak pandai macam kawan-kawan lain. Masa di kelas 4 agama vok 8, saya pinjam buku kawan dari kelas sains. Saya belajar sendiri kimia dan biologi. Tak sangka dapat tukar masuk kelas sains
Masa kat matriks UIA, tak dapat buat medic, saya ambil bioscience. Permohonan medic Mesir tak lulus. Saya lanjut degree biomedic di UIA Gombak. Ramadhan 2001, malam tu lepas solat istikharah saya nampak jalan akan ambil medic tapi tak tahu kat mana dan macam mana. Rupa-rupanya Allah dah aturkan jalan untuk saya.
Berkenalan dengan seorang pakar jantung secara tak sengaja. Dia bantu saya ambil exam di kedutaan Indonesia. Kalau tak silap dari 2000 orang yang ambil exam, hanya 500 yang lulus dan Alhamdulillah saya lulus. Tapi tak dapat biasiswa MARA atau JPA.
Hampir-hampir saya tak ke Indonesia sebab takde duit. Masa tu saya dah berhenti UIA sebab tak dapat attend kelas sebab saya keluar dari satu pejabat ke satu pejabat, ke Angkatan Tentera Malaysia cari sponsor. Tapi hampa.
Abah buat pinjaman bank, tapi tak lulus. Abah kerja syif kat hospital (junior MA) sampai tak balik rumah sebab nak kumpul duit hantar saya sambung belajar. Walaupun abah tahu dalam masa 1 minggu tak kan mampu nak kumpul RM20 ribu untuk yuran admission saya
Hampir-hampir abah putus asa. Tapi saya yakinkan abah, kalau tak dapat ambil medic, saya akan sambung form 6. Saya takkan berhenti belajar
Masa tu saya banyak sangat masalah.
Dah jatuh ditimpa tangga. Saya hanya tawakkal dan pasrah pada Allah.
Aalhamdulillah beberapa hari sebelum tarikh tiket berangkat, rayuan abah ke Bank Rakyat diluluskan. Bank Rakyat buat meeting bincang kes rayuan saya. Diluluskan dana pendidikan khusus. Segala puji bagi Allah. Duit yuran 1 semester kat UIA Gombak, muslimat UIA buat kutipan dan bantu saya. Jazakumullahu khairan katsiira.
Duit tiket mak kawan yang bayar. Beberapa bulan saya menumpang di rumah senior. Duit sewa doktor tu tolong bayar. Banyak saya hutang dia. Dia kata tak apa, yang penting saya jadi doktor untuk ummah, dia sanggup tolong saya.
1 tahun pertama, kehidupan saya di Makassar sangat menyedihkan. Sebab nak jimat dan taknak susahkan abah umi, saya ikat perut. Kakak dan adik-adik saya masih belajar dan pakai banyak duit. Saya tak sampai hati minta duit kat abah. Saya jalan kaki ke kampus, jauh juga. Saya beli nasi goreng, sebungkus RM 1.50 (3000 rupiah). Nasi tu saya bahagi dua (1 bahagian untuk makan tengahari, satu bahagian untuk makan malam). Kadang nasi tu dah basi, tapi saya telan juga
Anda pernah makan nasi basi? Saya
pernah banyak kali. Aalhamdulillah berkat perut saya tak sakit lepas makan nasi
basi tu.
Pernah duit dalam tangan tinggal 6000 rupiah (RM 3) nak bertahan 1 minggu dengan 3ringgit macam mana?
Abah tak dapat gaji lagi.. Alhamdulillah tiba-tiba mak
kawan saya kirim duit zakat, dapatla saya bertahan sampai abah dapat gaji.
Pernah juga ustazah buat collection dari cikgu-cikgu KISAS dan kirim duit pada
saya. Terima kasih cikgu
Semoga Allah membalasnya dengan
kebaikan yang banyak, amin.
Alhamdulillah, setelah keluar result tahun pertama saay dapat 3 pointer lebih. MARA dan JPA tawarkan biasiswa. Saya pilih MARA. Sejak tu beban abah dah berkurang. Alhamdulillah dapat saya bertahan sampai selesai ijazah sarjana muda perubatan. Setelah susah payah yang saya lalui untuk belajar medic, tak mungkin semudah tu saya nak berhenti.
Bila penat, pesakit ramai, tak cukup tidur, saya cuba bisikan dalam hati, “Aku buat kerja kerana Allah. Aku stay up attend new case kerana Allah.” Hati ni terasa lapang, kerja terasa dimudahkan. Bila stress, terasa nak marah, apalagi dengan kerenah nurse dan pesakit
Tapi tak sampai hati nak marah sebab
saya pun tak suka dimarah. Saya faham perasaan orang yang kena marah. Jadi
amarah tu disimpan dalam-dalam, saya lempar senyuman (walaupun senyuman tak
semanis biasanya sbb tgh stress)
Kalau oncall, walaupun tak tidur
sampai subuh, alhamdulillah saya masih boleh bercekang mata sambung kerja
sampai petang. Walaupun terasa nak rebah masa buat round dengan pakar
Cuma saya harap, Allah beri saya
kesihatan agar saya boleh terus merawat pesakit.
Apa yang terjadi pada saya sepanjang bekerja, juga dialami oleh semua doktor terutama doktor baru. Jadi kalau anda yang baca emel ni, ke hospital untuk mendapatkan khidmat doktor, semoga anda faham apa yang kami alami dan cuba mengerti keadaan kami
Kami tak minta dihormati tapi
hargailah kami yang cuba mambantu anda. Bersabarlah kalau lambat dilayani,
kerana kemampuan kami terbatas. Kami tahu anda yang datang ke hospital untuk
dibantu sedang sakit. Apabila anda bersabar, kami juga dengan senang hati
membantu anda.
Berapa banyak doktor wanita yang saya kenal tak berumahtangga. Bila ditanya kenapa, ada yang menjawab kerana tidak mampu membahagi masa antara kerja dan tanggungjawab rumahtangga. Bukan sebab dia terlalu mementingkan kerjaya. Tapi di saat dia harus memilih antara keluarga dan kerja, dia tidak mampu handle kedua-duanya, jadi dia memilih kepentingan pesakit yang memerlukan khidmatnya dan akhirnya dia tak berumahtangga
Tapi tak semua. Ada juga berjaya mengharungi kedua-dua dengan
saksama.
Jadi dah jelas, kerjaya ni tak seindah yang orang sangka. Awas, kalau niat tak betul, mungkin tak kan dapat bertahan
Anda tahu, berapa doktor dibayar sekali oncall? Kalau weekdays, bermula oncall setelah habis office hour (dari jam 5 petang sampai 7 pagi besok), total 15 jam, anda hanya dibayar RM100 sahaja. Kalau weekend, start oncall jam 7am to 7am besok pagi (total 24jam) doktor hanya dibayar RM110 sahaja.
Walaupun orang kata gaji doktor besar, kami tak rasa begitu sebab teruknya belajar dan teruknya stress kerja tak dapat disama hargakan dengan harga sebuah ketenangan. Tapi rata-rata doktor, apalagi doktor baru seperti saya dan kawan-kawan saya, kami tak kisah sangat pasal bayaran. Kita nak bertugas sebagai doktor bukan kerana berapa banyak gaji yang dibayar. Kami dah dibiasakan kerja under stress. Hari oncall (tak cukup tidur atau bahkan tak tidur langsung sampai pagi) besok postcall tapi kena sambung kerja sampai balik petang atau malam, besoknya oncall lagi. Tu namanya EOD call (Every Other Day).
Jujur, saya tak menyesal memilih jalan ni. Saya rasa saya tak mampu, tapi Allah tahu kemampuan kita. Saya rasa saya tak kuat, tapi alhamdulillah Allah menguatkan saya.
Doktor tak minta anda mengucapkan terima kasih kerana ini memang tanggungjawab kami
kepuasan bagi saya apabila pesakit yang menderita dapat rawatan sempurna dan pulang dengan senyuman
Kesembuhan anda bukan ditangan kami.
Kami hanya membantu mengurangkan penderitaan anda tapi Allah lah yang Maha
berkuasa menyembuhkan.
Doakan saya diberi keikhlasan dalam menjalankan amanah dan dimudahkan urusan dalam ilmu dan semuanya untuk ummat ISLAM, semata-mata kerana Allah Taala. Selamat berjuang…
Saya terjumpa cerita ini. A very inspirational story about a girl who work hard to achieve her dream, to become a doctor.
“Terima kasih atas sokongan dan nasihat. Susah nak cakap. Saya baru 8 bulan bertugas sebagai pegawai perubatan. Dah banyak air mata ni tumpah. Terus terang saya katakan, terutama pada adik-adik yang tengah buat medicine, tugas ni sgt besar. Jangan ingat nak jadi doktor tu semata-mata nak glamour, banyak duit, orang hormat dan sebagainya. Tak seindah yang orang bayangkan.
Kalau niat tak betulkan dari awal susah nak bertahan. Kita pegang amanah, kadang-kadang kepentingan diri sendiri memang perlu banyak dikorbankan.
Saat org lain nyenyak tidur, kita bercekang mata sampai subuh sebab rawat org
Saat paling sedih dalam diari saya sebagai doktor ialah saat Asyraf pergi mengadap Ilahi dan saya masih sibuk di hospital merawat bayi orang. Asyraf, anak sedara saya, lahir dengan masalah Patent Ductus Arteriosus + Transposition of Great Arteries. Saat Asyraf lahir sampai dioperate kat IJN, saya masih sibuk di NICU jaga baby orang.
Sampai Asyraf nazak di IJN, saya masih oncall tak dapat cuti. Saya jaga dan rawat bayi orang, tapi darah daging saya pun saya tak sempat tengok. Saya datang oncall haritu dgn mata bengkak dan tak henti-henti menangis. Bila tengok baby orang, saya teringat Asyraf tengah nazak. Akhirnya Asyraf kembali ke rahmatullah tanpa sempat berjumpa dgn makngah dia
Saya redha pemergian Asyraf dalam keadaan suci tanpa dosa. Selamat jalan Asyraf, semoga kita bertemu di syurga, amin
Kadang orang tak tahu derita kita. Betapa banyak air mata yang tumpah. Orang hanya tahu menilai luaran dan hanya tahu komplen. “Doktor baca paper masa pesakit tungu lama” “Doktor tak tahu diagnose” dan sebagainya. Walaupun saya tak nafikan ada juga doktor yang ada attitude problem tapi masih banyak doktor yang amanah, yang korbankan diri dan masanya
jadi janganlah kerana nila setitik, semua doktor dianggap seperti itu.
Saya pernah jaga wad ibu bersalin. Masa tu saya oncall. Datang kerja lepas subuh pukul 6 lebih, sempat minum susu segelas saja. Saya handle 4 ward sorang-sorang. Sampai pukul 7.30malam, baru jumpa nasi. Sampai lembik dan gastric. Sampai nak solat pun terkejar-kejar. Pastu datang doktor pakar, kena maki lagi (bukan marah, tapi maki) depan pesakit lagi. Air mata ni nak tumpah, tapi saya tahan tak nak nangis depan doktor tu. Saya masih bertahan tak tidur sampai pagi, besok pagi kena marah lagi
Apa yang saya hadapi ni, ramai doktor yang menghadapinya terutama doktor baru. Kawan-kawan saya dah ramai yang minta berhenti sebab tak tahan. Ada yang under psychiatric treatment sebab stress
Saya hanya minta kekuatan dari Allah, berilah saya pertolongan dan kemudahan dalam melaksanakan amanah ni. Saya nak ambil medic bukan mudah. Dulu saya kelas agama kat KISAS. Cita-cita saya tinggi walaupun saya tak pandai macam kawan-kawan lain. Masa di kelas 4 agama vok 8, saya pinjam buku kawan dari kelas sains. Saya belajar sendiri kimia dan biologi. Tak sangka dapat tukar masuk kelas sains
Masa kat matriks UIA, tak dapat buat medic, saya ambil bioscience. Permohonan medic Mesir tak lulus. Saya lanjut degree biomedic di UIA Gombak. Ramadhan 2001, malam tu lepas solat istikharah saya nampak jalan akan ambil medic tapi tak tahu kat mana dan macam mana. Rupa-rupanya Allah dah aturkan jalan untuk saya.
Berkenalan dengan seorang pakar jantung secara tak sengaja. Dia bantu saya ambil exam di kedutaan Indonesia. Kalau tak silap dari 2000 orang yang ambil exam, hanya 500 yang lulus dan Alhamdulillah saya lulus. Tapi tak dapat biasiswa MARA atau JPA.
Hampir-hampir saya tak ke Indonesia sebab takde duit. Masa tu saya dah berhenti UIA sebab tak dapat attend kelas sebab saya keluar dari satu pejabat ke satu pejabat, ke Angkatan Tentera Malaysia cari sponsor. Tapi hampa.
Abah buat pinjaman bank, tapi tak lulus. Abah kerja syif kat hospital (junior MA) sampai tak balik rumah sebab nak kumpul duit hantar saya sambung belajar. Walaupun abah tahu dalam masa 1 minggu tak kan mampu nak kumpul RM20 ribu untuk yuran admission saya
Hampir-hampir abah putus asa. Tapi saya yakinkan abah, kalau tak dapat ambil medic, saya akan sambung form 6. Saya takkan berhenti belajar
Aalhamdulillah beberapa hari sebelum tarikh tiket berangkat, rayuan abah ke Bank Rakyat diluluskan. Bank Rakyat buat meeting bincang kes rayuan saya. Diluluskan dana pendidikan khusus. Segala puji bagi Allah. Duit yuran 1 semester kat UIA Gombak, muslimat UIA buat kutipan dan bantu saya. Jazakumullahu khairan katsiira.
Duit tiket mak kawan yang bayar. Beberapa bulan saya menumpang di rumah senior. Duit sewa doktor tu tolong bayar. Banyak saya hutang dia. Dia kata tak apa, yang penting saya jadi doktor untuk ummah, dia sanggup tolong saya.
1 tahun pertama, kehidupan saya di Makassar sangat menyedihkan. Sebab nak jimat dan taknak susahkan abah umi, saya ikat perut. Kakak dan adik-adik saya masih belajar dan pakai banyak duit. Saya tak sampai hati minta duit kat abah. Saya jalan kaki ke kampus, jauh juga. Saya beli nasi goreng, sebungkus RM 1.50 (3000 rupiah). Nasi tu saya bahagi dua (1 bahagian untuk makan tengahari, satu bahagian untuk makan malam). Kadang nasi tu dah basi, tapi saya telan juga
Pernah duit dalam tangan tinggal 6000 rupiah (RM 3) nak bertahan 1 minggu dengan 3ringgit macam mana?
Alhamdulillah, setelah keluar result tahun pertama saay dapat 3 pointer lebih. MARA dan JPA tawarkan biasiswa. Saya pilih MARA. Sejak tu beban abah dah berkurang. Alhamdulillah dapat saya bertahan sampai selesai ijazah sarjana muda perubatan. Setelah susah payah yang saya lalui untuk belajar medic, tak mungkin semudah tu saya nak berhenti.
Bila penat, pesakit ramai, tak cukup tidur, saya cuba bisikan dalam hati, “Aku buat kerja kerana Allah. Aku stay up attend new case kerana Allah.” Hati ni terasa lapang, kerja terasa dimudahkan. Bila stress, terasa nak marah, apalagi dengan kerenah nurse dan pesakit
Apa yang terjadi pada saya sepanjang bekerja, juga dialami oleh semua doktor terutama doktor baru. Jadi kalau anda yang baca emel ni, ke hospital untuk mendapatkan khidmat doktor, semoga anda faham apa yang kami alami dan cuba mengerti keadaan kami
Berapa banyak doktor wanita yang saya kenal tak berumahtangga. Bila ditanya kenapa, ada yang menjawab kerana tidak mampu membahagi masa antara kerja dan tanggungjawab rumahtangga. Bukan sebab dia terlalu mementingkan kerjaya. Tapi di saat dia harus memilih antara keluarga dan kerja, dia tidak mampu handle kedua-duanya, jadi dia memilih kepentingan pesakit yang memerlukan khidmatnya dan akhirnya dia tak berumahtangga
Jadi dah jelas, kerjaya ni tak seindah yang orang sangka. Awas, kalau niat tak betul, mungkin tak kan dapat bertahan
Anda tahu, berapa doktor dibayar sekali oncall? Kalau weekdays, bermula oncall setelah habis office hour (dari jam 5 petang sampai 7 pagi besok), total 15 jam, anda hanya dibayar RM100 sahaja. Kalau weekend, start oncall jam 7am to 7am besok pagi (total 24jam) doktor hanya dibayar RM110 sahaja.
Walaupun orang kata gaji doktor besar, kami tak rasa begitu sebab teruknya belajar dan teruknya stress kerja tak dapat disama hargakan dengan harga sebuah ketenangan. Tapi rata-rata doktor, apalagi doktor baru seperti saya dan kawan-kawan saya, kami tak kisah sangat pasal bayaran. Kita nak bertugas sebagai doktor bukan kerana berapa banyak gaji yang dibayar. Kami dah dibiasakan kerja under stress. Hari oncall (tak cukup tidur atau bahkan tak tidur langsung sampai pagi) besok postcall tapi kena sambung kerja sampai balik petang atau malam, besoknya oncall lagi. Tu namanya EOD call (Every Other Day).
Jujur, saya tak menyesal memilih jalan ni. Saya rasa saya tak mampu, tapi Allah tahu kemampuan kita. Saya rasa saya tak kuat, tapi alhamdulillah Allah menguatkan saya.
Doktor tak minta anda mengucapkan terima kasih kerana ini memang tanggungjawab kami
kepuasan bagi saya apabila pesakit yang menderita dapat rawatan sempurna dan pulang dengan senyuman
Doakan saya diberi keikhlasan dalam menjalankan amanah dan dimudahkan urusan dalam ilmu dan semuanya untuk ummat ISLAM, semata-mata kerana Allah Taala. Selamat berjuang…
Wednesday, July 4, 2012
Investments In The Fundamentals Of The Economy
My dear colleagues,
During the 1990s, we have had many mega projects pursued. If you all can still remember, during thoise years, we have KLCC and KL Tower built, we have Sepang International Circuit started, and few others. During then, the philosophy was these mega projects will create economic spillover to other sectors of the economy. Well, how true it is in the short term.
My friends,
If there is one thing that we can surely learn from the subprime crisis in the U.S, it must be - Sustainability. The word sustainability has gained loads of attention after the crisis to teach us how important it is for any fund to be invested for the purpose of mutual benefit that can be benificial to the human beings. In other words, investment should be seen from a longer term perspectives and be made in an ethical way. We've seen how Wal Mart got into trouble in Mexico when alleged bribing the Mexican Government officials and mess up their internal audit mechanism.
From a government persepctive to develop this nation, I believe that investment in mega projects should be stop or at least be made more selective. Mega project invesment will create false economic bubble and when this bubble burst, many people will suffer financially. I believe that more investment should be made in the fundamentals of the conomy as it is more sustain and will benefit the nation in the longer terms.
Dear kawan-kawan,
What are these economic fundamentals? Well, these fundamentals are our daily bread and butter, among others includes but not limited to, education, infrastructures, health, logistics and many more. These basic necessities are the pillars of any economy and investment in these areas will strenghten our economic sustainability during the hard times. Reliable workforce, good infrastructure, accesible logistical connections, an integrity and good governace and above all, proper planning at the federal level will ensure more genuine investment to the country.
Another thing which I might wany to add is the flexibility of our Act pertaining to our job market. Rules and regulations pertaining to employment is one of the weightage considered by multinational or transnational companies when deciding where to invest. A loose and flexible empoyment Act will ensure good performance evaluation and will promote creativity and enhance capable individuals. A stiff and inflexible employment regulations will tie company's hand to promote and demote employees.
These are the fundamentals which are required from a country mo matter what industries are you pursuing whether the new source of wealth in those industrial areas (renewable energies etc.) or the traditional ones.

Apa Itu Islam?
Teman-teman semua,
Saya terlihat satu blog pendokong ideology Nasionalisme Kebangsaan (baca:UMNO) baru-baru ini. Di dalam salah satu tulisannya penulis blog tersebut telah menulis satu artikel panjang lebar tentang ”2 sisi berbeza Ustaz Nik Aziz Nik Mat dan Y. Bhg. Tun Matahir”. Dalam artikel berkenaan, penulis telah meletakkan 2 gambar kedua-dua tokoh berkenaan. Bagi Ustaz Nik Aziz, beliau telah meletakkan 2 gambar: gambar pertama berjudul ”gambar yang biasa kita lihat di media massa” yang menunjukkan Ustaz Nik Aziz memakan nasi bungkus di kedai di tepi jalan dengan penuh zuhud dan seperti rakyat biasa. Gambar kedua pula berjudul ”Gambar yang jarang kita lihat di media massa” menunjukkan Ustaz Nik Aziz sedang menyantap makanan di Hotel bertaraf 5 bintang menggunakan sudu dan garfu dengan penuh kemewahan dan kekayaan. Begitu juga dengan Y. Bhg. Tun, diletakkan 2 gambar: Gambar pertama berjudul ”Gambar yang biasa kita lihat di media massa” yang menunjukkan Y. Bhg. Tun sedang makan dengan segelas air berwarna kekuningan dengan penuh kemewahan dan kekayaan. Gambar kedua pula berjudul ”gambar yang jarang kita lihat di media massa” menunjukkan Y. Bhg. Tun sedang bersolat di hadapan ka’abah memakai kain ihram yang sangat sederhana dan beliau tidak ditemani sesiapa, sangat rendah diri menyembah Allah.
Secara mudahnya, apa yang penulis ingin gambarkan adalah Ustaz Nik Aziz juga sama sahaja seperti Y. Bhg. Tun, cuma media yang memomokkan rakyat dengan kezuhudan beliau, kerendahan beliau, sifat rendah diri beliau, sedangkan pada dunia realiti, Ustaz Nik Aziz sebenarnya makan dengan sudu dan garfu, menginap di Hotel 5 bintang, sangat mewah. Begitu juga dengan Y. Bhg. Tun. Penulis cuba menggambarkan Y. Bhg. Tun yang biasa kita lihat dipromosikan dia media sebenarnya sama dengan sisi zuhud Ustaz Nik Aziz. Ya, kita biasa lihat Y. Bhg. Tun berkereta Mercedes, tapi sebenarnya di dunia luar, Y. Bhg. Tun juga memakan nasi lemak di warung di tepi jalan, Y. Bhg. Tun juga memakai kain pelikat dan baju pagoda. Sama sahaja, Cuma yang membezakan mereka berdua hanyalah media. Ustaz Nik Aziz Islam dan zuhud, Y. Bhg. Tun Mahathir juga Islam dan zuhud. Islam Ustaz Nik Aziz tak lebih dari Islam Y. Bhg. Tun.Kedua-duanya sama, Cuma dibezakan melalui peranan media. Begitulah maksud si penulis.
Teman-teman,
Apa itu Islam? Islam sebenarnya bukanlah suatu ugama. Ya, Islam bukan merupakan ugama dari erti kata cara-cara menyembah Tuhan. Bukan. Islam sebenarnya adalah CARA. Ya, Islam adalah cara. Islam mengajar kita cara untuk hidup, bukan hanya cara untuk menyembah Tuhan. Islam itu merupakan cara yang diredhai oleh Tuhan. Termasuk di dalam Islam adalah cara untuk menyembah Tuhan pencipta (ini dinamakan sistem beribadah). Termasuk di dalam Islam adalah cara untuk berhibur (ini dinamakan sistem hiburan Islam). Termasuk di dalam Islam adalah cara untuk berniaga (ini dinamakan sistem ekonomi Islam). Termasuk di dalam Islam adalah cara untuk berperaturan (ini dinamakan sistem perundangan Islam), dan seterusnya. Nak seks? Islam benarkan, tapi begini caranya. Nak jadi kaya? Boleh, Islam benarkan, tapi begini caranya. Nak berhibur dan enjoy dan have fun? Boleh, Islam benarkan, tapi ini caranya. Semuanya Islam letakkan caranya, bagini, begini, begini, begini.
Berbalik kepada gambar tadi. Islam tak kata kaya itu haram dan tak boleh kaya. Tidak! Islam tak kata berkereta Mercedes itu tak boleh. Islam tak kata makan menggunakan sudu dan garfu itu tak boleh. Tidak! Tapi Islam letakkan cara dan acuannya, nak kaya, begini caranya. Nak miskin, begini caranya. Kaya Ustaz Nik Aziz dan zuhud Y. Bhg. Tun bukan isunya. Isunya adalah samada kaya Ustaz Nik Aziz itu mengikut acuan Islam atau tidak. Isunya adalah zuhud Y. Bhg. Tun mengikut acuan Islam atau tidak. Ini semua berkaitan dengan idelogi. Jika kita miskin dan zuhud, tapi kita memeluk idelogi sekularisme, zuhud kita adalah sia-sia di sisi Allah. Jika kita kaya, berkereta Mercedes, memakan dengan sudu dan garfu, tapi kaya kita itu mengikut acuan ideologi Islam, maka kaya itu merupakan satu pahala di sisi Allah.
Saudara-saudara saya semua,
Islam nie, adalah suatu ugama yang kita kena faham dan kita kena belajar. Kejahilan adalah musuh Islam. Bila kita tak faham, maka kita akan menulis mengikut tulisan si penulis blog tadi. Bagi beliau, Islam itu adalah zuhud, Islam itu adalah senyum manis berserban dan berselipar Jepun. Bagi beliau, bukan Islam jika bertali leher, berkot dan berkereta Audi. Sebenarnya ini adalah racun orientalis yang sangat membenci Islam. Para orientalis cuba menyebarkan faham bahawa Islam itu adalah berserban dengan baju bertampal sini sana dan berselipar Jepun. Orientalis menyebarkan fahaman bahawa bukan Islam jika seseorang itu bertali leher, berkot, dan belajar di Wharton Business School dan bergaji enam angka sebulan. Saya mahu kita semua buang jauh-jauh pemikiran seperti ini, pemikiran kolot, ketinggalan zaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)