Saudara-saudara sahabat seperjuangan sekalian,
Wah nampaknya kita dah tiba musim berdebat sekarang ni. Ustaz Nasrudin berdebat dengan Ustaz Fatul Bari, LGE berdebat dengan CSL, Salahudin pula berdebat dengan Dato' Saifudin. Kita di forum-forum politik pula tak kurang hebatnya berdebat. Ada banyak thread debat saya tengok di beerapa forum politik tanahair.
Di masa yang sama, banyak persoalan politik dilontarkan oleh pengikut PAS sendiri. Saudara Penduga Arus, contohnya bertanya itu ini, mengapa PAS belum menang tanyanya. Ustaz Hadi slow sangat katanya. PAS perlu agresif hujjah beliau. Kenapa tukar Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Kenapa tundk pada DAP. Macam-macam persoalan politik dilontarkan.
Saudara-saudara sekalian,
Apa matlamat politik Islam? Adakah politik Islam itu matlamatnya hendak merampas Putrajaya? Adakah matlamat Politik Islam itu untuk meberikan persepsi buruk terhadap UMNO agar rakyat memilih PAS? Mungkin pada pandanga kita, politik Islam itu adalah benda-benda yang sukar dan besar-besar seperti Tahalluf Siasi, Unity Government, dan seumpamanya.
Sebenarnya, matlamat Politik Islam hanyalah untuk menjadikan seseorang manusa itu "orang baik-baik". Politik Islam bermatlamatkan menjadikan Encik Ali di Kajang, menjadi orang yang baik, patuh pada Allah. Politik Islam beratlamatkan menjadikan Pua Maimunah di seberang Perai, sebagai seorang wanita solehah. itu je sebenarnya matlamat politik Islam.
Kenapa PAS berpolitik? Kerana kita mahu menang dan memerintah agar kita boleh ubah dasar negara. Apabila sistem hiburan negara diubah, Cik Syaliza tidak lagi akan pulang jam 4 pagi dari Club di Jalan Sltan Ismail. Apabila Sistem Pendidikan negara diubah, adik Nur Adlin Mustafa akan faham roh Islam dan berjiwa Islam setelah tamat Tingkatan 5. Apabila Sistem Ekonomi negara dubah, maka En. Ismail boleh melangsaikan hutang-hutangnya dengan senang hati tanpa tekanan operasaan yang telah memecah belahkan keluarganya. Dan akhirnya, jika manusia itu masih jahat setela sistem-sistem hidup di atas diubah, maka benteng terakhir adalah Sistem Perundangan Islam (Hudud) aka menghukum manusia jahat tersebut dengan tujuan mendidik beliau dan menjadikan teladan kepada manusia lain.
Kadang-kadang kita terlalu sibuk berpolitik seingga melupakan matlamat asal politik Islam itu. Kita sibuk berhujjah sehingga lupa solat berjamaah. Sibuk "mahu menang" terhadap lawan politik sehingga lupa berqiyamuallail. Sibuk berpolitik sehingga lupa tugas da tanggungjawab sebagai seorang muslim. Saya sedar, ada ramai ahli PAS sendiri sebegini.
Jikakita pendokong PAS, tapi sibuk berpolitik sehingga lupa solat berjamaah, maka the whole thing defeat the main purpose og Politik Islam itu sendiri. Politik Islam nak ajak semua orang menjadi baik, melalui kuasa. Tapi kalau kita dok sibuk berpolitik sehingga lupa matlamat asal politik Islam ini, maka terdapat banya koreksi diri yag perlu kita buat.
Saya berkata sebegini bukanlah bermakna saya meoalk debat. Umum di blog ini rasanya kenal saya suka berdebat malah juara berdebat. Tapi saya nak kesemua pendokong Gerakan Islam di blog ini dan di forum-forum politik letak dalam kepala, kita berdebat bukan untuk menang, tapi nak sebarkan Islam, nak cari kebenaran, dan nak ajak sahabat kita di sebelah UMNO/PKR/Atas pagar ke arah yang lebih baik. Tiada lain yang kita inginkan selain dari mengislah diri dan kawan-kawan bangsa melayu.
No comments:
Post a Comment