(Tulisan ini hendaklah dibaca selepas anda membaca tulisan awal saya, Ad-Deen and Citizenship)
Saudara-saudara pembaca blog saya yang sangat setia,
Di dalam artikelnya di akhbar The Sun tersebut, Dr. Chandra Muzaffar menulis satu tulisan yang membawa maksud perlaksanaan Islam secara syumul akan menimbulkan konflik di kalangan masyarakat non-muslim di mana masyarakat non-muslim akan berasa ditekan secara halus dan tidak adil agar menerima Islam. Dr. Muzaffar dengan kata lain, ingin berkata perlaksanaan Islam secara syumul akan mengganggu keharmonian antara ugama yang kita kecapi selama ini. Atau, dengan lebih terang lagi, Dr. Chandra cuba berkata perlaksanaan Islam secara syumul adalah tidak sesuai dilaksanakan di sebuah negara ebrbilang agama seperti Malaysia. Jika saya tersalah membuat telahan, minta diperbetulkan.
Di sini saya ingin bercakap sedikit berkenaan dengan ugama saya, iaitu Islam. Sebenarnya tentu ramai yang berfikir bahawa Islam diturunkan untuk kesejahteraan orang Islam, kan? Sebenarnya, itu adalah satu pemahaman yang salah. Islam sebenarnya diturunkan untuk kesejahteraan semua manusia, tak kira muslim, kristien, buddhist atau athiest!
Sistem-sistem hidup acuan Islam sesuai untuk semua manusia, tak kira apapun agama mereka. Ah Chong, misalnya, mendapati sistem ekonomi Islam amat baik untuk bisnesnya kerana dalam konteks perbankan Islam beliau mendapati kadar pinjaman yang tetap setiap bulan amat memudahkannya untuk merancang bajet perniagaan. Beliau menerima sistem ekonomi Islam tapi menolak sistem ibadah Islam/ketuhanan islam....tiada masalah di situ. Muthu, mendapati sistem perundangan Islam (Hudud) amat baik sekali. Beliau merasa selamat berada di dalam jagaan Hudud, keluarganya selamat, perniagaannya selamat, serta hartanya selamat. Muthu menerima Sistem perundangan Islam (Hudud) tapi menolak sistem ibadah Islam/ketuhanan islam....tiada masalah di situ. Stevens, seorang penganut ugama Kristien. Stevens menerima Sistem Pendidikan Islam kerana beliau mendapati sistem pendidikan islam mengiktiraf bakat smeulajadi seseorang manusia yang nurture bakat tersebut untuk kebaikan manusia. Stevens menerima sistem pendidikan islam tapi beliau menolak sistem ibadah islam/ketuhanan islam...tiada masalah di situ. Hak untuk menerima Islam sebagai sistem ibadah, adalah hak individu tersebut. Hidayah adalah dari Allah, tugas kita hanyalah dakwah. Dia nak terima atau taknak terima, itu bukan masalah kita.
Stevens, Muthu, dan Ah Chong - mereka ini semua menerima sistem-sistem hidup Islam yang lain, mereka cuma menolak ketuhanan Islam sahaja ....dan Islam mengiktiraf hak mereka untuk memilih. Tiada sebarang masalah atau konflik sebagaimana yang didakwa oleh Dr. Chandra Muzaffar.
Sistem hidup islam adalah sesuai untuk setiap manusia tanpa mengira ugama kerana sifat Islam itu adalah fitrah. islam adalah ugama fitrah yang sesuai dengan kehendak semulajadi manusia. Sistem hidup Islam sesuai dengan Stevens, sesuai dengan Ah Chong, dan juga sesuai dengan Muthu. Soal mereka mahu terima Allah sebagai Tuhan atau tidak, itu bukan masalah kita. Hidayah hanyalah dari Allah, tugas kita hanya dakwah.
Dak dek kerana ini jugalah, tiada sebarang masalah bagi sesebuah Gerakan Islam seperti PAS untuk meletakkan calon non-muslim sebagai calon dalam pilihanraya. Hendak jadi calon pilihanraya PAS, seseorang itu mestilah menerima sistem hidup Islam. Jika seorang Hindu mahu menjadi calon pilihanraya PAS, beliau seharusnya menerima Sistem perundangan Islam - Sistem Pendidikan islam - Sistem Ekonomi Islam - Sistem Sosial Islam dan menganggap sistem-sistem hidup acuan Islam ini adalah yang terbaik berbanding sistem-sistem hidup acuan sekularisme atau nasionalisme kebangsaan. Soal dia nak terima Allah sebagai Tuhan, itu adalah hak beliau kerana hidayah hanya datang dari Allah.
No comments:
Post a Comment