Teman-teman yang saya kasihi,
Hari ini saya mahu bercakap tentang Negara Greece. Tidak, saya bukan mahu bercakap tentang tempat-tempat pelancongan menarik di sana. Saya juga bukan ingin bercakap tentang makanan tradisional Greece. Tapi saya mahu bercakap tentang perihal ekonomi dan politik negara tersebut sekarang.
Apa yang anda tahu tentang Greece? Greece adalah sebuah negara yang terletak di benua eropah dan menganggotai kumpulan bersatu Eropah, atau EU yang turut dianggotai oleh sebilangan negara-negara maju di benua tersebut untuk membentuk satu pasaran yang besar dengan menggunakan satu matawang dan legal framework yang sama. Indahnya kesatuan tersebut darai segi ekonomi. bayangkan, barangan dan modal boleh menyeberangi satu negara berdaulat kepada satu lagi negara berdaulat tanpa sekatan undang-undang.
Baru-baru ini, lanjutan dari krisis sub-prima di Amerika Syarikat, negara-negara Eropah turut terjejas. Antara negara yang paling teruk terjejas adalah England. Di antara negara-negara EU, terdapat beberapa negara yanag mempunyai simtom-simtom penyakit yang sama sepertimana Amerika Syarikat. Negara-negara tersebut adalah, di antaranya adalah Portugal, Sepanyol, Ireland, dan yang paling teruk, Greece. Apa yang menyebabkan negaraa-negara ini berada dalam keadaan deep shit sebegini? Kerana hutang. Kerana sifata tamak manusia yang ingin hidup melebihi kemampuan. Negara -negara ini berhutang untuk menampung kemajuan ekonomi mereka dan apabila terjadinya krisis sub-prime di Amerika Syarikat, mereka ini terdedah kepada berbilion euro kerugian apabila pelaburan beracun yang mereka laburkan hangus bgitu saja. Diberitakan, EU telah membelanjakan lebih 100 bilion euro untuk membailout Greece. Hutang Greece kini melebihi 100% dari GDPnya (!) dan unemployment bagi golongan pemuda meningkat ke paras 21% (!). bayangkan apa akan terjadi?
Negara-negara sahabat mereka dalam kumpulan EU telah bercakap untuk mengeluarkan Greece dari kumpulan EU bagi mengelakkan krisis Greece menjunamkan lagi nilai matawang euro. Namun, yang menjadi masalah adalah pengeluaran Greece dari zon EU akan mengakibatkan keadaan anggota-anggota lain di dalam zon euro menjadi lebih parah - Sepanyol, Portugal, Italy, Ireland kerana bank-bank di sana memegang banya hutang dari Greece. "Grexit" tidak akan menyelesaikan masalah. Saya dengar kini rakyat Greece telah beramai-ramai berpusu-pusu ke bank dan mesin-mesin ATM untuk mengeluarkan euro mereka dan menyimpan tunai mereka di rumah sebagai persediaan jika benar Greece ditendang keluar dari zzon euro. Kini bank di Greece semuanya kehabisan tunai. Kering. Di sini saya lihatr betapa pentinbgnya peranan bank dan institusi kewangan laiin berfiungsi sebagai "intermediaries" - orang tengah dalam memindahkan modal dari satu pihak kepada satu pihak yang lain. Bank membolehkan perniagaan ditubuhkan dan ekonomi bergerak. Sekarang, apa akan terjadi jika semua orang, pada masa yanag sama, mengeluarkana wang mereka dari bank? Bank yang kaya raya tadi akan mulfunction. Krsisi perbankan ini akan merebak kepada krisis ekonomi secara menyeluruh. Krisis Greece bermula daeri kesilapan pihak bank (dan rating agencies dan penggubal undang-undang) yang "berjudi" dengan wang para pendeposit mereka dengan membeli collateral beracun dari luar negara, i.e. Amerika Syarikat.
Apa lagi yang kita boleh ramailkan akan berlaku di Greece? Yes, tepat sekali - krisis kepimpinan. Krisis ekonomi telah menyebabkabn krisis kepimpinan. Pemimpin yang baru dilantik oleh Greece dalam pilihanraya Mei, telah meletakkan jawatan. Kini, Greece menanti pilihanraya baru, diberitakan akan dilaksanakan pada awal Jun. Penubuhan sebuah kerajaan yang bermandat amat penting bagi Greece dan bagi sleuruh warga EU untuk rundingan ekonomi diteruskan di peringkat serantau. Perkara yang amat penting bagi Greece kini bagi saya adalah a strong leader. Greece perklukan seorang pemimpin yang kuat, yang mampu membuat keputusan besar dalam masa yang sukar sebegini.
Adalah amat menarik untuk melihat perkembangan seterusnya di zon euro. Adalah Greece akan ditendang atau pemimpin-pemimpin eu yang lain akan terus mendisiplinkan sistem ekonomi Greece untuk mengekalkan Greece ke dalam zon euro?
No comments:
Post a Comment