Saudara-saudara yang saya kasihi kesemuanya,
Kita semua hidup dalam sistem. Semasa kita masih baby, kita hidup dalam sistem kekeluargaan. Semasa kita dah besar sikit dan mula bersekolah, kita tertakluk kepada sistem pendidikan. Bila dah besar, dah habis belajar di Universiti, dan mula bekerja, kita tertakluk kepada sistem ekonomi pula. Bila dah kaya sikit, kita kahwin ngn anak dara orang, lantas kita tertakluk kepada sistem kekeluargaan (munakahat). Bila dah ada isteri, anak, maka kita cari tempat tinggal, duduk di kawasan kejiranan, maka kita tertakluk kepada sistem sosial masyarakat pula. Kseluruhan hidup kita itu pula, tertakluk kepada undang-undang dan peraturan tertentu - undang-undang jalan raya (Akta JPJ), undang-undang pekerjaan (Akta Pekerjaan), undang-undang berniaga (Akta Syarikat), dan banyak lagi, maka kita tertakluk kepada sistem perundangan. Nampak tak? Hidup kita ni, sejak dari awal kita lahir hinggalah kita meninggalkan dunia ni keseluruhannya adalah tertakluk kepada sistem-sistem hidup tertentu.
Sistem-sistem hidup ini pula adalah berbeza mengikut ideologi yang kita anuti. Jika kita seorang komunis, maka komunisme mempunyai sistem-sistem hidup berdasarkan acuannya sendiri. Jika anda seorang sekularis, maka sekularisme mempunyai set sistem-sistem hidup berdasarkan acuannya sendiri. Jika anda seorang nasionalis, maka nasionalisme kebangsaan mempunyai sistem-sistem hidup berdasarkan acuannya sendiri. Dan jika anda seorang muslim, maka Islam juga mempunyai sistem-sistem hidup berdasarkan acuannya sendiri juga. Kesemua sistem-sistem hidup ini adalah berbeza mengikut idelogi-ideologi di atas.
Islam mempunyai sistem-sistem hidup mengikut acuannya sendiri. Sistem hidup mengikut acuan Islam adalah tidak sama dengan sistem hidup acuan sekularisme. Contohnya, sistem perundangan Islam adalah berbeza dengan sistem perundangan sekularisme. Oleh itu, dalam banyak-banyak sistem hidup nie, kita nak pilih sistem hidup acuan yang mana satu?
Oleh kerana kita adalah seorang muslim, maka kita perlu memilih sistem-sistem hidup mengikut acuan Islam. Tidak boleh tidak. Mengucap dua alimah syahadah bermakna kita faham tuntutan ugama sehingga kita sanggup menjadi saksi akan keesaan Allah dan ajaran Nabi Muhammad. Jika kita taknak mengikut aturan hidup (sistem hidup) acuan Islam, maka buat apa kita bersaksi jika kita sendiri tak yakin dengan sistem itu?
Sekularisme jelas haramnya kerana sekularisme mengajar kita agar mengasing-asingkan ugama. Jelas. Namun sekarang, umat menghadapi cabaran baru yang tidak begitu jelas dan agak kabur, iaitu ideologi nasionalisme kebangsaan. Ideologi nasionalisme kebangsaan menerima Islam sebagai ugama. Ideologi ini juga menerima sesetengah sistem hidup islam yang lain seperti munakahat, muamalat (ekonomi), dan hiburan Islam. Namun pada masa yang sama, idelogi ini tetap menetapkan kebangsaan sebagai fokal pemerintahannya. Sistem hidup islam yang diterimanya adalah sebagai "alternatif" kepada sistem-sistem hidup lain yang sedia ada.
Islam menetapkan kita menerima sistem hidup acuan Islam secara syumul/komprehensif/menyeluruh dan diletakkan sebagai sistem perdana (bukan sebagai sistem alternatif) di sesebuah negara. Itu pertama. Yang keduanya, di samping Islam mahukan sistem hidupnya diletakkan secara syumul dan perdana, Islam juga menetapkan agar kepimpinan juga diserahkan kepada Islam, bukannya kepada nasionalis yang simpatisan kepada Islam. Islam nak sistemnya digunapakai dan kepimpinan juga diserahkan kepada Islam, 100%.
Di Malaysia, kepimpinan dimiliki oleh para nasionalis yang simpati terhadap Islam. Mereka tidak memeluk (dalam erti kata peluk) Islam secara rohnya, tapi menerima secara adat dan budaya. Namun, disebabkan mereka ini muslim, mereka juga memperkenalkan sistem-sistem hidup Islam seperti sistem hiburan Islam (Raihan, Rabbani, etc), Sistem ekonomi Islam (Ar-Rahnu, Bank Islam, etc.), Sistem pendidikan Islam (KAFA, JQAF, etc.). Penerimaan mereka terhadap sesetengah sistem hidup islam ini bukanlah dibuat di atas dasar iman dan tanggungjawab terhadap ugama, tapi dibuat disebabkan samada tuntutan politik atau simpati semata-mata. Mereka masih lagi memegang ideologi kapitalisme dalam berekonomi, masih lagi percaya kepada ideologi hedonisme dalam berhibur.
Kita mahukan Negara Islam dari segi roh dan juga fizikalnya, kedua-duanya sekali. Sistem pun sistem Islam, pemerintahnya pun pemerintah Islam yang faham Islam, beriman dengannya, dan beramal dengannya dengan penuh iltizam.
No comments:
Post a Comment