Tuesday, April 20, 2010

Gerakan Pemikiran Menyamakan PAS dan UMNO

Salam,
Sudah lama tidak menulis kerana agak kesibukan baru-baru ini, dengan pelajaran, kerja, dan keluarga.

Sebenarnya gerakan pemikiran bahawa "PAS dan UMNO adalah sama" sudah lama. Mula-mula saya dengar pemikiran sebegini sejak zaman arwah ustaz bunyamin ya'akob lagi (bekas ahli parlimen Bachok).

Golongan ini berkata, PAS di dalam PR terpaksa bertoleransi/menyembunyikan/
menyenyapkan banyak perkara tentang dasar dan polisi utama parti mereka kerana kekangan DAP dan PKR di dalam PR. Jika ditakdirkanlah PR menang dan memrintah Malaysia, tidak banyak yang PAS boleh lakukan. Kilang Carlberg di tepi Federal Highway akan tetap disitu, sistem ekonomi negara akan masih tetap dengan sistem ekonomi kapitalis, wanita tidak bertudung akan tetap tidak bertudung kerana PAS tidak boleh memaksa manusia bertudung. Jadi dari segi pratikalitinya tiada apa yang akan berubah. Ye, kami tahu, PAS lantang menyebut bahawa mereka adalah gerakan islam, tetapi apabila berkuasa kelak, PAs akan mendapati, PAS adalah sama sahaja dengan UMNO, tidak dapat membuat banyak perubahan kerana kekangan-kekangan dari segi teknikal. PAS boleh berdegar-degar memekik dan memekak sekarang kerana ia belum lagi memerintah. Cuba PAS memerintah sekarang, baru ia tahu tinggi rendahnya langit! Beginilah hujah mereka.

Jawapan saya kepada hujah ini ada dua:

Pertama:
Sesuai dengan kefahaman PAS terhadap Islam, terdapat 3 perkara minimum (paling kurang, paling cokia) yang PAS akan lakukan jika berkuasa.

a. Memperkenalkan undang-undang islam (hudud dsb) kepada orang-orang islam (sahaja)
b. Pembubaran secara total sistem pendidikan negara kepada sistem yang berteraskan Al-Quran dan Hadis. Perinciannya terlalu panjang untuk saya nukilkan di sini. Secara ringkasnya Kementerian Pendidikan akan mengambil modul silibus sekolah-sekolah agama arab (seperti alma mater saya Sek. Men. Arab Ma'ahad Muhammad Lelaki) sebagai modul silibus sekolah-sekolah kebangsaan negara. Pembubaran ini akan termasuk juga sistem pendidikan pra-sekolah (taska, taski, tadika, dsb.).
c. Penjuruteraan semula masyarakat (re-engineering of the society). Penjuruteraan semula ini akan melibatkan pembelajaran semula (re-learning) agama, pendidikan terhadap apa tujuan agama dalam hidup dan "Apa itu Islam?". Pelan tindakannya termasuklah memperkasakan institusi pendidikan islam, masjid dan surau, perbanyakkan kuliah, wacana, perbincangan, dll. Islam itu akan nampak "hidup" berjalan di jalan-jalan raya, putrajaya, Giant, Carfoure, Tasco, Parking lots, PLUS highway, dll.

Tiga perkara ini adalah yang paling minimum akan dilaksanakan jika PAS di bawah PR memerintah.

Selain dari 3 inisiatif di atas (yang akan diambil secara sendirian oleh PAS jika memerintah) terdapat lagi inisiatif-inisiatif lain yang akan diambil secara bersama oleh kerajaan PR iaitu:

a. Menghapuskan sama sekali akta-akta ISA, AUKU dsb.
b. memperkasakan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.
c. Memperkasakan institusi kehakiman dan institusi keselamatan negara.
d. Dan beberapa langkah lain yang tidak dapat saya nyatakan di sini.

Hujah kedua saya pula begini:
Para pendokong gerakan pemikiran bahawa PAS adalah sama dengan UMNO telah terlupa satu perkara penting bila mereka samakan PAS dan UMNO, iaitu ideologi. PAS merupakan sebuah gerakan islam setelah memerintah, dan UMNO merupakan sebuah gerakan nasionalis kebangsaan setelah memerintah. Dua perkara pokok yang sangat besar kesannya pada aspirasi, gagasan, serta sistem pemerintahan.

Jika (jika dan hanya jika) PAS tidak membuat apa-apa perubahan pun setelah berkuasa bersama PR nanti (semuanya sama dengan UMNO sekarang), hakikat tunggal bahawa PAS merupakan sebuah gerakan islam adalah mencukupi untuk menyenangkan hati semua orang bahawa yang memerintah kita sekarang adalah sebuah gerakan islam dan bukannya sebuah gerakan nasionalis kebangsaan. Aspek akidah, pahala dosa, syurga neraka, keredhaan Tuhan. Diperintah oleh gerakan nasionalis kebangsaan tidak diredhai Tuhan sementara diperintah oleh gerakan islam diredhai tuhan.