Friday, September 20, 2013

Whatelse Can We Do?

Dear friends,

I'll be visiting Singapore next month, attending a meeting with officials from EDB. Freinds keep saying that, this is an opportunity to enquire what had EDB done to the Republic's econimic miracles which can be adopted by Malaysia.

Well, for me personally, there's no secret recipe for Singapore's development during the years. There is no "special program" that can transform a nation in a night. The issue of economic development is structural issues and not technicals in nature.

Singapore prospers because they adopted the right policy which is in tandem with the industry's needs. They develop their education system to reflect the need to respond to the market needs. The liberalise their immigration procedure, welcoming the best talent. They autonomize their universities to operate in line with the market needs. And they are lucky in a sense that they do not have to manage complicated historical "restraints" such as Hak Istimewa which has been agreed (I'm not saying that Malaysia should move away from Hak Istimewa Orang Melayu). In a nutshell, they are completely moving with the markets needs.

ANd it is worth also to mention that their government machinery is quite small (and thus flexible and nimble to allocate resources).

So what are their secret? There are no secrets! Its structural issues. Development issue relate not only with investments, but also with cultural issues, demographic issues, education sectors and etcetera. As such, to CHANGE these elements, it needs time and lots of resources and wisdom from the policy makers.

When I'm doing my MBA, one of my professor are talking about "Leapfrogging Concept" which is trying to go beyond the normal evolution process of economic development. Such strategy will depend a lot on creativity and innovation that can be offered by our companies and startups. But in the end, innovation will also depend on our talent pool in the job market and subsequently talent will eventually lead to the quality of our education sector.

The PBS and PPPM seems to be directing us in the right direction. But surely we will need time to grow our talent. Lets just hope that this policy is here to stay.

Monday, September 9, 2013

Memahami Isu "Condusiveness" Dalam Islam

Teman-teman yang saya kasihi semuanya,

Perbincangan antara saya dengan si nasionalis berlangsung beberapa kali, secara maya. Agak menarik pendirian beliau di mana beliau mengaku beriman terhadap kesyumulan Islam (dengan pengertian syumul yang agak asing dari pengertian syumul yang kita semua yakini), cuma meletakkan kesalahan terhadap kegagalan perlaksanaan Sistem Hidup Islam di Malaysia ini di atas kekangan suasana/realiti zaman. Dengan kata lain, beliau berpendapat, Ya, Islam itu syumul, namun terdapat beberapa maslahah tertentu yang menyebabkan perlaksanaannya tidak dapat dijalankan sepenuhnya. Suasana belum kondusif untuk Islam dilaksanakan secara menyeluruh. Tunggu dulu, bila dah betul-betul kondusif nanti, insyaAllah, Malaysia akan melaksanakan sistem-sistem hidup Islam tersebut.

Apa maksud kondusif mengikut pemahaman si nasionalis ini? Dan apa pula maksud kondusif bagi Islam? Adakah definisi keduanya adalah sama atau berbeza?

Definisi Kondusif bagi Si Nasionalis
Kondusif bagi si nasionalis merujuk kepada perkara yang bersifat di permukaan. Suasana kondusif itu membawa maksud, manusia dah jadi baik, tak tinggal solat, wujud manusia-manusia yang baik-baik dan soleh. Untuk menunggu generasi manusia soleh ini lahir, ia memerlukan masa dan usaha. Tunggulaaaaa. Usaha-usaha berterusan untuk melahirkan golongan yang soleh ini telahpun dijalankan oleh pihak kerajaan secara berkala melalui jentera kerajaan - IKIM, JAKIM, Perkim, dll dan juga melalui NGO-NGO- ABIM, JIM, Jamaah Tabligh, dll. Usaha murni ini pelru disokong oleh PAS untuk mewujudkan suasana kondusif tadi.

Selain itu, istilah kondusif bagi beliau juga membawa maksud ekonomikal. Ini bererti, Malaysia perlu maju dahulu, semua orang perlu cukup duit dahulu, tiada lagi goolongan muslim yang faqir. Hah, setelah ekonomi dah maju, perdapatan per kapita mencapai tahap USD15,000, maka kat situ barulah suasana dah kondusif untuk Islam dilaksanakan secara kaffah.

Definisi Kondusif bagi Islam
Kondusif bagi Islam bermaksud kesemua sistem-sistem hidup manusia telah diislamkan. Suasana kondusif atau tak kondusif ini bergantung pada sistem hidup yang dijalani manusia. Manusia akan jadi baik dan hanya akan jadi baik jika kesemua sistem-sistem hidup manusia mengikuti acuan Islam. Itu fakta. Manusia tak mungkin menjadi baik hanya dengan semangat dan azam. Bayangkan Encik Shahnan contohnya, berazam untuk menjadi seorang manusia yang baik, tapi pada masa yang sama Sistem Hiburannya masih mengekalkan sistem hiburan hedonisme dengan pakaian menjolok mata, sistem sosialnya berasaskan nilai material, sistem perundangannya hanya mengenakan denda RM4000 untuk berzina. Adakah En. Shahnan mampu menahan segala macam pancaroba yang mengelilingi dirinya setiap jam setiap hari? Tak mungin! Beliau akan tertewas.

Condusiveness hanya akan wujud jika seluruh sistem-sistem hidup lain dah mengikut acuan Islam. Bila semuanya dah mengikut acuan Islam, maka keadaan adalah kondusif untuk Hudud dilaksanakan. Selagi sistem-sistem hidup lain belum mengikut acuan ugama, selagi itulah keadaan kondusif tersebut tidak akan wujud.

Memahami Pemikiran Si Nasionalis


Sahabat-sahabat seugama yang saya kasihi,

Saya berasa sangat bertuah sejak akhir-akhir ini kerana saya diberi kesempatan untuk berhujjah dengan seorang sahabat yang berugama Islam mengenai konsep Islam sebagai Model Bernegara. Beliau adalah seorang manusia yang sangat taksub kepada fahaman nasionalisme dan penyokong tegar Parti nasionalis di Malaysia, UMNO. Dan seperti kebanyakan penganut idelogi nasionalisme kebangsaan yang lainnya, beliau sangat menentang penubuhan sebuah Negara yang berasaskan ugama.

Sepanjang perdebatan saya dengan beliau, hujjah terhadap penentangan beliau terhadap perjuangan Gerakan Islam di Malaysia adalah bersandarkan kepada dua hujjah utama:

1.       Malaysia pada hakikatnya telahpun menjadi sebuah Negara Islam dan pendokong Gerakan Islamlah yang sebenarnya silap faham terhadap istilah “Negara Islam”.

2.       Ya, si nasionalis ini beriman bahawa Islam adalah syumul. Beliau beriman dan beriktiqad dengannya. Itu tidak dinafikan. Namun terdapat beberapa maslahah tertentu di zaman moden ini yang menyebabkan beberapa system hidup Islam lebih baik untuk “ditangguh dahulu” perlaksanaannya.

Hujjah Pertama

Si nasionalis ini berhujjah bahawa apa yang diperjuangkan oleh pendokong Gerakan Islam adalah bersifat “euphoria” dan pendokong Gerakan Islam ini telah di “disillusioned by the rhetorics of the Islamic State”. Si nasionalis ini berpendapat, niat “suci murni” pendokong Gerakan Islam ini untuk menubuhkan sebuah Negara yang melaksanakan system hidup Islam sepenuhnya, sebenarnya tidak wujud! “Negara” yang diidamkan oleh pendokong Gerakan Islam ini sebenarnya tidak wujud dalam ugama mereka. Pendokong Gerakan Islam ini, pada pendapat beliau, memperjuangkan perkara yang tidak wujud dalam ugama dan mengada-ngada benda yang tiada dalam ugama!

Si nasionalis ini berhujjah, golongan Gerakan Islam sibuk berkokok tentang kononnya the so-called “Negara Islam” di mana Negara ini akan melaksanakan sepenuhnya seluruh system hidup Islam – system perundangan, system ekonomi, system social, system pendidikan, system hiburan, etcetera sebenarnya adalah golongan yang tersalah faham dalam ugama.

Ya, dari sudut system perundangan, beliau mengakui bahawa Islam memang mempunyai sistemnya sendiri yang dinamakan Hudud, ta’zir dan Qisas. Dan dari sudut ibadahnya juga, Islam turut memiliki set ritual bagaimana seseorang manusia harus meraikan Tuhannya. Selain dari dua system hidup ini, bagi beliau, Islam tidak menggariskan apa-apa panduan bagi manusia. Contohnya – system pendidikan, si nasionalis ini berpandangan bahawa there’s no such thing as Islamic education System. Islam hanya mempunyai beberapa garis panduan yang berbentuk “etika” untuk belajar – menghormati guru, belajar tajwid, bersungguh-sungguh mendalami ilmu  dan sebagainya. Maknanya, “Sistem” bagaimana manusia harus belajar tidak pernah ditentukan oleh Tuhan, yang ada hanyalah beberapa “adab” untuk belajar. Dengan makna lain juga, manusia bebas memilih mana-mana “model” pembelajaran yang dirasakan sesuai dan “model” itu haruslah diterapkan nilai-nilai Islam didalamnya – menghormati guru, diselit pembelajaran KAFA di sana sini, bersolat Hajat untuk menghadapi peperiksaan dan sebagainya. Itu sahaja. “Sistem” pendidikan menurut acuan Islam adalah tidak wujud sama sekali dalam ugama.

Selain dari dua “Sistem Hidup” ini (Sistem Ibadah dan Sistem Perundangan) Islam tidak menetapkan sebarang “model” bagi system-sistem hidup yang lain. Bagi beliau, manusia diberikan otak untuk berfikir apakah cara hidup yang sesuai untuk mereka jalani. Nak berniaga – hah Allah kan bagi otak, fikirkanlah sendiri system ekonomi yang bagaimana harus diamalkan untuk kesejahteraan umat, ASALKAN, solat jangan tinggal, puasa jangan culas, zakat jangan miss dan Haji kena pergi. Itu sahaja. Bila lengkap 5 benda tu, lengkapkanlah Islam kamu.

Dan si nasionalis ini percaya bahawa there’s no such thing as “categorizing” in Islam. Oh kamu nasionalis, kamu pula liberalist, kamu tuh pragmatis, dan kami adalah Islam tulin. Tak wujud! Bentak beliau. Yang wujud hanyalah Islam, satu ummah. “Jangan tuduh kami nasionalis!” bentak beliau. “Kami juga solat, pergi Haji, berwuduk…malah kami tak pernah meninggalkan qiyamullail dan puasa sunat Isnin Khamis berbanding kamu. Kami bukanlah nak mendabik dada tapi kalau nak dibandingkan, kami lebih wara’ berbanding kamu yang kononnya mengaku pejuang “Gerakan Islam”” – kata beliau lagi. Perbuatan kamu yang meletakkan label “nasionalis-sekularis-pragmatis-dll” itulah yang memecah belahkan umat. Begitulah lebih kurang pemahaman beliau.

Si nasionalis ini beriman bahawa Islam itu “Syumul”. Tapi konsep “syumul” bagi beliau adalah berlainan dengan apa yang kita semua fahami. “Syumul” bagi beliau bukanlah bermaksud Islam itu punyai modelnya sendiri dalam segenap segi kehidupan manusia, tapi “syumul” bagi beliau bermaksud Islam punyai nilai-nilai yang universal untuk segenap segi kehidupan manusia. Contohnya, bila dibincang tentang system ekonomi, syumul di sini bukanlah membawa makna bahawa Islam mempunyai satu “model” khas bagaimana seorang manusia harus berekonomi, tapi ianya membawa maksud Islam punyai nilai-nilai yang bersifat universal yang boleh diterapkan dalam system ekonomi manusia seperti – amanah, jujur, telus dan sebagainya. Itulah maksud “syumul” dalam Islam bagi si nasionalis ini. Dengan kata lain juga, Manusia bebas untuk mengamalkan system ekonomi kapitalisme, Cuma nilai-nilai Islam tadi wajib diterapkan. Iaitu, Sistem Ekonomi kapitalis, tapi kita kenalah jujur, amanah, jangan menindas, kena bayar zakat, sadaqah jangan lupa, dan sebagainya. – Inilah Sistem Ekonomi Islam bagi beliau, kalaupun istilah itu wujud.

 

Hujjah Kedua

Si nasionalis ini beriman bahawa Islam itu syumul, itu tidak dinafikan. Namun, beliau berpendapat terdapat beberapa maslahah tertentu, terutamanya di abad ke-21 ini, yang menyebabkan beberapa Sistem Hidup Islam harus di tangguhkan perlaksanaannya.  Islam harus “fleksibel” dengan perubahan zaman.

Ini ditambah pula, terdapat beberapa perkara yang “tidak dijelaskan” dengan sempurna oleh Islam, seperti system perhambaan. Sehingga ke hari ini, tiada ayat yang jelas yang mengatakan bahawa Sistem perhambaan itu telah diharamkan di dalam Islam. “Kekurangan” sebegini menyebabkan agak sukar untuk “Islam sebagai Model Bernegara” itu dilaksanakan sepenuhnya. Isu “system perhambaan” yang telah diterima sebulat suara oleh masyarakat antarabangsa sebegai system rimba itupun tidak mampu ditangani secara jelas oleh Islam, apatahlagi nak dijadikan model bernegara! Hujjah beliau.

Bagi si nasionalis ini, muslim harus bersifat terbuka dan menerima kenyataan bahawa terdapat beberapa ketetapan yang digariskan di dalam system hidup Islam tidak lagi praktikal untuk diamalkan. Mengambil contoh Hudud (Sistem perundangan Islam), kata beliau, mana mungkin wujud 4 saksi manusia yang menyaksikan sendiri kejadian zina. Dah la “menyaksikan”, 4 saksi itu pula kenalah manusia yang adil dan tidak fasiq. Beliau bukanlah nak kata Hudud ini tidak realistic atau apa, cuma kita kena terima hakikat bahawa dunia dah berubah di mana manusia dah menjadi fasiq dan bergelumang dengan dosa seharian. Itu hakikat samada kita suka atau tidak. Jadi, Hudud, mungkin boleh ditangguhkan dahulu. Didik dulu masyarakat sedikit demi sedikit. Biar suasana menjadi kondusif untuk Hudud dilaksanakan. Begitulah pandangan beliau.

Beliau menegaskan beliau tidak menolak Hudud. Tapi terdapat banyak perkara yang harus dijelaskan dengan sempurna oleh pakar-pakar perundangan Islam tentang Hudud ini. Saksi yang adil, penggunaan teknologi maklumat sebagai saksi, hukum bughah, penetapan umur baligh bagi gadis bagi hukuman zina, dan banyak lagi persoalan-persoalan lain yang seakan “gagal” dijelaskan dengan sempurna oleh Islam. Bagaimanakah kita akan laksanakan satu system yang belum teruji malah punyai beberapa perkara yang “gagal dijelaskan” dengan baik? Soal beliau. Lagipun, system perundangan sedia ada ini juga ada memperuntukan ruang untuk Islam berperundangan. Undang-undang keluarga Islam, kewujudan mahkamah syariah adalah contoh di mana Malaysia mengiktiraf Sistem Perundangan Islam. Namun untuk menyaksikan Islam “beraksi” sebagai Sistem Perundangan perdana, mungkin memerlukan perbincangan lanjut. Begitulah kata beliau.