Thursday, August 29, 2013

Ada Apa Dengan Nasionalisme Kebangsaan?

Sahabat handai yang saya kasihi sekalian,

Perbahasan tentang hokum memperjuangkan Nasionalisme Kebangsaan nampaknya terus menerus dibincangkan oleh masyarakat terbanyak dunia maya.

Pendapat yang menyokong idelogi ini adalah semangat nasionalisme adalah sunnah Rasul. Rasul sangat menyintai tanah Makkah dan rasul s.a.w juga sangat sangat menyintai bangsa Quraisy. Hadis-hadis mengenai kecintaan Rasulullah ini diambil dan dijadikan hujjah bagi mewajarkan penubuhan pemerintah-pemerintah berasaskan bangsa di Negara-negara umat Islam, termasuk Malaysia.

Pendapat yang menentang pula berpendapat, kecintaan terhadap tanah air dan bangsa bukanlah hujjah untuk berlaku zalim dalam pemerintahan. Apabila manusia menerima perjuangan bangsa sebagai satu perjuangan yang legal di sudut pemerintahan, itu bermakna manusia mempunyai hokum lain selain dari Islam. Manusia mula mendiskriminasi manusia yang lain berasaskan ras dan etnik. Ini semua adalah zalim.

Saudara-saudara sahabat handai dan rakan taulan,

Masa saya kecik-kecik dulu di sekolah Maahad Muhammadi LilBanin, saya dipaksa menghafaz satu syair bertajuk “Hubbul Watan”. Syair tersebut mengisahkan tentang kecintaan seorang manusia terhadap tanah airnya. Sesungguhnya sifat menyintai tanah air atau bangsa sendiri merupakan sifat fitrah manusia. Setiap manusia pasti mempunyai rasa cinta terhadap tanah air dan bangsa sendiri. Ah Chong, tak perlu dipaksa atau diajar, pas mempunyai rasa cinta terhadap bangsa tionghua. Muthu, secara fitrah semulajadi, pasti mempunyai rasa cinta terhadap Negara India dan bangsa India. Begitu juga Basri, secara semmujaladi, pasti akan menyintai bangsa Melayu. Itu adalah fitrah.

Namun, perasaan fitrah ini tidaklah pula boleh dijadkan alasan untuk  memperjuangkan bangsa itu.

Secara ringkasnya, saya nukilkan pemikiran saya mengenai semangat kebangsaan ini seperti berikut:

1.       Islam mengiktiraf perasaan cintakan tanah air sebagai perasaan fitra smelajadi manusia sebagai perasaan fitrah manusia cintakan wanita, harta dan anak pinak.

2.       Islam tidak menghalang perasaan kecintaan terhadap tanah air dan bangsa ini malah perasaan ini adalah sunnah Rasul dan diberi pahala jika kita juga bersikap demikian.

3.       Namun, perasaan cinta terhadap bangsa ini tidak pernah diperjuangkan oleh Rasul. Rasul menyintai bangsa Quraisy, namun baginda s.a.w tak pernah memperjuangkan bangsa Quraisy. Apa yang Rasul perjuangkan adalah Islam, tak kira Quraisy, Melayu, Jawa, Badwi, Orang putih, Orang India, etc.

4.       Perasaan cinta bangsa ini hanya kekal di dalam hati Rasulullah dan tidak pernah pula diinstitusikan dalam bentuk bernegara. Negara asasnya Ugama, bukan bangsa. Buktinya, jika diberi pilihan antara dua orang manusia untuk diberi amanah, Rasul akan memilih yang lebih taqwa, bukan yang lebih Quraisy. Taqwa neraca, bukan Quraisy. Jadi perasaan cinta bangsa ini hanya kekal di dalam hati sebagai salah satu perasaan fitrah manusia, bukan untuk dikeluarkan dari hati dan dijadikan polisi pemerintahan.

Mengapa Semangat Kebangsaan Menyalahi Islam?

Semangat Kebangsaan menyalahi Islam kerana dua sebab:

1.       Memperjuangkan bangsa (bukan menyintai, tapi memperjuangkan) tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w

2.       Kebangsaan yang diinstitusikan sebagai sebuah badan dalam bentuk parti cenderung untuk menerima sekularisme sebagai dasar pemerintahan.

 Sebab Pertama

Sebenarnya, tiada salahnya menyintai bangsa, malah Islam menggalakkan kita menyintai bangsa kita. Malah, kita beroleh pahala jika kita menyintai bangsa kita. Menyintai bangsa termasuk di dalam adab yang baik di dalam Islam.

Namun, perasaan cintakan bangsa Quraisy tidak pula dijadikan dasar perjuangan Nabi s.a.w. dasar perjuangan Nabi kita adalah Ugama, bukan bangsa. Negara Madinah, perlembagaannya adalah Al-Quran, bukannya semangat kebangsaan Quraisy atau Arab. Nabi s.a.w melayan Arab Quraisy dengan Arab Badwi sama rata. Malah, Arab Badwi lebih layak dijadikan Imam berbanding Arab Quraisy, jika taqwa mereka lebih. Neraca pengagihan sumber adalah TAQWA dan bukan BANGSA.

 

Sebab Kedua

Jika semangat menyintai bangsa/tanahair ini diinstitusikan dalam bentuk parti yang memerintah Negara, maka pendekatannya adalah sama sekali berbeza. Rohnya berbeza. Keutamaannya berbeza. Ya, bangsa tersebut mungkin berugama Islam, tapi fokal bagi institusi tersebut bukan ugama yang dianuti oleh bangsa tadi, tapi fokalnya adalah bangsa itu sendiri.

Oleh itu, pendekatan yang lebih cocok bagi bangsa tadi adalah pendekatan yang lebih pragmatis. Dan tiada pendekatan yang lebih bersifat pragmatis lebih dari skeularisme. Dengan sekularisme, bangsa tadi boleh terus berqiyamullail, puasa Isnin khamis, menunaikan Haji steiap tahun, mendirikan sekolah-sekolah Tahfiz Al-Quran, memakai serban dengan bebas. Hanya, Islam itu terhenti di situ sahaja. Persoalan ekonomi, social, hiburan, perundangan, pendidikan dan sebagainya hendaklah dijauhi oleh Islam. Ini fahaman karut.  

Monday, August 19, 2013

Fenomena Orang UMNO Yang Wara'

Kawan-kawan,

Saya punyai soerang kenalan. Namanya Shahnan. Shahnan bergraduasi dari Universiti of Al-Bayt, Jordan dalam jurusan usuluddin. Setahu saya, Shahnan adalah seorang yang sangat Soleh. Beliau seumur hiduonya selepas baligh, tidak pernah meninggalkan walau satu waktupun solat berjamaah. Berpuasa Isnin Khamis sudah menjadi amalan hariannya sejak bertahun dulu. Dan berqiyamullail dan berusrah merupakan 2 aktiviti lazim yang diwajibkan bagi dirinya. Dan beliau adalah soerang PENYOKONG UMNO TEGAR!

Saya juga kenal akan seorang imam tua di masjid di kawasan saya. Orangnya lembut, halus, akhlaknya mengikut sunnah, saya tak pernah mendengarnya bercakap perkara sia-sia dan mencemuh sesiapa. Orangnya terlalu baik, lurus, ustaz dari Mesir. Agak berumur dan menjawat jawatan sebagai Imam Tua di masjid tempat saya. Dan beliau adalah PENYOKONG UMNO TEGAR!

Sahabat-sahabat sekalian,

Saya yakin, sahabat-sahabat juga pasti mempunyai pengalaman yang hampir serupa dengan saya. Fenomena  orang UMNO yang wara’ bukanlah perkara asing bagi kita, walaupun tak kerap kita ketemui. Mengapakah ini boleh terjadi?

Betullah, sesungguhnya kejahilan itu adalah musuh bagi Islam. Semasa revolusi Iran pada tahun 1970an dulu, ramai para ustaz, terutamanya yang muda muda terasa bersemangat untuk turut sama bangkit menentang fahaman secular dan nasionalis yang melanda seluruh Negara Islam di seluruh dunia pada ketika itu. Pada masa inilah juga banyak Gerakan Islam di”rejuvenate” prinsip perjuangan mereka, termasuklah PAS. Tapi pada masa yang sama, terdapat juga segolongan ustaz dan asatizah yang berfikiran “TAk apalaaah, buat apa nak bangkit dan menimbulkan kacau bilau? Kita kan dan merdeka, kita boleh beribadah dengan tenang, aman. Masjid dah dibina oleh pemerintah, apa lagi yang Islam mahu? Tidak cukupkah Islam dengan masjid, PPZ, Tabung Haji dan Perkim? Apa lagi yang Islam mahu?” begitulah kata-kata mereka. Ustaz-ustaz feqah ini melaung-laungkan hadis-hadis berkenaan hukum memberontak, hokum tidak mematuhi pemimpin dan sebagainya untuk menguatkan hujjah mereka.

Sesungguhnya para ustaz tersebut tidak memahami mengapa Islam perlu bangkit dari status quo di bawah cengkaman ideology nasionalisme kebangsaan. Ustaz sebegini biasanya amat mahir dengan feqah harian, tapi gagal untuk memahami ilmu siasah dalam Islam, memelihara kedudukan strategic Islam sebagai pemerintah utama.

Sebab itulah saya merasakan  system pendidilkan kita pelru diubah. Ya, pembelajaran tentang feqah amat penting, itu tidak dinafikan. Tapi, pada masa yang sama, anak-anak juga perlu didedahkan tentang ilmu siasah Islam. Jika ilmu feqah mengajar tentang hokum (halal, haram, harus, makruh, sunat), ilmu siasah pula akan mengajar wisdom untuk untuk umat ini bagi menjaga Islam.

Umat kini tenggelam dan larut di dalam arus nasionalisme. Ya, kita begitu menjaga tatasusila dan adab-adab halal haram. Ya, kita amat particular dalam menjaga samada sah atau tidak wudu’, hokum hakam ugama. Tapi kita lalai dalam menjaga kelangsungan ugama pada abad ini. Kita tenggelam di dalam arus nasionalisme. Cara hidup kita bukan cara hidup Islam, tapi cara hidup yang disadur dengan fahaman sekularisme.

Kedua-dua orang ustaz yang saya sebutkan di atas, bagi saya adalah orang yang baik. Cuma mereka mementingkan perihal perkara kecil berbanding perkara besar. Ya, hokum hakam penting, tapi Islam sedang ditawan oleh nasionalisme kebangsaan secara halus. Islam mengikut telunjuk nasionalisme kebangsaan. Islam diperintah oleh Nasionalisme dan bukan memerintah nasionalisme.

Satu masa dulu di Tanah Melayu, iaitu di Terengganu dan Melaka, Islam pernah memerintah. Hasilnya, negeri tersebut aman makmur, maju dari segi ekonomi sehingga menjadi pusat pelaburan utama dunia. Kemudian Tanah Melayu dijajah. Penjajahan tersebut sebenarnya bukan hanya berbentuk fizikal dan mentality, tapi juga merangkumi aspek kerohanian kita. Kita diperkenalkan dengan cara hidup baru. Sistem social berasaskan “benda” mula diperkenalkan. Dalam aspek system social, anak gadis diajar agar tak mengapa kahwin dengan bukan orang ugama asalkan duitnya cukp untuk disara hidup hingga ke mati. Dalam aspek system pendidikan, ibu bapa diajar bahawa sains lebih penting dari ugama kerana sains akan menjana duit dan kedudukan. Dalam aspek system ekonomi, golongan pekerja diajar duit adalah objektif utama, bukan kesejahteraan dan kualiti. Hasilnya, Islam beroperasi di dalam system yang aneh ini. Islam telah dipaksa untuk menyesuaikan diri dalam system hidup yang asing ini. Dan ustaz-ustaz sebeginilah yang mempertahankan Islam yang “asing” ini. Malang sekali.

Tiba-tiba, dating Gerakan Islam untuk mempertahankan Islam. Gerakan Islam ini datang bukan untuk memenangkan Islam dalam system hidup yang sedia ada, tapi untuk menukar kesemua sekali system hidup yang ada ini digantikan dengan system hidup asal Islam. Iaitu system hidup yang berasaskan norma dan nilai Islam, sepertimana di zaman rasulullah s.a.w dulu. Sistem hidup ini akan menjaga manusia, menjaga nafsu manusia, menjaga sifat tamak manusia, menghasilkan yang terbaik dari setiap manusia, mengeluarkan pitensi diri setiap manusia, manambah nilai masyarakat (dari segi materialnya dan juga rohaninya), dan akhirnya menjadi umat yang terbaik untuk manusia.

Malang sekali, dalam menghadapi tugasan yang sangat berat ini, Gerakan islam disibukkan pula dengan serangan oleh ahli ugama sendiri, iaitu para ustaz tadi. Dahla satu hal nak lawan Gerakan Nasionalisme kebangsaan, geng ustaz pula datang membuat serangan. Kiri kanan Gerakan Islam diserang. Kesian.

Ada Apa Dengan Negara Islam (Satu)


Sahabt handai yang saya sayangi semuanya,
Semasa saya kecil, saya berasakan saya telah banyak belajar tentang Islam, ugama saya. Ayah saya menyekolahkan saya di sebuah sekolah arab yang tersohor di Kelantan. Saya berasa sangat bertuah kerana dapat belajar tentang ugama pada ketika itu.

Saya belajar tentang An-Nazofah, tentang bab-bab solat, bab-bab bersuci, dan banyak lagi perihal yang rumit-rumit dalam persoalan fekah. Saya pula ditempatkan di kelas Pertama, dan para pelajarnya teramat proaktif dan mereka selalu bertanyakan soalan-soalan “what if” dalam bab fikah harian. Katakan Ustaz kami berkata hokum sesuatu perkara itu haram, lantas mereka akan selalu menyampuk “Ustaz, tapi kalau begini pula apa hukumnya?”…pening ustaz kami, hehe.

Di samping pelajaran feqah, saya juga belajar tentang bab akhlaq dan tasauf Islam. Saya belajar tentang qanaah, tentang husnuzZon, tentang  sifat taqwa, dan pelbagai sifat-sifat islami yang lain. Di samping itu, ada pula subjek Mahfuzat di mana kami dipaksa menghafaz syair-syair tentang akhlaq mulia.

Selain itu, saya juga belajar subjek “Tarikh Islam” iaitu sejarah Islam. Walaupun tak sempat mendalami ke peringkat Seerah, tapi subjek Tarikh Islam merupakan salah satu subjek kegemaran saya di sekolah.

Pada ketika saya di peringkat SPM, saya berasakan saya sudah banyak tahu mengenai hal ehwal selok belok ugama. Persoalan feqah, tasauf, sirah, tafsir, hafazan, saya OK. Pendek kata, ilmu ugama yang ada pada diri saya ketika itu, saya anggap sudah “kemas”.

Apabila saya habis belajar di peringkat tertiary, saya belajar suatu perkara yang menakjubkan tentang ugama saya. Ketika itu, saya diperkenalkan dengan istilah “syumul” dalam Islam.  Pada ketika inilah barulah saya sedar betapa kerdilnya ilmu saya dalam bidang ugama. Islam itu rupa-rupanya lebih luas dari persoalan feqah, tasauf, ilmu nahu, dan seumpamanya. Saya begitu takjub mempelajari bagaimana Islam itu mengatur masyarakat.

Pendek kata, di samping Islam itu merupakan ilmu hal ehwal “membentuk hati di peringkat individu” atau Sistem Ibadah (sepertimana Kristien), ia juga merupakan satu system yang mengatur kehidupan harian masyarakat (samada muslim mahupun non-muslim) menuju kesejahteraan dunia. Maka, di posting ini, saya akan cuba menulis tentang bagaimana Islam mengatur masyarakat.

Teman-teman yang saya kasihi,

Pertama-tamanya kita kena faham bahawa Islam itu bukanlah sebuah ugama yanghanya semata-mata bersifat individuality, sepertimana Kristien. Dalam agama Kristien, setiap penganutnya menerima Kristien untuk hati masing-masing. Mereka perlu menjaga hati mereka dari sifat buruk dan tercela. Soal pengurusan kelompok manusia atau masyarakat tiada kaitan dengan Kristien. Sebaliknya bagi Islam, di smamping menjaga soal hati di peringkat individu, Islam juga menjaga soal masyarakat. Malah terdapat banyak perkara penekanan perihal bermasyarakat ini ditekankan. Kalau nak bermusafir, kena berjamaah., perihal imam solat, prinsip jiran, hubungan suami isteri – semuanya ini menunjukkan bahawa Islam cakna dan sangat mengambil berat urusan jamaah. Bagi Islam, bukan Islam jika kamu bersifat wara’ seorang diri dan lari di hujung gunung dan beribadat sorang-sorang. Islam itu cakna, diturunkan secara sejarahnya ditengah-tengah pusat Bandar (bukan di pergunungan sunyi). Islam itu kelompok sifatnya, bersekali.

Sahabat-sahabat sekalian,

Sesungguhnya dalam sejarah peradaban manusia tanpa ugama, manusia hidup secara “trial and error”. Di tamadun manusia moden, manusia kebingungan bagaimana seharusnya msayarakat itu diatur agar mewujudkan “order” atau keteraturan dalam masyarakat. Semasa manusia dalam zaman gelap, manusia hidup umpama binatang. Di tanah melayu, manusia menculik isteri jiran, membunuh tanpa dikesan, dan sebagainya. Di tanah besar eropah, manusia hidup ibarat binatang dengan memakan bangkai, berpakaian separuh bogel, dan memperhambakan manusia. Di tanah arab, manusia merogol, membunuh, merompak, membunuh anak perempuan tanpa sifat peri kemanusiaan. Manusia di zaman gelap telah banyak menderita. Lantas, untuk mewujudkan satu norma masyarakat yang teratur, manusia mula bereksperimen.

Mula-mula manusia cuba dengan system hidup secara feudalisme. Setelah gagal, manusia cuba pula berkesperiman dengan komunisme. Setelah komunism juga gagal, manusia cuba pula system demokrasi dari segi urustadbir negaranya. Dunia seakan-akan sudah menemui system hidup idamannya, sehinggalah kurun ke-21. Kurun ke-21 mendedahkan betapa beberapa system hidup manusia yang digunapakai sehingga kini mula menampakkan kelemahannya.

Pada system demokrasi, barat yang merupakan pelopor system ini sendiri mula mencabuli system ciptaan mereka sendiri. Di Mesir, setelah Gerakan Islam menang dan memerintah secara sah melalui system demokrasi, barat (dan nasionalis) berkata “majority tidak semestinya baik untuk masa depan sesebuah Negara” (if that does not qualify to be ranked as the highest level of hypocracy, I don’t know what else does). Di sudut pengurusan ekonomi pula, manusia seakana-akan telahpun menemui system ekonomi di mana manusia boleh mengharapkan untuk menjaga kesejahteraan hidup manusia. Sistem ekonomi ciptaan manusia itu dinamakan system kapitalisme. Sehingga kurun ke -20, manusia hidup dengan penuh aman damai dengan kapitalisme. Kapitalisme telah membawa kemajuan kepada tamadun hidup manusia. Dengan kapitalismelah, Revolusi Perindustrian tercetus. Dengan kapitalisme jugalah perdagangan dunia bertambah bertriliion dollar setiap tahun. Namun, abad ke-21 mula mendedahkan kelemahan system ekonomi ini. Satu demi satu kelemahan system ini terpancar. Ya, sifat greed manusia boleh menjana kemajuan, tapi sifat greed itu jugalah boleh membawa kemusnahan kepada umat manusia sejagat. Barang diingat, walau capitalism menemui Revolusi Eropah, fahaman ini jugalah yang mewujudkan beratus juta manusia yang mati kebuluruan di benua afrika setiap tahun. Apabila ahli ekonomi agung, Adam Smith mwenemui fenomena “tangan ajaib”, little did he knows yang tangan ajaib itulah juga yang mampu membawa kemusnahan kepada umat manusia. Nah, pada 2008, dunia dikejutkan dengan kegagalan kapitalisme. Krisis kewangan di sub-sector real estate di Amerika Syarikat yang pada mulanya menjangkiti sector perbankan kemudiannya telah merebak ke seluruh sector ekonomi dan membawa kegagalan kesleuruhan system ekonomi kapitalisme. Setelah krisis ini, beberapa pemikir ekonomi dunia telah menulis beberapa buku mengkritik kepitalisme dan demokrasi. Malah, terdapat satu buku yang berjudul “The End of Capitalism” ditulis oleh seorang pemikir. Kamu gagal wahai kapitalisme.

Di Malaysia pula, seorang ahli politik Gerakan Nasionalisme Kebangsaan yang juga merupakan seorang pemikir, Dato’ Saifuddin menulis satu makalah kononnya mencadangkan beberapa langkah bagi memperbaiki system demokrasi yang diamalkan oleh pemerintah. Beliau mencadangkan antara lain, idea berkenaan integrity, kebebasan, dan inclusiveness yang perlu diberi perhatian oleh pemerintah, iaitu partinya. Saya cukup hairan dengan beliau. Tersangat hairan. Mengapa beliau tidak melihat kepada Islam sebagai pengganti system yang cacat sedia ada itu?  Mungkin agaknya beliau menyangka “Hey jangan layan saya seperti saya ini orang kafir, sder! Saya adalah muslim seperti kamu, saya mengucap, saya solat, dan sehingga ke hari ini, saya dah 4 kali naik Haji as compared to you! Ini tiada kaitan dengan Islam, ini tiada kaitan dengan aqidah! Kami telahpun Islam for god sake! Ini hanyalah berkaitan dengan soal governance yang tiada kaitan dengan Islam. Ini hanyalah soal pengurusan, bagaimana mahu diuruskan demokrasi, tiada kaitan dengan aqidah, syahadah, solat atau Haji! Stop it Sder!” Mungkin begitulah agaknya bentak Y. Bhg. Dato Saifuddin jika beliau membaca artikel saya ini.

Sebenarnya, Islam mempunyai segala kaitan dengan cara bagaimana “mahu diuruskan demokrasi “ itu. Soal integrity bukan soal baru di dalam Islam. Soal transparency juga bukan soal baru di dalam Islam. Soal kebebasan bersuara bukan soal baru di dalam Islam. Soal the rule of law bukan soal baru di dalam Islam. Isu governance yang dicadangkan oleh Y. Bhg. Dato’ Saifuddin sebenarnya sudah diceritakan oleh Islam 1400 tahun yang lampau. Dah lama. Tapi Y. Bhg. Dato’ Saifuddin enggan menamakan Islam sebagai sumber cadangan beliau. Beliau memberikan cadangan tersebut seolah-olah idea berkenaan datang dari diri beliau sendiri tanpa ada kaitan dengan Islam. Malang sekali.

Contoh lain. Sistem Sosial tajaan ideology nasionalisme kebangsaan kini menghadapi satu keadaan yang membimbangkan. Jika dulu, system social menurut acuan ideology nasionalisme kebangsaan ini Berjaya menghasilkan sebuaH masyarakat yang aman damai sejahtera di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia, kini, system social berkenaan telah menampakkan kelemahan yang sangat ketara. Bunuh dengan menembak, ragut, gejala social, serta banyak lagi gejala negative melanda masyarakat. Beli sahaja akhbar Harian Metro, anda akan ketahui maksud saya. Polemik bunuh membunuh dengan mengupah pembunuh upahan menjadi trend masakini. Saya sangat hairan, mengapa pemimpin gerakan ansionalisme kebangsaan tidak melihat kepada Islam (Hudud) sebagai penyelesaian. Berilah Islam satu peluang untuk selesaikan masalah ini, saya berani jamin, Islam akan mampu selesaikannya tanpa sedikitpun keraguan.

Lantas barangkali ada yang bertanya, bagaimanakah Islam mahu selesaikan segala masalah yang dihadapi oleh Negara kini? Jika kita amati, masalah yang dihadapi oleh Negara kini berkait rapat antara stau system hidup dengan satu system hidup yang lain. Masyarakat membunuh kerana mereka tidak berpuas hati/geram/dendam terhadap saudara mereka. Mereka berdendam kerana masalah kewangan (ditipu atau sebagainya). Mereka punyai polemic kewangan kerana system ekonomi sedia ada tidak mampu memberilkan yang secukupnya buat mereka. Dan kejadian bunuh membunuh ini berterusan kerana tiada system perundangan yang tegas untuk menghentikannya. Dan kejadian bunuh membunuh ini juga berlaku kerana system social sedia ada tidak mampu mengekang si pembunuh yang mampu hidup secara berkeseorangan (Sistem social Islam tidak akan membenarkan manusia hidup berkeseorangan). Dan pembunuh upahan itu sanggup membunuh kerana beliau tidak dididik oleh system pendidikan yang berupaya menmbentuk dirinya menjadi insan yang soleh. Nampak tak? Kejadian bunuh membunuh berlaku bukan kerana polis tak cekap, tapi kerana system hidup tajaan ansionalisme kebangsaan itu adalah satu system yang gagal. Sistem ekonominya lemah menyebabkan ramai rakyat kelaparan. Sistem perundangan lemaha menyebabkan bunuh terus menerus berlaku. Sistem pendidikannya tidak berkesan menyebabkan anak-anak tidak takut berbuat dosa. Sistem sosialnya tersasar apabila meletakkan nilai di atas material dan bukan spiritual. Hasilnya tentulah rosak dan punah ranah!

Manakala Islam pula tampil dengan system hidupnya sendiri yang bersifat adil, inklusif, sederhana, tapi pada masa yang sama menggalakkan kreativiti dan inovasi. Syarat yang diletakkan Islam adalah system hidup acuannya hendaklah dilaksanakan secara kaafffah, iaitu syumul atau menyeluruh atau komprehensif. Sistem hidup islam tadi, jika hanya diamalkan secara selektif, maka ianya tidak akan berkesan mengatasi masalah manusia. Ianya hendaklah diamalkan secara menyeluruh.

Selepas ini saya akan menulis secara spesifik pula setiap system hidup Islam menyelsaikan masalah manusia.