Monday, August 29, 2011

Snippet: Kefahaman Menyeluruh

Saudara-saudara pembaca blog yang saya sayangi,

Menyambung tulisan saya yang bertajuk "Kefahaman Menyeluruh" adalah satu tambahan kecil. Saya teringatkan membaca satu tulisan oleh Sayyid Qutb berkenaan dengan peluang kepada Islam sebagai penyelesai masalah.

Sayyid Qutb berkata, nasionalisme yang memerintah negara ketika itu mempunyai banyak kelemahan dalam sistem hidupnya. Sistem pendidikan rekaan nasionalisme telah gagal mendidik jiwa anak-anak Mesir ketika itu. Sistem hiburan rekaan nasionalisme pula membentuk muda mudi Mesir yang bertuhankan hedonisme. Sistem undang-undang rekaan nasionalisme pula tidak memberikan keadilan kepada rakyat Mesir. Disebabkan kelemahan sistem-sistem hidup rekaan nasionalisme tadi, maka timbul banyak masalah di kalangan masyarakat Mesir ketika itu. Penzinaan, keruntuhan moral, rasuah, penyelahgunaan kuasa, dan pelbagai masalah sosial dan ekonomi yang lain.

Apabila ditimpa masalah yang bertimpa-timpa ini, maka terhegeh-hegehlah nasionalisme datang kepada Islam meminta ubat yang dikatakan mujarab itu. Sayyid Qutb berkata, nasionalisme sememangnya tidak tahu malu, sanggup meminta bantaun dari pesaingnya untuk menyelamatkan dirinya sendiri.

Apabila diminta ubat daripada Islam untuk mengarasi masalah-masalah yang timbul hasil dari sistem hidup cacat rekaan nasionalisme tersebut, Islam akan berkata "Kami tidak mempunyai ubatnya". Ini kerana Islam tidak mempunyai ubat yang bersifat "satu juzuk" untuk menghapuskan penzinaan semata-mata kerana ubat islam bersifat menyeluruh. Jika kamu ubat dari Islam, maka serahkanlah pemerintahan kepada Islam. Biarlah kami dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika sistem hidup kami gagal kelak. Kami tidak memberikan ubat bersifat "sementara" dan "terasing", tapi kami menawarkan ubat yang bersifat "menyeluruh" dan "transformasi total" serta "penyelesaian bersifat kekal". Nasionalisme sememangnya tidak tahu malu! Nasionalisme mengambil sistem undang-undang sivil, namun apabila masalah penagih dadah masih belum dapat diatasi, maka terhegeh-hegehlah mereka datang menemui para ustaz Islam meminta nasihat Islam. Mengapa tidak diminta nasihat dari pereka undang-undang sivil itu? Kenapa datang kepada Islam meminta ubat?

Dasar tidak tahu malu!

Sunday, August 28, 2011

Kefahaman Menyeluruh

Saudara-saudara pembaca blog saya yang setia,

Semasa saya kecil, saya diajar bahawa Islam adalah penyelesai segala masalah. Betapa pemahaman ini membantu membentuk persepsi saya sehinggalah saya dewasa. Terima kasih kepada Ustaz Nik Dir dan Ustaz Nik Aziz kerana membentuk pemahaman tersebut. Jika saya mempunyai seorang anak yang bersifat keras, suka bertumbuk, suka bergaduh, kuat bermusuh, maka saya tahu bahawa Islam ada di sana sebagai jalan penyelesaian membentuk anak saya menjadi insa yang berguna. Jika saya mempunyai seorang abang yang sukakan harta, bergaduh hanya kerana harta pusaka, tamak, dan gila harta, saya tidak gundah kerana tahu bahawa Islam ada di sana sebagai jalan penyelesaian untuk meredakan ketamakan hatinya. Jika saya mempunyai seorang sahabat yang kaki perempuan, suka goda isteri orang, suka bermian kayu tiga, maka saya tidak bimbang kerana Islam ada di sana untuk membimbing nafsu buasnya. begitulah pemahaman saya terhadap Islam. saya berasa selamat jika Islam ada di sisi membantu saya. Begitulah pemahaman asasnya. Dan saya rasa kebanyakan dari kita juga berkongsi perasaan yang sama dengan saya.

Namun, masalah mula timbul apabila kita tiba diperingkat perlaksanaan atau peringka teknikal. Kita semua tahu Islam penyelesai masalah sosial, tapi bagaimana Islam mahu menyelesaikannya di era abad ke-21 yang sangat mencabar ini? Bagaimana strateginya? Bagaimana gerak kerjanya? Apakah solusi yang boleh ditawarkan oleh Islam? Adakah solusi yang ditawarkan oleh Islam lebih baik dari solusi yang ditawarkan oleh Sekularisme? Bagaimana pula dengan kekangan Perlembagaan Persekutuan? Kekangan pentadbiran serta undang-undang setempat? Bagaimana pula dengan kesesuaian budaya lokaliti? Adakah Islam cukup mampu dari segi teknikalnya? banyak persoalan mula timbul apabila Islam mula diberi peluang untuk memerintah.

Saya bagi satu contoh; Hudud. Sebelum PAS berkuasa di Kelantan dan Terengganu, kita dengar pelbagai kenyataan yang bernada "tidak realistik" dari PAS. Contohnya seperti "kita akan laksanakan Hudud sebelum ayam berkokok di pagi hari", "kita akan laksanakan sistem pemerintahan Islam seperti di zaman Sayyidina Umar Abdul Aziz di mana tiada peminta sedekah yang wujud", "apabila kita memerintah, semua orang boleh pergi solat berjamaah tanpa mengunci pintu kedai mereka kerana Negara Islam adalah negara selamat". Senangnya bercakap. Namun, apabila PAS mula memerintah, mereka telah dihadapkan dengan realiti semasa. Realiti ragam manusia. Realiti perundangan. Realiti budaya setempat. Realiti peraturan Pihak Berkuasa Tempatan dan pelbagai realiti lain lagi. Dengan kekangan "realiti-realiti" ini, Hudud masih belum terlaksana. dan kedengaran pula PAS bersuara "Hudud memerlukan masa untuk dilaksanakan. Pendidikan terhadap Hudud perlu disebarluaskan, ekonomi perlu diperkasakan sebelum Hudud dapat dilaksanakan". Maka kita mula berfikir, tidakkah UMNO juga melakukan perkara yang sama? Tidakkah UMNO juga bercakap bahawa Islam memerlukan masa untuk dilaksanakan? Lantas kita mula berpendapat bahawa, jika nanti PAS berkuasa, tiada apa yang akan berubah. PAS juga akan mengjadi seperti UMNO, iaitu terpaksa "berkompromi" dalam banyak perkara dalam menghadapi "realiti" tuntutan rakan pakatan DAP dan PKR, realiti Perlembagaan Persekutuan, realiti budaya setempat, dan realiti-realiti lain.

Saudara-saudara semua,
Itu adalah senario pertama. Senario kedua adalah tindakan PAS yang terlalu berlembut terhadap tuntutan-tuntutan DAP, rakan pakatannya. Masih ingat lagi isu kalimah Allah? Isu kelab malam di Kedah? Isu bacaan Al-Quran sebelum Subuh? Isu non-muslim memetik ayat suci Al-Quran semasa berceramah politik? Kenapa banyak pendapat PAS menyebelahi non-muslim? Maka kita juga telah mula berfikir tidakkah ini juga berlaku pada UMNO dulu? Tidakkah UMNO juga dulu kuat beragama dan ditunjangi oleh para ustaz? Tidakkah kemudiannya para ustaz UMNO ini terpaksa berlembut dengan tuntutan-tuntutan rakan politiknya untuk menjaga keutuhan politik mereka?

Kedua-dua senario yang bersifat teknikal di atas membawa kita kepada satu penyelesaian yang sangat penting, iaitu Adakah PAS Akan Menjadi Sama Seperti UMNO?
PAS belum memerintah dan belum dihadapkan dengan cabaran memerintah. PAS yang belum memerintah ini tentulah boleh berdegar-degar bercakap soal retorik Negara Islam, Negara Kebajikan, Hudud dan sebagainya. Bercakap sememangnya murah. Cuba nanti PAS diberikan tanggungjawab memerintah, nescaya PAS akan menghadapi situasi yang sama seperti UMNO. PAS akan menjadi sama seperti UMNO.

Saudara-saudara semua,
Saya amat memahami kerisauan yang ditanggungi oleh pendokong-pendokong Gerakan Islam semua. Saya juga risau. Namun kerisauan tersebut dapat saya atasi dengan satu kenyataan yang sangat penting. Kenyataan ini adalah perbezaan utama antara PAS dan UMNO. Kenyataan ini membezakan PAS dengan UMNO dari semua segi, samada dari segi "political will", dari segi "cara berfikir", dari segi "mengatur keutamaan", dari segi matlamat, dari segi "raison di'etre", dan dari semua segi. Apakah perbezaan besar antara PAS dan UMNO yang tidak memungkinkan PAS menjadi seperti UMNO?

Perbezaan tersebut adalah "title" kedua-dua partai tersebut. PAS adalah sebuah "Gerakan Islam" dan UMNO adalah sebuah "Gerakan Nasionalis Kebangsaan". "Title" ini membezakan antara PAs dan UMNO dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara. Untuk lebih memahamkan kita akan perbezaan antara kedua-dua "title" tersebut, mungkin saya boleh bawakan satu contoh:

Ada dua ekor ayam. Seekor ayam mati kerana dilanggar oleh sebuah kereta dan seekor lagi mati akibat disembelim secara Islam. Lantas, kedua-dua ekor ayam ini dibawa kepada sebuah restoran untuk dimasak. Chef yang bertugas memasak kedua-dua ekor ayam tersebut dengan masakan yang sama, iaitu ayam masak merah. Hasilnya, kedua-dua ekor ayam tersebut menyajikan sebuah masakan ayam masak merah yang sama sedap, sama kuantiti, sama masin, sama manis, sama masam, sama berkuah, sama berminyak. Pendek kata kesemuanya sama antara kedua-dua ekor ayam tadi.
Lantas saya datang dan bertanya kepada tuan-puan, adakah sama hasil masakan kedua-dua ayam masak merah tadi?

Walaupun kedua-duanya dimasak dengan masakan yang sama (ayam masak merah), di masak oleh chef yang sama, sedapnya sama, rasanya juga sama, namun kita semua tahu bahawa kedua-dua ekor ayam itu tidak sama. Kenapa? Kerana "titlenya". Seekor bertitle ayam disembelih menurut syariat Islam, dan seekor lagi ayam bertitle ayam yang tidak disembelim menurut syariat Islam di mana hukumnya Haram.

Begitulah juga dengan title "Gerakan Islam" dan "Gerakan Nasionalis Kebangsaan" ini. Title ini amat penting dalam membezakan antara dua parti tersebut. Tindakan yang diambil oleh Gerakan Islam, walaupun pada mata kasar dilihat sama dengan tindakan yang diambil oleh Gerakan Nasionalis Kebangsaan (seperti tindakan menangguhkan perlaksanaan Hudud), namun ianya berbeza pada falsafahnya. Tindakan Gerakan Islam dipandu oleh wahyu sementara tindakan Gerakan Nasionalis Kebangsaan dipandu oleh pragmatisme (siapa yang dapat berikan dia keuntungan politik, tindakan itulah yang akan diambil).

Saudara-saudara semua,
Penerangan saya seterusnya adalah lebih bersifat sejarah. Sebelum ini, Islam di Malaysia belum teruji sepenuhnya sebagai pemerintah. Audiens dakwah Islam sebelum ini lebih bersifat "individu" dan tidak bersifat "menyeluruh". Contohnya, dakwah hanyalah berbentuk islam secara shaksiyah kepada Ah Chong dan Muthu. Kita tonjolkan aspek kepentingan ilmu dalam Islam, aspek kepentingan kebersihan dalam Islam dan sebagainya untuk menarik beliau kearah Islam. Itu sahaja. Islam di Malaysia belum pernah diuji sebagai pemerintah secara total.
Pada tahhun-tahun 1950an-1990an, audiens perjuangan Islam bagi PAS hanyalah orang Islam juga. PAS tidak mempunyai "engagement" yang kuat untuk memperlihatkan "karisme" Islam kepada non-muslim sebelum ini. Islam di Malaysia sebelum ini tidak pernah dipertanggungjawabkan sebagai ketua dalam menangani isu-isu ekonomi sejagat, isu perkauman, isu-isu nasional yang lain.

Namun, selepas tahun 2000, PAS telah membuat "engagement" yang kuat di kalangan masyarakat non-muslim. Persepsi bahawa PAS adalah parti konservatif Islam mula dihakis. Non-muslim mula datang mendengar ceramah PAS, mula membaca Harakah, mula menjenguk blog-blog pimpinan PAS. Ini adalah satu perkembangan yang baik dari segi dakwah. Namun, perkembangan ini menimbulkan satu isu yang lain pula. Disebabkan hubungan yang baik antara PAS dengan masyarakat non-muslim ini, non-muslim di Malaysia mula berani menyuarakan beberapa perkara yang tidak pernah kita dengar sebelum ini. Antaranya cina mula berani memetik ayat-ayat suci Al-Quran di dalam ucapan mereka, pemuka Kristien mula memohon untuk menggunakan Kalimah "Allah" dalam bible mereka, muslim dijamu berbuka puasa di Gereja mereka, dan pelbagai lagi kejadian dan tuntutan lain.
Islam yang dibawa oleh PAS belum pernah berhadapan dengan polemik antara bangsa (sesama bangsa) seperti ini. Bagaimanakah Islam akan menyelesaikannya? Dan persoalan yang lebih penting, mampukah Islam menyelesaikannya?

Persoalan-persoalan dan tuntutan-tuntutan ini sebenarnya baik untuk Islam. Ya benar, ia baik untuk Islam. Baik dari segi, ini merupakan peluang untuk Islam menonjolkan dirinya sebagai pemerintah yang berwibawa. Jika selama ini, nasionalisme kerap diberi peluang untuk menyelesaikan permasalahan sebegini oleh UMNO, kini tiba masanya Islam diberi pelaung tersebut. Kerap kali tindakan yang diambil oleh nasionalisme dalam menyelesaikan polemik sebegini berbentuk "menjaga keamanan antara kaum". Contohnya peritiwa Kampung Medan di mana berlakunya ketegangan kaum antara Melayu dan India telah diselesaikan oleh Nasionalisme dengan ISA dan penangkapan lain. Bagaimanakah pula tindakan Islam dalam menyelesaikan polemik sebegini?

Tindakan Islam dipandu oleh garis panduan yang telah ditetapkan oleh Tuhan. dan garis panduan ini telah dijami keadilannya oleh Tuhan. Bukan sahaj dijamin, malah ianya stau-satunya garis panduan yang diredhai oleh Tuhan sebaga satu cara hidup manusia. Tuntutan penggunaan kalimah Allah telah diselesaikan dengan merujuk kepada garis panduan Islam, iaitu nas-nas dari Hadis dan Al-Quran. Tuntutan memperlahankan suara bacaan Al-Quran sebelum Subuh juga diberikan penyelesaiannya oleh Islam dengan merujuk kepada Garis Panduan Islam, berpandukan nas-nas yang berkenaan juga.

Justeru, saya melihat tuntutan-tuntutan ini merupakan satu peluang yang besar untuk Islam menonjolkan karisme dirinya yang selama ini ditutup oleh nasionalisme. Islam seharusnya ke depan dalam menjuarai isu-isu ini dan sekaligus menunjukkan kepada Malaysia dan dunia bahawa Islam mampu dan seribu kali lebih mampu memerintah berbanding nasionalisme. Tinggal lagi, kita seharusnya mendesak pemuka-pemuka Islam seperti tokoh-tokoh agama, figura agama, PAS, Tabligh, dan Gerakan Islam lainnya, jangan melepaskan peluang ini untuk menonjolkan kewibawaan islam. Kita tidak mahu, pemuka-pemuka Islam ini "lambat" dalam memberikan cadangan solusi Islam untuk permasalahan yang timbul.

Ayuh, kita tonjolkan kemampuan Islam dan jatuhkan Nasionalisme Kebangsaan.