Monday, August 29, 2011

Snippet: Kefahaman Menyeluruh

Saudara-saudara pembaca blog yang saya sayangi,

Menyambung tulisan saya yang bertajuk "Kefahaman Menyeluruh" adalah satu tambahan kecil. Saya teringatkan membaca satu tulisan oleh Sayyid Qutb berkenaan dengan peluang kepada Islam sebagai penyelesai masalah.

Sayyid Qutb berkata, nasionalisme yang memerintah negara ketika itu mempunyai banyak kelemahan dalam sistem hidupnya. Sistem pendidikan rekaan nasionalisme telah gagal mendidik jiwa anak-anak Mesir ketika itu. Sistem hiburan rekaan nasionalisme pula membentuk muda mudi Mesir yang bertuhankan hedonisme. Sistem undang-undang rekaan nasionalisme pula tidak memberikan keadilan kepada rakyat Mesir. Disebabkan kelemahan sistem-sistem hidup rekaan nasionalisme tadi, maka timbul banyak masalah di kalangan masyarakat Mesir ketika itu. Penzinaan, keruntuhan moral, rasuah, penyelahgunaan kuasa, dan pelbagai masalah sosial dan ekonomi yang lain.

Apabila ditimpa masalah yang bertimpa-timpa ini, maka terhegeh-hegehlah nasionalisme datang kepada Islam meminta ubat yang dikatakan mujarab itu. Sayyid Qutb berkata, nasionalisme sememangnya tidak tahu malu, sanggup meminta bantaun dari pesaingnya untuk menyelamatkan dirinya sendiri.

Apabila diminta ubat daripada Islam untuk mengarasi masalah-masalah yang timbul hasil dari sistem hidup cacat rekaan nasionalisme tersebut, Islam akan berkata "Kami tidak mempunyai ubatnya". Ini kerana Islam tidak mempunyai ubat yang bersifat "satu juzuk" untuk menghapuskan penzinaan semata-mata kerana ubat islam bersifat menyeluruh. Jika kamu ubat dari Islam, maka serahkanlah pemerintahan kepada Islam. Biarlah kami dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika sistem hidup kami gagal kelak. Kami tidak memberikan ubat bersifat "sementara" dan "terasing", tapi kami menawarkan ubat yang bersifat "menyeluruh" dan "transformasi total" serta "penyelesaian bersifat kekal". Nasionalisme sememangnya tidak tahu malu! Nasionalisme mengambil sistem undang-undang sivil, namun apabila masalah penagih dadah masih belum dapat diatasi, maka terhegeh-hegehlah mereka datang menemui para ustaz Islam meminta nasihat Islam. Mengapa tidak diminta nasihat dari pereka undang-undang sivil itu? Kenapa datang kepada Islam meminta ubat?

Dasar tidak tahu malu!

No comments:

Post a Comment