Sunday, May 26, 2013

2013 Cabinet Members


My dearest friends,

Screening through the list of new Cabinet members in a local newspaper the other day, I’m relieved to come across the name of one Cabinet Member, Idris Jala. I’m pleased he’s given permission to continue his commendable work at Pemandu.

Dear friends,

What does Idris did at Pemandu to gain trust and respect of Malaysians? Prior Pemandu, all government policies are run by PTD officers through various ministries and its agencies. Due to its nature, these government machineries are huge and ramifications with all its networks of agencies and other machineries. Due to its size, there are occasions where actions of all these ministries are not align to the same objective, and in some extreme cases, there are contradictory to each other. One classic example is foreign worker issues. The KDN is trying all sorts of endeavour to try to restrict the number of foreign workers for social and security reasons, whereas MITI is trying effortlessly to satisfy the needs for foreign labour for economic reasons. There is lack of focus, due to its enormous size of government machineries and they did not work in tandem in achieving a clear set of goal. They drown in their own ministerial administrative needs and pressure. They are becoming less and less effective for an obvious reason.

Then come Idris Jala and his Pemandu Team. What did Pemandu did? Pemandu does not have any legal backing in its existence. Pemandu does not own a single project on its own. Then what is it that Pemandu did that has significantly transformed the government approach and having a direct impact to the bottom line? Well, what Pemandu did is purely Management. Pemandu offer Management to our government sectors, to mention it in its most simplistic term. What Pemandu has done is just they are offering Leadership to the government sector that has long been lost in our government machineries. They lead – organize, coordinate, plan, and monitor the execution. That’s the true value of management. As I’ve mentioned earlier, Pemandu does not own any single project. They just put everything in a framework, compiling all the high impact projects (owned by other government agencies and ministries), put it in a clear framework, set a target for everybody, and monitor the execution.  This is what I call the power of management. Management gives value to any institution. Without management, everything will fail.

Other names worth to mention here is the inclusion of Dato’ Paul Low, former Amnesty International President.  I am glad that Najib has sees integrity as an important agenda in his administration post GE 13. Integrity will gives huge influence for our economy to grow in next 5 years. Having said that, I truly think it will be very big challenge, (if not impossible) for Najib in fighting corruption. Honestly, I think Najib is a reformer. He sees the important for UMNO to change, to rebrand, and to rejuvenate to access to the younger generation of Malaysia. His speech is in line with the mantra of the day – liberals, transparent, democratic, integrity. He is not the problem. The problem is his party. UMNO has been all but the opposite of todays mantra, UMNO is autocratic in its approach, corrupt, chauvinist, and narrow minded and highly right wing-ultra malay.

UMNO MUST change to survive. The change need to be done NOW. Islam is the only way out for UMNO.

Musuh Islam Yang Baru - Nasionalisme Kebangsaan

Salam kawan-kawan semua,

Syaitan selama-lamanya akan sentiasa menyesatkan umat manusia. Jika dulu, syaitan menggunakan ugama untuk menyesatkan manusia – ugama Kristien, Buddha, atheis dll, kini senjata syaitan adalah idelogi. Maksudnya, kamu boleh terus bersama Islam, Cuma kamu menganut ideology yang lain. Islam tetap Islam, tapi kepercayaan berbeza. Begitulah ampuhnya senjata syaitan ini. Contoh senjata idoelogi syaitan ini adalah sekularisme. Sekularis boleh sahaja bersolat, berqiyamullail dengan penuh wara’, tapi sekularis beriman dengan kepercayaan yang berbeza dari acuan Islam. Senjata yang baru ini sangat mengelirukan kerana mereka dibenarkan untuk terus berada di dalam Islam.

Islam telah bertarung selama berabad-abad lamanya dengen sekularisme. Sekularisme berkata kepada umat “Wahai umat Muhammad, kamu boleh terus menerus menganut Islam. Bersolatlah kamu 5 kali sehari di awal waktu secara berjamaah. Pergilah Haji setiap tahun, malah kami akan membantu kamu mengerjakan Haji. Kami akan mewaqafkan harta kami berjumlah berbilion ringgit untuk menyebarkan syiar Islam – kami tiada masalah dengan itu. Tapi, kami hanya minta stau perkara sahaja, iaitu berikanlah kebebasan kepada umat ini untuk mentadbir urusan dunia mereka tanpa paksaan untuk mengikut system hidup acuan kamu. Kamu diberi kuasa sepenuhnya untuk menjaga hal-hal keakhiratan kamu (solatnya, puasanya, hajinya, dll) tapi kami mahukan kuasa untuk mentadbir urusan dunia kamu (ekonominya, perundangannya, hiburannya, pendidikannya, sosialnya, dll). Begitulah kata-kata sekularisme kepada Islam. Terdapat ramai muslim yang tewas dengan pujuk rayu sekularisme ini. Antaranya adalah Y. Bhg. Tun Mahathir yang kita sanjungi semua. Sayang sekali. Sepatutnya dengan kepintaran yang dimilikinya, beliau boleh menyumbang kepada kemajuan Islam (bukan kemajuan material, tapi kemahuan dari segi izzah Islam).

Kini, umat mulai sedar akan bahaya skeularisme ini. Terdapat ramai muda mudi yang sedar bahawa skeularsme sebenarnya adalah menyelweng dari Islam. Pemuda pemudi ini nampaknya begitu teguh dan istiqamah dengan Islam dan menolak sekularisme. Alhamdulillah, terdapat sinar kemenangan Islam mengatasi skeularisme. Namun, di saat sekularisme mula ditolak, muncul pula musuh baru bagi Islam. Musuh ini juga berbentuk ideology sepertimana sekularisme tadi. Namun, musuh yang baru ini ternyata lebih berbahaya berbanding sekularisme. Siapakah musuh Islam yang baru ini?

Musuh Islam yang baru, saya menggelarnya sebagai ideology Nasionalisme Kebangsaan. Apakah yang dimaksudkan dengan ideology Nasionalisme Kebangsaan ini? Nasionalisme Kebangsaan adalah gabungan dua istilah, iaitu nasionalisme dan kebangsaan. Nasionalisme membawa maksud patriotisme, iaitu semangat kecintaan kepada tanah air. Kebangsaan pula bermaksud kecintaan kepada bangsa etnik. Jika digabungkan, ia membawa maksud menyintai Negara yang didasari oleh semangat mencintai bangsa. Idoelogy nasionalisme kebangsaan ini mencintai bangsa mereka (dalam hal ini bangsa tersebut adalah bangsa melayu) dan segala apa yang bersangkut paut dengan bangsa itu.  Kita ambil contoh ideology nasionalisme kebangsaan bagi bangsa melayu yang dianuti oleh UMNO. UMNO menyintai bangsa melayu dan segala yang bersangkut paut dengan “melayu” itu. Melayu adalah nombor satu bagi UMNO. Perjuangan UMNO adalah memperjuangkan hak kelangsungan bangsa melayu itu. Oleh kerana bangsa melayu berbahasa dalam bahasa melayu, maka bahasa melayu turut diperjuangkan oleh UMNO. Oleh kerana bangsa melayu mempunyai raja, maka raja turut diperjuangkan oleh UMNO. Oleh kerana bangsa melayu itu berugama Islam, maka Islam turut diperjuangkan oleh UMNO. UMNO memperjuangkan Islam bukan kerana iman, tapi kerana Islam ada kaitan dengan bangsa melayu itu. Bangsa adalah nombor satu, dan segala yang berkait dengan bangsa itu dating kemudian. Harap pembaca smeua memahami apakah maksud idelogi yang dianuti oleh UMNO. Saya kerap berfikir, nasib baik bangsa melayu itu berugama Islam. Apa akan jadi jika bangsa melayu itu asalnya berugama Kristien? Sudah tentu Kristien juga akan diperjuangkan kerana ia mempunyai kaitan dengan bangsa melayu (jika asal bangsa melayu itu berugama kristien). Alhamdulillah, sekurang-kurangnya UMNO berjaya memperjuangkan Islam sebagai satu system ibadah.

Perjuangan Idelogy nasionalisme kebangsaan adalah menyelweng dari Islam kerana ideology ini meletakkan bangsa sebagai fokal perjuangan mereka. Perjuangan memartabatkan Islam hanyalah kerana Islam itu ada kaitan dengan bangsa tadi, tak lebih dan tak kurang dari itu. Dan Islam yang diperjuangkan itu pula, bukanlah Islam yang bersifat syumul dan menyeluruh, ianya berupa tidak menyeluruh. Yang membezakan antara nasionalisme kebangsaan dengan sekularisme adalah nasionalisme kebangsaan lebih bertolak ansur berbanding sekularisme. Nasionalisme mampu menerima system-sistem hidup Islam selagi ianya tidak bercanggah dengan kepentingan bangsa melayu. Ia lebih bersifat pragmatic berbanding sekularisme. Jika skeularisme hanya menerima system ibadah sahaja, nasionalisme boleh menerima bukan hanya system ibadah, tapi juga system hiburan Islam, system pendidikan Islam, system ekonomi Islam dan beberapa system hidup acuan Islam yang lain. Penerimaan ini sudah tentu bukan kerana iman yang dianuti oleh ideology ini, tapi kerana bangsa melayu boleh menerima system-sistem hidup tadi. Hudud ditolak oleh ideology ini kerana bangsa melayu belum mampu menerima kehadiran Hudud dalam hidup mereka. Namun, pabila sampai ketika di masa hadapan di mana bangsa melayu sudah mampu menerima kehadiran hudud, UMNO pula akan muncul sebagai pejuang utama Hudud. Nampak tak? UMNO meletakkan bangsa sebagai fokal. Segala-galanya berkisar tentang bangsa. Ketika ini, ideology ini boleh menerima system pendidikan Islam (system pondok), system hiburan Islam (industry nasyid), system ekonomi Islam (pasaran sukuk dan kewangan Islam) kerana bangsa melayu boleh menerima system-sistem hidup ini. Penerimaan system-sistem hidup selain dari system ibadah yang sememangnya telah lama diterima oleh nasionalisme kebangsaan sudah tentulah bukan kerana keimanan mereka. Tapi ianya lebih kerana semangat kebangsaan mereka.

Nasionalisme kebangsaan adalah musuh yang lebih sukar berbanding sekularisme kerana mereka juga mendakwa diri mereka sebagai muslim. Saya ada kenal ramai penganut ideology nasionalisme kebangsaan yang egitu wara’, tidak pernah meninggalkan solat berjamaah sepanjang hidup mereka dan telah menjadikan qiyamullail setiap malam sebagai amalam harian mereka. Mereka begitu wara’ dan soleh. Tapi mereka menganut ideology nasionalisme kebangsaan yang meletakkan bangsa sebagai fokal perjuangan. Mereka menolak system perundangan Islam atas alasan bangsa melayu belum bersedia. Dan jika diperhatikan mereka mahukan system-sistem hidup Islam yang lain (selain dari system ibadah) wujud sebagai system tempelen dismaping system-sistem hidup anjuran ideology yang lain. Dalam system hiburan contohnya, ya, mereka mahukan nasyid, tapi mereka melarang system hiburan hedonism diharamkan. Mereka mahukan pilihan. Dalam system pendidikan pula, mereka meraikan kewujudan system pendidikan ugama, tapi pada masa yang sama, mereka mahukan system pendidikan pedagogy British dikekalkan untuk memberi pilihan.

Penentangan Gerakan Islam terhadap golongan nasionalisme kebangsaan menjadi sukar kerana naisonalisme kebangsaan juga mengaku diri mereka sebagai muslim. Mereka juga mengaku mereka beriman bahawa Islam adalah syumul (tidak sepertimana skeularisme yang menolak kesyumulan Islam) dan mereka telahpun melaksanakan beberapa system-sistem hidup Islam terpilih seperti system hiburan Islam (industry nasyid Negara), system pendidikan Islam (institusi pondok dan sekolah aliran ugama Negara) dan beberapa system-sistem hidup terpilih yang lain. Teramat sukar bagi Islam menghadapi serangan golongan nasionalis ini.

Jika diteliti, musuh utama Islam pada abad ini bukannya sekularisme, tapi nasionalisme kebangsaan. Di mesir, musuh ikhwan Muslimin bukannya golongan sekularis, tapi golongan nasioalis yang berugama Islam. Di Indonesia juga begitu, parti Golkar adalah golongan nasionalis. Di Turki juga begitu, di Malaysia juga begitu (Parti UMNO adalah penganut setia ideology nasionalisme kebangsaan).

Oleh itu, marilah kita sama-sama membantu Gerakan Islam dalam menyebarkan Islam, yakni Islam yang benar sepertimana yang diajari kepada kita oleh Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Penyebaran Islam ini hendaklah dibuat dengan perasaan ikhlas, bukan atas niat membalas dendam dan emosi.

Perpaduan Melayu


Saudara-saudari adik kakak yang saya hormati sekalian,

Dalam entri saya sebelum ini, saya menyatakan bahawa saya akan menulis tentang topic “Perpaduan Melayu”. Maka, kini, saya ingin meminta izin untuk menyambung penulisan saya tentang isu berkenaan. Namun, sebelum kita sama-sama membaca tentang isu perpaduan ini, izinkan saya bercerita tentang satu cerita.

Pada zaman dahulu, kira-kira 1500 tahun dahulu, tinggal satu masyarakat di sebuah negeri yang bernama Makkah. Masyarakat pada zaman itu telah hidup dalam satu system pemerintahan yang jelas. Dalam system pemerintahan tersebut, terdapat golongan pemerintah/bangsawan, golongan professional, golongan pekerja, dan golongan hamba. Strukturnya adalah jelas, seumpama struktur masyarakat feudal di tanah Inggeris. Masyarakat pada masa itu hidup aman damai (walaupun terdapat peperangan –berperang telah diterima sebagai satu cara hidup bagi masyarakat ketika itu) di bawah struktur pemerintahan pada zaman itu. Di  bawah sturtur pemerintahan ini, masyarakat boleh menjalani urusna seharian dengan aman, perniagaan makmur, dan ibadat (mengikut ajaran pada masa itu) dapat dilaksana dengan lancer. Kesimpulannya, semuanya berjalan lancar, tenteram, aman damai, sejahtera.

Kemudian datanglah seoramg lelaki yang bernama Muhammad. Muhammad membawa satu ajaran yang menyalahi pemahaman yang ada dalam masyarakat ketika itu. Beliau membawa satu ajaran yang bertuhankan Tuhan yang esa, menyalahi kebiasaan masyarakat. Beliau membawa ajaran bahawa golongan miskin dan fakir tidak semestinya pelru menjadi golongan hina dan bawahan, menyalahi kefahaman masyarakat. Beliau membawa ajaran bahawa golongan kaya juga pelru tertekluk kepada satu set peraturan tertentu dan tidak boleh berlaku sesuka hati, menyalahi kelaziman golongan bangsawan ketika itu. Pendek kata, Muhammad telah membawa satu set nilai yang baru dalam masyarakat. 

Apabila ajaran yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. ini mula mendapat sokongan masyarakat, wujud perpecahan dalam umat. Umat yang dahulunya hidup di bawah satu system kehidupan yang sama, mula terbelah kepada dua puak. Satu puak menyokong Nabi Muhammad dan satu puak lagi menyokong golongan pembesar Quraisy. Masyarakat mula bderpecah belah. Nabi Muhammad mula dituduh sebagai pemecah masyarakat, pengacau kepada perpaduan, dan sebagainya. Lantas kedengaran suara-suara yang menyeru kepada perpaduan kaum Quraisy. Suara untuk mencari perpaduan di antara dua puak tadi untuk sama-sama bersatu padu seperti sebelumnya. Lantas, perjumpaan diatur di antara pembesar Quraisy dan Nabi.

Teman-teman,

Apabila timbul seruan untuk bersatu di antara dua pihak, maka kita mempunyai hak untuk bertanya. Di antara ideology 2 pihak yang sedang berunding untuk bersatu itu, idoelogi siapakah yang akan dikorbankan dan idelogi siapakah yang akan menaungi kedua-dua puak yang bergabung itu? Nabi Muhammad tidak mengorban Islam untuk bersatu di atas nama bangsa Quraisy. Kalau nak bersatu, kamu yang kena korbankan ideology kamu, ideology kami akan menaungi bangsa kita. Begitulah ketegasan Nabi.

Saudara-saudara semua,

Apabila PAS bertegas menolak perpaduan melayu dengan UMNO, ada pihak menuduh PAS mementingkan diri sendiri dengan mementingkan ideology parti, sedangkan bangsa melayu sedang terancam. Sepatutnya, dalam keadaan genting seperti ini (cina dah mula menguasai Malaysia), PAS ketepikan dulu soal ideology dan bersatu dengan UMNO. Sepatutnya, demi menjaga kepentingan bersama atas nama bangsa, Pas meninggalkan idelogi Islam yang syumul mereka sekejap dan menerima ideology nasionalisme kebangsaan anutan UMNO. Lagipun, UMNO juga Islam kan? Begitulah kata mereka.

Kita kena faham bahawa Islam tidak mungkin merelakan dirinya untuk dikorbankan atas sebab apapun, hatta perpaduan bangsa sekalipun. Nak bersatu boleh, tiada masalah. PAS boleh masuk UMNO, tapi syaratnya Cuma satu, Terima Islam – UMNO Selamat, Malaysia Selamat, Melayu Selamat.

Sunday, May 19, 2013

Cabaran Perjuangan Islam di Malaysia Pasca PRU-13, Islam vs Demokrasi


Teman-teman saya semuanya,

Pada tahun-tahun 1950an hingga 2000an, permainan politik di kalangan parti-parti di Malaysia adalah berasaskan kaum.  Dan parti-parti yang ditubuhkan jusga berasaskan kaum. Isu-isu yang membawa kemenangan kepada parti yang menang adalah yang menyentuh sensitivity kaum. “Race-based politics” – kata orang putih.

Era millennium baru, atau lebih tepat lagi selepas PRU ke-12 pada tahun 2008 telah melihatkan perubahan sikap rakyat Malaysia merentasi kaum etnik. Perubahan sikap dan watak bangsa Malaysia (terutamanya melayu, cina, india) adalah mereka semakin menjauhi “race-based politics” ini. Rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda tidak lagi selesa berkata “undilah parti kami kerana kamu melayu, kami parti melayu”. Rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda, semakin “matang” berpolitik dengan menjauhi politik berasaskan ras tau etnik. Kini, modal politik golongan “anak Malaysia baru” (mereka yang lahir pada era 1990an) adalah isu-isu yang bersifat “nilai sejagat”, virtue, dan sebagainya. Antara yang popular adalah isu-isu seperti keadilan social, wealth distribution, corruption, integrity, ketelusan dan sebagainya.

Dan secara kebetulan, isu-isu “nilai sejagat” ini bertepatan dengan ajaran Islam. Maka, PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tidak kekok dan amat serasi sekali memperjuangkan isu-isu sebegini, kerana sememangnya isnya juga adalah isu-isu yang diperjuangkan oleh Islam, ideology anutan PAS. PAS tiada masalah berpakat dengan DAP dan PKR kerana isu-isu yang diperjuangkan adalah sama. Namun, sudah tentu PKR dan DAP tidak memperjuangkan isu-isu “nilai sejagat” ini kerana Islam. Mereka memperjuangkan isu-isu ini kerana factor kesedaran akan hak asasi manusia sebagai warga Malaysia, itu sahaja dan tiada kaitan dengan ugama. Ramai sekali golongan muda mudi terpelajar berbangsa melayu yang terpengaruh dengan perjuangan sebegini. Ya, adalah tidak pelik mereka yang terpelajar ini terpengaruh dengan perjuangan sebegini kerana sememangnya ianya selari dengan fitrah semulajadi manusia yang sentiasa cintakan kebebasan, keadilan, ketelusan, dan sebagainya sebegaimana yang pernah terjadi dalam Gerakan Revolusi Perancis dulu. Tapi, barang diingat, kebersamaan golongan muda dalam perjuangan ini adalah bukan kerana Islam, tapi kerana ilmu mereka. Ilmu, sifatnya adalah membawa kepada cahaya kebenaran. Dan cahaya kebenaran itu adalah akan sentiasa selari dengan Islam.

Oleh sebab PAS menajdi sebahagian dari PR, maka PAS sentiasa diterima oleh golongan muda terpelajar dari PKR dan DAP ini sebagai sahabat, diterima, dihormati dan di senangi, hanya kerana PAS adalah “rakan politik” mereka.

Adik kakak yang saya hormati semuanya,

Jadi, apakah cabaran yang akan dihadapi oleh PAS selepas ini sebagai sebuah Gerakan Islam? Cabaran PAS selepas ini adalah memimpin dan mentarbiyahkan dan mendidik golongan-golongan muda terpelajar yang enlighten ini bahawa kesemua nilai-nilai murni yang mereka perjuangkan itu (ketelusan, keadilan, keseimbangan pembahagian kekayaan, dll) adalah bukan kerana hak asasi, tapi kerana Islam. Islamlah yang menaungi nilai-nilai sejagat tadi, bukan hak asasi manusia. Dengan kata lain, cabaran bagi PAS seterusnya adalah mengaut semula umat yang telah tersesat tadi, kembali semula kepada Islam.

Tugas ini bukan mudah. Sudah tentu tugas ini akan ditentang oleh golongan muda terpelajar tadi. Mereka ini, kebanyakannya adalah terdidik dalam budaya sekularis yang sudah selesa menerima Islam hanya sebagai Sistem ibadah. Mereka ini sudah terbiasa dengan memisah-misahkan ugama. Mereka juga menentang Sistem Perundangan Islam, sebagaimana UMNO. Sama sahaja. Besar kan cabaran yang dihadapi oleh Gerakan Islam? Dahla musuh nyata (UMNO) akan sememangnya selalu menentang, malah, rakan sebantal (DAP dan PKR) juga menentang. Nak dakwah UMNO lagi, dan pada masa yang sama, nak didik PKR dan DAP. Ya Allah, sukarnya. Cabaran kiri dan kanan, lawan dan kawan.

Jadi, sahabat-sahabat saya, bantulah PAS dalam usaha murni ini. Berilah bantuan setakat yang kita mampu. Tak mampu join kerja-kerja parti, bantulah dari segi kewangan. Jika mampu, curahlah bantuan dari segi kepakaran, ilmu dan tenaga. InsyaAllah, ada pahala.

Monday, May 13, 2013

Satu Perjalanan Yang Panjang


Salam,

Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang kawan berkenaan dengan polemic perlantikan Menteri Besar Selangor selepas PRU ke-13.  (Selepas Pakatan Rakyat memenangi Selangor dengan majority yang lebih besar, berlaku sedikit “ribut di dalam cawan” sesame pimpinan PKR tentang siapakah yang akan menjawat jawatan MB. Polemik ini melibatkan dua tokoh besar PKR, Y. Bhg. Tan Sri Khalid dan Saudara Azmin Ali). Lalu saya ditanya apakah pendapat PAS tentang polemic ini.

Lantas saya menjawab, untuk saya memberikan komen terhadap soalannya, saya terpaksa memberikan satu penerangan yang panjang yang bersifat pandangan menyeluruh, dan bukannya hanya satu response ringkas terhadap soalan beliau. Beliau lalu bersetuju untuk bersabar dengan penerangan panjang saya. Lantas bermulalah satu perjalanan yang panjang untuk memberikan faham…….

Saudara-saudari adik kakak,

Ugama yang kita anuti diberi nama ISLAM. Islam adalah satu ugama yang agak berlainan dengan ugama-ugama lain di dunia ini. Ugama-ugama lain, contohnya ugama Kristien mengajar umatnya bagaimana hendak menyembah Tuhan pencipta. Dalam ugama Kristien, penganutnya diajar cara-cara menyembuh Tuhan Jesus, Mary, dan Tuhan  Roh Qudus. Penganutnya diajar ke gereja, diajar berkasih saying dan sebagainya. Pendek kata, ugama Kristien hanya mengandungi “Sistem Ibadah” sahaja. Ini berbeda dengan Islam. Dalam Islam, kita juga diajar dengan Sistem Ibadah Islam, iaitu cara-cara menyembah Tuhan (solatnya, puasanya, sadaqahnya, wudu’nya, solat jenazahnya, bla, bla, bla…). Tapi Islam tidak terhenti hanya di situ. Di dalam Islam, selain dari Sistem Ibadah, ia juga mengandungi system pendidikan, system hiburan, system perundangan, system social, system ekonomi dan seluruh system-sistem hidup yang melingkari hidup manusia. Pendek kata, Islam mengarahkan penganutnya menjalani kehidupan di dunia ini dengan mengikuti acuan system hidup yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Sebab itulah kita selalu dengar, Islam ini sifatnya syumul, iaitu menyeluruh dan mencakupi segenap segi kehidupan manusia.

Terdapat suara-suara nakal di kalangan para orientalis yang berkata “jika dalam Islam dah ditentukan bagaimana manusia harus menjalani kehidupan mereka, maka manusia tidak pelrukan otak untuk berfikir kerana seluruh system hidupnya telah ditentukan oleh Tuhan. Manusia jadi macam robot sahajalah”. Nakalnya mereka. Tuhan sebenarnya hanya menetapkan batasan besar bagaimana system-sistem hidup berkenaan. Tentang persoalan teknikal  diperingkat perlaksanaan, itu terpulanglah kepada kebijaksanaan otak manusia untuk berfikir. Islam hanya menetapkan struktur besar di mana manusia harus hidup.

Timbul pula persoalan lain. Mengapa pula Islam mahu sibuk-sibuk menjaga system hidup manusia yang lain? Tidak cukupkah Islam hanya menjaga system ibadah sahaja? Mengapa pula sibuk menjaga urusan hidup manusia yang tiada kena mengena dengan ibadah, seperti bagaimana manusia harus berekonomi, bersosial, berundang-undang, berhibur, berpendidikan, bernegara, dan sebagainya? Mengapa Islam mahu menjaga tepi kain orang? Jaga system ibadah kamu sudahlah!

Sahabat-sahabat,

Sebenarnya hidup manusia adalah dalam keseimbangan (in balance). Dan dek kerana keseimbangan inilah, manusia menemui kesejahteraan hidup, bahagia, dan tenang. Bagaimana mahu menjaga keseimbangan ini agar ianya sentiasa seimbang? Keseimbangan hidup manusia dipengaruhi oleh system-sistem hidup yang dijalani olehnya setiap hari. Jika si A menjalani system ibadah dengan begitu tekun (tak pernah tinggal solat, berpuasa sunat tak tinggal dan sebagainya), tapi oleh kerana system hiburan di negaranya masih mengekalkan system hiburan hedonism (dan bukan system hiburan Islam), maka si A tidak tenteram hatinya dan mungkin terjebak dalam gejala yang hina. Dan jika ia terjebak, maka tidak tenanglah hatinya, rosaklah kehidupannya. Contoh yang lain. Katakanlah Sistem Perundangan Islam telahpun dilaksanakan di Malaysia, namun system ekonominya masih dikekalkan system ekonomi kapitalis. Sepertimana yang kita ketahui, capitalism adalah satu system yang tidak ikhlas kepada umat manusia. Ianya digunakan sebagai peluang untuk segolongan manusia mengut keuntungan/kesenangan di atas kesusahan segolongan manusia yang lain. Jadi, Hudud masih tidak akan mampu menyelesaikan permasalahan manusia kerana terdapat manusia yang papa kedana yang terpaksa korup kerana survival hidup mereka.

Disebabkan contoh di ataslah, maka Islam itu bersifat “Syumul”, iaitu menyeluruh. Ianya tidak terpisah-pisah (dilaksanakan separuh dan ditinggalkan separuh). Islam yang dilaksanakan secara “separuh-separuh” ini tidak akan mampu menyelesaikan permasalahan hidup manusia. Pendek kata, Islam “separuh masak” ini tidak akan menyerlahkan keagungan/keindahan Islam yang sebenar. Jadilah ia hanya suatu ugama untuk menyembah Tuhan semata-mata, sepertimana ugama Kristien.

Kawan-kawan saya,

Kita kena faham satu perkara penting apabila berbicara tentang system-sistem hidup Islam sepertimana yang saya terangkan di atas. Sistem Ibadah Islam (solatnya, puasanya, zakatnya, hajinya, bla, bla) WAJIB hukumnya. Maka, system perundangan Islam (hudud, qisas, ta’zir) juga WAJIB hukumnya. Maka, system ekonomi Islam (muamalat) juga wajib hukumnya. Maka, system hiburan Islam juga WAJIB hukumnya. Maka, system pendidikan Islam juga WAJIB hukumnya. Dan kesemua system-sistem hidup Islam yang mencakupi seluruh segi kehidupan manusia juga wajib hukumnya, sepertimana system ibadah tadi. Malangnya kita umat melayu hanya diajar bahawa solat itu wajib, tapi Hudud itu tak wajib, zakat itu wajib, tapi menjauhi riba (system ekonomi Islam) itu tidak wajib, puasa wajib tapi system social Islam tak wajib. Malang sekali bagi umat ini.

Teman-temanku,

Jadi didasarkan di atas pemahaman inilah Gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia (di Mesir, namanya Parti Ikhwan Muslimin. Di Indonesia, namanya Parti PKS. Di Tunisia, nama Parti An-Nahdah. Di Malaysia, namanya Parti PAS, dan banyak lagi)  menceburi politik. Timbul pula satu persoalan lain: Kenapa politik? Tidak bolehkah Parti Ikhwan Muslimin di Mesir atau Parti PAS di Malaysia memperjuangkan system-sistem hidup Islam tadi melalui jalan NGO contohnya sepertimana ABIM? Mengapa perlu bersusah-payah join politic sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat? Jawapannya senang sahaja wahai tuan yang budiman. Perlaksanaan system-sistem hidup tadi hanya boleh dilaksanakan melalui peruntukan undang-undang. Hudud, contohnya tidak boleh dilaksanakan oleh ABIM, kerana ABIM tiada kuasa politik yang diberi mandate untuk membahaskan undang-undang di Parlimen. Itu contoh mudah.

Kemudian, setelah kita faham apa itu Islam dan mengapa Gerakan Islam join politic, tibalah pula masa untuk zoom kepada suasana politic setempat di setiap Negara. Gerakan-gerakan Islam tadi, selepas memahami objektif besarnya, setelah jelas idealismenya, perlulah pula menyesuaikan strategi politiknya dengan keadaan setempat semasa. DI Malaysia, Gerakan Islam di sana (diberi nama PAS) telah berpakat dengan sekelompok parti politik bersifat secular (PKR dan DAP=PR) untuk menghadapi sekelompok parti politik nasionalis (BN). Mengapa  PAS berpakat dengan PR dan bukan BN? Itu adalah strategi setempat Gerakan Islam.  Adalah terpulang pada mereka untuk berpakat dengan sesiapa jua yang mereka rasa matlamat besar mereka tadi lebih mempunyai peluang yang lebih luas untuk dilaksanakan dengan berpakat dengan pihak-pihak tertentu.

Kita kena faham roh sesebuah Gerakan Islam. Apabila PAS berpakat dengan PR melawan BN, itu tidaklah pula bermakna PAS memusuhi BN dan bersahabat dengan PR, tidak! PAS adalah sebuah Gerakan Islam. Gerakan Islam tonggak utamanya adalah dakwah. Now, bagaimana untuk laksanakan dakwah itu? Dakwah itu banyak cara – adakalanya kita merayu, adakalanya kita memujuk, adakalanya kita lembut, adakalanya kita menggertak, adakalanya kita marah, adakalanya kita keras – ini semua dakwah. Matlamat akhirnya – membawa BN mahupun PR kepada Islam yang syumul. Tekniknya mungkin berbeza, tapi matlamatnya adalah sama. Sebab itu kita selalu dengar Ustaz Nik Aziz atau Ustaz Hadi sentiasa berkata pintu muzakarah sentiasa terbuka, 24 jam sehari semalam.

Sahabatku yang bertanya tadi,

Persoalan siapa MB di Selangor hanyalah soal kecil tengit bengit yang hanya melibatkan soal teknikal dan permainan politik. PAS ada agenda yang jauh lebih besar dari itu. PAS harus bijak dalam permainan politik ini dengan sahabat-sahabatnya yang bersifat secular tadi (PKR dan DAP). Mungkin strateginya mengalah dulu atau bagaimana, itu terpulang pada kebijaksanaan pimpinan PAS.

Nantikan pengamatan saya tentang “Persatuan Melayu (PAS dan UMNO) dalam entri saya selanjutnya. Tungguuu…….