Syaitan selama-lamanya akan sentiasa menyesatkan umat
manusia. Jika dulu, syaitan menggunakan ugama untuk menyesatkan manusia – ugama
Kristien, Buddha, atheis dll, kini senjata syaitan adalah idelogi. Maksudnya,
kamu boleh terus bersama Islam, Cuma kamu menganut ideology yang lain. Islam
tetap Islam, tapi kepercayaan berbeza. Begitulah ampuhnya senjata syaitan ini.
Contoh senjata idoelogi syaitan ini adalah sekularisme. Sekularis boleh sahaja
bersolat, berqiyamullail dengan penuh wara’, tapi sekularis beriman dengan
kepercayaan yang berbeza dari acuan Islam. Senjata yang baru ini sangat
mengelirukan kerana mereka dibenarkan untuk terus berada di dalam Islam.
Islam telah bertarung selama berabad-abad lamanya dengen
sekularisme. Sekularisme berkata kepada umat “Wahai umat Muhammad, kamu boleh
terus menerus menganut Islam. Bersolatlah kamu 5 kali sehari di awal waktu
secara berjamaah. Pergilah Haji setiap tahun, malah kami akan membantu kamu
mengerjakan Haji. Kami akan mewaqafkan harta kami berjumlah berbilion ringgit
untuk menyebarkan syiar Islam – kami tiada masalah dengan itu. Tapi, kami hanya
minta stau perkara sahaja, iaitu berikanlah kebebasan kepada umat ini untuk
mentadbir urusan dunia mereka tanpa paksaan untuk mengikut system hidup acuan
kamu. Kamu diberi kuasa sepenuhnya untuk menjaga hal-hal keakhiratan kamu
(solatnya, puasanya, hajinya, dll) tapi kami mahukan kuasa untuk mentadbir
urusan dunia kamu (ekonominya, perundangannya, hiburannya, pendidikannya,
sosialnya, dll). Begitulah kata-kata sekularisme kepada Islam. Terdapat ramai
muslim yang tewas dengan pujuk rayu sekularisme ini. Antaranya adalah Y. Bhg.
Tun Mahathir yang kita sanjungi semua. Sayang sekali. Sepatutnya dengan
kepintaran yang dimilikinya, beliau boleh menyumbang kepada kemajuan Islam
(bukan kemajuan material, tapi kemahuan dari segi izzah Islam).
Kini, umat mulai sedar akan bahaya skeularisme ini. Terdapat
ramai muda mudi yang sedar bahawa skeularsme sebenarnya adalah menyelweng dari
Islam. Pemuda pemudi ini nampaknya begitu teguh dan istiqamah dengan Islam dan
menolak sekularisme. Alhamdulillah, terdapat sinar kemenangan Islam mengatasi
skeularisme. Namun, di saat sekularisme mula ditolak, muncul pula musuh baru
bagi Islam. Musuh ini juga berbentuk ideology sepertimana sekularisme tadi.
Namun, musuh yang baru ini ternyata lebih berbahaya berbanding sekularisme. Siapakah
musuh Islam yang baru ini?
Musuh Islam yang baru, saya menggelarnya sebagai ideology
Nasionalisme Kebangsaan. Apakah yang dimaksudkan dengan ideology Nasionalisme
Kebangsaan ini? Nasionalisme Kebangsaan adalah gabungan dua istilah, iaitu
nasionalisme dan kebangsaan. Nasionalisme membawa maksud patriotisme, iaitu
semangat kecintaan kepada tanah air. Kebangsaan pula bermaksud kecintaan kepada
bangsa etnik. Jika digabungkan, ia membawa maksud menyintai Negara yang
didasari oleh semangat mencintai bangsa. Idoelogy nasionalisme kebangsaan ini
mencintai bangsa mereka (dalam hal ini bangsa tersebut adalah bangsa melayu)
dan segala apa yang bersangkut paut dengan bangsa itu. Kita ambil contoh ideology nasionalisme
kebangsaan bagi bangsa melayu yang dianuti oleh UMNO. UMNO menyintai bangsa
melayu dan segala yang bersangkut paut dengan “melayu” itu. Melayu adalah
nombor satu bagi UMNO. Perjuangan UMNO adalah memperjuangkan hak kelangsungan
bangsa melayu itu. Oleh kerana bangsa melayu berbahasa dalam bahasa melayu,
maka bahasa melayu turut diperjuangkan oleh UMNO. Oleh kerana bangsa melayu
mempunyai raja, maka raja turut diperjuangkan oleh UMNO. Oleh kerana bangsa
melayu itu berugama Islam, maka Islam turut diperjuangkan oleh UMNO. UMNO
memperjuangkan Islam bukan kerana iman, tapi kerana Islam ada kaitan dengan
bangsa melayu itu. Bangsa adalah nombor satu, dan segala yang berkait dengan
bangsa itu dating kemudian. Harap pembaca smeua memahami apakah maksud idelogi
yang dianuti oleh UMNO. Saya kerap berfikir, nasib baik bangsa melayu itu
berugama Islam. Apa akan jadi jika bangsa melayu itu asalnya berugama Kristien?
Sudah tentu Kristien juga akan diperjuangkan kerana ia mempunyai kaitan dengan
bangsa melayu (jika asal bangsa melayu itu berugama kristien). Alhamdulillah,
sekurang-kurangnya UMNO berjaya memperjuangkan Islam sebagai satu system
ibadah.
Perjuangan Idelogy nasionalisme kebangsaan adalah menyelweng
dari Islam kerana ideology ini meletakkan bangsa sebagai fokal perjuangan
mereka. Perjuangan memartabatkan Islam hanyalah kerana Islam itu ada kaitan
dengan bangsa tadi, tak lebih dan tak kurang dari itu. Dan Islam yang
diperjuangkan itu pula, bukanlah Islam yang bersifat syumul dan menyeluruh,
ianya berupa tidak menyeluruh. Yang membezakan antara nasionalisme kebangsaan
dengan sekularisme adalah nasionalisme kebangsaan lebih bertolak ansur
berbanding sekularisme. Nasionalisme mampu menerima system-sistem hidup Islam
selagi ianya tidak bercanggah dengan kepentingan bangsa melayu. Ia lebih
bersifat pragmatic berbanding sekularisme. Jika skeularisme hanya menerima
system ibadah sahaja, nasionalisme boleh menerima bukan hanya system ibadah,
tapi juga system hiburan Islam, system pendidikan Islam, system ekonomi Islam
dan beberapa system hidup acuan Islam yang lain. Penerimaan ini sudah tentu
bukan kerana iman yang dianuti oleh ideology ini, tapi kerana bangsa melayu
boleh menerima system-sistem hidup tadi. Hudud ditolak oleh ideology ini kerana
bangsa melayu belum mampu menerima kehadiran Hudud dalam hidup mereka. Namun,
pabila sampai ketika di masa hadapan di mana bangsa melayu sudah mampu menerima
kehadiran hudud, UMNO pula akan muncul sebagai pejuang utama Hudud. Nampak tak?
UMNO meletakkan bangsa sebagai fokal. Segala-galanya berkisar tentang bangsa.
Ketika ini, ideology ini boleh menerima system pendidikan Islam (system
pondok), system hiburan Islam (industry nasyid), system ekonomi Islam (pasaran
sukuk dan kewangan Islam) kerana bangsa melayu boleh menerima system-sistem
hidup ini. Penerimaan system-sistem hidup selain dari system ibadah yang
sememangnya telah lama diterima oleh nasionalisme kebangsaan sudah tentulah
bukan kerana keimanan mereka. Tapi ianya lebih kerana semangat kebangsaan
mereka.
Nasionalisme kebangsaan adalah musuh yang lebih sukar
berbanding sekularisme kerana mereka juga mendakwa diri mereka sebagai muslim.
Saya ada kenal ramai penganut ideology nasionalisme kebangsaan yang egitu
wara’, tidak pernah meninggalkan solat berjamaah sepanjang hidup mereka dan
telah menjadikan qiyamullail setiap malam sebagai amalam harian mereka. Mereka
begitu wara’ dan soleh. Tapi mereka menganut ideology nasionalisme kebangsaan
yang meletakkan bangsa sebagai fokal perjuangan. Mereka menolak system
perundangan Islam atas alasan bangsa melayu belum bersedia. Dan jika
diperhatikan mereka mahukan system-sistem hidup Islam yang lain (selain dari
system ibadah) wujud sebagai system tempelen dismaping system-sistem hidup
anjuran ideology yang lain. Dalam system hiburan contohnya, ya, mereka mahukan
nasyid, tapi mereka melarang system hiburan hedonism diharamkan. Mereka mahukan
pilihan. Dalam system pendidikan pula, mereka meraikan kewujudan system
pendidikan ugama, tapi pada masa yang sama, mereka mahukan system pendidikan
pedagogy British dikekalkan untuk memberi pilihan.
Penentangan Gerakan Islam terhadap golongan nasionalisme
kebangsaan menjadi sukar kerana naisonalisme kebangsaan juga mengaku diri
mereka sebagai muslim. Mereka juga mengaku mereka beriman bahawa Islam adalah
syumul (tidak sepertimana skeularisme yang menolak kesyumulan Islam) dan mereka
telahpun melaksanakan beberapa system-sistem hidup Islam terpilih seperti
system hiburan Islam (industry nasyid Negara), system pendidikan Islam
(institusi pondok dan sekolah aliran ugama Negara) dan beberapa system-sistem
hidup terpilih yang lain. Teramat sukar bagi Islam menghadapi serangan golongan
nasionalis ini.
Jika diteliti, musuh utama Islam pada abad ini bukannya
sekularisme, tapi nasionalisme kebangsaan. Di mesir, musuh ikhwan Muslimin
bukannya golongan sekularis, tapi golongan nasioalis yang berugama Islam. Di
Indonesia juga begitu, parti Golkar adalah golongan nasionalis. Di Turki juga
begitu, di Malaysia juga begitu (Parti UMNO adalah penganut setia ideology
nasionalisme kebangsaan).
Oleh itu, marilah kita sama-sama membantu Gerakan Islam
dalam menyebarkan Islam, yakni Islam yang benar sepertimana yang diajari kepada
kita oleh Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Penyebaran Islam ini hendaklah dibuat
dengan perasaan ikhlas, bukan atas niat membalas dendam dan emosi.
No comments:
Post a Comment