Saudara-saudari adik kakak yang saya hormati sekalian,
Dalam entri saya sebelum ini, saya menyatakan bahawa saya
akan menulis tentang topic “Perpaduan Melayu”. Maka, kini, saya ingin meminta
izin untuk menyambung penulisan saya tentang isu berkenaan. Namun, sebelum kita
sama-sama membaca tentang isu perpaduan ini, izinkan saya bercerita tentang
satu cerita.
Pada zaman dahulu, kira-kira 1500 tahun dahulu, tinggal satu
masyarakat di sebuah negeri yang bernama Makkah. Masyarakat pada zaman itu telah
hidup dalam satu system pemerintahan yang jelas. Dalam system pemerintahan
tersebut, terdapat golongan pemerintah/bangsawan, golongan professional,
golongan pekerja, dan golongan hamba. Strukturnya adalah jelas, seumpama
struktur masyarakat feudal di tanah Inggeris. Masyarakat pada masa itu hidup
aman damai (walaupun terdapat peperangan –berperang telah diterima sebagai satu
cara hidup bagi masyarakat ketika itu) di bawah struktur pemerintahan pada
zaman itu. Di bawah sturtur pemerintahan
ini, masyarakat boleh menjalani urusna seharian dengan aman, perniagaan makmur,
dan ibadat (mengikut ajaran pada masa itu) dapat dilaksana dengan lancer.
Kesimpulannya, semuanya berjalan lancar, tenteram, aman damai, sejahtera.
Kemudian datanglah seoramg lelaki yang bernama Muhammad.
Muhammad membawa satu ajaran yang menyalahi pemahaman yang ada dalam masyarakat
ketika itu. Beliau membawa satu ajaran yang bertuhankan Tuhan yang esa,
menyalahi kebiasaan masyarakat. Beliau membawa ajaran bahawa golongan miskin
dan fakir tidak semestinya pelru menjadi golongan hina dan bawahan, menyalahi
kefahaman masyarakat. Beliau membawa ajaran bahawa golongan kaya juga pelru
tertekluk kepada satu set peraturan tertentu dan tidak boleh berlaku sesuka
hati, menyalahi kelaziman golongan bangsawan ketika itu. Pendek kata, Muhammad
telah membawa satu set nilai yang baru dalam masyarakat.
Apabila ajaran yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. ini mula
mendapat sokongan masyarakat, wujud perpecahan dalam umat. Umat yang dahulunya
hidup di bawah satu system kehidupan yang sama, mula terbelah kepada dua puak.
Satu puak menyokong Nabi Muhammad dan satu puak lagi menyokong golongan
pembesar Quraisy. Masyarakat mula bderpecah belah. Nabi Muhammad mula dituduh
sebagai pemecah masyarakat, pengacau kepada perpaduan, dan sebagainya. Lantas
kedengaran suara-suara yang menyeru kepada perpaduan kaum Quraisy. Suara untuk
mencari perpaduan di antara dua puak tadi untuk sama-sama bersatu padu seperti
sebelumnya. Lantas, perjumpaan diatur di antara pembesar Quraisy dan Nabi.
Teman-teman,
Apabila timbul seruan untuk bersatu di antara dua pihak,
maka kita mempunyai hak untuk bertanya. Di antara ideology 2 pihak yang sedang
berunding untuk bersatu itu, idoelogi siapakah yang akan dikorbankan dan
idelogi siapakah yang akan menaungi kedua-dua puak yang bergabung itu? Nabi
Muhammad tidak mengorban Islam untuk bersatu di atas nama bangsa Quraisy. Kalau
nak bersatu, kamu yang kena korbankan ideology kamu, ideology kami akan
menaungi bangsa kita. Begitulah ketegasan Nabi.
Saudara-saudara semua,
Apabila PAS bertegas menolak perpaduan melayu dengan UMNO,
ada pihak menuduh PAS mementingkan diri sendiri dengan mementingkan ideology
parti, sedangkan bangsa melayu sedang terancam. Sepatutnya, dalam keadaan
genting seperti ini (cina dah mula menguasai Malaysia), PAS ketepikan dulu soal
ideology dan bersatu dengan UMNO. Sepatutnya, demi menjaga kepentingan bersama
atas nama bangsa, Pas meninggalkan idelogi Islam yang syumul mereka sekejap dan
menerima ideology nasionalisme kebangsaan anutan UMNO. Lagipun, UMNO juga Islam
kan? Begitulah kata mereka.
Kita kena faham bahawa Islam tidak mungkin merelakan dirinya
untuk dikorbankan atas sebab apapun, hatta perpaduan bangsa sekalipun. Nak
bersatu boleh, tiada masalah. PAS boleh masuk UMNO, tapi syaratnya Cuma satu,
Terima Islam – UMNO Selamat, Malaysia Selamat, Melayu Selamat.
No comments:
Post a Comment