Monday, May 13, 2013

Satu Perjalanan Yang Panjang


Salam,

Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang kawan berkenaan dengan polemic perlantikan Menteri Besar Selangor selepas PRU ke-13.  (Selepas Pakatan Rakyat memenangi Selangor dengan majority yang lebih besar, berlaku sedikit “ribut di dalam cawan” sesame pimpinan PKR tentang siapakah yang akan menjawat jawatan MB. Polemik ini melibatkan dua tokoh besar PKR, Y. Bhg. Tan Sri Khalid dan Saudara Azmin Ali). Lalu saya ditanya apakah pendapat PAS tentang polemic ini.

Lantas saya menjawab, untuk saya memberikan komen terhadap soalannya, saya terpaksa memberikan satu penerangan yang panjang yang bersifat pandangan menyeluruh, dan bukannya hanya satu response ringkas terhadap soalan beliau. Beliau lalu bersetuju untuk bersabar dengan penerangan panjang saya. Lantas bermulalah satu perjalanan yang panjang untuk memberikan faham…….

Saudara-saudari adik kakak,

Ugama yang kita anuti diberi nama ISLAM. Islam adalah satu ugama yang agak berlainan dengan ugama-ugama lain di dunia ini. Ugama-ugama lain, contohnya ugama Kristien mengajar umatnya bagaimana hendak menyembah Tuhan pencipta. Dalam ugama Kristien, penganutnya diajar cara-cara menyembuh Tuhan Jesus, Mary, dan Tuhan  Roh Qudus. Penganutnya diajar ke gereja, diajar berkasih saying dan sebagainya. Pendek kata, ugama Kristien hanya mengandungi “Sistem Ibadah” sahaja. Ini berbeda dengan Islam. Dalam Islam, kita juga diajar dengan Sistem Ibadah Islam, iaitu cara-cara menyembah Tuhan (solatnya, puasanya, sadaqahnya, wudu’nya, solat jenazahnya, bla, bla, bla…). Tapi Islam tidak terhenti hanya di situ. Di dalam Islam, selain dari Sistem Ibadah, ia juga mengandungi system pendidikan, system hiburan, system perundangan, system social, system ekonomi dan seluruh system-sistem hidup yang melingkari hidup manusia. Pendek kata, Islam mengarahkan penganutnya menjalani kehidupan di dunia ini dengan mengikuti acuan system hidup yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Sebab itulah kita selalu dengar, Islam ini sifatnya syumul, iaitu menyeluruh dan mencakupi segenap segi kehidupan manusia.

Terdapat suara-suara nakal di kalangan para orientalis yang berkata “jika dalam Islam dah ditentukan bagaimana manusia harus menjalani kehidupan mereka, maka manusia tidak pelrukan otak untuk berfikir kerana seluruh system hidupnya telah ditentukan oleh Tuhan. Manusia jadi macam robot sahajalah”. Nakalnya mereka. Tuhan sebenarnya hanya menetapkan batasan besar bagaimana system-sistem hidup berkenaan. Tentang persoalan teknikal  diperingkat perlaksanaan, itu terpulanglah kepada kebijaksanaan otak manusia untuk berfikir. Islam hanya menetapkan struktur besar di mana manusia harus hidup.

Timbul pula persoalan lain. Mengapa pula Islam mahu sibuk-sibuk menjaga system hidup manusia yang lain? Tidak cukupkah Islam hanya menjaga system ibadah sahaja? Mengapa pula sibuk menjaga urusan hidup manusia yang tiada kena mengena dengan ibadah, seperti bagaimana manusia harus berekonomi, bersosial, berundang-undang, berhibur, berpendidikan, bernegara, dan sebagainya? Mengapa Islam mahu menjaga tepi kain orang? Jaga system ibadah kamu sudahlah!

Sahabat-sahabat,

Sebenarnya hidup manusia adalah dalam keseimbangan (in balance). Dan dek kerana keseimbangan inilah, manusia menemui kesejahteraan hidup, bahagia, dan tenang. Bagaimana mahu menjaga keseimbangan ini agar ianya sentiasa seimbang? Keseimbangan hidup manusia dipengaruhi oleh system-sistem hidup yang dijalani olehnya setiap hari. Jika si A menjalani system ibadah dengan begitu tekun (tak pernah tinggal solat, berpuasa sunat tak tinggal dan sebagainya), tapi oleh kerana system hiburan di negaranya masih mengekalkan system hiburan hedonism (dan bukan system hiburan Islam), maka si A tidak tenteram hatinya dan mungkin terjebak dalam gejala yang hina. Dan jika ia terjebak, maka tidak tenanglah hatinya, rosaklah kehidupannya. Contoh yang lain. Katakanlah Sistem Perundangan Islam telahpun dilaksanakan di Malaysia, namun system ekonominya masih dikekalkan system ekonomi kapitalis. Sepertimana yang kita ketahui, capitalism adalah satu system yang tidak ikhlas kepada umat manusia. Ianya digunakan sebagai peluang untuk segolongan manusia mengut keuntungan/kesenangan di atas kesusahan segolongan manusia yang lain. Jadi, Hudud masih tidak akan mampu menyelesaikan permasalahan manusia kerana terdapat manusia yang papa kedana yang terpaksa korup kerana survival hidup mereka.

Disebabkan contoh di ataslah, maka Islam itu bersifat “Syumul”, iaitu menyeluruh. Ianya tidak terpisah-pisah (dilaksanakan separuh dan ditinggalkan separuh). Islam yang dilaksanakan secara “separuh-separuh” ini tidak akan mampu menyelesaikan permasalahan hidup manusia. Pendek kata, Islam “separuh masak” ini tidak akan menyerlahkan keagungan/keindahan Islam yang sebenar. Jadilah ia hanya suatu ugama untuk menyembah Tuhan semata-mata, sepertimana ugama Kristien.

Kawan-kawan saya,

Kita kena faham satu perkara penting apabila berbicara tentang system-sistem hidup Islam sepertimana yang saya terangkan di atas. Sistem Ibadah Islam (solatnya, puasanya, zakatnya, hajinya, bla, bla) WAJIB hukumnya. Maka, system perundangan Islam (hudud, qisas, ta’zir) juga WAJIB hukumnya. Maka, system ekonomi Islam (muamalat) juga wajib hukumnya. Maka, system hiburan Islam juga WAJIB hukumnya. Maka, system pendidikan Islam juga WAJIB hukumnya. Dan kesemua system-sistem hidup Islam yang mencakupi seluruh segi kehidupan manusia juga wajib hukumnya, sepertimana system ibadah tadi. Malangnya kita umat melayu hanya diajar bahawa solat itu wajib, tapi Hudud itu tak wajib, zakat itu wajib, tapi menjauhi riba (system ekonomi Islam) itu tidak wajib, puasa wajib tapi system social Islam tak wajib. Malang sekali bagi umat ini.

Teman-temanku,

Jadi didasarkan di atas pemahaman inilah Gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia (di Mesir, namanya Parti Ikhwan Muslimin. Di Indonesia, namanya Parti PKS. Di Tunisia, nama Parti An-Nahdah. Di Malaysia, namanya Parti PAS, dan banyak lagi)  menceburi politik. Timbul pula satu persoalan lain: Kenapa politik? Tidak bolehkah Parti Ikhwan Muslimin di Mesir atau Parti PAS di Malaysia memperjuangkan system-sistem hidup Islam tadi melalui jalan NGO contohnya sepertimana ABIM? Mengapa perlu bersusah-payah join politic sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat? Jawapannya senang sahaja wahai tuan yang budiman. Perlaksanaan system-sistem hidup tadi hanya boleh dilaksanakan melalui peruntukan undang-undang. Hudud, contohnya tidak boleh dilaksanakan oleh ABIM, kerana ABIM tiada kuasa politik yang diberi mandate untuk membahaskan undang-undang di Parlimen. Itu contoh mudah.

Kemudian, setelah kita faham apa itu Islam dan mengapa Gerakan Islam join politic, tibalah pula masa untuk zoom kepada suasana politic setempat di setiap Negara. Gerakan-gerakan Islam tadi, selepas memahami objektif besarnya, setelah jelas idealismenya, perlulah pula menyesuaikan strategi politiknya dengan keadaan setempat semasa. DI Malaysia, Gerakan Islam di sana (diberi nama PAS) telah berpakat dengan sekelompok parti politik bersifat secular (PKR dan DAP=PR) untuk menghadapi sekelompok parti politik nasionalis (BN). Mengapa  PAS berpakat dengan PR dan bukan BN? Itu adalah strategi setempat Gerakan Islam.  Adalah terpulang pada mereka untuk berpakat dengan sesiapa jua yang mereka rasa matlamat besar mereka tadi lebih mempunyai peluang yang lebih luas untuk dilaksanakan dengan berpakat dengan pihak-pihak tertentu.

Kita kena faham roh sesebuah Gerakan Islam. Apabila PAS berpakat dengan PR melawan BN, itu tidaklah pula bermakna PAS memusuhi BN dan bersahabat dengan PR, tidak! PAS adalah sebuah Gerakan Islam. Gerakan Islam tonggak utamanya adalah dakwah. Now, bagaimana untuk laksanakan dakwah itu? Dakwah itu banyak cara – adakalanya kita merayu, adakalanya kita memujuk, adakalanya kita lembut, adakalanya kita menggertak, adakalanya kita marah, adakalanya kita keras – ini semua dakwah. Matlamat akhirnya – membawa BN mahupun PR kepada Islam yang syumul. Tekniknya mungkin berbeza, tapi matlamatnya adalah sama. Sebab itu kita selalu dengar Ustaz Nik Aziz atau Ustaz Hadi sentiasa berkata pintu muzakarah sentiasa terbuka, 24 jam sehari semalam.

Sahabatku yang bertanya tadi,

Persoalan siapa MB di Selangor hanyalah soal kecil tengit bengit yang hanya melibatkan soal teknikal dan permainan politik. PAS ada agenda yang jauh lebih besar dari itu. PAS harus bijak dalam permainan politik ini dengan sahabat-sahabatnya yang bersifat secular tadi (PKR dan DAP). Mungkin strateginya mengalah dulu atau bagaimana, itu terpulang pada kebijaksanaan pimpinan PAS.

Nantikan pengamatan saya tentang “Persatuan Melayu (PAS dan UMNO) dalam entri saya selanjutnya. Tungguuu…….

No comments:

Post a Comment