Monday, December 23, 2013

Satu Perbualan Yang Panjang (Satu)

Kawan-kawan seperjuangan sekalian,

Saya, entah kenapa, telah terperangkap dalam stau perbualan yang sangat panjang bersama seorang gadis.
Di sini, saya nukilkan kembali perbualan tersebut. Saya memohon maaf kerana perbualan tersebut tidak berstruktur dan agak kucar kacir. Saya menghargai masa yang tuan/puan habiskan untuk membaca perbualan saya yang agak panjang ini yang saya sediakan dalam dua posting berbeza.
 
Puan A: Minta maaf yer saudara sder, kenapa PAS seakan menyokong Syiah? Tidakkah Syiah ini musibah bagi umat Islam di Malaysia?

Sder: Puan, sebenarnya tiada siapa yang menyokong Syiah. PAS menyokong usaha kerajaan 100% untuk membenteras Syiah. Cuma jangan politikkanya. Jika benar UMNO (melalui jentera kerajaan) punyai bukti penglibatan Saudara Mat Sabu dalam kegiatan Syiah, maka heret dia dan dakwa di di Mahkamah, jangan dipolitikkan untuk mengaut keuntungan politik. Itu pertama.

Keduanya, Syiah ni isunya adalah insan-insan yang fanatic berugama. Syiah tidak menolak ugama, malah SYiah taksub ugama. Cuma kepercayaannya salah. Aqidahnya salah. Syiah berlainan dengan sekularisme. Sekularisme tidak fanatic ugama. Sekularisme tidak taksub ugama. Tetapi Sekularisme memusuhi ugama. Sekularisme sesat kerana mereka menolak ugama. Syiah sesat dalam kerangka ugama sedangkan sekularisme sesat di luar kerangka ugama.

Puan A: Eh eh sekejap. Syiah lebih merbahaya dari Sekularisme. Siapa kata sekularisme tolak ugama? Sekularisme tidak pernah menolak ugama! Itu fakta. Sekularisme benarkan kita solat berjamaah, sekularisme tidak pernah menghalang kita dari menunaikan Haji mengikut aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Sekularisme tidak memusuhi Ugama! Tapi Syiah memusuhi ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Cara mereka solat berlainan, cara mereka Haji berlainan.

Sder: Puan kena faham apa itu Islam, baru puan akan faham kenapa saya berkata Sekularisme memusuhi ugama. Syiah tidak memusuhi ugama, Cuma mereka taksub ugama. Mereka “geng ugama” yang sesat. Sekularisme bukan “geng ugama”. Apabila saya berkata “sekularisme memusuhi ugama”, saya bermaksud sekularisme  memusuhi Islam. Lantas, kita kena faham pula, apa itu Islam? Sekularisme tidak memusuhi ugama dalam erti kata bab ibadah sepertimana ajaran kristien. Ajaran Kristien hanya mengandungi system ibadah-pergi ke gereja pagi Ahad, sebarkan kasih sayang sesama manusia, senyum, jaga hati, sucikan jiwa. Sekularisme tidak pernah memusuhi ajaran ugama seperti ini. Bagi Islam pula, sekularisme tidak pernah memusuhi Islam dari segi solatnya, hajinya, puasanya, aqiqahnya, kenduri kendaranya, musabaqah Al-Quran, sekolah Tahfiznya. Malah sekularisme menggalakkan penubuhan masjid-masjid, sekularisme memberi peruntukan untuk membina masjid-masjid yang moden dan selesa. Sekularisme tidak pernah memusuhi Sistem Ibadah Islam. Habis tu, apa yang sekularisme memusuhi? Malangnya bagi Puan A, Islam ini bukan semata-mata terkandung system ibadah dan system munakahat semata-mata. Selain dari Sistem ibadah (solat, puasa, Haji dan amalan-amalan ritual yang lain) Islam juga mengandungi system perundangan, pendidikan, social, hiburan, ekonomi, dan system-sistem hidup lain yang mencakupi segenap hal ehwal hidup manusia. Di sini, sekuelarisme dengan tegas berkata “Wahai Islam, kami hadkan penglibatan kamu setakat system ibadah dan system munakahat sahaja. Jangan campuri urusan keduniaan kami seperti pengurusan ekonomi, perundangan, pendidikan, hiburan dan lain-lain. Urusan keduaniaan seperti itu hendaklah diserahkan kepada kami untuk menguruskannya”. Islam sehingga kiamat tidak akan dapat menerima hakikat ini. Islam memerintah, bukan diperintah. Islam lead, others follow. Dalam konteks inilah, sekularisme memusuhi ugama, iaitu kesyumulan ugama itu.

Puan A: Kamu bercakap seolah-olah Malaysia ni sebuah Negara secular seperti di zaman Kamal At-Taturk di Turki dulu. Malaysia ni islamik. Lihat, dalam bidang perundangan, kita ada Mahkamah Syariah. Dalam bidang hiburan, kita ada Raihan & Rabbani. Malah kumpulan nasyid ni pernah memenangi anugerah di pesta-pesta hiburan. Dalam bidang ekonomi, Malaysia adalah the leading country in Islamic finance. Sukuk yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat berpengkalan di Malaysia berjumlah berbilion-bilion dollar dan dijangka terus berkembang. Malaysia peneraju system kewangan Islam antarabangsa. Kamu nak apa lagi? Tak Islam lagikah?

Sder: Puan, saya akui apa yang puan sebutkan tersebut semuanya benar. Namun, terdapat 4 syarat yang telah ditetapkan untuk kita perhalusi agar boleh diiktiraf sebagai sesuatu system tersbeut mewakili Islam. 4 Syarat berkenaan adalah:

a.       Syumul

b.      Perdana

c.       Fizikalnya nampak kelihatan islamiknya

d.      Rohnya juga islamik.

 Syumul

Islam perlu syumul. Sifat Islam adalah syumul. Islam yang dilaksana secara separuh-separuh adalah cacat. Islam yang dilaksanaa secara terpilih adalah Islam yang tidak sempurna. Islam hanya oleh dilihat kesmepurnaan dan keberkesanannya jika dilaksana secara menyeluruh. Saya bagi satu contoh. Jika Puan A sakit demam, doctor akan berikan puan beberapa jenis ubat. Ada ubat panadol, ubat batuk, ubat selsema dan antibiotic. Demam puan hanya akan sembuh sepenuhnya jika kesleuruhan ubat dimakan dengan menyeluruh. Jika Puan hanya memilih ubat-ubat tertentu sahaja untuk dimakan, demam puan hanya akan reda sementara sahaja dan akan kembali semula. Ubat-ubat tersebut adalah satu “pakej” yang perlu dimakan secara menyeluruh. Begitu juga dengan Islam. Jika hanya Hudud dilaksana, tapi system muamalat Islam tidak dilaksana dan Sistem hiburan masih lagi berpandukan hiburan hedonism, zina akan tetap berlaku. Jika Hudud dilaksana, tapi system muamalat Islam (ekonomi) masih belum dilaksana, kegiatan curi akan tetap berlaku. Ianya hendaklah dilaksana secara menyeluruh, barulah kita akan rasai kesempurnaan Islam itu, sebagaimana ubat yang diberikan oleh doctor tadi.

 
Perdana

Keseluruhan system hidup Islam tadi perlulah dilaksana dan diangkat sebagai system perdana, bukan sebabagai system “alternative” atau system pilihan. Puan mungkin berhujjah “Malaysia dah laksana banyak system hidup Islam – kita ada system pondok (pendidikan), kita ada bank islam (system ekonomi), kita ada industry nasyid yang pesat berkembang (Sistem hiburan), pendek kata UMNO dah berusaha untuk syumulkan perlaksanaan Islam, Cuma step by step lah, berikan kami masa dan sokongan”. Mungkin itu hujjah dari puan. Syarat kedua adalah Perdana bermakna, perlaksanaan system hidup Islam tadi perlu bersifat “main stream” atau aliran perdana. Contohnya, bila disebut Sekolah Kebangsaan aliran Perdana, ia merujuk kepada sekolah-sekolah ugama yang melaksana keseluruhan kurikulum ugama termasuk matapelajaran Tafsir dan Hadis. Syarat ini menghendaki perlaksanaan system hidup Islam bukan sebagai system tempelan atau menampung system perdana aliran secular sedia ada. Islam tidak membenarkan Malaysia berkata “Tuan-tuan dan puan-puan, jika mahukan anak anda bersekolah, kita punyai system pendidikan kebangsaan yang berteraskan material berdasarkan pedagogi British, tapi kalau tuan-tuan mahukan anak-anak tuan menjadi ustaz, kita juga ada sediakan system pendidikan ugama dan pondok pun ada”. Siapa yang memberi lessen untuk Malaysia berkata sedemikian? Adakah kita diberi pilihan oleh Allah untuk memilih samada mahukan system hidup Islam atau bukan Islam?

 
Fizikal

Syarat ini diletakkan kerana terdapat suara-suara nakal mendakwa sesetengah system hidup yang diamalkan oleh muslim sememangnya adalah system hidup acuan Islam. Contohnya, system perundangan. Terdapat bukan sedikit para nasionalis (dalam usaha mendapat pengaruh politik) mencanangkan bahawa system perundangan sedia ada adalah system perundangan Islam, Cuma tidak dinamakan dengan istilah “Hudud” dan ia dinamakan undang-undang sivil. Istilah sahaja berbeza, tapi ianya sama. Hujjah sebegini tak boleh diterima kerana fizikalnya tidak sama. Hudud menjatuhkan hukuman potong tangan sedangkan undang-undang jinayah jatuhkan hukuman penjara. Samakah potong tangan dengan penjara? Sudah tentu ia tidak sama. Jadi, syarat ketiga adalah ianya perlulah sama dari segi fizikalnya atau menuruti tuntutan syariah.

 
Roh

Terdapat juga para nasionalis yang berhujjah berkenaan takzir. Takzir menurut Islam adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas kesalahan-kesalahan yang tidak terkandung di bawah jinayah Hudud. Jadi, hukuman takzir adalah hukuman yang ditentukan oleh kebijaksanaan para hakim. Boleh jadi hukumannya penjara, sebatan, atau selainnya. Para nasionalis berhujjah “Undang-undang jenayah sedia adalah sebenarnya Takzir! Cuma istilahnya sahaja ditukar kerana menurut kesesuaian kepelbagaian kaum. Kita ada hukuman penjara, sebatan contohnya, itu adalah takzir, iaitu mengikut ketentuan hakim”. Begitulah hujjah si nasionalis. Selama-lamanya hujjah tersebut tidak dapat dipertahankan. Memang, mungkin hukuman Takzir dan civil law mungkin serupa, namun ia tidak sama. Takzir, hukumannya punyai roh Islam, didasarkan dari tuntutan ugama, sedangkan hukuman yang sama di bawah civil law didasarkan dari system perundangan British ciptaan manusia. Rohnya kena bersadarkan dari Islam.

Analoginya begini. Katakana da dua hidangan ayam masak merah. Kedua-dua hidangan tersbeut sama sedapnya, sama pedasnya, sama masinnya, sama manisnya dan dimasak oleh chef yang sama. Cuma, satu hidangan berasal dari ayam yang disembelih mengikut syariat Islam dan satu hidangan lagi merupakan ayam yang mati dilanggar oleh kereta tanpa sempat disembelih mengikut syariat Islam. Adakah kedua-dua hidangan tersebut sama walaupun rasanya adalah sama?

 
Puan A: Kamu ni kan, bercakap punyalah pandai. Ada-ada sahaja syarat baru yang kamu letakkan. Apa lagi yang tak cukup di Malaysia ni? Kita dapat solat, puasa, berqiyamuallail, menghafaz Al-Quran, dan banyak lagi ibadah-ibadah lain. Apa lagi yang kamu nak? Kamu hanya nakkan PAS menang dan berkuasa kan? Mengaku je lah, kamu takkan berpuas hati selagi PAS tak berkuasa. Kamu akan bawakan pelbagai hujjah ugama hinggalah akhirnya dapat memenangkan PAS. Eleh..

 Sder: Puan kena faham apa itu PAS. Pas ni bukan parti politik. Kena faham sungguh-sungguh fakta ini. PAS adalah  GERAKAN ISLAM yang berpolitik. Matlamat utama PAS adalah Islam yang syumul terlaksana, bukan kuasa. Matlamat ini hanya boleh dicapai melalui dua cara:

a.       UMNO berubah dan melaksanakan segala tuntutan Islam secara menyeluruh (dalam kes ini PAS akan sendirinya terbubar)

b.      PAS berpolitik dan bertarung dalam pilihanraya dan menang dan melaksanakan Islam.

 
Puan A: Gerakan Islam? Adakah sifat Gerakan Islam memecah belahkan perpaduan sesama muslim? Menyebarkan fitnah? Adakah itu cara Gerakan Islam berpolitik? Piraaah! Dengan UMNO kemain bermusuhnya tapi dengan DAP wah siap berpelukan lagi.

 Sder: PAS ni sebuah Gerakan Islam. Tunjang utama Gerakan Islam adalah dakwah. PAS jalankan tanggungjawab dakwah ini kepada semua, samada UMNO, PKR atau DAP. Di mata PAS, UMNO-PKR-DAP ni adalah sama taraf. Ketiga-tiganya menolak Islam sebagai satu cara hidup untuk mentadbir. PAS memujuk-merayu-berpakat-menegah-menggertak-memarahi-bertahalluf-bermusuh, ini semuanya kerana dakwah.

Puan A: Dakwah kamu kata? Sama taraf? Wei bodo, ko ingat aku buta ke? Tengok cara PAS layan UMNO dan bandingkan cara PAS layan DAP. Double Standard! Ptui!
 
Sder: Ya, ini semua dakwah. Dakwah ni ada banyak cara. Dakwah bukan hanya dengan pujuk rayu, lembut, santun, hemah. Tapi dakwah juga boleh beruslubkan keras, menegah, menggertak, melawan, memarahi. Sebenarnya cara PAS melayan UMNO sama sahaja dengan cara PAS melayan DAP. Sejarah PAS dengan UMNO ni dah lama sebenarnya. Dah lama. Saya ringkaskan sejarah dakwah PAS terhadap UMNO seperti berikut:

Pada tahun 1950an, teknik dakwah PAS terhadap UMNO berpendekatan lembut, berkawan, bersahabat, malah ada ramai ahli PAS yang juga merupakan ahli UMNO. Jam 8.00 pagi mesyuarat ulama’ PAS, dan jam 10.00 pagi mesyuarat di dewan yang sama bahagian UMNO.

Pada tahun 1960an pula, teknik dakwah PAS berubah dari lembut kepada keras. PAS keluarkan pendapat yang tegas terhadap UMNO.

Pada tahun 1970an pula, teknik dakwah PAS kembali lembut, malah Pas sertai UMNO untuk dakwah secara lebih dekat lagi.

Pada tahun 1980an teknik dakwah PAS berubah kepada tegas. Amanat Haji Hadi, Peristiwa Memali merupakan beberapa contoh rentetan pendekatan dakwah secara keras ini.

Pada tahun 1990an, semasa era arwah Ustaz Fadzil, teknik dakwah PAS kembali kepada teknik menasihati. Pas bersahabat baik dengan UMNO ditambah pula dengan hubungan baik Arwah Ustaz Fadzil dengan Saudara Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden UMNO pada masa itu.

Pada era tahun-tahun 2000, teknik dakwah PAS kembali kepada pendekatan menasihati secara keras, menyertai Pakatan Rakyat.

Jadi, layanan PAS kepada DAP/PKR adalah sama sepertimana layanan PAS terhadap UMNO. Di peringkat permulaan perkenalan, layanan PAS terhadap UMNO adalah lembut dan bersahabat, sama seperti layanan PAS di peringkat permulaan kepada DAP/PKR.


Puan A, lihat, ini fakta sejarah. Apabila PAS gagal mendakwahi UMNO untuk berubah, salahkah PAS ingin mencuba mendakwahi PKR pula?

PKR ni seolah-olah budak baru yang baru berpindah ke kampong PAS. Sebelum tu, PAS berkawan rapat dengan UMNO. UMNO ni anak orang kaya yang mana cara hidupnya bercampur baur antara Islam dan cara hidup barat. PAS selama bertahun-tahun merapati UMNO untuk menasihatinya agar berubah. UMNO ni, berubah iktu masa. Time nak pilihanraya, dia berubah baik dan kemudian balik kepada asal semula. Tiba-tiba datanglah seorang budak baru ke kampong kita bernama PKR. PAS tak kenal PKR, mungkin dia baik mungkin dia jahat. Tapi PAS terus bersangka baik kerana PAS ni orang dakwah. Dia dakwah siapa sahaja manusia yang mahukan kebenaran. Adilkah UMNO memarahi PAS bila PAS berpaling kepada PKR pula?


Puan A: Tak salah dakwah, tapi kenapa begitu sekali bermusuh dengan UMNO seperti tiada ruang langsung dan ingin meludah pula usaha untuk kembali merapatkan saf bangsa melayu antara PAS dan UMNO.

Sder: Pintu perpaduan sentiasa terbuka, 25 jam sehari. Banyak kali diucapkan oleh Ustaz Hadi sebagai Presiden PAS. PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tak mungkin menolak usaha perpaduan.


Puan A: Kenapa Tok Guru Nik Aziz kamu mahu ludah sesiapa yang berusaha untuk menyatupadukan PAS dan UMNO?

Sder: Kerana usaha perpaduan itu didasarkan diatas ideology kebangsaaan. Tak mungkin Gerakan Islam akan menerima syarat tersebut. Jika Gerakan Islam menerima perpaduan atas dasar ideology kebangsaan, ianya seolah-olah Gerakan Islam menggadaikan kesemua perjuangannya dan melucutkan gelaran “Gerakan Islam” dari dirinya. Perpaduan amat dialu-alukan, tapi mestilah didasarkan di atas asas aqidah, bukan bangsa. Hal ini telah banyak saya ulas di dalam blog saya sebelum ini.

 

……….(bersambung)

The Malay's Dilemma

Dear fellow friends,


I went out with the kids and wife the other day to a shopping mall in the heart of KL. It was weekend and the mall was crowded with people. We drop by to a restaurant afterwards to have our lunch. It was packed with people having their meals and most of them are Malays. They all shows different characters, personalities, standards, images, but they are all Malays. 

I bet, with all their differences in appearances (some of them a bit old fashioned and many of them are clad in modern dresses), 9 out of ten are government servant. The Malays are associated very much with the public services. Maybe the nature of the public suits the psychology of the Malays. The public sector is stable, offers security and less hectic. Now, what is wrong with this fact?

When you view it through one’s personal view, there is nothing wrong with the Malays flocking into the government service. It’s good for them since they have secured a very stable profession as an administrator. But, from the macro perspective in the context of economic development, the fact creates a polemic in socioeconomic planning.

The Malays, due to their profession will earn less than the other ethnic. Financially, their purchasing power will be lesser than the other ethnic. This eventually will marginalise them in terms of economic opportunities, wealth creation, and social status.

The Najib’s administration has a massive challenge to change the perception of the Malays that the government sector is not the only place where they belong. Changing this perception is surely not an easy task. Malays should be taught that being risk averse is un-Islamic and regressive, they need to be educated culturally that being adventurous and imaginative is acceptable in their culture. The polarization of the three main ethnic in the country based on its profession sector is indeed alarming. It reflects the imbalance of wealth distribution and one’s social being.

With this background, the Najib have two main challenges to change the backdrop of the nation’s socioeconomic state. The first challenge is to encourage the Malays to join the private sector and to be exposed to the corporate world. Yes, there are quite a handful of Malays who has succeeded in the private world and many of the young Malays are joining the private sector. It’s good to see that development.

The second challenges and the bigger challenge is to instil the spirit of entrepreneurship within the Malays. The Malays are historically not a trader. They work to live as fishermen, farmers, rubber tappers, and other self-sufficient work. To be involved in any business or trading activities is alien to them. The challenge is to break down the mental block and encourage entrepreneurship.