Tuesday, January 28, 2014

Menguruskan Perbezaan Di Kalangan Gerakan Islam (Dua)


Sahabat,

Hasil dari usaha dakwah orang-orang terdahulu, hubungan diantara Islam dan bangsa Melayu itu tidak dapat dipisahkan. Bangsa Melayu menghadapi pelbagai cobaan, dugaan hasil dari peredaran zaman, namun hubungannya dengan Islam amat cocok dan sudah diterima sebagai budaya bangsa Melayu itu sendiri.

Hasil daripada hubungan akrab Islam-Melayu ini, lahirlah pelbagai Gerakan Islam yang berjuang menyebarkan syiar Islam mengikut wadah-wadah yang berbeza. Antara yang dekat di hati kita – ISMA & JIM di medan social. Perkim & Jamaah Tabligh (teringat ketika keluar 3 hari di Masjid Lama Jitra dulu semasa di kampus) di medan dakwah. PAS dan Hizbur Tahrir di medan politik. ABIM di medan pendidikan. Kesemua organisasi ini merupakan “Gerakan Islam” kerana dasar mereka jelas terhadap Islam.

Disebabkan perbezaan wadah dan lapangan, tentu sekali pendekatan dan keutamaan setiap Gerakan Islam di atas adalah berbeza. ISMA contohnya, meletakkan keutamaan umat di tangga teratas dalam setiap isu tanpa mengira mainan tipu muslihat politik semasa. PAS misalnya pula, disebabkan pengalaman yang luas dalam sepak terajang politik si nasionalis, akan lebih matang mengenalpasti isu. Walau apapun, setiap Gerakan Islam ini (samada PAS, ISMA, JIM, Tabligh, Abim, dan lain-lain) adalah satu pasukan, team yang sama. Jika PAS menang, islam akan menang. Jika ISMA menang, Islam akan menang. Jika ABIM menang, Islam akan menang. Dan setiap Gerakan Islam ini wajib menyokong satu sama lain untuk kemenangan Islam.

Terdapat beberapa isu mutakhir ini yang menyaksikan Gerakan-gerakan Islam ini menuduh sahabat Gerakan Islam lain sebagai “kurang Islam”, seolah-olah mereka berbeza pasukan pula. Hal ini amatlah menyedihkan. Seharusnya, Gerakan-gerakan Islam ini arif akan peranan masing-masing dan jangan menyerang sesama “rakan sepasukan”.  PAS di medan politik tentunya arif mainan politik licik si nasionalis dan “rakan sepasukan yang lain” (Isma baik, Abim baik, Jim baik) seharusnya menjalankan peranan masing-masing. Serangan beberapa rakan Gerakan Islam terhadap PAS dalam isu Kalimah Allah tidak akan menguntungkan Islam, malah akan menguntungkan Parti Nasionalis dalam memenangi persepsi undi. Sepatutnya Gerakan-gerakan Islam ini mengambil pendekatan “saling lengkap melengkapi” antara satu sama lain, bukannya memburukkan lagi keadaan bagi menggapai kemenangan Islam untuk memerintah Negara.

 

Mengapa Politik?

Mengapa perlu berpolitik? Tidak bolehkah Islam itu disebarkan melalui organisasi berstatus NGO seperti ISMA, ABIM, JIM atau Gerakan Tablgh sahaja?

Untuk memahami jawapan kepada soalan di atas, kita kena memahami hakikat Islam dan hakikat system Demokrasi sebagai asas politik negara. Pertamanya Islam itu sebuah cara hidup yang berbentuk peraturan-peraturan kehidupan. “Peraturan-peraturan kehidupan” ini memerlukan kepada satu set garis panduan yang diberi KUASA untuk dilaksanakan. Perlaksanaan garis-garis panduan ini tidaklah boleh dibuat sesuka hati oleh Pak Mail di kampungnya kerana perlaksanaannya perlu selaras dengan peraturan sedia di Negara ini. Perlaksanaan garis-garis panduan ini perlu melalui proses politik dan pentadbiran tertentu agar ia boleh diangkat menjadi undang-undang. Sistem Ekonomi Islam contohnya tidak boleh dilaksana secara berasingan dari system ekonomi sedia ada Negara dengan memperkenalkan matawang dinar contohnya. Oleh itu, Islam memerlukan kuasa untuk mengawal manusia.

Saya berkata begini tidakla pula ingin memperkecilkan usaha dakwah ISMA, JIM, ABIM, dan lain-lain. Cuma politik memberikan ruang dan peluang yang sangat luas untuk Islam dilaksana secara syumul dan menyeluruh. Ya, syabas untuk Isma/Jim/Abim/dan lain-lain, teruskan usaha tapi dalam masa yang sama bantu PAS dalam arena politik. PAS menang bermakna Islam menang, begitu juga jika ISMA menang, bermakna Islam menang. Sama-sama saling lengkap melengkapi antara satu sama lain ibarat satu barisan bersaudara yang utuh.

 

Melihat Segala-galanya dari Dimensi Politik

Saya faham, mungkin ada yang bertanya “Kami faham bahawa Islam perlukan kuasa, tapi mengapa perlu mempolitikkan setiap perkara seolah-olah Islam itu hanya politik semata-mata?” Dalam hal ini, tidak adil jika kita ingin menyalahkan PAS kerana PAS itu sememangnya sebuah Gerakan Politik! Jika mahu PAS melihat sesuatu isu dari dimensi social, maka rasanya lebih elok PAS tidak berpolitik dan menukar status kepada sebuah NGO sahaja. Namun, hakikatnya PAS adalah sebuah Gerakan Politik dan sudah semestinyalah ia melihat dari kacamata politik.

Mungkin ada pula yang bertanya “Kami faham hakikat Pas sebagai sebuah Gerakan Politik, namun tidakkah boleh PAS bersatu hati dengan rakan sebangsa dan seugamanya UMNO dalam isu-isu ugama?” (Saya tersenyum sambil membaca soalan saya sendiri). Dalam menjawab soalan ini, saya sedang membayangkan seorang ayah yang cukup berpengalaman sedang melayan karenah anaknya yang berkata “Mengapa kita tidak boleh ikut keluarga Pak Lang sama-sama bercuti ke Pangkor pada cuti sekolah kali ni?”. Si anak yang masih kecil, masih mentah dalam permainan kehidupan tentunya tidak memahami reality sebenar hidup ini. Si anak hanya tahu bertanya mengapa, mengapa, dan mengapa. Persoalan ini hendaklah dijawab berdasarkan isu dan bukan hanya dipukul rata bagi semua isu. PAS adalah sebuah Gerakan Islam dan tentunya tindak tanduknya perlulah berlandaskan hukum ugama.

Dalam isu Kalimah Allah contohnya, ini merupakan isu ijtihad. Ada ulama’ yang melarang penggunaannya di kalangan non-muslim termasuklah Ustaz Nik Aziz, Ustaz Harussani, Ustaz Harun Taib (allahyarham), Ustaz Harun Din. Ada juga ulama’ yang mengharuskan penggunaannya seperti Ustaz Hadi, Ustaz MAZA, begitu juga dengan Al-Qardawi. Jadi, pendirian PAS yang berkata hukumnya adalah “HARUS namun terpulang pada pemerintah untuk melarangnya untuk menjaga maslahah”, bukanlah bermakna PAS menyokong kafir, cuma berkebetulan tuntutan golongan kafir itu dibenarkan oleh ugama. Mungkin ada isu-isu lain yang pelru dijawab secara berasingan.

Thursday, January 16, 2014

Ilmu


Kita kerap bercakap tentang isu-isu besar untuk menyelesaikan masalah dunia dan menjadikan dunia tempat yang lebih baik untuk umat manusia. Kita bercakap tentang the tapering of quantitative easing, soal climate change, soal sustainable development and green technology, soal krisis kemanusiaan di benua Afrika, soal political turmoil di Mesir, Syria, Thailand, dan to a lesser extent, Myanmar. Jangan dilupa juga soal dialog antara agama yang sangat signifikan dengan keamanan sejagat.

Walaupun kita bercakap tentang perihal permasalahan dunia yang kompleks dan dinamik, kita akhirnya akan berdepan dengan reality permasalahan harian disekeliling kita seperti harga roti di kedai Melah yang dinaikkan 20sen, system pembentungan rumah Cikgu Yusuf yang agaknya tidak berfungsi, dan jambatan ke kampong Pulau Melaka di sebelah yang belum diganti baharu dan hanya boleh diguna satu lorong sahaja.

Hari ini saya ingin menulis tentang peri pentingnya untuk kita berpengetahuan luas dan berfikir secara kritis untuk menyelesaikan permasalahan harian kita. Saya ingin menulis tentang mengetahui dan berpengetahuan sebenarnya ada faedah untuk kita. Rasional untuk saya menegakkan fakta ini adalah kerana terdapat pendapat yang mengatakan bahawa buat apa belajar tentang system ekonomi dunia, berpengatahuan luas tentang isu-isu dunia tapi dalam permasalahan hariannya, kehidupannya sama sahaja dengan si pragmatis yang hanya tahu mengumpul duit. Pendek kata, buat apa belajar sampai ke peringkat PhD sedangkan rakan kita semasa first degree dulu dah kaya raya berniaga Shaklee, tanpa perlu belajar ke peringkat PhD pun.

Revolusi Perindustrian yang bermula di tanah Inggeris sekitar abad ke-17 sebenarnya bermula apabila manusia mula berfikir secara kritis bagaimana hendak menyelesaikan permasalahan harian mereka. Revolusi Perindustrian yang merobah ketamadunan manusia sebenarnya bermula apabila petani-petani Inggeris mula berfikir bagaimana mahu menyuburkan tanah mereka untuk tanaman ubi kentang pada masa itu. Dari situ, satu tamadun baru bermula.

Apa yang saya cuba sampaikan adalah ilmu @ knowledge itu sebenarnya bukan untuk mendapat gaji yang besar, memakai kot Samuelsohn dan sebagainya. Ilmu adalah sebenarnya untuk disumbangkan semula kepada komuniti masyarakat untuk kemakmuran umat manusia, samada dengan hanya berkain pelikat membina jambatan kayu di kampong kita (dengan ilmu kejuruteraannya) atau produk perkilangan mengeluarkan solar panel untuk kelestarian alam sekitar.

Sains dan teknologi adalah untuk kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan umat manusia, bukan untuk menghancurkannya. Kita perlu menghormati ilmu, bukan kerana ilmu tersebut boleh mendatangkan imbuhan wang ringgit tapi kerana ilmu itu sifatnya mendekati kebenaran.

Saya ingin memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak saya untuk menderma kepada kesejahteraan umat manusia, seperti menderma kepada kajian terhadap penyakit kanser dan HIV Aids, tanpa mengira kajian dibuat oleh muslim atau sebaliknya. Atau menderma kepada tabung kemanusiaan untuk membasmi kebuluran di benua Afrika, hatta jika tabung tersebut dianjurkan oleh non-muslim sekalipun.

 

Professional Knowledge


Dear My Blog Followers,

I have acquired quite reasonable amount of experience to really understand how the corporate world works, thanks to my experience with the beaurocrats. We talk a lot on planning and coordinating, streamlining processes, and others. And in the end, when the decision stage looms, it normally ends up with making a subjective decision with qualitative facts.

Here, I have found a very strong need for professional knowledge. Ones need some professional expertise to survive in the corporate world. Yes, she might have superior skills for communication and excellent reasoning skills, but in the end, it is those objectivity reasoning backs with professional techniques that will stands.

In any civilization, it is the technical expertise that really creates value for a society to prosper. And in the hard times, having some professional expertise will surely help our survival, economically. Hence, for those parents having daughters and sons nervously waiting for their SPM results, it is a wise choice to encourage them to continue their studies in a professional field. Managerial capabilities can be acquired later through experience or practical studies through MBA programmes.