Sahabat,
Hasil dari usaha dakwah orang-orang terdahulu, hubungan
diantara Islam dan bangsa Melayu itu tidak dapat dipisahkan. Bangsa Melayu
menghadapi pelbagai cobaan, dugaan hasil dari peredaran zaman, namun
hubungannya dengan Islam amat cocok dan sudah diterima sebagai budaya bangsa
Melayu itu sendiri.
Hasil daripada hubungan akrab Islam-Melayu ini, lahirlah
pelbagai Gerakan Islam yang berjuang menyebarkan syiar Islam mengikut
wadah-wadah yang berbeza. Antara yang dekat di hati kita – ISMA & JIM di
medan social. Perkim & Jamaah Tabligh (teringat ketika keluar 3 hari di
Masjid Lama Jitra dulu semasa di kampus) di medan dakwah. PAS dan Hizbur Tahrir
di medan politik. ABIM di medan pendidikan. Kesemua organisasi ini merupakan
“Gerakan Islam” kerana dasar mereka jelas terhadap Islam.
Disebabkan perbezaan wadah dan lapangan, tentu sekali pendekatan
dan keutamaan setiap Gerakan Islam di atas adalah berbeza. ISMA contohnya,
meletakkan keutamaan umat di tangga teratas dalam setiap isu tanpa mengira
mainan tipu muslihat politik semasa. PAS misalnya pula, disebabkan pengalaman
yang luas dalam sepak terajang politik si nasionalis, akan lebih matang
mengenalpasti isu. Walau apapun, setiap Gerakan Islam ini (samada PAS, ISMA,
JIM, Tabligh, Abim, dan lain-lain) adalah satu pasukan, team yang sama. Jika PAS menang, islam akan menang. Jika ISMA
menang, Islam akan menang. Jika ABIM menang, Islam akan menang. Dan setiap
Gerakan Islam ini wajib menyokong satu sama lain untuk kemenangan Islam.
Terdapat beberapa isu mutakhir ini yang menyaksikan
Gerakan-gerakan Islam ini menuduh sahabat Gerakan Islam lain sebagai “kurang
Islam”, seolah-olah mereka berbeza pasukan pula. Hal ini amatlah menyedihkan.
Seharusnya, Gerakan-gerakan Islam ini arif akan peranan masing-masing dan
jangan menyerang sesama “rakan sepasukan”.
PAS di medan politik tentunya arif mainan politik licik si nasionalis
dan “rakan sepasukan yang lain” (Isma baik, Abim baik, Jim baik) seharusnya
menjalankan peranan masing-masing. Serangan beberapa rakan Gerakan Islam
terhadap PAS dalam isu Kalimah Allah tidak akan menguntungkan Islam, malah akan
menguntungkan Parti Nasionalis dalam memenangi persepsi undi. Sepatutnya
Gerakan-gerakan Islam ini mengambil pendekatan “saling lengkap melengkapi”
antara satu sama lain, bukannya memburukkan lagi keadaan bagi menggapai
kemenangan Islam untuk memerintah Negara.
Mengapa Politik?
Mengapa perlu berpolitik? Tidak bolehkah Islam itu
disebarkan melalui organisasi berstatus NGO seperti ISMA, ABIM, JIM atau
Gerakan Tablgh sahaja?
Untuk memahami jawapan kepada soalan di atas, kita kena
memahami hakikat Islam dan hakikat system Demokrasi sebagai asas politik negara.
Pertamanya Islam itu sebuah cara hidup yang berbentuk peraturan-peraturan
kehidupan. “Peraturan-peraturan kehidupan” ini memerlukan kepada satu set garis
panduan yang diberi KUASA untuk dilaksanakan. Perlaksanaan garis-garis panduan
ini tidaklah boleh dibuat sesuka hati oleh Pak Mail di kampungnya kerana
perlaksanaannya perlu selaras dengan peraturan sedia di Negara ini.
Perlaksanaan garis-garis panduan ini perlu melalui proses politik dan
pentadbiran tertentu agar ia boleh diangkat menjadi undang-undang. Sistem
Ekonomi Islam contohnya tidak boleh dilaksana secara berasingan dari system
ekonomi sedia ada Negara dengan memperkenalkan matawang dinar contohnya. Oleh
itu, Islam memerlukan kuasa untuk mengawal manusia.
Saya berkata begini tidakla pula ingin memperkecilkan usaha
dakwah ISMA, JIM, ABIM, dan lain-lain. Cuma politik memberikan ruang dan
peluang yang sangat luas untuk Islam dilaksana secara syumul dan menyeluruh.
Ya, syabas untuk Isma/Jim/Abim/dan lain-lain, teruskan usaha tapi dalam masa
yang sama bantu PAS dalam arena politik. PAS menang bermakna Islam menang,
begitu juga jika ISMA menang, bermakna Islam menang. Sama-sama saling lengkap
melengkapi antara satu sama lain ibarat satu barisan bersaudara yang utuh.
Melihat
Segala-galanya dari Dimensi Politik
Saya faham, mungkin ada yang bertanya “Kami faham bahawa
Islam perlukan kuasa, tapi mengapa perlu mempolitikkan setiap perkara
seolah-olah Islam itu hanya politik semata-mata?” Dalam hal ini, tidak adil
jika kita ingin menyalahkan PAS kerana PAS itu sememangnya sebuah Gerakan
Politik! Jika mahu PAS melihat sesuatu isu dari dimensi social, maka rasanya lebih
elok PAS tidak berpolitik dan menukar status kepada sebuah NGO sahaja. Namun,
hakikatnya PAS adalah sebuah Gerakan Politik dan sudah semestinyalah ia melihat
dari kacamata politik.
Mungkin ada pula yang bertanya “Kami faham hakikat Pas
sebagai sebuah Gerakan Politik, namun tidakkah boleh PAS bersatu hati dengan
rakan sebangsa dan seugamanya UMNO dalam isu-isu ugama?” (Saya tersenyum sambil
membaca soalan saya sendiri). Dalam menjawab soalan ini, saya sedang
membayangkan seorang ayah yang cukup berpengalaman sedang melayan karenah
anaknya yang berkata “Mengapa kita tidak boleh ikut keluarga Pak Lang sama-sama
bercuti ke Pangkor pada cuti sekolah kali ni?”. Si anak yang masih kecil, masih
mentah dalam permainan kehidupan tentunya tidak memahami reality sebenar hidup
ini. Si anak hanya tahu bertanya mengapa, mengapa, dan mengapa. Persoalan ini
hendaklah dijawab berdasarkan isu dan bukan hanya dipukul rata bagi semua isu.
PAS adalah sebuah Gerakan Islam dan tentunya tindak tanduknya perlulah
berlandaskan hukum ugama.
Dalam isu Kalimah Allah contohnya, ini merupakan isu
ijtihad. Ada ulama’ yang melarang penggunaannya di kalangan non-muslim
termasuklah Ustaz Nik Aziz, Ustaz Harussani, Ustaz Harun Taib (allahyarham),
Ustaz Harun Din. Ada juga ulama’ yang mengharuskan penggunaannya seperti Ustaz
Hadi, Ustaz MAZA, begitu juga dengan Al-Qardawi. Jadi, pendirian PAS yang
berkata hukumnya adalah “HARUS namun terpulang pada pemerintah untuk
melarangnya untuk menjaga maslahah”, bukanlah bermakna PAS menyokong kafir,
cuma berkebetulan tuntutan golongan kafir itu dibenarkan oleh ugama. Mungkin
ada isu-isu lain yang pelru dijawab secara berasingan.
No comments:
Post a Comment