Kita kerap bercakap tentang isu-isu besar untuk
menyelesaikan masalah dunia dan menjadikan dunia tempat yang lebih baik untuk
umat manusia. Kita bercakap tentang the tapering of quantitative easing, soal
climate change, soal sustainable development and green technology, soal krisis
kemanusiaan di benua Afrika, soal political turmoil di Mesir, Syria, Thailand,
dan to a lesser extent, Myanmar. Jangan dilupa juga soal dialog antara agama
yang sangat signifikan dengan keamanan sejagat.
Walaupun kita bercakap tentang perihal permasalahan dunia
yang kompleks dan dinamik, kita akhirnya akan berdepan dengan reality
permasalahan harian disekeliling kita seperti harga roti di kedai Melah yang
dinaikkan 20sen, system pembentungan rumah Cikgu Yusuf yang agaknya tidak
berfungsi, dan jambatan ke kampong Pulau Melaka di sebelah yang belum diganti
baharu dan hanya boleh diguna satu lorong sahaja.
Hari ini saya ingin menulis tentang peri pentingnya untuk
kita berpengetahuan luas dan berfikir secara kritis untuk menyelesaikan
permasalahan harian kita. Saya ingin menulis tentang mengetahui dan
berpengetahuan sebenarnya ada faedah untuk kita. Rasional untuk saya menegakkan
fakta ini adalah kerana terdapat pendapat yang mengatakan bahawa buat apa
belajar tentang system ekonomi dunia, berpengatahuan luas tentang isu-isu dunia
tapi dalam permasalahan hariannya, kehidupannya sama sahaja dengan si pragmatis
yang hanya tahu mengumpul duit. Pendek kata, buat apa belajar sampai ke
peringkat PhD sedangkan rakan kita semasa first degree dulu dah kaya raya
berniaga Shaklee, tanpa perlu belajar ke peringkat PhD pun.
Revolusi Perindustrian yang bermula di tanah Inggeris
sekitar abad ke-17 sebenarnya bermula apabila manusia mula berfikir secara
kritis bagaimana hendak menyelesaikan permasalahan harian mereka. Revolusi
Perindustrian yang merobah ketamadunan manusia sebenarnya bermula apabila
petani-petani Inggeris mula berfikir bagaimana mahu menyuburkan tanah mereka
untuk tanaman ubi kentang pada masa itu. Dari situ, satu tamadun baru bermula.
Apa yang saya cuba sampaikan adalah ilmu @ knowledge itu
sebenarnya bukan untuk mendapat gaji yang besar, memakai kot Samuelsohn dan
sebagainya. Ilmu adalah sebenarnya untuk disumbangkan semula kepada komuniti
masyarakat untuk kemakmuran umat manusia, samada dengan hanya berkain pelikat
membina jambatan kayu di kampong kita (dengan ilmu kejuruteraannya) atau produk
perkilangan mengeluarkan solar panel untuk kelestarian alam sekitar.
Sains dan teknologi adalah untuk kelestarian alam sekitar
dan kesejahteraan umat manusia, bukan untuk menghancurkannya. Kita perlu
menghormati ilmu, bukan kerana ilmu tersebut boleh mendatangkan imbuhan wang
ringgit tapi kerana ilmu itu sifatnya mendekati kebenaran.
Saya ingin memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak
saya untuk menderma kepada kesejahteraan umat manusia, seperti menderma kepada kajian
terhadap penyakit kanser dan HIV Aids, tanpa mengira kajian dibuat oleh muslim
atau sebaliknya. Atau menderma kepada tabung kemanusiaan untuk membasmi kebuluran di benua Afrika, hatta jika tabung tersebut dianjurkan oleh non-muslim sekalipun.
No comments:
Post a Comment