Tuesday, January 18, 2011

Of Muhasabah

Dear My Loyal Readers,

During one's life, I'm sure we have, either knowingly or not, offended the heart of people around us, peaople who we are fond to.

I thought about it last night, before sailing on my dreams. It frighten me if I did hurt the feelings of those people who I love. My Ayah, Ummi, or my siblings. And I thought that, it is not enough to confine ourself in the right path. Indeed, it is not enough. We have to be in the right path and also must make sure , always, to be emphaty of others.

And I thought again, how important "muhasabah" is. To evaluiate and take a time off to look into one's inner self and rate yourself according to God's marking scheme.

I want to be "anak soleh" and I don't want to hurt or offend others, withput me knowing it.

If I did so, in any event, I'm truly sorry indeed.

Wednesday, January 5, 2011

Keterujaan: Lumrah Manusia

Pembaca yang saya kasihi,

Sebagai seorang insan yang lengkap dan sempurna kejadiannya, kita manusia sememangnya terdedah kepada pelbagai jenis perasaan. Kadangkala kita berasa gembira, kadangkala sedih, marah, berbunga-bunga, dan teruja. Ini semua adalah lumrah kejadian kita sebagai seorang manusia. Kepelbagaian perasaan ini juga menggambarkan betapa lemahnya kita sebagai manusia yang tertakluk kepada perasaan sendiri, dan tidak dapat menguasai diri untuk mengekalkan perasaan yang sedia ada. Berubah bermakna lemah. Ini berbeza dengan sifat Allah sebagai Tuhan yang tidak berubah dan tidak dipengaruhi. Maha kuasa Alah, Tuhan yang menjadikan sder. Memang patutlah dia bergelar Tuhan.

Kita biasa teruja di dalam hidup ini. Saya masih ingat lagi merasa begitu teruja apabila mendapat keputusan SPM yang membanggakan. Juga merasa teruja apabila pertama kali menjejakkan kaki ke menara gading. Saya juga masih ingat bila kali pertama keluar "dating" dengan teman wanita saya (sekarang isteri), perasaan yang sangat berbunga-bunga, sampai rasa nak terjun sungai...hahahaha. Perasaan teruja juga hadir semasa pertama kali bergelar suami (pertama kali? Takkan ada kedua kali kot?) dan mendapat cahaya mata. Perasaan teruja juga hadir apabila pertama kali membeli kereta baru, rumah baru. Rasa diri hebat dan berkuasa.

Perasaan teruja perlu diimbangi dengan perasaan qana'ah dalam diri. Sentiasa mendidik diri agar senantiasa bersyukur kepada Allah dengan apa yang kita ada dan berasa cukup dengan apa yang ada. Sentiasa mengingatkan diri bahawa kesemua yang kita ada hanyalah pinjaman dari Tuhan dan bukannya milik mutlak diri. Kesimpulannya, diri ini sebenarnya tidak berkuasa apa-apa. Hanya ego sahaja.

Ini penting. Jika sifat "teruja" tidak dibendung, manusia tersebut akan berasa gembira semahu-mahunya, tanpa sekatan dan ini akan menyuburkan perasaan takabbur dalam diri, perasaan berkuasa melakukan apa sahaja yang dimahukan. "Taqwa" adalah bekal terbaik untuk mengimbangi perasaan "teruja" yang keterlaluan tadi. Taqwa bermaksud berhati-hati setiap masa. Maknanya, setiap muslim hendaklah sentiasa berada dalam keadaan berhati-hati dan berwaspada setiap minit dan saat agar tidak terjerumus dalam dosa. Sentiasa mengawal diri akan mengikut acuan agama dan tidak lari daripadanya dalam keadaan apa jua. Itulah taqwa.