Monday, October 17, 2011

Kegagalan Sistem Sosial Tajaan Fahaman Nasionalisme Kebangsaan

Saudara-saudara semua,

Baru-baru ini saya berpeluang menekuni slot siaran "Cerekarama" yang disiarkan di TV3 (ya, sder juga melihat cerekama).

Secara ringkasnya, ia mengisahkan tentang dua orang perempuan yang dipenjarakan atas kesalahan yang tidak mereka lakukan. Apa yang menarik minat saya adalah salah seorang dari mereka adalah berasal dari kampung dan dididik dengan ilmu agama dan adab timur sopan yang sempurna oleh ibundanya tersayang. Afaknya kehidupan mereka di kampung setakat "ala kadar" sahaja dan mereka bukanlah orang senang. Setelah meningkat dewasa, gadis tersebut berhijrah ke Kuala Lumpur mencari rezeki. dipendekkan cerita, si gadis tadi, muak dengan hidup susah lalu terpesona dengan kemewahan dan kesenangan lalu terjebak dengan pekerjaan menipu dan menggoda jutawan-jutawan di Kuala Lumpur sehingga sanggup menyerahkan tubuh beliau untuk mendapatkan kesenangan. Beliau bukanlah seorang yang jahat dari sudut personalitinya, niat beliau hanyalah untuk "merasa senang" dan memberi sedikit kemewahan kepada ibunda tercinta di kampung.

Saya yakin, fenomena sebegini adalah berdasarkan realiti semasa yang banyak terjadi kepada kita semua, terutamanya anak-anak muda yang mula bekerja di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Kita lihat anak-anak gadis dari Kelantan berseluar jeans ketat, bertshirt lengan pendek tight sedang "hang out" bersama teman-teman sosial di Mid-Valley, OU, atau Sunway Pyramid. Namun, apabila tiba masa pulang ke kampung di Kelantan, mereka menukar penampilan diri dengan bertudung dan berbaju kurung sopan. Ini fenomena biasa.

Apa yang ingin saya tekankan adalah mengapa fenomena sebegini terjadi? Mengapa anak gadis tersebut yang dulunya tak pernah tinggalkan tudung, tak pernah culas mengaji, tak pernah diajar berlebih kurang dengan akhlak semasa di kampung, berubah serta merta bila hidup sendirian di Kuala Lumpur? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kegagalan Sistem Sosial tajaan Fahaman Nasionalisme Kebangsaan sedia ada. Sistem sosial sedia ada telah gagal menjaga anak gadis tersebut.

Di sini, di mana signifikannya Sistem Sosial tajaan Islam di dalam sesebuah Negara Islam? Adakah Sistem Sosial Negara Islam akan mampu menjaga iman dan taqwa si anak gadis tersebut setelah beliau berhijrah ke Kuala Lumpur? Jawapannya Ya, Islam mampu menjaga beliau.

Mari kita lihat apa akan terjadi kepada anak gadis tersebut di bawah Sistem Sosial tajaan Fahaman Nasionalisme Kebangsaan. Anak gadis tersebut berhijrah ke Kuala Lumpur pada umur 22 tahun seorang diri dan mula mendapat pekerjaan sebagai "Sales Executive" dengan gaji tetap sebanyak RM1,500 sebulan. Bila tiba di K.L, beliau perlu menyewa rumah dengan sewaan RM 300 sebilik. Perlu pula membeli kereta untuk bertugas dengan bayaran bulanan sebanyak RM 550 secara riba. Perlu pula membelanjakan pelbagai lagi item secara riba di bawah sistem ekonomi kapitalis yang sangat mencekik. Tinggallah gaji beliau RM 500 untuk makan dan belanja lain. Di saat duit belanja yang mencekik tadi, beliau dibudayakan dengan sistem nilai yang meletakkan duit mengatasi segala-galanya oleh masyarakat sekeliling. Beliau juga digoda oleh Sistem Hiburan sedia ada dan Sistem Pendidikan yang diterimanya di Kuala Lumpur telah gagal meletakkan Islam sebagai keutamaan hidup. Akhirnya, tanpa Sistem Perundangan untuk menjaga imannya, gadis tersebut boleh bila-bila masa, jika jiwanya lemah, terpedaya dengan tipu daya dunia metropolitan Kuala Lumpur.

Di sesebuah Negara islam, apabila anak gadis tadi berhijrah ke Kuala Lumpur dari Tanah Merah, Kelantan contohnya, Sistem Nilai negara Islam tidak meletakkan wang ringgit sebagai sesuatu yang "mesti dimiliki walau dengan apa cara sekalipun". Sistem hiburan (program T.V, pertemuan sosial, konsert hiburan, dan lain-lain) pula dikawal agar tidak merajakan syahwat, seterusnya Sistem Pendidikan akan membentuk pemahaman dan persepsi beliau terhadap keutamaan ugama. Dan akhirnya, Sistem Perundangan Islam (Hudud) akan menjadi bentang terakhir menjaga keselamatan iman dan taqwa anak gadis tersebut. Pendek kata, kesemua sistem-sistem hidup Islam akan secara kolektif menjaga kesejahteraan dan keselamatan anak gadis tersebut, baik keselamatan dari sudut menjaga iman atau keselamatan dari sudut fizikal.

Di Negara Islam, kita tidak akan berasa risau melepaskan anak gadis kita untuk bekerja samada di bandar besar Kuala Lumpur ataupun di ceruk Kampung Semeling, Sungai Petani, Kedah kerana kita yakin Sistem Sosial Islam akan menjaga anak kita nanti.

Wednesday, October 5, 2011

Steve Jobs (1955 - 2011)

Dear My Avid Blog Readers,

I was saddened to learn the news of the demise of Mr. Steve Jobs, one of the great innovators ever lived in our modern era. He died on Wednesday, 5 October 2011 of a rare form of Pancreatic Cancer.

He was the man who transformed the computing industry, miniturizing it from desktop/laptop form to pocket-sized multiple-used gadget through his invention, the IPods, IPads, and IPhones. has was arguably, one of the greats who accelerate communication technological advancement in our era.

The genuises of Steve will be always remembers and appreciated. And I pray to God that one day, we will find a cure for Cancer for the benefits of mankind, InsyaAllah.