Teman-teman saya semuanya,
Pada tahun-tahun 1950an hingga 2000an, permainan politik di
kalangan parti-parti di Malaysia adalah berasaskan kaum. Dan parti-parti yang ditubuhkan jusga
berasaskan kaum. Isu-isu yang membawa kemenangan kepada parti yang menang
adalah yang menyentuh sensitivity kaum. “Race-based politics” – kata orang
putih.
Era millennium baru, atau lebih tepat lagi selepas PRU ke-12
pada tahun 2008 telah melihatkan perubahan sikap rakyat Malaysia merentasi kaum
etnik. Perubahan sikap dan watak bangsa Malaysia (terutamanya melayu, cina,
india) adalah mereka semakin menjauhi “race-based politics” ini. Rakyat
Malaysia, terutamanya golongan muda tidak lagi selesa berkata “undilah parti
kami kerana kamu melayu, kami parti melayu”. Rakyat Malaysia, terutamanya
golongan muda, semakin “matang” berpolitik dengan menjauhi politik berasaskan
ras tau etnik. Kini, modal politik golongan “anak Malaysia baru” (mereka yang
lahir pada era 1990an) adalah isu-isu yang bersifat “nilai sejagat”, virtue,
dan sebagainya. Antara yang popular adalah isu-isu seperti keadilan social,
wealth distribution, corruption, integrity, ketelusan dan sebagainya.
Dan secara kebetulan, isu-isu “nilai sejagat” ini bertepatan
dengan ajaran Islam. Maka, PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tidak kekok dan
amat serasi sekali memperjuangkan isu-isu sebegini, kerana sememangnya isnya
juga adalah isu-isu yang diperjuangkan oleh Islam, ideology anutan PAS. PAS
tiada masalah berpakat dengan DAP dan PKR kerana isu-isu yang diperjuangkan
adalah sama. Namun, sudah tentu PKR dan DAP tidak memperjuangkan isu-isu “nilai
sejagat” ini kerana Islam. Mereka memperjuangkan isu-isu ini kerana factor kesedaran
akan hak asasi manusia sebagai warga Malaysia, itu sahaja dan tiada kaitan
dengan ugama. Ramai sekali golongan muda mudi terpelajar berbangsa melayu yang
terpengaruh dengan perjuangan sebegini. Ya, adalah tidak pelik mereka yang
terpelajar ini terpengaruh dengan perjuangan sebegini kerana sememangnya ianya
selari dengan fitrah semulajadi manusia yang sentiasa cintakan kebebasan,
keadilan, ketelusan, dan sebagainya sebegaimana yang pernah terjadi dalam
Gerakan Revolusi Perancis dulu. Tapi, barang diingat, kebersamaan golongan muda
dalam perjuangan ini adalah bukan kerana Islam, tapi kerana ilmu mereka. Ilmu,
sifatnya adalah membawa kepada cahaya kebenaran. Dan cahaya kebenaran itu
adalah akan sentiasa selari dengan Islam.
Oleh sebab PAS menajdi sebahagian dari PR, maka PAS sentiasa
diterima oleh golongan muda terpelajar dari PKR dan DAP ini sebagai sahabat,
diterima, dihormati dan di senangi, hanya kerana PAS adalah “rakan politik”
mereka.
Adik kakak yang saya hormati semuanya,
Jadi, apakah cabaran yang akan dihadapi oleh PAS selepas ini
sebagai sebuah Gerakan Islam? Cabaran PAS selepas ini adalah memimpin dan
mentarbiyahkan dan mendidik golongan-golongan muda terpelajar yang enlighten
ini bahawa kesemua nilai-nilai murni yang mereka perjuangkan itu (ketelusan,
keadilan, keseimbangan pembahagian kekayaan, dll) adalah bukan kerana hak
asasi, tapi kerana Islam. Islamlah yang menaungi nilai-nilai sejagat tadi,
bukan hak asasi manusia. Dengan kata lain, cabaran bagi PAS seterusnya adalah
mengaut semula umat yang telah tersesat tadi, kembali semula kepada Islam.
Tugas ini bukan mudah. Sudah tentu tugas ini akan ditentang
oleh golongan muda terpelajar tadi. Mereka ini, kebanyakannya adalah terdidik
dalam budaya sekularis yang sudah selesa menerima Islam hanya sebagai Sistem
ibadah. Mereka ini sudah terbiasa dengan memisah-misahkan ugama. Mereka juga
menentang Sistem Perundangan Islam, sebagaimana UMNO. Sama sahaja. Besar kan
cabaran yang dihadapi oleh Gerakan Islam? Dahla musuh nyata (UMNO) akan
sememangnya selalu menentang, malah, rakan sebantal (DAP dan PKR) juga
menentang. Nak dakwah UMNO lagi, dan pada masa yang sama, nak didik PKR dan
DAP. Ya Allah, sukarnya. Cabaran kiri dan kanan, lawan dan kawan.
Jadi, sahabat-sahabat saya, bantulah PAS dalam usaha murni
ini. Berilah bantuan setakat yang kita mampu. Tak mampu join kerja-kerja parti,
bantulah dari segi kewangan. Jika mampu, curahlah bantuan dari segi kepakaran,
ilmu dan tenaga. InsyaAllah, ada pahala.
No comments:
Post a Comment