Monday, August 19, 2013

Ada Apa Dengan Negara Islam (Satu)


Sahabt handai yang saya sayangi semuanya,
Semasa saya kecil, saya berasakan saya telah banyak belajar tentang Islam, ugama saya. Ayah saya menyekolahkan saya di sebuah sekolah arab yang tersohor di Kelantan. Saya berasa sangat bertuah kerana dapat belajar tentang ugama pada ketika itu.

Saya belajar tentang An-Nazofah, tentang bab-bab solat, bab-bab bersuci, dan banyak lagi perihal yang rumit-rumit dalam persoalan fekah. Saya pula ditempatkan di kelas Pertama, dan para pelajarnya teramat proaktif dan mereka selalu bertanyakan soalan-soalan “what if” dalam bab fikah harian. Katakan Ustaz kami berkata hokum sesuatu perkara itu haram, lantas mereka akan selalu menyampuk “Ustaz, tapi kalau begini pula apa hukumnya?”…pening ustaz kami, hehe.

Di samping pelajaran feqah, saya juga belajar tentang bab akhlaq dan tasauf Islam. Saya belajar tentang qanaah, tentang husnuzZon, tentang  sifat taqwa, dan pelbagai sifat-sifat islami yang lain. Di samping itu, ada pula subjek Mahfuzat di mana kami dipaksa menghafaz syair-syair tentang akhlaq mulia.

Selain itu, saya juga belajar subjek “Tarikh Islam” iaitu sejarah Islam. Walaupun tak sempat mendalami ke peringkat Seerah, tapi subjek Tarikh Islam merupakan salah satu subjek kegemaran saya di sekolah.

Pada ketika saya di peringkat SPM, saya berasakan saya sudah banyak tahu mengenai hal ehwal selok belok ugama. Persoalan feqah, tasauf, sirah, tafsir, hafazan, saya OK. Pendek kata, ilmu ugama yang ada pada diri saya ketika itu, saya anggap sudah “kemas”.

Apabila saya habis belajar di peringkat tertiary, saya belajar suatu perkara yang menakjubkan tentang ugama saya. Ketika itu, saya diperkenalkan dengan istilah “syumul” dalam Islam.  Pada ketika inilah barulah saya sedar betapa kerdilnya ilmu saya dalam bidang ugama. Islam itu rupa-rupanya lebih luas dari persoalan feqah, tasauf, ilmu nahu, dan seumpamanya. Saya begitu takjub mempelajari bagaimana Islam itu mengatur masyarakat.

Pendek kata, di samping Islam itu merupakan ilmu hal ehwal “membentuk hati di peringkat individu” atau Sistem Ibadah (sepertimana Kristien), ia juga merupakan satu system yang mengatur kehidupan harian masyarakat (samada muslim mahupun non-muslim) menuju kesejahteraan dunia. Maka, di posting ini, saya akan cuba menulis tentang bagaimana Islam mengatur masyarakat.

Teman-teman yang saya kasihi,

Pertama-tamanya kita kena faham bahawa Islam itu bukanlah sebuah ugama yanghanya semata-mata bersifat individuality, sepertimana Kristien. Dalam agama Kristien, setiap penganutnya menerima Kristien untuk hati masing-masing. Mereka perlu menjaga hati mereka dari sifat buruk dan tercela. Soal pengurusan kelompok manusia atau masyarakat tiada kaitan dengan Kristien. Sebaliknya bagi Islam, di smamping menjaga soal hati di peringkat individu, Islam juga menjaga soal masyarakat. Malah terdapat banyak perkara penekanan perihal bermasyarakat ini ditekankan. Kalau nak bermusafir, kena berjamaah., perihal imam solat, prinsip jiran, hubungan suami isteri – semuanya ini menunjukkan bahawa Islam cakna dan sangat mengambil berat urusan jamaah. Bagi Islam, bukan Islam jika kamu bersifat wara’ seorang diri dan lari di hujung gunung dan beribadat sorang-sorang. Islam itu cakna, diturunkan secara sejarahnya ditengah-tengah pusat Bandar (bukan di pergunungan sunyi). Islam itu kelompok sifatnya, bersekali.

Sahabat-sahabat sekalian,

Sesungguhnya dalam sejarah peradaban manusia tanpa ugama, manusia hidup secara “trial and error”. Di tamadun manusia moden, manusia kebingungan bagaimana seharusnya msayarakat itu diatur agar mewujudkan “order” atau keteraturan dalam masyarakat. Semasa manusia dalam zaman gelap, manusia hidup umpama binatang. Di tanah melayu, manusia menculik isteri jiran, membunuh tanpa dikesan, dan sebagainya. Di tanah besar eropah, manusia hidup ibarat binatang dengan memakan bangkai, berpakaian separuh bogel, dan memperhambakan manusia. Di tanah arab, manusia merogol, membunuh, merompak, membunuh anak perempuan tanpa sifat peri kemanusiaan. Manusia di zaman gelap telah banyak menderita. Lantas, untuk mewujudkan satu norma masyarakat yang teratur, manusia mula bereksperimen.

Mula-mula manusia cuba dengan system hidup secara feudalisme. Setelah gagal, manusia cuba pula berkesperiman dengan komunisme. Setelah komunism juga gagal, manusia cuba pula system demokrasi dari segi urustadbir negaranya. Dunia seakan-akan sudah menemui system hidup idamannya, sehinggalah kurun ke-21. Kurun ke-21 mendedahkan betapa beberapa system hidup manusia yang digunapakai sehingga kini mula menampakkan kelemahannya.

Pada system demokrasi, barat yang merupakan pelopor system ini sendiri mula mencabuli system ciptaan mereka sendiri. Di Mesir, setelah Gerakan Islam menang dan memerintah secara sah melalui system demokrasi, barat (dan nasionalis) berkata “majority tidak semestinya baik untuk masa depan sesebuah Negara” (if that does not qualify to be ranked as the highest level of hypocracy, I don’t know what else does). Di sudut pengurusan ekonomi pula, manusia seakana-akan telahpun menemui system ekonomi di mana manusia boleh mengharapkan untuk menjaga kesejahteraan hidup manusia. Sistem ekonomi ciptaan manusia itu dinamakan system kapitalisme. Sehingga kurun ke -20, manusia hidup dengan penuh aman damai dengan kapitalisme. Kapitalisme telah membawa kemajuan kepada tamadun hidup manusia. Dengan kapitalismelah, Revolusi Perindustrian tercetus. Dengan kapitalisme jugalah perdagangan dunia bertambah bertriliion dollar setiap tahun. Namun, abad ke-21 mula mendedahkan kelemahan system ekonomi ini. Satu demi satu kelemahan system ini terpancar. Ya, sifat greed manusia boleh menjana kemajuan, tapi sifat greed itu jugalah boleh membawa kemusnahan kepada umat manusia sejagat. Barang diingat, walau capitalism menemui Revolusi Eropah, fahaman ini jugalah yang mewujudkan beratus juta manusia yang mati kebuluruan di benua afrika setiap tahun. Apabila ahli ekonomi agung, Adam Smith mwenemui fenomena “tangan ajaib”, little did he knows yang tangan ajaib itulah juga yang mampu membawa kemusnahan kepada umat manusia. Nah, pada 2008, dunia dikejutkan dengan kegagalan kapitalisme. Krisis kewangan di sub-sector real estate di Amerika Syarikat yang pada mulanya menjangkiti sector perbankan kemudiannya telah merebak ke seluruh sector ekonomi dan membawa kegagalan kesleuruhan system ekonomi kapitalisme. Setelah krisis ini, beberapa pemikir ekonomi dunia telah menulis beberapa buku mengkritik kepitalisme dan demokrasi. Malah, terdapat satu buku yang berjudul “The End of Capitalism” ditulis oleh seorang pemikir. Kamu gagal wahai kapitalisme.

Di Malaysia pula, seorang ahli politik Gerakan Nasionalisme Kebangsaan yang juga merupakan seorang pemikir, Dato’ Saifuddin menulis satu makalah kononnya mencadangkan beberapa langkah bagi memperbaiki system demokrasi yang diamalkan oleh pemerintah. Beliau mencadangkan antara lain, idea berkenaan integrity, kebebasan, dan inclusiveness yang perlu diberi perhatian oleh pemerintah, iaitu partinya. Saya cukup hairan dengan beliau. Tersangat hairan. Mengapa beliau tidak melihat kepada Islam sebagai pengganti system yang cacat sedia ada itu?  Mungkin agaknya beliau menyangka “Hey jangan layan saya seperti saya ini orang kafir, sder! Saya adalah muslim seperti kamu, saya mengucap, saya solat, dan sehingga ke hari ini, saya dah 4 kali naik Haji as compared to you! Ini tiada kaitan dengan Islam, ini tiada kaitan dengan aqidah! Kami telahpun Islam for god sake! Ini hanyalah berkaitan dengan soal governance yang tiada kaitan dengan Islam. Ini hanyalah soal pengurusan, bagaimana mahu diuruskan demokrasi, tiada kaitan dengan aqidah, syahadah, solat atau Haji! Stop it Sder!” Mungkin begitulah agaknya bentak Y. Bhg. Dato Saifuddin jika beliau membaca artikel saya ini.

Sebenarnya, Islam mempunyai segala kaitan dengan cara bagaimana “mahu diuruskan demokrasi “ itu. Soal integrity bukan soal baru di dalam Islam. Soal transparency juga bukan soal baru di dalam Islam. Soal kebebasan bersuara bukan soal baru di dalam Islam. Soal the rule of law bukan soal baru di dalam Islam. Isu governance yang dicadangkan oleh Y. Bhg. Dato’ Saifuddin sebenarnya sudah diceritakan oleh Islam 1400 tahun yang lampau. Dah lama. Tapi Y. Bhg. Dato’ Saifuddin enggan menamakan Islam sebagai sumber cadangan beliau. Beliau memberikan cadangan tersebut seolah-olah idea berkenaan datang dari diri beliau sendiri tanpa ada kaitan dengan Islam. Malang sekali.

Contoh lain. Sistem Sosial tajaan ideology nasionalisme kebangsaan kini menghadapi satu keadaan yang membimbangkan. Jika dulu, system social menurut acuan ideology nasionalisme kebangsaan ini Berjaya menghasilkan sebuaH masyarakat yang aman damai sejahtera di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia, kini, system social berkenaan telah menampakkan kelemahan yang sangat ketara. Bunuh dengan menembak, ragut, gejala social, serta banyak lagi gejala negative melanda masyarakat. Beli sahaja akhbar Harian Metro, anda akan ketahui maksud saya. Polemik bunuh membunuh dengan mengupah pembunuh upahan menjadi trend masakini. Saya sangat hairan, mengapa pemimpin gerakan ansionalisme kebangsaan tidak melihat kepada Islam (Hudud) sebagai penyelesaian. Berilah Islam satu peluang untuk selesaikan masalah ini, saya berani jamin, Islam akan mampu selesaikannya tanpa sedikitpun keraguan.

Lantas barangkali ada yang bertanya, bagaimanakah Islam mahu selesaikan segala masalah yang dihadapi oleh Negara kini? Jika kita amati, masalah yang dihadapi oleh Negara kini berkait rapat antara stau system hidup dengan satu system hidup yang lain. Masyarakat membunuh kerana mereka tidak berpuas hati/geram/dendam terhadap saudara mereka. Mereka berdendam kerana masalah kewangan (ditipu atau sebagainya). Mereka punyai polemic kewangan kerana system ekonomi sedia ada tidak mampu memberilkan yang secukupnya buat mereka. Dan kejadian bunuh membunuh ini berterusan kerana tiada system perundangan yang tegas untuk menghentikannya. Dan kejadian bunuh membunuh ini juga berlaku kerana system social sedia ada tidak mampu mengekang si pembunuh yang mampu hidup secara berkeseorangan (Sistem social Islam tidak akan membenarkan manusia hidup berkeseorangan). Dan pembunuh upahan itu sanggup membunuh kerana beliau tidak dididik oleh system pendidikan yang berupaya menmbentuk dirinya menjadi insan yang soleh. Nampak tak? Kejadian bunuh membunuh berlaku bukan kerana polis tak cekap, tapi kerana system hidup tajaan ansionalisme kebangsaan itu adalah satu system yang gagal. Sistem ekonominya lemah menyebabkan ramai rakyat kelaparan. Sistem perundangan lemaha menyebabkan bunuh terus menerus berlaku. Sistem pendidikannya tidak berkesan menyebabkan anak-anak tidak takut berbuat dosa. Sistem sosialnya tersasar apabila meletakkan nilai di atas material dan bukan spiritual. Hasilnya tentulah rosak dan punah ranah!

Manakala Islam pula tampil dengan system hidupnya sendiri yang bersifat adil, inklusif, sederhana, tapi pada masa yang sama menggalakkan kreativiti dan inovasi. Syarat yang diletakkan Islam adalah system hidup acuannya hendaklah dilaksanakan secara kaafffah, iaitu syumul atau menyeluruh atau komprehensif. Sistem hidup islam tadi, jika hanya diamalkan secara selektif, maka ianya tidak akan berkesan mengatasi masalah manusia. Ianya hendaklah diamalkan secara menyeluruh.

Selepas ini saya akan menulis secara spesifik pula setiap system hidup Islam menyelsaikan masalah manusia.

6 comments:

  1. disini saya nak menegur. Pembunuh dan ahli gengster kebanyakannya bukan orang Islam.

    Gejala membunuh sudah ada hukuman yg setimpal, hukum bunuh sampai mati. Cuma tiada diyat diperuntukkan. Rasanya tiada hukuman yg lebih berat dari hukum bunuh di dunia ini.

    Apakah di dunia arab tiada berlaku pembunuhan? Di Mesir, yg ada peruntukkan Hudud, masih berlaku pembunuhan dgn skala besar. Bagaimana Hudud menangani pembunuhan? Cuba terangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masyarakat sivil di Tanah Ingreris merangka undang-undang sivil berdasarkan try and error dan precedent cases. Ya, mereka juga merasakan bahawa hukuman bunuh merupakan hukuman yang paling teruk.

      Tidakkah Allah lebih mengetahui apakah hukuman setimpal bagi manusia untuk kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan? Atau Bangsa Inggeris lebih mengetahui hukuman manakah yang lebih adil bagi manusia? Saudara, ini bukan persoalan retorika, ini adalah persoalan yang sangat praktikal.

      Delete
    2. persoalan praktikalnya, bagaimana hukuman bunuh utk pembunuh sedia ada bercanggah dengan Islam?

      Delete
    3. Shahnan,

      Ingat tak empat syarat yang digariskan oleh Syed Qutb?

      1. Ianya hendaklah syumul (Tak boleh separuh-separuh)
      2. Ianya hendaklah Perdana/Mainstream (tak boleh hanya hadir sebagai sistem alternatif)
      3. Ianya hendaklah Islam disudut fizikalnya.
      4. Ianya hendaklah Islam disudut rohnya (didasari oleh desakan iman, bukan politik atau ekonomi)

      Saya berminat dengan syarat ke-4 yang digariskan oleh Syed Qutb. Persoalannya, mengapa As-Syahid meletakkan syarat ini? Tak bolehkah sistem Islam itu dilaksanakan tanpa didasari oleh tuntutan iman dan aqidah?

      Jawapannya, jika semua sistem perundangan yang seakan sama dengan Islam boleh dilabelkan sebagai Sistem Islam, maka banyaklah Negara Islam di dunia ini.

      Rusia, sebuah negara komunis juga mempunyai hukuman mati. Bolehkah kita kata Rusia sebuah Negara Islam?

      negara China juga menembak mati perasuah sebagai hukuman. Adakah sistem tersebut boleh dilabelkan sebagai sistem perundangan Islam?

      Tak boleh! Kerana syaratnya hendaklah ianya dilaksanakan atas desakan iman dan aqidah.

      Delete
  2. Saya juga perlu menegur, firman pertama turunnya dlm gua di gunung. Oleh itu mulakan dgn diri, baru boleh berdakwah.

    Yang diutamakan dlm ukhwah Islam bukan hanya bermasyarakat tetapi ummah yg bersatu. Berjamaah bukan berpecahbelah. Kegagalan umat Islam bersatu membolehkan kafirun melagakan dan membawa kpd pembunuhan antara muslimin, disebabkan perbezaan ideologi, pemahaman, tafsir dan matlamat.

    Mulakan dgn bersatu dibawah rukun dan taqwa Islam, barulah boleh bergerak dgn langkah sekata. Jauhkan perpecahan dibawah polemik yg mana lebih Islam atau mengata perkara yg diluar batas sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila baca posting saya bertajuk "Perpaduan Melayu". Jawapan balas kepada komen tuan ada di situ.

      Delete