Thursday, August 29, 2013

Ada Apa Dengan Nasionalisme Kebangsaan?

Sahabat handai yang saya kasihi sekalian,

Perbahasan tentang hokum memperjuangkan Nasionalisme Kebangsaan nampaknya terus menerus dibincangkan oleh masyarakat terbanyak dunia maya.

Pendapat yang menyokong idelogi ini adalah semangat nasionalisme adalah sunnah Rasul. Rasul sangat menyintai tanah Makkah dan rasul s.a.w juga sangat sangat menyintai bangsa Quraisy. Hadis-hadis mengenai kecintaan Rasulullah ini diambil dan dijadikan hujjah bagi mewajarkan penubuhan pemerintah-pemerintah berasaskan bangsa di Negara-negara umat Islam, termasuk Malaysia.

Pendapat yang menentang pula berpendapat, kecintaan terhadap tanah air dan bangsa bukanlah hujjah untuk berlaku zalim dalam pemerintahan. Apabila manusia menerima perjuangan bangsa sebagai satu perjuangan yang legal di sudut pemerintahan, itu bermakna manusia mempunyai hokum lain selain dari Islam. Manusia mula mendiskriminasi manusia yang lain berasaskan ras dan etnik. Ini semua adalah zalim.

Saudara-saudara sahabat handai dan rakan taulan,

Masa saya kecik-kecik dulu di sekolah Maahad Muhammadi LilBanin, saya dipaksa menghafaz satu syair bertajuk “Hubbul Watan”. Syair tersebut mengisahkan tentang kecintaan seorang manusia terhadap tanah airnya. Sesungguhnya sifat menyintai tanah air atau bangsa sendiri merupakan sifat fitrah manusia. Setiap manusia pasti mempunyai rasa cinta terhadap tanah air dan bangsa sendiri. Ah Chong, tak perlu dipaksa atau diajar, pas mempunyai rasa cinta terhadap bangsa tionghua. Muthu, secara fitrah semulajadi, pasti mempunyai rasa cinta terhadap Negara India dan bangsa India. Begitu juga Basri, secara semmujaladi, pasti akan menyintai bangsa Melayu. Itu adalah fitrah.

Namun, perasaan fitrah ini tidaklah pula boleh dijadkan alasan untuk  memperjuangkan bangsa itu.

Secara ringkasnya, saya nukilkan pemikiran saya mengenai semangat kebangsaan ini seperti berikut:

1.       Islam mengiktiraf perasaan cintakan tanah air sebagai perasaan fitra smelajadi manusia sebagai perasaan fitrah manusia cintakan wanita, harta dan anak pinak.

2.       Islam tidak menghalang perasaan kecintaan terhadap tanah air dan bangsa ini malah perasaan ini adalah sunnah Rasul dan diberi pahala jika kita juga bersikap demikian.

3.       Namun, perasaan cinta terhadap bangsa ini tidak pernah diperjuangkan oleh Rasul. Rasul menyintai bangsa Quraisy, namun baginda s.a.w tak pernah memperjuangkan bangsa Quraisy. Apa yang Rasul perjuangkan adalah Islam, tak kira Quraisy, Melayu, Jawa, Badwi, Orang putih, Orang India, etc.

4.       Perasaan cinta bangsa ini hanya kekal di dalam hati Rasulullah dan tidak pernah pula diinstitusikan dalam bentuk bernegara. Negara asasnya Ugama, bukan bangsa. Buktinya, jika diberi pilihan antara dua orang manusia untuk diberi amanah, Rasul akan memilih yang lebih taqwa, bukan yang lebih Quraisy. Taqwa neraca, bukan Quraisy. Jadi perasaan cinta bangsa ini hanya kekal di dalam hati sebagai salah satu perasaan fitrah manusia, bukan untuk dikeluarkan dari hati dan dijadikan polisi pemerintahan.

Mengapa Semangat Kebangsaan Menyalahi Islam?

Semangat Kebangsaan menyalahi Islam kerana dua sebab:

1.       Memperjuangkan bangsa (bukan menyintai, tapi memperjuangkan) tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w

2.       Kebangsaan yang diinstitusikan sebagai sebuah badan dalam bentuk parti cenderung untuk menerima sekularisme sebagai dasar pemerintahan.

 Sebab Pertama

Sebenarnya, tiada salahnya menyintai bangsa, malah Islam menggalakkan kita menyintai bangsa kita. Malah, kita beroleh pahala jika kita menyintai bangsa kita. Menyintai bangsa termasuk di dalam adab yang baik di dalam Islam.

Namun, perasaan cintakan bangsa Quraisy tidak pula dijadikan dasar perjuangan Nabi s.a.w. dasar perjuangan Nabi kita adalah Ugama, bukan bangsa. Negara Madinah, perlembagaannya adalah Al-Quran, bukannya semangat kebangsaan Quraisy atau Arab. Nabi s.a.w melayan Arab Quraisy dengan Arab Badwi sama rata. Malah, Arab Badwi lebih layak dijadikan Imam berbanding Arab Quraisy, jika taqwa mereka lebih. Neraca pengagihan sumber adalah TAQWA dan bukan BANGSA.

 

Sebab Kedua

Jika semangat menyintai bangsa/tanahair ini diinstitusikan dalam bentuk parti yang memerintah Negara, maka pendekatannya adalah sama sekali berbeza. Rohnya berbeza. Keutamaannya berbeza. Ya, bangsa tersebut mungkin berugama Islam, tapi fokal bagi institusi tersebut bukan ugama yang dianuti oleh bangsa tadi, tapi fokalnya adalah bangsa itu sendiri.

Oleh itu, pendekatan yang lebih cocok bagi bangsa tadi adalah pendekatan yang lebih pragmatis. Dan tiada pendekatan yang lebih bersifat pragmatis lebih dari skeularisme. Dengan sekularisme, bangsa tadi boleh terus berqiyamullail, puasa Isnin khamis, menunaikan Haji steiap tahun, mendirikan sekolah-sekolah Tahfiz Al-Quran, memakai serban dengan bebas. Hanya, Islam itu terhenti di situ sahaja. Persoalan ekonomi, social, hiburan, perundangan, pendidikan dan sebagainya hendaklah dijauhi oleh Islam. Ini fahaman karut.  

21 comments:

  1. Tiadakah Muamalat di Malaysia? Adakah sekularisme utk menikah menurut nas Islam dan bukan dgn pendaftaran sivil? Mewarisi harta menurut faraid tanpa perlu membayar probate? Bolehkah kita membuat pinjaman mudharabah tanpa perlu membayar faedah riba'? Apakah itu juga sekularisme?

    Usahlah menggunakan label kalau saudara masih berhingus. Apakah Malaysia ini sama dengan Turki yg mmg sekular? Kenali apakah sekular secara praktikalnya barulah komen kalau Malaysia ini sekular atau tidak?

    Apakah yg saudara maksudkan dengan sistem Islam? Cuba sebut dgn terperinci sambil berlandaskan hadith/ayat Quran. Ketahui apakah yg sebenarnya Islam dan apa yg dilakukan dengan menyalahgunakan nama Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak terhadap komen saudara. Komen-komen membina sebegini sangat saya hargai. Moga ia menambah ilmu kita semua.

      Apakah yang dimaksudkan dengan sistem Islam secara terperinci? Apakah yang dikatakan Sistem Pendidikan Islam? Berapa jamkah waktu belajar Sistem Pendidikan Islam itu? Berapakah jumlah murid dalam satu kelas dalam Sistem Pendidikan Islam itu? Bagaimanakah pula training bagi guru-guru dalam Sistem Pendidikan Islam itu?

      Persoalan bersifat teknikal seperti di atas akan saya nukilkan dalam posting saya seterusnya yang bertajuk "Ada Apa Dengan Negara Islam (Dua)".

      Saudara krerapkali menggunapakai istilah "Praktikal" dan banyak hujjah-hujjah saudara bersabdarkan kepada faktor "Praktikaliti". Saya dapati hujjah tersebut amat naif bagi seorang yang agak berpengalaman seperti tuan. Hujjah "Praktikal" ini disanggah dengan penuh sinikal oleh Syed Qutb dalam bukunya berjudul "Perlaksanaan Islam Di Zaman Moden".

      Sekularisme adalah melaksanakan separuh dan meninggalkan separuh dari suruhan ugama, atas apa sebabpun - praktikaliti, ketidaksesuaian, masyarakat majmuk, kemodenan, etc.

      Delete
  2. Persepsi sekularisme yg saudara tonjolkan hanyalah permainan persepsi shj.

    Pergi ke Turki dan bandingkan dgn Malaysia. Apakah kita tiada Mahkamah Syariah? Undang2 Syariah? Institusi Halal? Apa yg kurang Islam di Malaysia ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak terhadap komen saudara. Komen-komen membina sebegini sangat saya hargai. Moga ia menambah ilmu kita semua.

      Apakah yang dimaksudkan dengan sistem Islam secara terperinci? Apakah yang dikatakan Sistem Pendidikan Islam? Berapa jamkah waktu belajar Sistem Pendidikan Islam itu? Berapakah jumlah murid dalam satu kelas dalam Sistem Pendidikan Islam itu? Bagaimanakah pula training bagi guru-guru dalam Sistem Pendidikan Islam itu?

      Persoalan bersifat teknikal seperti di atas akan saya nukilkan dalam posting saya seterusnya yang bertajuk "Ada Apa Dengan Negara Islam (Dua)".

      Saudara krerapkali menggunapakai istilah "Praktikal" dan banyak hujjah-hujjah saudara bersabdarkan kepada faktor "Praktikaliti". Saya dapati hujjah tersebut amat naif bagi seorang yang agak berpengalaman seperti tuan. Hujjah "Praktikal" ini disanggah dengan penuh sinikal oleh Syed Qutb dalam bukunya berjudul "Perlaksanaan Islam Di Zaman Moden".

      Sekularisme adalah melaksanakan separuh dan meninggalkan separuh dari suruhan ugama, atas apa sebabpun - praktikaliti, ketidaksesuaian, masyarakat majmuk, kemodenan, etc.

      Delete
    2. Terima kasih.

      Manusia memilih sekularisme kerana banyak sebab. Ada yang berkata "kita tak laksanakan Islam kerana maslahah masyarakat yang majmuk. Kita tak laksanakan sistem hidup Islam kerana kekangan pemodenan negara. Kita tak laksanakan Islam kerana polemik praktikaliti, di mana kita melihat agak sukar melaksanakannya di abad ke-21 ini.

      Shahnan,
      Ada 4 syarat perlaksanaan Islam secara total:
      1. Perlaksanaannya hendaklah syumul, menyeluruh, kemprehensif, tak boleh separuh-separuh kecuali atas sebab yang dibenarkan oleh syarak

      2. Sistem-sistem hidup Islam ini hendaklah bersifat Perdana, mainstream, bukannya sistem hidup tempelan atau alternatif sekadar ada.

      3. Perlaksanaannya hendaklah nampak secara fizikalnya menepati kehendak syariat - Islam dari sudut fizikalnya.

      4. Perlaksanaannya hendaklah juga Islam dari segi rohnya, iaitu perlaksanaannya hendaklah didasari oleh tuntutan iman, bukannya desakan ekonomi, politik dan sebagainya.

      Selain dari 4 syarat ini, itulah sekularisme.

      Delete
  3. bagaimana nak dikira Islam syumul kalau ada sebahagian cara hidup Islam sudah dikira menyalah undang2 dunia? Apakah perlu kita mengenepikan sistem hamba abdi yg sudah sedia ada dalam ajaran Islam?

    Bukankah kalau diambil definisi saudara dikira sekular tak kira apa yg dilakukan akibat ketiadaan hamba dlm masyarakat moden? Ingatlah betapa pentingnya hamba dalam perundangan Islam, penggunaannya dalam munakahat dsbg.

    Bagaimana saudara unjurkan utk menangani persoalan ini supaya tidak sekular secara sendirinya?

    ReplyDelete
  4. Terima kasih di atas ulasan balas saudara. Cara hidup Islam menyalahi undang-undang dunia - itu hujjah saudara. Hujjah balas saya, terbahagi kepada dua:

    1. Jika Islam itu menyalahi dunia dan isinya, hukumnya masih lagi wajib untuk kita laksanakannya.
    2. Hukum Islam tidak pernah menyalahi undang-undang dunia! Sistem Islam adalah sistem yang cocok dengan manusia dan tidak mungkin menyalahi kepentingan manusia. Sistem ekonomi - Islam dah lama menyatakan bahawa Bank-bank Commercial tidak sepatutnya dibenarkan untuk terlibat dalam urusan investment banking. Islam dah lama melarangnya tapi Kapitalisme membenarkannya. Hasilnya? Ekonomi U.S hampir runtuh dan mereka sedang merangka peraturan bagaimana nak de-de-regulate commercial banks in the US.

    Ayat-ayat tentang perhambaan telahpun dinasakhkan di dalam Kitab Suci. Tiada lagi sistem perhambaan di dalam Islam. Islam membenarkan perhambaan di atanh arab di peringkat awal kerana sistem tersebut telah diterimapakai sebagai sebahagian dari budaya masyarakat arab. Jika Islam turun dan terus dengan tegas mengharamkan sistem perhambaan, nescaya Islam akan ditolak pada waktu itu.

    Islam menentang perhambaan sesama manusia. Mana-mana manusia yang membebaskan hamba dijanjikan Allah pahala yang sangat besar. Bermacam-macam insentif diberikan oleh Tuhan agar sistem perhambaan dihapuskan secara perlahan-lahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu adalah pandangan dari segi logik. Islam tidak melarang hamba. Bahkan, insentif membebaskan hamba juga merupakan antara hukuman yg dikenakan. Dijadikan hamba juga satu jenis hukuman. Masalahnya, option ini tidak lagi relevan di dunia ini.

      Kalau Islam benar ingin mengharamkan perhambaan, bukankah senang utk diturunkan ayat utk mengharamkan perhambaan, spt ayat mengharamkan arak dan judi? Masalahnya perkara yg tidak diharamkan dlm Islam sudah diharamkan di dunia kini. Bererti, sudah bercanggah dgn prinsip Islam. Bagaimana hendak ditangani perkara begini?

      Spt hujah saudara, kita tidak boleh pick and choose yg mana kita nak enforce, unless nak jadi secular kan?

      Delete
  5. Saudara,

    saya berpendapat, isu perhambaan ini tidak boleh dijadikan hujjah bahawa Sistem Hidup Islam menyalahi sistem perundangan dunia kerana Islam telah lama mengharamkan perhambaan. Malah, selepas Islam mengharamkan perhambaan, masyarakat barat masih lagi menggunapakai sistem hamba ini untuk membuka ladang-ladang soya dan kapas di Amerika Utara.

    Ayat-ayat Makiyyah mengenai hukum perhambaan telahpun dinasakhkan kemudian oleh ayat-ayat madaniyyah. Jadi tidak timbul isu hamba ini.

    Ada hikmah mengapa sistem perhambaan tidak diharamkan secara sekaligus sebagaimana hukum judi dan arak sebagaimana ada hikmah mengapa Al-Quran diturunkan secara sedikit demi sedikit dan bukan sekaligus.

    Arak dan judi kedua-duanya menyalahi fitrah kejadian manusia. Allah menjadikan hukum alam ini dengan memberi upah kepada mereka yang bijak dan berusaha keras untuk mendapat kejayaan. Namun, kewujudan arak dan judi menyalahi fitrah alam ini. Malah, kewujudan kedua-duanya menyalahi fungi fisiologi otak manusia. Manusia boleh jadi kaya raya tanpa berfikir dan hanya bergantung pada nasib sahaja. Maka, di mana fungsi otak? Oleh itu, kewujudan arak dan judi itu menyalahi fitrah kejadian fisiologi manusia itu sendiri. Sewajarnyalah ia diharamkan secara sekaligus.

    Namun, Sistem Hamba agak berlainan. Kewujudannya tidak menyalahi kejadian manusia secara fisiologi. Cuma ia menyalahi aqidah manusia. Dan persoalan aqidah boleh dibentuk sedikit demi sedikit. Tak boleh paksa, nanti manusia akan lari dari Nabi. Tambahan pula, persoalan perhambaan ini melibatkan persoalan zuriat (hubungan kelamin antara tuan dan hamba perempuan) yang memerlukan masa untuk diselesaikan.

    ReplyDelete
  6. sila berikan rujukan ayat yg saudara berikan sbg nas/dalil hamba diharamkan.

    Wujudnya ayat dan hadith membebaskan hamba sbg satu aspek hukuman dalam hudud adalah bukti hujah saudara bercelaru.

    Sila belajar dgn mendalam dan kenali Islam.

    ReplyDelete
  7. Rujuk Khutbah terakhir Rasul di lembah Quranah.

    Adakah anda cuba mengatakan perhambaan masih dihalalkan di dalam Islam? Adakah saya dibenarkan oleh Islam untuk membeli hamba?

    Islam datang untuk menghapuskan perhambaan dari manusia kepada manusia - Itu kata Rasul, cuma ianya tidak diharamkan secara serta merta kerana sebab-sebab ekonomi dan sosial pada masa itu.

    Sila baca tulisan Dr. Muhammad Qutb - Islam dan Perhambaan (Salah faham terhadap Islam)

    ReplyDelete
  8. mana rujukan ayat Quran? Tiada kan?

    Muhd Qutb ada menfatwakan. Ttp ingatlah, dlm membuat fatwa, perlu diingat khususnya dalam AlNahl ayat 116, akan bahaya mengeluarkan fatwa halal/haram.

    Sila kemukakan link huraian khutbah terakhir Rasulullah SAW yg anda baca. Sebab dlm pengajian khutbah terakhir Rasulullah SAW, yg juga menyebut tentang BIDAAH, tiada pula diharamkan hamba.

    ReplyDelete
  9. Adakah anda cuba menegakkan bahawa Islam tidak sesuai diamalkan secara syumul kerana beberapa peraturannya yang ketinggalan zaman? Is that what are u saying?

    Khutbah terakhir Rasul:
    "Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal solh"

    Ayat-ayat mengenai perhambaan telahpun dinasakhkan kemudian.

    ReplyDelete
  10. Adakah Saudara Shahnan cuba mengatakan bahawa Islam masih menghalalkan hamba? Ya/Tidak.

    ReplyDelete
  11. Saudara Shahnan,

    Setelah saya membuat sedikit kajian di internet, saya merumuskan bahawa pegangan tuan yang Islam masih menghalalkan perhambaan sesama manusia (dek kerana tiada ayat yang putus di dalam kita suci mengenai pengharamannya) adalah satu pegangan yang melulu.

    Dr. Muhammad Qutb telah memberikan hujjah yang kuat mengapa perhambaan tidak diharamkan secara putus, tidak sebagaimana judi dan arak. Hujjah-hujjahnya adalah berkaitan dengan maslahah dakwah dek kerana faktor ekonomi dan sosial maysarakat arab pada masa itu.

    Namun, pada masa yang sama, Islam menggalakkan pemerdekaan hamba. Pelbagai insentif ditawarkan oleh Islam buat Tuan yang memerdekakan hambanya.Akhirnya, dek kerana inisiatif Islam ini, berlumba-lumba para sahabat memerdekakan hambanya sehingga tiada lagi hamba yang wujud di dunia Islam.

    Saya merasa lega melihat bagaimana Islam menghapuskan sistem perhambaan secara halus. Lega kerana hati saya bergolak mengatakan "Adakah agamaku bertindak zalim dan mempunyai kecacatan seperti yang dikatakan oleh Shahnan, iaitu masih mengekalkan undang-undang rimba sistem perhambaan?" Hati saya lega membaca tulisan Dr. Muhammad Qutb dan perbincangan bersama teman-teman.

    Islam goes to the extent of - jika seorang anak dilahirkan oleh hamba, mengikut peraturannya anak tersebut juga akan berstatus hamba. Tapi Islam tampil dan memperkenalkan satu aturan baru iaitu jika anak tersebut bersumpah bahawa beliau bukan hamba, maka dia telahpun merdeka.

    Di samping itu, terdapat banyak hukuman di dalam Islam yang berbentuk "memerdekakan seorang hamba" sebagai balasan terhadap dosa yang dilakukan.

    Ini belum lagi diceritakan pelbagai insentif-insentif pahala besar yang ditawarkan Allah untuk usaha pemerdekaan hamba.

    Dengan inisiatif terpuji ini, sistem perhambaan terhapus dengan sendirinya.

    Untuk memahami mengapa tiada ayat pengharaman sistem perhambaan secara tegas dan serta merta (sepertimana arak dan judi), saudara Shahnan perlu faham kondisi dan budaya masyarakat arab pada masa itu yang mengamalkan sistem perhambaan ini selama beratur-ratus tahun sebelum itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shahnan,

      Saya tertarik dengan ayat di bawah:

      "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari HAMBA-HAMBA kamu, LELAKI dan PEREMPUAN. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui"

      (SURAH AN-NUR: 32)

      Lihat, walaupun berstatus Hamba, Allah still memerintahkan agar manusa yang berstatus hamba ini diraikan jiwa mereka sebagai seorang manusia. Diperintahlkan kita berkahwin dengannya, bukan hanya senansenang menggauli ketika suka sahaja.

      Ini adalah antara usaha-usaha terpuji Islam untuk menghapuskan sistem perhambaan secara halus.

      Delete
    2. kalau benar perhambaan dilihat sebagai kecacatan Islam, maka anda tidak memahami percaturan dan tertib hamba dalam Islam. Ini bermakna saudara tidak memahami Islam secaya syumul.

      Berkahwin dgn mereka yg "virtuous". Terjemahan yg sebetulnya, yg telah diiktiraf oleh Arab Saudi berbunyi,

      "Marry those among you who are single, or the virtuous ones among yourslave, male or demale: if they arein poverty, Allah will give them means out of His grace: for Allah encompasses all, and He knows all things." Surah An-Nur verse 32.

      Ini bukanlah ayat unik yg menyuruh umat supaya mengahwini hamba mereka yg "soleh". Ia adalah peringatan supaya umat mengahwini mereka yg sesama Islam. Tiada terjemahan akan menghapuskan sistem hamba selain interpretasi pembacanya. Ini boleh dianggap, "TRANSGRESS LIMITS" yg terang menyalahi terjemahan AlQuran. Sbg seorang yg bersekolah agama, seharusnya anda mengetahui hakikat ini.

      Sehingga kini, saudara masih gagal membawa hadith/dalil khusus Islam mengharamkan hamba. Seharusnya saudara mengetahui dari rujukan Surah An-Nahl hari itu yg menfatwakan sesuatu sebagai haram apa yg telah difirman sebagai halal.

      Kalau sesiapa mengharamkan sesuatu yg terang adalah halal, maka mereka juga terjerumus dikalangan bidaah yg bakal menempah tempat di neraka.

      Maka persoalannya sekarang, apakah saudara juga tergolong dikalangan mereka ini?

      Delete
    3. Lain kali, kalau nak berhujah, biarlah ilmu itu mantap dan dari seorang guru yg dikenali aqidahnya. Bukan buat penyelidikan dari internet. Nanti kalau kena cap ustaz belajar internet, bolehlah dikatakan FITNAH, wahai saudara ustaz internet.

      Insentif membebaskan hamba tidak sama dengan penghapusan sistem hamba. Ini bermakna saudara gagal menghayati ilmu asas AlQuran, DO NOT TRANSGRESS LIMITS! yg telah berkali-kali diingati dlm firman Allah SWT.

      Bahkan, hujah saudara hanya reinforce kebenaran bahawa sistem sedunia sekarang penuh dgn bidaah dan tidak menepati sistem Islam yg syumul, yg telah saya ujarkan sebelum ini.

      Cubaan saudara utk menegakkan benang basah, dgn "pick and choose" atau "cherry picking" apa yg perlu dilaksana dan apa yg tak perlu dilaksana adalah dakyah sekularisme yg sekian lama saudara perkatakan sedang dilakukan oleh kerajaan BN. Apakah saudara tidak takut dilabel sekular juga?

      Apakah ini juga bermakna bahawa sistem Islamik yg saudara perjuangkan juga termaktub dalam sekularisme sekali, menurut takrifan saudara sendiri?

      Delete
    4. Saudara Shahnan,
      Pemahaman saudara terhadap ayat An-Nur 32 tersebut tidak tepat. Ayat tersebut menunjukkan bagaimana Islam melihat status "hamba". Status "hamba" di dalam Islam bukan bermaksud mereka boleh dibuat sesuka hati, malah diperintahkan agar dikahwini (jika hamba tersebut kita sukai). Maknanya, hamba itu, datang dengan tanggungjawab. Islam mengiktiraf "manusia" seseorang hamba itu.

      Sistem Perhambaan telah lama diharamkan di dalam Islam. Adalah haram hukumnya jika Saudara Shahnan ingin membeli seorang hamba katakanlah di Arab Saudi sekarang ini. Nabi diutus untuk menghapuskan perhambaan sesama manusia.

      Delete
    5. Saudara Shahnan,
      saya merasakan komen negatif saudara ttg usaha terpuji untuk belajar ugama, samada melalui internet, guru, teman seusrah, dll adalah amat tidak membina.

      Sepatutnya, usaha untuk belajar ugama digalakkan/diberi sokongan samada dengan apa cara jua oleh orang yang lebih tua sepertimana anda.

      Ya, adab belajar dalam Islam adalah berguru. Itu kita smeua tahu. namun, sepatutnya usaha-usaha belajar ugama sebegini digalakkan.

      Delete
    6. Shahnan,

      Do NOT Transgress Limits - oleh itu, kita kena kekal dengan undang-undang sivil, kita kena kekal dengan sistem hiburan hedonisme, kita kena kekal dengan sistem ekonomi kapitalis, kita kena kekal dengan sistem pendidikan sekular.

      Wow, Allah yang suruh tu tau, do not transgress limit, jangan nak mengada-ngada, kekal sahaja dengan sekularisme!

      Delete