Sahabat-sahabat seugama yang saya kasihi,
Saya berasa sangat bertuah sejak akhir-akhir ini kerana saya
diberi kesempatan untuk berhujjah dengan seorang sahabat yang berugama Islam mengenai
konsep Islam sebagai Model Bernegara. Beliau adalah seorang manusia yang sangat
taksub kepada fahaman nasionalisme dan penyokong tegar Parti nasionalis di
Malaysia, UMNO. Dan seperti kebanyakan penganut idelogi nasionalisme kebangsaan
yang lainnya, beliau sangat menentang penubuhan sebuah Negara yang berasaskan
ugama.
Sepanjang perdebatan saya dengan beliau, hujjah terhadap
penentangan beliau terhadap perjuangan Gerakan Islam di Malaysia adalah
bersandarkan kepada dua hujjah utama:
1.
Malaysia pada hakikatnya telahpun menjadi sebuah
Negara Islam dan pendokong Gerakan Islamlah yang sebenarnya silap faham
terhadap istilah “Negara Islam”.
2.
Ya, si nasionalis ini beriman bahawa Islam
adalah syumul. Beliau beriman dan beriktiqad dengannya. Itu tidak dinafikan.
Namun terdapat beberapa maslahah tertentu di zaman moden ini yang menyebabkan
beberapa system hidup Islam lebih baik untuk “ditangguh dahulu”
perlaksanaannya.
Hujjah Pertama
Si nasionalis ini berhujjah bahawa apa yang diperjuangkan
oleh pendokong Gerakan Islam adalah bersifat “euphoria” dan pendokong Gerakan
Islam ini telah di “disillusioned by the rhetorics of the Islamic State”. Si
nasionalis ini berpendapat, niat “suci murni” pendokong Gerakan Islam ini untuk
menubuhkan sebuah Negara yang melaksanakan system hidup Islam sepenuhnya,
sebenarnya tidak wujud! “Negara” yang diidamkan oleh pendokong Gerakan Islam
ini sebenarnya tidak wujud dalam ugama mereka. Pendokong Gerakan Islam ini,
pada pendapat beliau, memperjuangkan perkara yang tidak wujud dalam ugama dan
mengada-ngada benda yang tiada dalam ugama!
Si nasionalis ini berhujjah, golongan Gerakan Islam sibuk
berkokok tentang kononnya the so-called “Negara Islam” di mana Negara ini akan
melaksanakan sepenuhnya seluruh system hidup Islam – system perundangan, system
ekonomi, system social, system pendidikan, system hiburan, etcetera sebenarnya
adalah golongan yang tersalah faham dalam ugama.
Ya, dari sudut system perundangan, beliau mengakui bahawa
Islam memang mempunyai sistemnya sendiri yang dinamakan Hudud, ta’zir dan
Qisas. Dan dari sudut ibadahnya juga, Islam turut memiliki set ritual bagaimana
seseorang manusia harus meraikan Tuhannya. Selain dari dua system hidup ini, bagi
beliau, Islam tidak menggariskan apa-apa panduan bagi manusia. Contohnya –
system pendidikan, si nasionalis ini berpandangan bahawa there’s no such thing
as Islamic education System. Islam hanya mempunyai beberapa garis panduan yang
berbentuk “etika” untuk belajar – menghormati guru, belajar tajwid,
bersungguh-sungguh mendalami ilmu dan
sebagainya. Maknanya, “Sistem” bagaimana manusia harus belajar tidak pernah
ditentukan oleh Tuhan, yang ada hanyalah beberapa “adab” untuk belajar. Dengan
makna lain juga, manusia bebas memilih mana-mana “model” pembelajaran yang
dirasakan sesuai dan “model” itu haruslah diterapkan nilai-nilai Islam
didalamnya – menghormati guru, diselit pembelajaran KAFA di sana sini, bersolat
Hajat untuk menghadapi peperiksaan dan sebagainya. Itu sahaja. “Sistem” pendidikan
menurut acuan Islam adalah tidak wujud sama sekali dalam ugama.
Selain dari dua “Sistem Hidup” ini (Sistem Ibadah dan Sistem
Perundangan) Islam tidak menetapkan sebarang “model” bagi system-sistem hidup
yang lain. Bagi beliau, manusia diberikan otak untuk berfikir apakah cara hidup
yang sesuai untuk mereka jalani. Nak berniaga – hah Allah kan bagi otak,
fikirkanlah sendiri system ekonomi yang bagaimana harus diamalkan untuk
kesejahteraan umat, ASALKAN, solat jangan tinggal, puasa jangan culas, zakat
jangan miss dan Haji kena pergi. Itu sahaja. Bila lengkap 5 benda tu,
lengkapkanlah Islam kamu.
Dan si nasionalis ini percaya bahawa there’s no such thing
as “categorizing” in Islam. Oh kamu nasionalis, kamu pula liberalist, kamu tuh
pragmatis, dan kami adalah Islam tulin. Tak wujud! Bentak beliau. Yang wujud
hanyalah Islam, satu ummah. “Jangan tuduh kami nasionalis!” bentak beliau.
“Kami juga solat, pergi Haji, berwuduk…malah kami tak pernah meninggalkan
qiyamullail dan puasa sunat Isnin Khamis berbanding kamu. Kami bukanlah nak
mendabik dada tapi kalau nak dibandingkan, kami lebih wara’ berbanding kamu
yang kononnya mengaku pejuang “Gerakan Islam”” – kata beliau lagi. Perbuatan
kamu yang meletakkan label “nasionalis-sekularis-pragmatis-dll” itulah yang
memecah belahkan umat. Begitulah lebih kurang pemahaman beliau.
Si nasionalis ini beriman bahawa Islam itu “Syumul”. Tapi
konsep “syumul” bagi beliau adalah berlainan dengan apa yang kita semua fahami.
“Syumul” bagi beliau bukanlah bermaksud Islam itu punyai modelnya sendiri dalam
segenap segi kehidupan manusia, tapi “syumul” bagi beliau bermaksud Islam
punyai nilai-nilai yang universal untuk segenap segi kehidupan manusia.
Contohnya, bila dibincang tentang system ekonomi, syumul di sini bukanlah
membawa makna bahawa Islam mempunyai satu “model” khas bagaimana seorang
manusia harus berekonomi, tapi ianya membawa maksud Islam punyai nilai-nilai
yang bersifat universal yang boleh diterapkan dalam system ekonomi manusia
seperti – amanah, jujur, telus dan sebagainya. Itulah maksud “syumul” dalam
Islam bagi si nasionalis ini. Dengan kata lain juga, Manusia bebas untuk
mengamalkan system ekonomi kapitalisme, Cuma nilai-nilai Islam tadi wajib
diterapkan. Iaitu, Sistem Ekonomi kapitalis, tapi kita kenalah jujur, amanah,
jangan menindas, kena bayar zakat, sadaqah jangan lupa, dan sebagainya. –
Inilah Sistem Ekonomi Islam bagi beliau, kalaupun istilah itu wujud.
Hujjah Kedua
Si nasionalis ini beriman bahawa Islam itu syumul, itu tidak
dinafikan. Namun, beliau berpendapat terdapat beberapa maslahah tertentu,
terutamanya di abad ke-21 ini, yang menyebabkan beberapa Sistem Hidup Islam
harus di tangguhkan perlaksanaannya.
Islam harus “fleksibel” dengan perubahan zaman.
Ini ditambah pula, terdapat beberapa perkara yang “tidak
dijelaskan” dengan sempurna oleh Islam, seperti system perhambaan. Sehingga ke
hari ini, tiada ayat yang jelas yang mengatakan bahawa Sistem perhambaan itu
telah diharamkan di dalam Islam. “Kekurangan” sebegini menyebabkan agak sukar
untuk “Islam sebagai Model Bernegara” itu dilaksanakan sepenuhnya. Isu “system
perhambaan” yang telah diterima sebulat suara oleh masyarakat antarabangsa
sebegai system rimba itupun tidak mampu ditangani secara jelas oleh Islam,
apatahlagi nak dijadikan model bernegara! Hujjah beliau.
Bagi si nasionalis ini, muslim harus bersifat terbuka dan
menerima kenyataan bahawa terdapat beberapa ketetapan yang digariskan di dalam
system hidup Islam tidak lagi praktikal untuk diamalkan. Mengambil contoh Hudud
(Sistem perundangan Islam), kata beliau, mana mungkin wujud 4 saksi manusia
yang menyaksikan sendiri kejadian zina. Dah la “menyaksikan”, 4 saksi itu pula
kenalah manusia yang adil dan tidak fasiq. Beliau bukanlah nak kata Hudud ini
tidak realistic atau apa, cuma kita kena terima hakikat bahawa dunia dah
berubah di mana manusia dah menjadi fasiq dan bergelumang dengan dosa seharian.
Itu hakikat samada kita suka atau tidak. Jadi, Hudud, mungkin boleh
ditangguhkan dahulu. Didik dulu masyarakat sedikit demi sedikit. Biar suasana
menjadi kondusif untuk Hudud dilaksanakan. Begitulah pandangan beliau.
Beliau menegaskan beliau tidak menolak Hudud. Tapi terdapat
banyak perkara yang harus dijelaskan dengan sempurna oleh pakar-pakar
perundangan Islam tentang Hudud ini. Saksi yang adil, penggunaan teknologi
maklumat sebagai saksi, hukum bughah, penetapan umur baligh bagi gadis bagi
hukuman zina, dan banyak lagi persoalan-persoalan lain yang seakan “gagal”
dijelaskan dengan sempurna oleh Islam. Bagaimanakah kita akan laksanakan satu
system yang belum teruji malah punyai beberapa perkara yang “gagal dijelaskan”
dengan baik? Soal beliau. Lagipun, system perundangan sedia ada ini juga ada
memperuntukan ruang untuk Islam berperundangan. Undang-undang keluarga Islam,
kewujudan mahkamah syariah adalah contoh di mana Malaysia mengiktiraf Sistem
Perundangan Islam. Namun untuk menyaksikan Islam “beraksi” sebagai Sistem
Perundangan perdana, mungkin memerlukan perbincangan lanjut. Begitulah kata
beliau.
No comments:
Post a Comment