Pada hari ini saya ingin bercerita mengenai dua ideology
utama yang melanda umat Islam di sleuruh dunia. Saya akan membincang apa itu
kedua-dua idelogi tersebut, dan bagaimana bentuknya, mengapa ideology ini
timbul dan bagaimana umat mahu berlepas diri dari kedua-dua ideology yang
sangat berbahaya ini.
Di zaman dahulu kala, syirik berlaku dalam bentuk yang
sangat jelas, iaitu berbentuk ugama dan kepercayaan ritual selain dari Islam.
Di zaman dulu, kita dapat mengenalpasti syirik dengan amat senang. Jika Abu
mengisytiharkan diri keluar dari Islam dan masuk ugama kristien, maka tiada isu
di situ. Kita boleh terus menuduh si Abu terjebak dalam aktiviti mensyirikkan
Allah. Jika si Fuad terlibat dalam aktiviti bomoh, menyimpan toyol, memuja
hantu raya, maka sahlah si Fuad syirik. Jelas. Begitulah bahana yang melanda
umat di zaman dahulu kala. Syirik berlaku dalam keadaan yang sangat jelas.
Namun setelah manusia menjengah masuk kea lam moden, gejala syirik melanda umat
dalam bentuk yang samar dan kabur, tidak sejelas kes si Abu dan si Fuad tadi.
Persoalan kepercayaan seseorang terhadap hidup amat berkait
rapat dengan persoalan aqidah. Jika si Aminah tidak mempercayai ketentuan qada’
dan qadar Allah ke atas dirinya, tidak berpuas hati dengan nasib dirinya, malah
melawan taqdir dengan menyumpah seranah untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya,
maka aqidah dia rosak. Kita kena faham bahawa aqidah tidak hanya rosak jika
kita menyembah berhala sahaja. Aqidah boleh rosak jika kita menolak hukum hakam
Allah (please lah, jangan difikirkan Hudud sahaja. Hudud itu hanya sebahagian
kecil dari ugama. Hukum hakam Allah luas).
Terdapat dua penyakit syirik utama yang melanda umat pada
zaman kini, iaitulah ideology sekularisme dan idelogi nasionalisme kebangsaan.
Apa itu sekularisme?
Sekularisme adalah satu kepercayaan yang memisahkan urusan
keduniaan manusia (ekonomi, pendidikan, hiburan, perundangan, dan beberapa
system hidup yang lain) dengan urusan keakhiratan (ibadah dan sebahagian urusan
social (munakahat) manusia). Kenapa perlu dipisahkan urusan kedua-dua alam ini?
Pada pandangan sekularis, kedua-dua urusan alam tersebut (alam dunia dan alam
akhirat) perlu dipisahkan kerana sentiment keakhiratan manusia akan menghalang
fungsi otak manusia untuk berfikir secara objektif jika ugama dibenarkan mencampuri
urusan keduniaan manusia. Masyarakat secular beriman bahawa otak dianugerahkan
Tuhan kepada manusia untuk membuat pertimbangan yang waras dan objektif untuk
kepentingan hidup manusia. Dalam urusan ekonomi contohnya, otak manusia yang
tidak dipengaruhi oleh sentiment ugama mampu berfikir secara waras bagaimana
mahu uruskan ekonomi dengan tepat untuk kebaikan sejagat. Matlamat sekularisme
adalah sebenarnya baik. Sekularisme mahukan kebaikan kepada umat manusia.
Namun, tanpa panduan dari wahyu, sekularisme berfikir secara objektif bagaimana
mahu diuruskan ekonomi manusia secara trial and error. Mula-mula dia cuba
komunisme. Bila komunisme gagal, dia cuba pula fasisme. Bila fasis juga gagal,
dia cuba pula kapitalisme. Dan kapitalisme Nampak Berjaya sehinggalah tahun
2006. Pada tahun 2006, kepitalisme ternyata juga gagal kerana kelemahan
capitalism mengawal sifat ketamakan manusia (dalam system capitalism, kemajuan
dipacu oleh sifat tamak manusia). Sekarang, sekularisme masih lagi tercari-cari
system ekonomi yang sesuai untuk umat manusia. Terbaru, mereka sedang bercakap
tentang bagaimana mahu mengawal capitalism dengan de-deregulation. Entahlah,
tak habis-habis trial and error. Bilakah skeularisme akan berjumpa dengan
system hidup yang benar-benar membawa kebahagiaan kepada umat manusia?
Jawapannya, jika tanpa dipandu oleh wahyu, selama-lamanya skeularisme akan
gagal. Sekularisme telah dikenalpasti sebagai terkeluar dari Islam. Sekularisme
syirik kerana percaya bahawa Islam itu hanya mengandungi system ibadah sahaja.
Sistem-sistem hidup yang lain yang bersifat dunia (system ekonomi, pendidikan,
hiburan, dll) adalah tidak termasuk dalam Islam.
Pada tahun awal kemunculannya, umat Islam menghadapi masalah
mengenalpasti penganut fahaman sekularisme ini. Ini kerana penganut fahaman ini
juga mengaku bahawa dirinya juga berugama Islam. Penganut skeularisme ini
mungkin terdiri dari mereka yang sangat wara’ dari sudut system ibadahnya.
Mereka solat berjamaah di awal waktu, menunaikan haji setiap tahun dan tidak
pernah meninggalkan qiyamullail, dan mengisi masa lapang dengan berusrah dengan
teman-teman. Mereka berserban dan berjubah setiap waktu dan mengajar Al-Quran
di hari munggu untuk anak-anak kampong mereka. Wara’kan mereka ini? Tapi di
sudut system hidup keduaniaan, mereka beriman bahawa Islam hanya terhenti di
system ibadah sahaja dan tiada kaitan dengan system-sistem hidup keduaniaan
yang lain seperti system pendidikan, system ekonomi, system perundangan dan
lain-lain. Mereka ini beriman bahawa Islam itu hanya solat, puasa, Haji, zakat,
dan perkara-perkara berbentuk ritual keagamaan seumpamanya. Mereka berunsungguh-sungguh
tanpa kenal penat lelah untuk mengerjakan system ibadah ini. Tapi Islam bagi
golongan ini, hanya terhenti di setakat itu sahaja. Inilah sekularisme.
Namun, setelah umat berhadapan dengan sekularisme selama
beberapa abad, umat sudah mampu mengenalpasti golongan sekularis yang jahat
ini. Walaupun wara’, umat dah dapat membezakan kewarakan golongan sekularis ini
rosak kerana mereka beriktiqad bahawa Islam terpisah dari urusan dunia dan
akhirat. Syabas kepada umat ini!
Namun, setelah sekularisme nampak semacam telahpun dapat
dihadam oleh umat (dikenalpasti dan dikecam dengan pasti), timbul pula satu
ideology baru yang menjadi musuh umat Islam. Idoelogi baru ini saya namakan
sebagai “Nasionalisme Kebangsaan”. Apakah itu nasionalisme kebangsaan?
Idelogi nasionalisme kebangsaan
Dahulunya, umat Islam bernaung di bawah naungan kuasa
khilafah Islam. Tiada Negara bangsa bagi Islam. Kemudian, setelah geopolitik
dunia berubah, berlaku beberapa perang dunia yang melihat kejatuhan kerajaan
khilafah islamiyyah tadi. Umat-umat Islam disleuruh dunia terpisah dengan
garisan sempadan Negara masing-masing. Umat Islam di seluruh dunia mula
mengenali Negara bangsa dan terpisah antara satu sama lain. Banyak
Negara-negara umat Islam dijajah oleh penjajah barat pada ketika itu. Kemudian,
Negara-negara umat Islam ini kemudiannya dimerdekakan sebagai sebuah Negara
yang terpsiah dari Negara-negara umat Islam yang lain berdasarkan bangsa umat
Islam itu. Umat melayu merdeka dari British dan menamakan Negara mereka sebagai
Negara Tanah Melayu. Umat Islam Jawa, terpisah dari umat Islam Malaysia apabila
mereka memerdekakan diri dari Belanda dengan menamakan Negara mereka sebagai
Negara Republik Indonesia. Begitu juga Negara-negara umat Islam yang lain.
Tiada lagi system khilafah bagi umat. Semuanya merdeka dengan mendirikan
Negara-negara mereka sendiri berdasarkan bangsa mereka. Lalu, persoalan “bangsa”
mula mendominasi pemikiran umat.
Idelogi nasionalisme kebangsaan adalah satu perjuangan
memerjuangkan kelangsungan bangsa mengatasi yang lain. “Bangsa” adalah
perjuangan ulung bagi penganut idelogi ini. Segala-galanya berkaitan dengan
bangsa. Mereka menyayangi bangsa. Perjuangan bangsa ini pula telah
di”institusikan” dengan penubuhan parti-parti yang berasaskan bangsa. Lalu,
kerajaan didirikan atas nama bangsa. Ideology ini meletakkan bangsa di tempat
pertama. Jika bangsa itu berbahasa melayu, maka bahasa melayu turut
diperjuangkan oleh oleh golongan ini. Jika bangsa itu mempunyai raja, maka raja
akan turut diperjuangkan oleh golongan ini. Jika bangsa tersebut berugama
Islam, maka Islam akan turut diperjuangkan oleh golongan ini. “Bangsa” itu
letaknya ditempat pertama. Selepas itu barulah perkara-perkara lain yang
bersangkut paut dengan bangsa tadi, termasuk Islam.
Fahaman nasionalisme kebangsaan ini adalah lebih sukar
ditentang oleh Islam, berbanding sekularisme tadi. Bagi sekularisme, ia dah
tetapkan satu garis yang jelas di antara system hidup dunia dengan system hidup
akhirat untuk dipisahkan. Kita Nampak jelas di situ. Mereka hanya menerima
Sistem Ibadah sahaja dan menolak system hidup acuan ugama yang lain. Jelas.
Tapi, idelogi Nasionalisme berlainan sedikit. Idoelogi ini fleksibel bentuknya.
Idelogi ini selain dari menerima system ibadah, mereka juga boleh menerima
system perundangan Islam (Hudud), system hiburan Islam, system pendidikan Islam
dan lain-lain. Tiada masalah bagi fahaman ini untuk menerima system-sistem
hidup Islam keduniaan yang lain. Saya
bagi contoh. Jika bangsa melayu berkata “Kami dah terima system ibadah, tapi
kami belum bersedia untuk menerima system perundangan Islam”. Maka, setelah
menerima arahan dari bangsa (tuan) tadi, idelogi nasionalisme kebangsaan akan
menentang system perundangan Islam habis habisan. Kemudian, setelah dua bulan,
tiba-tiba bangsa melayu berkata “Sekarang, kami dah bersedia untuk menerima
system perundangan Islam”. Setelah menerima arahan yang jelas dari bangsa
mereka, lalu idelogi ini kemudiannya berjuang bersungguh-sungguh pula untuk
melaksanakan system perundangan untuk bangsa yang mereka cintai itu. Nampak
tak? “Bangsa” adalah tuan mereka. Segala-galanya berkait dengan bangsa tadi.
Terima atau tidak system hidup Islam adalah berdasarkan “arahan” dari bangsa
tadi.
Idelogi nasionalisme kebangsaan ini lebih sukar ditentang
oleh Islam berbanding skeularisme kerana sifat mereka yang mampu menerima
seluruh system-sistem hidup tanpa had (tidak sebagaimana ideology sekularisme
yang menghadkan hanya system ibadah sahaja untuk diterima). Jika Islam berkata
kepada ideology nasionalisme kebangsaan “Hey ideology nasionalisme kebangsaan,
kamu adalah menyelweng dari Islam kerana kamu tidak melaksanakan Islam secara
syumul!”, maka ideology ini boleh membalas balik “Wahai Islam, siapa kata kami
tidak syumul melaksanakan Islam? Lihat, kami dah laksanakan system pendidikan
Islam (sekolah ugama, pondok), system hiburan Islam (industry nasyid tempatan),
system munakahat (pejabat Qadi untuk daftar nikah, pengasingan koc komuter bagi
perempuan), dan banyak lagi system-sistem hidup Islam yang lain. Siapa kamu mahu
menuduh kami menyelweng dari Islam?
Saya sering membaca, saudara sebut sistem-sistem Islam lain tetapi hingga kini saya masih mencari di mana contoh sistem Islam saudara.
ReplyDeleteSistem pendidikan Islam sudah lama bertapak di Malaysia. Cuma diberi pilihan sama ada untuk mengikutinya atau tidak.
Sistem kewangan Islam yg dipelopori Malaysia kini menjadi focal point penyelidikan sedunia. Mudharabah dan Muamalat sedang dilaksana dan diperbaiki.
Saya sudah menyentuh sistem perundangan di post yglain, jadi tak perlulah kita panjangkan di sini.
Amatlah senang utk mengata orang, tetapi hakikatnya utk melaksana sesuatu memerlukan kebolehan dan ilm yg mendalam. Hingga kini saya masih menunggu saudara mengemukakan contoh dan pelaksanaan sistem-sistem "Islam" yg saudara ujarkan.
Ketahuilah bahawa Arab Saudi, yg sudah lama melaksanankan hudud tergolong dalam 20 negara yg paling tinggi peratusan pengidap HIV. Apakah itu menunjukkan kelebihan perundangan Hudud?
Saudara Shahnan,
DeleteYa, saya akui, memang senang mahu mengkritik. Manusia sememangnya ringan lidah untuk mengkritik sistem itu tak kena, sistem ini tak kena. Belum tiba time dia memerintah lagi kan? Ya, itu benar.
Namun, saya merayu kepada tuan, beri ISLAM satu peluang untuk menguji sistem-sistem hidupnya. Jika selepas satu peluang itu, Islam masih gagal untuk menyelesaikan masalah ekonomi, sosial, jenayah di Malaysia, falyatafaddhal, tuan dipersilakan untuk kembali kepada sistem nasionalisme kebangsaan yang sedia ada ini.
Saya merayu, hanya satu peluang untuk Islam membuktikan keberkesanannya.
Saudara,
Deletesaya dapati, saudara amat berkira apabila disuruh menjalankan perintah Allah.
Seolah-olah saudara bertanya pada Allah "Ok Allah, jika aku laksanakan sistem hidup Islam ini (bukan hanya Hudud), apa faedah yang aku dapat? Adakah ekonomi aku akan maju? Adakah gejala sosial akan kurang? Adakah indeks jenayah akan lenyap?" - seolah-olah begitu.
Saudara,
Kita laksanakan sistem hidup Islam bukan kerana mahukan upah, tapi kerana kewajipan.
Kita solat, adakah kerana kita nakkan sihat? Tidak, kita solat kerana kita perlu solat.
Kita laksanakan Hudud (ingat, hudud ni hanya satu juzuk kecil dari Islam. Saya ambil contoh Hudud kerana saudara begitu berminat dengan Hudud)bukan kerana kita nakkan indeks jenayah menurun, tapi kerana kewajipan ugama.
Jika dengan melaksanakan sistem hidup Islam (termasuk Hudud), seluruh rakyat akan dihidapi HIV, hukumnya masih lagi wajib untuk kita laksanakannya.
Deleteyet another argument why I decline to debate with you and your ilk.
ReplyDeleteIf you are serious you want a chance, then please address the concerns. Don't be like a child begging for a toy from their parents. Be responsible and prove your point. Until now there hasn't been a single actual point from you. Even the question of what you mean by Islamic system is as yet a mystery. Are you even aware of what constitutes an Islamic system?
You wish to engage in an intellectual debate, even go so far as beg for the opportunity to debate, and yet for all the bravado, I still don't see any point to your rhetorics.
All I see is your inability to dispute the facts as they stand, and begin to utter complete nonsense. Is it because you simply have no understanding of the FACTS?
Do not for one second assume you can understand my thought process. To do so is FITNAH- lying in the name of another. It is proven that you have done so repeatedly.
Answer the questions and situations appropriately, if you are capable, otherwise kindly leave these matters to those in the know.
On the authority of Abu Hurairah, who said : The messenger of Allah said :
"Part of someone's being a good Muslim is his leaving alone that which does not concern him."
fine hadith narrated by Termithi and others
Unless you are a legislator, perhaps you should heed the Hadith.
Part of someone's being a good muslim MUslim is his leaving alone that which does not concern him - so that we have to leave to the legislators to drafted our legislation system. Go to hell with Islamic Legislation, the legislators knows best whats good for us.
ReplyDeleteAnd also, because of the hadith, we shouldn't intefere with how economics system is being practiced in Malaysia as our leaders graduated from Harvard and Wharton, they surely knows what's the best system to implement. Who cares about Islamic Economic System which was drfated thousand years ago!
And, the music industry has evolved alot. and you are not trained as am entertainer or musicians kan? Then, abide by the hadith, let those who are experts govern how the industry should grow. Islamic entertainment system? What the hell is that? Sorry bro, never heard of that.
again with the childish rhetorics.
DeleteYou should raise it with your YB. Not rant and rave, inciting divisions and partisan ideologies.
How very inciteful and enlightened response to a hadith. Your blindness is showing. Your darkness to hadith is showing.
Does it not bring you shame to utter such nonsense to our Rasulullah SAW words and advise?
MasyaAllah. Astaghfirullah.
Nationalist old man! Hahahaha
ReplyDeleteWhy we need YB consent? Thats what nationalism is all about, Islam is GOVERNED by legislators. Yes, they do implement Islam, but at their own mercy. Islam need to beg them "please, implement A, B, C, D". And yes, it did, but need to seek approvals.
Shahnan,
What PAS is proposing is Islam is the one who govern. YB need to ask permission of Islam before implementing any dasar, not the other way around.
"What PAS is proposing is Islam is the one who govern. YB need to ask permission of Islam before implementing any dasar, not the other way around." - WOW fantastic. Sounds awesome. BUT who decides what is Islam? Who is Islam in your scenario? A bunch of serban wearing, jubah clad hypocrites???
ReplyDeleteThe fact that you make references to Muhd Qutb, who openly defies an important basic commandment as that of AlNahl, verse 116, where clearly slavery, within the confines of Islam, is allowed was made FORBIDDEN.
Thus, who is to decide who represents Islam? Do you propose the Shi'ite way of convention? Is that what you mean? If so, then you really need to do more Tahajjud and seek enlightenment. There is nothing more perverse in Islam than Shi'ite.
The YB needs to seek permission of Islam indeed. You don't even have a basis for this. Islamic convention of ruling is that the Leader has the ultimate say.
Book 020, Number 4574:
It has been narrated on the authority of Auf b. Malik al-Ashja'i who said that he heard the Messenger of Allah (may peace be upon him) say: The best of your rulers are those whom you love and who love you, upon whom you invoke God's blessings and who invoke His blessing upon you. And the worst of your rulers are those whom you hate and who hate you, who curse you and whom you curse. (Those present) said: Shouldn't we overthrow them at this? He said: No, as long as they establish prayer among you. No, as long as they establish prayer among you. Mind you! One who has a governor appointed over him and he finds that the governor indulges in an act of disobedience to God, he should condemn the governor's act, in disobedience to God, but should not withdraw himself from his obedience. Ibn Jabir said: Ruzaiq narrated to me this hadith. I asked him: Abu Miqdam, have you heard it from Muslim b. Qaraza or did he describe it to you and he heard it from 'Auf (b. Malik) and he transmitted this tradition of Allah's Messenger (may peace be upon him)? Upon this Ruzaiq sat upon his knees and facing the Qibla said: By Allah, besides Whom there is no other God, I heard it from Muslim b. Qaraza and he said that te had heard it from Auf (b. Malik) and he said that he had heard it from the Messenger of Allah (may peace be upon him).
sahih Bukhari.
Even your concept of Islamic rule is perverse.