Kebenaran adalah suatu istilah yang sangat kuat. Manusia,
secara fitrahnya akan menuruti kebenaran. Kuatnya kebenaran itu, jika dicampak
sebutir kebenaran di atas kebatilan seluas lautan, kebenaran tetap akan
memenangi pertempuran dan menguasai kebatilan seluas buana itu. Begitulah kuatnya
sebuah kebenaran. Tapi bagaimanakah kita menentukan kebenaran itu? Apa yang
benar dan apa pula yang tidak benar?
Ada orang berkata kebenaran adalah menurut suara majority.
Pihak yang lebih banyak beriman (percaya) dengan sesuatu perkara, maka pegangan
itulah sebenarnya adalah kebenaran. Ada pula yang berpandangan bahawa kebenaran
itu adalah conscience (suara hati manusia) atau sesuatu yang berbentuk ethics.
Contohnya, jika sesuatu itu dilihat pada mata kasar membawa kerosakan, maka
ianya bukanlah kebenaran.
Islam. Adakah Islam mewakili kebenaran? Jika diambil suara majority,
majority Negara di dunia tidak memilih Islam. Malah majority rakyat Malaysia
menolak Islam (secara syumul) dan selesa menerima secularism. Adakah itu
bermakna Islam tidak mewakili kebenaran?
Nabi Muhammad s.a.w. dilihat sebagai pemecahbelah qabilah
Quraisy. Nabi dilihat sebagai pembawa fahaman baru yang memecahbelah
masyarakat. Dari segi etikanya, tentu sekali ajaran Nabi itu tidak mewakili
kebenaran kerana ianya bermula dengan berpecahnya masyarakat arab ketika itu.
Ada pula yang beranggapan bahawa kebenaran adalah keupayaan
untuk melakukan sesuatu di luar kebiasaan manusia. Sesuatu itu dianggap benar
jika ia berupaya menghidupkan manusia mati seumpama Nabi Isa a.s, atau membelah
bulan seumpama Nabi kita s.a.w.. Nabi
kita, untuk membuktikan baginda di pihak yang benar, telah dianugerahkan dengan
beberapa mukjizat yang berupa kuasa sakti. Adakah ianya benar? Apa pula
pendapat teman-teman bila saya berkata Dajjal juga mempunyai kuasa sakti untuk
menghidupkan yang mati, terbang, dan membelah bulan? Adakah Dajjal membawa
kebenaran jika begitu?
Oleh itu, apakah neraca yang digunakan untuk menentukan
kebenaran itu? Sukar benar nampaknya untuk menentukan apa yang dinamakan
kebenaran itu. Kebenaran bukanlah sesuatu yang keras seumpama kuasa sakti tadi.
Kebenaran juga bukan berupa suatu yang malar, tetap dipermukaan seperti etika
tadi. Kebenaran sifatnya lembut, tapi tegas. Ia membawa cahaya menerangi hidup
manusia. Ia membawa kebaikan kepada manusia.
Dahulu umat jahiliyyah Quraisy hidup dalam kegelapan dan
kekusutan hidup dek kerana system hidup jahiliyyah. Mereka merompak, berzina,
membunuh, berperang, menindas dan banyak lagi kezaliman. Hidup tidak tenteram.
Masyarakat eropah sebelum kurun ke 16, hidup dalam system teokrasi yang
mempercayai kristien dengan taqlid dan ta’asub, dan kristien itu pula telah
diseleweng. Paderi-paderi telah dibenarkan menindas atas nama ugama, merampas
tanah-tanah, menyiksa hamba-hamba, hanya atas nama ugama. Lama-kelamaan,
kebenaran mula muncul di tanah eropah barat. Berlaku revolusi diperancis dan England
yang berasaskan kepada falsafah. Manusia mula berfikir, mencipta, memperbaiki
diri dan komuniti. Segala yang bersifat baik itu adalah mewakili kebenaran.
Masyarakat eropah mula menjalani kehidupan yang lebih baik berbanding
tempat-tempat lain di dunia ini. Itulah kebenaran.
Lalu, persoalannya, apakah neraca yang digunakan untuk
menentukan kebenaran itu? Maha baiknya Allah, Tuhan kita, yang mencipta
kebenaran dan mencipta pula neraca untuk menentukan kebenaran itu. Neracanya
adalah aqal manusia. Aqal dianugerahkan kepada kita untuk membezakan mana yang
baik mana yang buruk. Dari situ kita dapat bezakan kebenaran dan kebatilan.
Benar sungguh ugama Islam ini, kerana ianya diturunkan dan dapatkan difikirkan
benar atau salahnya hanya melalui aqal manusia. Aqal yang menentukan kebenaran,
bukan kuasa sakti. Aqal yang menentukan kebenaran, bukan etika atau budaya atau
sebanarang nilai lain.
Namun, aqal manusia mempunyai had. Terdapat sesetengah
perkara yang tidak mampu difikirkan oleh aqal, seperti alam ghaib (syurga,
neraka, alam barzakh, dll). Oleh kerana itu, Allah turunkan Nabi, untuk memberi
petunjuk kepada kita pada perkara-perkara diluar kemampuan aqal tadi. Kedudukan
Nabi s.a.w. sangat mulia kerana baginda mengajar manusia akan kebenaran, bahagian
kebenaran yang tidak mampu difikirkan oleh aqal. Nabi kita adalah mursyid,
murabbi, teman, sekaligus pemimpin.
No comments:
Post a Comment