Dulu,
Jalan itu begitu terang,
Semuanya hitam dan putih,
Betul dan salah,
Terang lagi mudah,
Suatu ketika dulu,
Aku pernah di situ,
Terang,
Mudah,
Bersih
Kini,
Jalan itu begitu kelam,
Pelbagai warna,
Menyibukkan, menyerabutkan,
Hingga kunampak jalan itu hanya dalam kesamaran
Ya Allah,
Aku bimbang,
Seandainya satu hari nanti,
Tidak lagi kunampak jalan pulang,
Dan Aku terpaksa memaksakan diri di sini,
Ya Allah,
Pandulah aku,
Tunjukkanlah aku jalan pulang itu,
Aku tidak redha sesat di sini,
Di dalam keserabutan ini,
Biarlah yang berlalu itu,
Berlalu begitu sahaja.
Ya Allah,
Tiada kata mampu kuungkapkan
Tiada sesalan mampu kusembahkan
Tiada tangisan mampu kucurahkan
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Dosaku setinggi Bukit Uhud,
Salahku seluas lautan.
Ya Allah,
Ampunkanlah Aku,
Kerana Sesungguhnya,
Akulah HambaMu yang paling lemah,
Dan Akulah HambaMU yang paling banyak berdosa.
SDER
17 Rabiul Awal 1430