Sunday, October 24, 2010

Satu Percubaan UntukMenyelongkar Pemikiran Ahli UMNO

Salam ukhuwwah pembaca yang budiman sekalian,

Kita sedar atau tidak sedang menuju kea rah PRU ke-13 yang mungkin akan dilangsungkan pada tahun 2012 dan mungkin juga 2011. Pada waktu-waktu yang getir ini, pengaruh Gerakan Islam PAS nampaknya semakin kuat dan semakin diterima ramai, baik dari kalangan muslim mahupun bukan muslim. Di saat ini Gerakan Nasionalis Kebangsaan UMNO yang menjadi musuh politik Gerakan Islam PAS cuba melancarkan satu serangan maut. Apakah serangan maut itu?

PAS berdiri dengan ideology Islam. Cita-cita PAS adalah melaksanakan Negara Islam. Negara Islam adalah sebuah negara yang menjalankan sistem-sistem kehidupan mengikut acuan Islam itu sendiri. Sekarang, apa kata kita menyerang PAS dengan mendakwa bahawa negara kita sekarang sudahpun Negara Islam! Maka PAS tidak diperlukan lagi! Hah, satu serangan yang sangat baik kerana ia berbentuk menghapuskan logic kewujudan PAS itu sendiri. Mari kita selidiki tuduhan ini dengan lebih teliti satu persatu agar segala keputusaa politik kita dapat dibuat dengan adil dan saksama. Keadilan merupakan asas bagi Islam.

Malaysia Sebuah Negara Islam?

UMNO nampaknya telah menangkis tuduhan asal saya bahawa mereka mempercayai bahawa Islam hanyalah sebuah agama (religion) dan bukannya satu cara hidup (way of life). Mereka berkata, tidak, mereka masih percaya bahawa Islam itu sebenarnya adalah satu cara hidup dan bukan semata-mata agama sahaja (walaubagaimanapun, hakikat ini tidak pernah dibuktikan secara kukuh kepada saya). Jadi pada pusingan pertama, marilah kita beranggapan bahawa UMNO telah berjaya menangkis tuduhan bahawa mereka hanya beriman bahawa Islam itu hanya sebuah system beribadah (solat, puasa, haji dsb). Pada pusingan kedua, nampaknya pendokong gerakan nasionalis kebangsaan ini pula melontarkan serangannya dengan mendakwa Malaysia telahpun menjadi sbeuah Negara Islam! Saya telahpun melontarkan beberapa hujah bahawa Negara Islam adalah negara yang terlaksana di dalamnya system-sistem Islam. Sistem pendidikan Islam, system hiburan islam, system undang-undang islam, system ekonomi islam, dan seterusnya.Maka pendokong gerakan nasionalis kebangsaan ini telah menyerang saya bahawa Malaysia sebenarnya telahpun melaksanakan segala system system tersebut wahai sder!

Sistem pendidikan, Malaysia telahpun melaksanakan system pendidikan Islam, kata pendokong gerakan nasionalis kebangsaan. Subjek Pengajian Islam dan Bahasa Arab telah diajar di sekolah-sekolah rendah dan menengah Negara. Jika di SMKA, beberapa subjek tambahan pendidikan Islam telah diajar. Takkanlah nak diajar seluruh matapelajaran agama dan meninggalkan matapelajaran sains? Tanya mereka. Takkanlah di darjah satu nak diajar subjek Usul Fiqh! Tanya mereka lagi. Berpada-padalah. Kerajaan amat mengambil berat tentang system pendidikan Islam dengan mengambil ramai guru-guru agama di bawah program J-QAF, program KAFA di sebelah petang, dan di sesetengah negeri seperti Johor, sekolah agama di sebelah petang adalah wajib! Tak cukup lagikah wahai sder? Nak tara mana lagi, takkanlah sder nak kesemua anak-anak kita belajar memakai serban dan menghafaz Quran tersengguk-sengguk seperti di Pakistan dan Afghanistan barulah sder nak mengakui bahawa system pendidikan Negara kita adalah system pendidikan Islam. Sder adalah contoh terbaik pandangan jumud orang-orang PAS, tuduh mereka.

Tentang system ekonomi Islam pula, kerajaan telahpun menyediakan satu platform yang cukup luas bagi system ekonomi islam berkembang. Dan untuk pengetahuan sder, kerajaan kita sekarang melihat system ekonomi islam sebagai satu peluang untuk melonjakkan ekonomi Negara. Maknanya, system ekonomi islam diterima sebagai satu system alternatif utama di Malaysia berbanding system konvensional. Dan untuk pengetahuan sder lagi, program ijazah Islamic banking, Islamic finance sedang meletup di IPTA-IPTA tempatan. Hah, sder masih lagi nak berhujjah bahawa system ekonomi kita bukan system ekonomi Islam?

Tentang system hiburan Islam pula, sder lupa ke tentang Raihan? Rabbani? Hijjaz? Dan berpuluh, malah mungkin beratus lagi kumpulan-kumpulan nasyid samada yang konservatif ataupun kontemporari. Nasyid telah diterima sebagai satu system alternative berbanding system hiburan perdana Negara. Malah di temasya-temasya hiburan, terdapat lagu-lagu nasyid popular yang menang anugerah! Itu bukti yang paling nyata untuk dihadiahkan kepada sder bahawa system hiburan islam tidak dihalang oleh UMNO.

Tentang system undang-undang, UMNO memang tidak pernah menghalang system undang-undang syariah berkembang. Kes yang berkaitan agama, diuruskan oleh mahkamah syariah, dan kes yang tidak berkaitan agama, diuruskan oleh mahkamah sivil. Saya tahu sder mungkin berhujjah mengapa terdapat dua system. Sder perlu ingat, Negara kita adalah Negara majmuk, ada orang islam dan ada orang bukan islam. Untuk menegakkan keadilan, maka ditubuhkan dua system begitu. Mungkin ianya bukanlah seratus peratus tepat mengikut pandangan agama, tapi sekurang-kurangnya UMNO telah berbuat sesuatu, kan?

Sder, sedarlah bahawa segala yang sder perjuangkan itu sudahpun dilakukan oleh UMNO, dah lama dah! Perjuangan kamu sia-sia wahai sder.

Begitulah hujjah mereka.

Hujjah balas sder kepada golongan yang beriman kepada konsep pemisahan agama:

Hujjah saudara di atas mempunyai dua kesalahan structural yang sangat besar:

1. Kesalahan pertama.

Saudara kita di atas berhujjah bahawa UMNO telahpun cuba melaksanakan segala-galanya untuk Islam DI DALAM KERANGKA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEDIA ADA. Itu masalahnya. Masalahnya, kita cuba berbincang berdasarkan perlembagaan persekutuan sedia ada yang mendefinisikan agama sebagai system ibadah semata-mata. Jadi, walaupun kita telah melakukan segala-galanya untuk Islam, ianya masih di dalam kerangka tersebut. Gerakan Islam, sebaliknya cuba membawa kerangka yang baru, iaitu kerangka Islam itu sendiri yang tidak dibatasi oleh mana-mana perlembagaan ciptaan manusia. Itu perbezaannya. Saya pernah berhujjah dengan seorang saudara kita di laman MyKMU. Hujjah beliau adalah seperti hujjah yang saya nukilkan di atas. Bila saya cadangkan kepada beliau bahawa system pendidikan kita perlu membentuk tafaqquh fi ddin di kalangan anak-anak kita, beliau menempelak saya. Tafaqquh fi ddin baginya adalah bermaksud kefahaman yang sungguh-sungguh tentang prosedur, garis panduan, syarat-syarat sah, rukun-rukun tentang solat, puasa, dan sebagainya. Sebenarnya inilah perbezaan antara PAS dan UMNO. Itu adalah definisi tafaqquh fid din bagi UMNO. Bagi PAS pula, tafaqquh fid din bukan hanya bererti memahami rukun-rukun tersebut, tetapi memahami secara faqih tentang KONSEP di sebalik amalan tersebut. Konsep, itu perkataannya. Bagi PAS, tafaqquh fid din bermaksud memahami dan menjiwai secara mendalam, MENGAPA AKU PERLU SOLAT? MENGAPA AKU PERLU SUJUD? PAS ingin membawa ROH Islam itu ke dalam system. Sementara UMNO hanya membawa fizikal Islam tanpa ROH ke dalam system. Itu perbezannya. Maka logiklah jika saudara saya tadi begitu yakin bahawa UMNO sudahpun melakukan segala-galanya untuk Islam (tapi hanya di dalam kerangka perlembagaan persekutuuan sedia ada tadi). Memang betullah hujjahnya itu. Jika dilihat status Islam di dalam perlembagaan pesekutuan, maka sder sendiri pun amat bersetuju bahawa UMNO telahpun mencuba yang terbaik untuk memenuhi tuntutan Islam berdasarkan kerangka perlembagaan persekutuan sedia ada. Masalahnya ialah, perlembagaan tersebut dirangka dengan tidak memahami bahawa Islam itu (dengan segala kesyumulannya) perlu memerintah dengan sistem-sistemnya menjadi ketua, bukannya pengikut. Untuk lebih memahami, saya membawa contoh sistem pendidikan islam tadi. Islam mahu anak-anak dibentuk pemahaman beragama di dalam diri mereka. Maka, subjek-subjek Sirah, Tafsir, Hadis (sekadar membawa tiga contoh) perlu dijadikan subjek wajib seolah rendah negara. Rasa cinta terhadap Nabi, Jihad, dan Islam perlu diterapkan ke dalam jiwa mereka, bukan hanya belajar tentang rukun solat, syarat sah kahwin, taharah semata-mata. Itu penting, tapi yang lebih penting adalah KONSEP di sebalik ibadah-ibadah itu tadi. Agama perlu dijadikan subjek utama (dengan jam pengajaran terbanyak) di seolah-sekolah dan bukannya hanya dilonggakkan ke dalam satu subjek semata-mata, Pendidikan Islam. Di dalam subjek Pendidikan Islam itulah Sirah nak diajar, Tafsir nak diajar, Hadis nak diajar, rukun ibadah nak diajar. Huh......dengan hanya 6-7 jam seminggu?

2. Kesalahan kedua

UMNO menganggap segala-galanya ini adalah politik. It’s all about politics. UMNO, dalam menghadapi cabaran politik yang penuh pancaroba, apabila dilihat suasana beragama semakin kuat dikalangan rakyat, terus berubah memenuhi permintaan tersebut. Ianya untuk mengaut undi. Siapa yang cepat berubah untuk rakyat, maka dia akan dapat kuasa. Jika rakyat Nampak-nampak macam sukakan kemajuan dan agak ketinggalan hal-hal agama, maka itu jugalah yang disuap oleh UMNO, begitulah juga sebaliknya.Itu adalah masalah UMNO.

Kini, suasana rakyat adalah kea rah keagamaan, maka UMNO berubah sepantas kilat untuk memenuhi aspirasi rakyat yang inginkan agama. Diperkuatkan system pendidikan agama di seolah-sekolah aliran agama, elaun ustaz dinaikkan, program J-QAF diwujudkan, dan bermacam-macam lagi. Bagi PAS pula, ianya bukan hanya berkaitan politic semata-mata. It’s all not solely about politics. Ini adalah KEWAJIPAN BERAGAMA. Itulah perbezaannya.

Tulisan saya kali ini agak panjang, ucapan syabas saya kepada saudara yang membacanya sehingga habis.

No comments:

Post a Comment