Friday, June 3, 2011

Mengapa kepimpinan PAS Perlu Datang Dari Luar Kelantan

Saudara-saudara pengikut Blog saya sekalian,

Dalam pada kita tengah sibuk bermuktamar memilih pimpinan baru bagi Gerakan Islam berpolitik PAS ini, teringin saya untuk memberi sedikit pendapat peribadi berkenaan dengan pemimpin bagi Gerakan Islam dalam konteks kita di Malaysia.

Saya sedar, biasanya saya kurang suka berbicara tentang soal taktikal dan strategi Gerakan Islam seperti pemilihan pemimpin dan sebagainya, namun soal taktikal pemilihan latar belakang pemimpin kali ini amat penting kerana ia membabitkan soal dasar Gerakan Islam.

Saudara-saudara smeua,
Pimpinan PAS ramai yang berasal dari Kelantan. Ini kerana sinonimnya PAS dengan Islam. Kelantan banyak pondok, anak Kelantan ramai belajat jurusan agama, orang Kelantan ramai yang jadi ustaz/ustazah. Jadi, tidak hairanlah ramai pimpinan PAS datang dari Kelantan. Kelantan nampaknya tidak pernah putus melahirkan beribu-ribu pimpinan Gerakan Islam sejak dari dulu lagi. Itu hakikatnya.

Menurut geososialnya, asyarakat Kelantan adalah serumpun dengan masyarakat dari Selatan Tahiland, Pattani, Narathiwat, dan Yala. Dari segi psikologi, masyarakat sebelah sini sememangnya terkenal dengan masyarakat yang bersifat "barbarian", keras, tidak kenal erti kalah, pendendam, agak pengotor (mungkin kerana rupabentuk muka buminya yang berbukit), gigih, dan setiakawan yang kuat. Ya, sifat-sifat ini adalah sifat smeulajadi masyarakat sebelah timur, teruatamanya Kelantan dan wilayah-wilayah Selatan Thailand. Dan mengikut sejarahnya juga, Alhamdulillah, masyarakat di sebelah timur ini dimuliakan Allah dengan Islam. Masyarakat sebelah Kelantan ini, kuat pegangan agamanya. Maksudnya, ilmu agama itu berkembang baik di sini. Alhamdulillah.

Namun, dengan sifat-sifat yang diwarisi secara turun temurun tadi, adakah orang Kelantan paling sesuai untuk mendepani/mengetuai sesebuah Gerakan Islam? Saya rasa tidak. Saya ingin bandingkan dengan masyarakat di Malaysia Tengah (Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan) dan juga masyarakat di Malaysia Selatan (Johor, Melaka). Masyarakat di sebelah Tengah dan Selatan segak-segak, kebanyakan berpelajaran, dan berhemah tinggi. Mereka tidak kuat dalam bermusuh walaupun mereka agaak penakut berbanding masyarakat Pantai Timur.

Kesimpulannya, setiap perangai semulajadi masyarakat di Malaysia, ada baik dan buruknya untuk Islam. Untuk perjuangan mempertahankan Islam, orang Kelantan yang terkenal dengan sikap keras sememangnya sangat berjasa. Namun, dari segi dakwah, saya merasakan Islam mempunyai peluang yang besar untuk tersebar melalui masyarakat Malaysia Tengah dan Selatan, berbanding Timur.

No comments:

Post a Comment