Sunday, July 22, 2012

Mahu Jadi Doktor?

Kawan-kawan,

Saya terjumpa cerita ini. A very inspirational story about a girl who work hard to achieve her dream, to become a doctor.


“Terima kasih atas sokongan dan nasihat. Susah nak cakap. Saya baru 8 bulan bertugas sebagai pegawai perubatan. Dah banyak air mata ni tumpah. Terus terang saya katakan, terutama pada adik-adik yang tengah buat medicine, tugas ni sgt besar. Jangan ingat nak jadi doktor tu semata-mata nak glamour, banyak duit, orang hormat dan sebagainya. Tak seindah yang orang bayangkan.

Kalau niat tak betulkan dari awal susah nak bertahan. Kita pegang amanah, kadang-kadang kepentingan diri sendiri memang perlu banyak dikorbankan.

Saat org lain nyenyak tidur, kita bercekang mata sampai subuh sebab rawat org Saat orang bangun tahajjud, kita masih lagi belum tidur, masih sibuk ambil darah, clerk case. Saat orang lunch, kita terkial-kial buat kerja, breakfast, lunch semuanya disatukan waktu dinner Belum lagi kena marah dgn pakar, doc senior, sister, s/nurse. Terkulat-kulat menelan malu. Kadang pesakit hargai kita, tapi ada juga yg marah-marah kat kita. Tu pun kita telan, akhirnya kenyang walaupun tak sempat makan

Saat paling sedih dalam diari saya sebagai doktor ialah saat Asyraf pergi mengadap Ilahi dan saya masih sibuk di hospital merawat bayi orang. Asyraf, anak sedara saya, lahir dengan masalah Patent Ductus Arteriosus + Transposition of Great Arteries. Saat Asyraf lahir sampai dioperate kat IJN, saya masih sibuk di NICU jaga baby orang.

Sampai Asyraf nazak di IJN, saya masih oncall tak dapat cuti. Saya jaga dan rawat bayi orang, tapi darah daging saya pun saya tak sempat tengok. Saya datang oncall haritu dgn mata bengkak dan tak henti-henti menangis. Bila tengok baby orang, saya teringat Asyraf tengah nazak. Akhirnya Asyraf kembali ke rahmatullah tanpa sempat berjumpa dgn makngah dia

Saya redha pemergian Asyraf dalam keadaan suci tanpa dosa. Selamat jalan Asyraf, semoga kita bertemu di syurga, amin

Kadang orang tak tahu derita kita. Betapa banyak air mata yang tumpah. Orang hanya tahu menilai luaran dan hanya tahu komplen. “Doktor baca paper masa pesakit tungu lama” “Doktor tak tahu diagnose” dan sebagainya. Walaupun saya tak nafikan ada juga doktor yang ada attitude problem tapi masih banyak doktor yang amanah, yang korbankan diri dan masanya
jadi janganlah kerana nila setitik, semua doktor dianggap seperti itu.


Saya pernah jaga wad ibu bersalin. Masa tu saya oncall. Datang kerja lepas subuh pukul 6 lebih, sempat minum susu segelas saja. Saya handle 4 ward sorang-sorang. Sampai pukul 7.30malam, baru jumpa nasi. Sampai lembik dan gastric. Sampai nak solat pun terkejar-kejar. Pastu datang doktor pakar, kena maki lagi (bukan marah, tapi maki) depan pesakit lagi. Air mata ni nak tumpah, tapi saya tahan tak nak nangis depan doktor tu. Saya masih bertahan tak tidur sampai pagi, besok pagi kena marah lagi


Apa yang saya hadapi ni, ramai doktor yang menghadapinya terutama doktor baru. Kawan-kawan saya dah ramai yang minta berhenti sebab tak tahan. Ada yang under psychiatric treatment sebab stress Dulu sebelum kerja, saya hairan kenapa ada doktor stress sampai nak bunuh diri. Bila dah kerja baru saya tahu betapa stesssssnya!!!

Saya hanya minta kekuatan dari Allah, berilah saya pertolongan dan kemudahan dalam melaksanakan amanah ni. Saya nak ambil medic bukan mudah. Dulu saya kelas agama kat KISAS. Cita-cita saya tinggi walaupun saya tak pandai macam kawan-kawan lain. Masa di kelas 4 agama vok 8, saya pinjam buku kawan dari kelas sains. Saya belajar sendiri kimia dan biologi. Tak sangka dapat tukar masuk kelas sains

Masa kat matriks UIA, tak dapat buat medic, saya ambil bioscience. Permohonan medic Mesir tak lulus. Saya lanjut degree biomedic di UIA Gombak. Ramadhan 2001, malam tu lepas solat istikharah saya nampak jalan akan ambil medic tapi tak tahu kat mana dan macam mana. Rupa-rupanya Allah dah aturkan jalan untuk saya.

Berkenalan dengan seorang pakar jantung secara tak sengaja. Dia bantu saya ambil exam di kedutaan Indonesia. Kalau tak silap dari 2000 orang yang ambil exam, hanya 500 yang lulus dan Alhamdulillah saya lulus. Tapi tak dapat biasiswa MARA atau JPA.

Hampir-hampir saya tak ke Indonesia sebab takde duit. Masa tu saya dah berhenti UIA sebab tak dapat attend kelas sebab saya keluar dari satu pejabat ke satu pejabat, ke Angkatan Tentera Malaysia cari sponsor. Tapi hampa.

Abah buat pinjaman bank, tapi tak lulus. Abah kerja syif kat hospital (junior MA) sampai tak balik rumah sebab nak kumpul duit hantar saya sambung belajar. Walaupun abah tahu dalam masa 1 minggu tak kan mampu nak kumpul RM20 ribu untuk yuran admission saya

Hampir-hampir abah putus asa. Tapi saya yakinkan abah, kalau tak dapat ambil medic, saya akan sambung form 6. Saya takkan berhenti belajar Masa tu saya banyak sangat masalah. Dah jatuh ditimpa tangga. Saya hanya tawakkal dan pasrah pada Allah.

Aalhamdulillah beberapa hari sebelum tarikh tiket berangkat, rayuan abah ke Bank Rakyat diluluskan. Bank Rakyat buat meeting bincang kes rayuan saya. Diluluskan dana pendidikan khusus. Segala puji bagi Allah. Duit yuran 1 semester kat UIA Gombak, muslimat UIA buat kutipan dan bantu saya. Jazakumullahu khairan katsiira.

Duit tiket mak kawan yang bayar. Beberapa bulan saya menumpang di rumah senior. Duit sewa doktor tu tolong bayar. Banyak saya hutang dia. Dia kata tak apa, yang penting saya jadi doktor untuk ummah, dia sanggup tolong saya.

1 tahun pertama, kehidupan saya di Makassar sangat menyedihkan. Sebab nak jimat dan taknak susahkan abah umi, saya ikat perut. Kakak dan adik-adik saya masih belajar dan pakai banyak duit. Saya tak sampai hati minta duit kat abah. Saya jalan kaki ke kampus, jauh juga. Saya beli nasi goreng, sebungkus RM 1.50 (3000 rupiah). Nasi tu saya bahagi dua (1 bahagian untuk makan tengahari, satu bahagian untuk makan malam). Kadang nasi tu dah basi, tapi saya telan juga Anda pernah makan nasi basi? Saya pernah banyak kali. Aalhamdulillah berkat perut saya tak sakit lepas makan nasi basi tu.

Pernah duit dalam tangan tinggal 6000 rupiah (RM 3) nak bertahan 1 minggu dengan 3ringgit macam mana? Abah tak dapat gaji lagi.. Alhamdulillah tiba-tiba mak kawan saya kirim duit zakat, dapatla saya bertahan sampai abah dapat gaji. Pernah juga ustazah buat collection dari cikgu-cikgu KISAS dan kirim duit pada saya. Terima kasih cikgu Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan yang banyak, amin.

Alhamdulillah, setelah keluar result tahun pertama saay dapat 3 pointer lebih. MARA dan JPA tawarkan biasiswa. Saya pilih MARA. Sejak tu beban abah dah berkurang. Alhamdulillah dapat saya bertahan sampai selesai ijazah sarjana muda perubatan. Setelah susah payah yang saya lalui untuk belajar medic, tak mungkin semudah tu saya nak berhenti.

Bila penat, pesakit ramai, tak cukup tidur, saya cuba bisikan dalam hati, “Aku buat kerja kerana Allah. Aku stay up attend new case kerana Allah.” Hati ni terasa lapang, kerja terasa dimudahkan. Bila stress, terasa nak marah, apalagi dengan kerenah nurse dan pesakit Tapi tak sampai hati nak marah sebab saya pun tak suka dimarah. Saya faham perasaan orang yang kena marah. Jadi amarah tu disimpan dalam-dalam, saya lempar senyuman (walaupun senyuman tak semanis biasanya sbb tgh stress) Kalau oncall, walaupun tak tidur sampai subuh, alhamdulillah saya masih boleh bercekang mata sambung kerja sampai petang. Walaupun terasa nak rebah masa buat round dengan pakar Cuma saya harap, Allah beri saya kesihatan agar saya boleh terus merawat  pesakit.


Apa yang terjadi pada saya sepanjang bekerja, juga dialami oleh semua doktor terutama doktor baru. Jadi kalau anda yang baca emel ni, ke hospital untuk mendapatkan khidmat doktor, semoga anda faham apa yang kami alami dan cuba mengerti keadaan kami Kami tak minta dihormati tapi hargailah kami yang cuba mambantu anda. Bersabarlah kalau lambat dilayani, kerana kemampuan kami terbatas. Kami tahu anda yang datang ke hospital untuk dibantu sedang sakit. Apabila anda bersabar, kami juga dengan senang hati membantu anda.

Berapa banyak doktor wanita yang saya kenal tak berumahtangga. Bila ditanya kenapa, ada yang menjawab kerana tidak mampu membahagi masa antara kerja dan tanggungjawab rumahtangga. Bukan sebab dia terlalu mementingkan kerjaya. Tapi di saat dia harus memilih antara keluarga dan kerja, dia tidak mampu handle kedua-duanya, jadi dia memilih kepentingan pesakit yang memerlukan khidmatnya dan akhirnya dia tak berumahtangga Tapi tak semua. Ada juga berjaya mengharungi kedua-dua dengan saksama.

Jadi dah jelas, kerjaya ni tak seindah yang orang sangka. Awas, kalau niat tak betul, mungkin tak kan dapat bertahan

Anda tahu, berapa doktor dibayar sekali oncall? Kalau weekdays, bermula oncall setelah habis office hour (dari jam 5 petang sampai 7 pagi besok), total 15 jam, anda hanya dibayar RM100 sahaja. Kalau weekend, start oncall jam 7am to 7am besok pagi (total 24jam) doktor hanya dibayar RM110 sahaja.

Walaupun orang kata gaji doktor besar, kami tak rasa begitu sebab teruknya belajar dan teruknya stress kerja tak dapat disama hargakan dengan harga sebuah ketenangan. Tapi rata-rata doktor, apalagi doktor baru seperti saya dan kawan-kawan saya, kami tak kisah sangat pasal bayaran. Kita nak bertugas sebagai doktor bukan kerana berapa banyak gaji yang dibayar. Kami dah dibiasakan kerja under stress. Hari oncall (tak cukup tidur atau bahkan tak tidur langsung sampai pagi) besok postcall tapi kena sambung kerja sampai balik petang atau malam, besoknya oncall lagi. Tu namanya EOD call (Every Other Day).

Jujur, saya tak menyesal memilih jalan ni. Saya rasa saya tak mampu, tapi Allah tahu kemampuan kita. Saya rasa saya tak kuat, tapi alhamdulillah Allah menguatkan saya.

Doktor tak minta anda mengucapkan terima kasih kerana ini memang tanggungjawab kami
kepuasan bagi saya apabila pesakit yang menderita dapat rawatan sempurna dan pulang dengan senyuman
Kesembuhan anda bukan ditangan kami. Kami hanya membantu mengurangkan penderitaan anda tapi Allah lah yang Maha berkuasa menyembuhkan.

Doakan saya diberi keikhlasan dalam menjalankan amanah dan dimudahkan urusan dalam ilmu dan semuanya untuk ummat ISLAM, semata-mata kerana Allah Taala. Selamat berjuang…


No comments:

Post a Comment