Thursday, October 18, 2012

Polemik Tahalluf Siasi

Teman-teman pembaca blog saya,
 
Nampaknya isu tahalluf siasi kembali bertaut di hati pengikut-pengikut setia perkembangan politik Negara kita. Dan agak terkejut juga saya menyaksikan rupa-rupanya ramai juga pendokong PAS dalam senyap masih menyimpan keinginan agar Pas dan UMNO bersatu dalam UG. Justifikasi mereka ini pelbagai, antaranya yang boleh saya senaraikan adalah:
1.       Seburuk-buruk UMNO, mereka masih  muslim, dan sebaik-baik DAP, mereka  adalah non-musim

2.       PAS bukan parti politik semata-mata, tapi PAS adalah dai’e. Jangan melihat PAS dari kacamata politik. Tugas utama PAS adalah mentarbiyah dan mendakwah. Oleh itu jalan paling baik untuk berdakwah adalah “mendatangi mereka dengan halus dan lembut”, bukan dengan cara bermusuh dengan keras sebagaiamana sekarang.

3.       Setelah era Ustaz Nasyarudin, PAS kelihatan telah tersasar peranannya sebagai sebua Gerakan Islam. Apa yang PAS inginkan kini hayalah kuasa dan ketamakan. PAS telah diresapi oleh mereka yang haya mahukan UMNO dikalahkan kerana dedam kesumat lama. Pas telah beralih dari peranannya seagai pendakwah dan penegur pemerintah.

Sahabat-sahabat pembaca blog sekalian,

Bersaksilah bahawa Pas tidak pernah mengalihkan pandangannya daripada peranan dakwah yang dibebani di atas bahunya. Buktinya? Jikalah Pas ini sudah teralih arah, PAS sudah pasti akan berkubur dengan sendirinya. PAS telah ditubuhkan pada tahun 1951 (?). Terdapat bayak lagi parti-parti lain yang ditubuhkan sezaman atau selepas PAS. Kita ada HAMIM, Berjasa, Semangat 46, Parti Keadilan Nasional, dan entah berates-ratus lagi parti serpihan yang lain. Tapi kesemua mereka telah lama terkubur. Terkubur dengan sendirinya. Tapi PAS tidak mati. Dah banyak kali kalah, disepak, diterajang, jatuh ditimpa tangga, PAS teap hidup subur tak mati-mati. Mengapa? Kerana dasar Islam PAS. Kerana PAS kekal dengan dasar Islamnya. erana itulah APS masih hidup hingga ke hari ini. 

Baiklah, kini saya akan cuba menjawa hujjah-hujjah penyokong UG di atas:

Hujjah Pertama: UMNo muslim, DAP tak muslim
Sebenarnya, UMNO dan DAP sama sahaja. Kedua-duanya adalah sama taraf. Kedua-duanya menolak Islam sebagai Ad-Din dan Ad-Daulah. Sama taraf. Cuma, berkebetulan UMNO itu mengucap dua kalimah syahadah dan DAP tidak mengucap. Itu sahaja bezanya. Yang lain-lain semuanya sama. Cara hidup mereka sama. Y. hg. Dato’ Chua Soi Lek taknak Hudud, Y Bhg. Tun juga takna Hudud. Y. Bhg. dato' Samy Vellu inginkan hiburan hodenistik, Y. Bhg. Dato' UMNO juga inginkan hiburan hedonistik. Y. Bhg. Dato' Gerakan ingin sistem pendidikan menyeluruh berteraskan sistem pendidikan barat, Y. Bhg. Dato' UMNO juga begitu menolak sistem pendidikan Islam sebagai penyelsai permasalahan manusia. Sama.

Mereka sama-sama menolak penubuhan sebuah Negara Islam berdasarkan acuan hidup Islam. Seorang menolak disebabkan idelogi demokrasinya (MCA) dan seorang lagi menolak kerana idelogi Nasonalisme kebangsaannya (UMNO).

Jadi hujjah bahawa UMNO adalah lebih baik dari DAP adalah tidak benar. Sebenarnya UMNO dan DAP adalah sama taraf sahaja.


Hujjah Kedua: PAS kena jadi parti dakwah, bukan parti politik yang tamakkan kuasa di putrajaya
Sebenarnya hujjah ini sangat dangkal. Dangkal kerana mereka yang berhujjah sebegini sebenarnya adalah orang yang buta sejarah. PAS ditubuhkan pada tahun 1951 (?) dan UMNO pada 1946. PAS dan UMNO ni ibarat dua rakan sekampung yang saling kenal mengenali antara satu sama lain. Mereka hidup bersama dah lama dah. Kenal sangat perangai masing-masing. Mereka berdua dah lalui segala-galanya bersama, selama separuh abad. Di sini saya coretkan sedikit peralanan sejarah PAS mendekati UMNO:

1950an – PAS mengambil pendekatan dakwah secara bersahabat dan menyantuni, senyum, ramah, menegur secara berhemah dan lembut. Pada ketika ini ada ramai ahli Pas yang pada masa yang pada masa yang sama menjadi ahli UMNO. Dwi keahlian banyak terjadi pada zaman ni. PAS mendekati UMO secara sangat lembut ibarat seorag adik yang sayang kepada abangnya.

1960an – Menyedari kedegilan yag begitu ta’asub dengan idelogi nasionalisme kebangsaannya, Pas mengambil pebdekatan berkeras kali ini. Menyanggah, membagkah, membantah, mengeluarka fatwa kafir dan sebagainya. PAS mengambil pendekata seumpama seorang guru disiplin memegang rotan kai ini.

1970an – menyedari teknik keras masih gagal menyedakan UMNO, PAS menukar strategi dakwah. PAS cuba mask ke dalam UMNO dan mendakwahi dari dalam kali ini. Pada tahun-tahun ini, PAS meyertai BN dan cuba membuat perobahan dari dalam.

1980an- Skelai lagi PAS gagal melalui pendekatan menyerai BN. Lalu PAS kembali dengan kaedah dakwah secara kerasnya. Pas memberi fatwa, Pas memarahi, PAS bermusuh dengan UMNO sempama seorag sahabat yang putus asa dengan kedegilan sahabat baiknya yang masih mahu kekal dengan kejahatan.

1990an- PAS menukar strategi lagi sekali. Kali ini Pas mengambil pendekatan mendamaikan. Pas beralah, PAS cuba mengambil apa sahaja platform ke arah penyatuan bagsa melatyu. Presiden Pas ketika itu, Ustaz Fadzil Noor merupakan sahabat baik Saudara ANwa Ibrahim (Timbalan Presiden UMNO ketika itu). PAS duduk di platform yang sama dengan UMNO dalam majlis Palestin. Ustaz Nik Aziz memuji pendirian Y. Bhg. Tun Mahathir dalam isu zionis dan sebagainya. PAS mencadangkan agar satu muzakarah diadakan ke arah penyatuan umat melayu, namun ditolak UMNO.

2000an- UMNO masih berkeras. PAS hilang usaha dan daya. Kali ini PAS cuba meneroka peluang dakwah baru dala arena yang lebih luas kepada non-musli. Pluang it hadir bersama PKR dan Saudara Anwar Ibrahim. Salahkah PAS?

Pas dah cuba – cara lembut, cara halus, cara masuk join ke dalam, cara keras, cara kasar – semuanya dah cuba.


Hujjah Ketiga: PAS dah berubah selepas era Ustaz Nasya

Hujjah di atas adalah hujjah seorang ahli Tabligh yang tidak cekap dalam arena politik yang hanya mengenali dakwah dalam ertikata yang sangat sempit.

Ustaz Nasya bagi saya gagal memahami situasi cabaran dakwah semasa yang dihadapi oleh Islam (bukan PAS tau, tapi Islam secara keseluruhan). Dulu, pada tahun-tahun 1950an-1980an, landskap dakwah adalah berbeza. Ketika itu, audiens dakwah Gerakan islam di Malaysia hanya berkisar sekitar orang melayu sahaja, itupun melayu di kampong-kapung semata-mata. Pada masa ini, kaedah dakwah PAS senang sahaja. Arak haram kata PAS, kita nak tutup kilang arak. Kelab malam haram kata PAS, kita na bakar kelab malam di KL. Senang dan tiada konflik. Namun, situasi berubah pada zaman tahun-tahun 1990an dan 2000an. Terdapat sekeompok kecil golongan non-muslim di Kelantan mula minat dengan PAS. Di tambah dengan kemenangan beraya PAS, PKR dan DAP pada PRU 2008 dan penubuhan PR, golongan non-mulim mula berputik rasa ingin memandang PAS. Hubungan Pas dengan cinamula intim. PAS melihat opeluag dakwa yang sangat besar di sini. Dan kita suda bercakap tentang alangkah beruntungnya Islam jika cinadapat diislamkan, banyak yang suda dibincangkan.

Jadi pendekatan dakwah harus berubah. Ianya tak semudah ABC sepertimana yang PAS alami sebelum ini. Audiens PAS kini bukan hanya golongan melayu kampong, tapi juga golongan professional melayu, teknokrat melayu, non-muslim dan pelbagai. Pendekatan yang “sehaluan” seperti dulu sudah ta sesuai lagi. Masyarakat sivil juga mula terlibat dalam arena politik melalui pelbagai kumpulan pendesak, NGO dan badan-badan lain.

No comments:

Post a Comment