Friday, June 1, 2012

Anda Bertanya, Sder menjawab


Anda bertanya: Apa itu Negara Islam?
Sder menjawab: Negara Islam adalah sebuah Negara yang mempunyai empat ciri, iaitu Negara yang menjalankan kesemua system hidup beracuan Islam secara 1) Syumul (menyeluruh) 2) Perdana (system hidup Islam tersebut merupakan system utama, bukannya tempelan/alternative) 3) Islam secara fizikalnya (Nampak di mata bahawa ianya memang Islam, bukannya setakat benda baik yang dibuat di atas nama selain dari Islam seperti integrity, menjaga kebersihan di atas nama etika dan sebagainya) 4) Islam juga secara rohnya (bukannya yang memerintah adalah nasionalis yang menjalankan system hidup Islam).
Anda bertanya: Ada apa dengan Negara Islam ini? Mengapa perlu Negara Islam? Tidak bolehkah saya menjadi seorang muslim sejati yang patuh di sebuah Negara berideologi Nasionalisme Kebangsaan seperti Malaysia ini? Di Malaysia, saya boleh solat, puasa setiap hari, pergi haji setiap tahun, berqiyamuallail setiap malam, bersedaqah sebanyak mana, beribadah sebanyak mungkin tanpa sebarang gangguan, mengapa saya perlukan Negara Islam?
Sder menjawab: Di sebuah Negara Nasionalis Kebangsaan, tidak kesemua system hidup Islam dapat dilaksanakan. Mengapa? Kerana Negara nasionalisme kebangsaan (i.e. Malaysia) tiada roh dan kefahaman Islam. Y. Bhg. Dato’ Sri najib saya pasti jahil tentang Hudud, konsepnya, mengapa ia perlu. Jadi tiada keperluan untuk sebuah Negara nasionalisme kebangsaan untuk melaksnaakan hudud (contohnya). Begitu juga dengan system pendidikan. Tiada keperluan untuk Negara nasionalisme kebangsaan menjalankan system pendidikan islam kerana system pendidikan berteraskan pedagogi British telah Berjaya membuktikan kejayaan mendidik anak bangsa sehingga ke mercu menara gading. Jika system yang ada suda terbukti Berjaya, mengapa nak diubah kepada system yang belum terukti Berjaya? Begitulah Tanya Negara nasionalisme kebangsaan kepada pejuang gerakan Islam.

Anda bertanya: SEkejap, kan aku dah kata tadi, di Negara nasionalisme kebangsaan aku boleh solat, puasa, zakat, haji tanpa gangguang, so apa lagi yang aku nak? Ko faham ke tak soalan aku ni?
Sder menjawab: Ya, saya faham soalan anda. Pertama anda perlu faham bahawa Islam adalah merupakan cara hidup dan bukan hanya merupakan ugama berbentuk Ibadah semata-mata. Dan setiap satu cara hidup ini mempunyai kaitan dan kesan ke atas cara hidup yang lain. Jika rosak satu system hidup, maka seluruh system-sistem hidup yang lain akan rosak. Ya, anda boleh solat, anda boleh pergi haji, anda boleh berqiyamullail (ini dinamakan system ibadah), tapi bagaimana dengan system perundangan? Bagaimana dengan system hiburan? Solatlah seribu kalipun, jika system hiburan tidak diubah kepada system hiburan Islam, masyarakat tetap akan rosak. Solatlah seribu kali dan tukarlah kepada system hiburan islam 100% pun, jika system perundangan masih lagi belum ditukar kepada system perundangan islam, maka masyarakat akan tetap rosak. Ia berkaitan dan member kesan antara satu sama lain. Matlamat Islam adalah kesejahteraan umat.

Anda bertanya: Ok, oklah aku terima hujjah ko bahawa Negara Islam itu perlu. Tapi kan PAS dah ubah dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan? Hah….tengok tu, so aku tak perlulah pangkah PAS kan?
Sder menjawab: penukaran istilah dari “Negara Islam” kepada “Negara Berkebajikan” hanyalah perubahan istilah yang dibuat sebagai strategi dakwah. Di dalam Al-Quran, sepertimana yang ditegaskan oleh Ustaz Hadi, tiada satu tempatpun yang disebut “Negara Islam”. Istilah “Negara Islam” ini hanyalah satu istilah yang dipopulakan oleh Gerakan Islam ikhwan Musminin di Mesir dan kemudiannya dicedok oleh gerakan-gerakan islam lain di seluruh dunia. Istilah “Negara Islam” ini dipilih mungkin kerna ianya ringkas dan senang difahami. Namun, zaman telah berubah. Lanskap dakwah telah berubah. Suatu masa dulu, dakwah PAS hanya berkisar di kalangan orang melayu kampung sahaja. Sebab tu kesannya kini, orang kampong, hamper majoritinya menyokong PAS. Kemudian, dakwah PAS berubah sedikit merangkumi orang melayu peringkat pertengahan. Pada zaman ini, ramai cikgu dan kakitangan kerajaan menyokong PAS. Kemudian, landskap dakwah PAS berubah sekali lagi. Pada tahun-tahun 1990an, penyokong PAS bertambah kepada golongan professional melayu, ahli korporat, jurutera, doctor, dan akuntan pula menyokong PAS. Pada masa ini, penyokong PAS semuanya adalah orang melayu muslim. Pas tiada masalah nak terangkan Islam secara jelaskepada mereka. Jika arak itu haram, maka Pas dengan senang hati akan berkata “arak adalah haram dan kita takkan buka kilang arak”. Senang, tiada konflik bagi PAS. Namun, selepas tahun 2008, landskap dakwah PAS telah berubah. Cina dan India mula mendekati PAS atas sebab politik (bukan atas sebab ugama). Cina-cina mula beli Harakah. India-India mula hadir ceramah PAS. Cina-cina mula memetik ayat suci Al-Quran dalam ceramah mereka. Landskap dakwah PAS perlu berubah. Arak sememangnya haram dalam Islam, namun islam member sedikit ruang kepada non-muslim untuk mengamalkan ugama mereka. Jika arak dihalalkan dalam ugama Kristien contohnya, maka pemerintah Negara Islam perlu menghormati hak tersebut. Hubungan PAS dengan golongan non-muslim berjalan lancer selepas tahun 2008. Pas gembira dengan hubungan yang baik ini kerana ianya boleh dijadikan platform untuk dakwah. Namun, terdapat satu perkara yang umpama menjadi duri dalam daging kepada hubungan baik tersebut. Perkara tersebut adalah “Negara Islam”. Ya, non-muslim boleh menerima PAS yang menentang rasuah. Non-muslim boleh terima PAS yang menentang penyelewengan. Non-muslim boleh menerima PAS yang menolak kronisme. Tapi bila tiba bab “Negara Islam”, mereka segera menutup telinga dan memandangkan dengan penuh prejudis. Istilah “Negara Islam” bagi kaum cina seringkali dikaitkan dengan Negara Afhanistan yang menolak kemajuan, menolak kemodenan. Istilah “Negara Islam” bagi kaum India pula seringkali dikaitkan dengan Negara Taliban di mana setiap warga dipaksa memakai jubah dan menyimpan janggut. Istilah “Negara Islam” ini dikaitkan dengan Hudud, dengan potong tangan, dengan rejam. Maka, atas sebab maslahah dakwah, istilah tersebut perlu diubah. Dan PAS telah merubahnya kepada istilah “Negara berkebajikan”.

Anda bertanya: Ok, mungkin aku boleh terima la kot hujjah ko. Tapi aku rasa tak sama maksud Negara Islam dengan Negara berkebajikan. Pada aku, Negara Islam bermaksud Negara yang menjalankan Hudud, sementara Negara berkebajikan pula membawa makna Negara “welfare state” yang cakna rakyat, menolak penyelwengan, berintegriti dan menjalankan urustadbir yang baik. Tak sama bro, ko jangan nak putar belit bro.
Sder menjawab: Negara Islam adalah sama maksud dengan Negara berkebajikan. Negara Islam bermaksud bukan hanya Hudud, tapi sebuah Negara yang menjalankan kesemua system hidup acuan Islam. Di Negara Islam ada Hudud, di Negara berkebajikan juga ada Hudud. Di Negara Islam ada system hiburan islam, di Negara berkebajikan juga ada system hiburan Islam. Negara islam ada system pendidikan Islam, di Negara berkebajikan juga ada system pendidikan islam. Begitulah seterusnya. Semuanya sama, cuma istilah sahaja berbeza. Cuma dari segi budayanya, memang saya akui istilah Negara Islam sering dikaitkan dengan Hudud. Strategi PAS adalah nak ubah pandangan masyarakat (terutamanya non-muslim) bahawa Negara Islam juga mempunyai “sisi kebajikannya” tersendiri dan bukan hanya semata-mata berkisar tentang Hudud. Maka, disebabkan strategi inilah, istilah ditukar.

Anda bertanya: Camnila sder. Ok…Okkkk….mungkin aku boleh terima pendapat ko ni. Sebenarnya aku taknak fikir semua ni. Walaupun apa yang ko kata semuanya mungkin betul, tapi tengok, disebabkan kedegilan PAS dan kedegilan orang-orang macam ko ni la yang menyebabkan orang Islam di Malaysia ni berpecah belah. Tak boleh ke kita hidup aman damai antara satu sama lain, hormati antara satu sama lain. Jangan diambil kisah tentang orang politik nak bergaduh. Aku Cuma nak kita hidup aman damai, nak beribadah pun senang, kan?
Sder menjawab: Tiada damai selain dari Islam. Tiada penyatuan selain dari dasar Islam. Islam akan menang, naasionalisme kebangsaan akan hancur. Ini bukan perbalahan antara PAS dan UMNO, tapi ini adalah perbalahan antara ideologi Islam vs ideology nasionalisme kebangsaan. Ini adalah perbalahan antara kebenaran dan kebatilan.

Anda bertanya: Tengok tu, degil gila! Orang macam ko ni la yang ta’asub membabi buta, taknak kalah, degil kepala batu, taknak terima pandangan orang lain.
Sder menjawab: Sahabat, saya bukan ta’asub, malah saya masih lagi waras dan sane dan berpijak di bumi yang nyata. Saya tidak ta’asub, tapi saya beriltizam dengan Islam. Sesungguhnya ugama itu adalah nasihat menasihati. Saya bukan membenci tuan, tapi saya membenci ideology yang tuan anuti. Saya akan menyantuni tuan dan memberi masa untuk tuan berubah walaupun berupuluh tahun mengambil masa. Ya benar, PAS bermusuh dengan UMNO, tapi pintu muzakarah sentiasa dibuka, 24 jam. Saya bersedia member penerangan kerana Islam mempunyai jawapan untuk semua perkara. Islam bukan seperti ugama Kristien yang mempunyai beberapa perkara ketuhanan yang kita dilarang bertanya tentangnya. Islam terbuka, tanyalah apa saja yang kamu mahu, Islam mempunyai jawapannya.
Sder bertanya: Ada sesiapa mahu bertanya apa-apa soalan lagi? DIpersilakan.

No comments:

Post a Comment