Thursday, June 28, 2012

Saya dan PAS

Sahabat-sahabat sekalian,

Saya berasal dari Kelantan
Saudara mara saya ramai berpengajian bidang ugama
Saya bersekolah Arab di Kelantan
Rumah saya hanya 5 minit dari rumah Ustaz Nik Aziz
Ayah saya pernah berkhidmat dengan Ustaz Nik Aziz dalam pentadbiran Kelantan

Wah, apa lagi sebab yang lebih kuat untuk menjadikan saya seorang penyokong PAS? nampaknya dengan sebab-sebab di atas, memang ditakdirkan saya menjadi pendokong PAS. Kalau saya masih lagi belum menyokong PAS walaupun mempunyai latarbelakang seperti di atas, memang gila lah saya ni. Tapi itu bukanlah sebenarnya sebab saya menyokong PAS.

Saya bernasib baik dibesarkan dalam keluarga yang menitiberatkan pendidikan ugama. Selepas UPSR, walaupun saya mahu ke sekolah menengah biasa, namun ayah tetap berkeras mahu saya ke sekolah arab. Dan dari segi politik, saya amat-amat bernasib baik mengenali Islam dahulu sebelum saya mengenali PAS. Saya kenal qiyamullail bersama Pemuda PAS lebih dahulu sebelum saya kenal berdemonstrasi politik Pemuda PAS. Saya kenal kuliah Subuh PAS terlebih dahulu sebelum saya mengenali ceramah politik PAS. Saya terlebih dahulu mengenal kuliah tafsir Ustaz Nik Aziz sebelum saya mengenal debat politik PAS di Parlimen. Saya kenal Kuliah Sirah Nabawiyah Ustaz Mat Daud Iraqi lebih dahulu sebelums aya kenal Tahalluf Siasi PAS dan Pakatan. Hasilnya, saya mengenali PAS sebagai sebuah badan dakwah terlebih dahulu sebelum saya mengenali PAS sebagai sebuah parti politik. Alangkah beruntungnya saya.

Ada pula di sana mereka yang mengenali PAS sebagai sebuah parti politik terlebih dahulu sebelum mengenali PAS juga merupakan sebuah Gerakan Islam. Mereka ini kenal demonstrasi politik PAS lebih dahulu dari kenal qiyamullail PAS. Mereka lebih dahulu kenal debat pilihanraya PAS berbanding dengan kuliah Jumaat PAS. Mereka juga kenal perarakan calon pilihanraya PAS sebelum kenal solat berjamaah PAS. Maka tentunya pendekatan saya dengan mereka amat jauh sekali berbeza, walaupun kami sama-sama merupakan pendokong PAS.

Apa yang benar dengan PAS?
PAS benar di sisi ugama kerana berkehendakkan Islam tertegak sebagai pemerintah di sebuah Negara bernama Malaysia. Kawan-kawan, kita kena faham bahawa tanggungjawab mendirikan sebuah negara Islam adalah merupakan tanggungjawab ugama. Perhatikan istilah yang saya guna - "tanggungjawab ugama". Apa maknanya? bagi sesetengah ahli PAS, mereka menafsir istilah "tanggungjawab ugama" sebagai hak mereka untuk mengadili orang lain - "aku benar, mereka salah, kerana kerja yang aku buat ni adalah kerja ugama, diberi pahala oleh Tuhan". Bagi saya pula, saya mantafsirkan istilah "tanggungjawab ugama" sebagai satu kerja yang sangat berat untuk mendidik umat, bukannya hak untuk menyalakan api permusuhan, mengadili muslim yang bukan sefikrah (dah aku benar dan ko salah, aku akan masuk syurga dan ko akan masuk neraka, pergi mampos UMNO!), dan bersikap ta'asub melampau. "Tanggungjawab ugama" bagi saya adalah kerja ugama yang diberi pahala oleh Tuhan untui menghapuskan segala idealogi jahiliyyah (termasuk sekularisme, nasionalisme kebangsaan, liberalisme, dan lain-lain) dan mengajak umat kepada idealogi Islam. Bagaimana kaedah untuk mengajak kepada idealogi Islam itu? Hah, yang itu terpulanglah pada kebijaksanaan pimpinan Gerakan Islam tadi, nak berkeras ke, nak berlembut ke, nak bertegas ke, atau bagaimana. Yang pastinya, natijahnya adalah mengajak orang semua menjadi baik, tak kira UMNO atau PKR atau DAP.

Apa yang salah dengan PAS?
Sifat Ta'asub yang keterlaluan. Terdapat segelintir pendokong PAS yang bersikap ta'asub membabi buta terhadap PAS. Contoh, terdapat kematian pendokong PAS di Terengganu, maka mayatnya akan disaluti dengan bendera PAS ke tanah perkuburan dengan alasan nak tunjuk dekat Tuhan, bahawa si mati ini ahli PAS. Ta'asubnya. Sahabat, percayalah, PAS tiada nilai satu sen pun di sisi Allah jika niatnya tidak betul. Nilai PAS bukan kerana namanya "PAS" tapi kerana PAS membawa perjuangan Islam. Sifat ta'asub boleh menghilangkan segala pahala berjamaah kita bersama PAS seumpama api memakan daun-daun kering. Alangkah ruginya kita. Sifat ta'asub ni merupakan tanggungjawab pemimpin. Pemimpin boleh menyemarakkan semangat ta'asub ini atau memilih untuk mententeramkan sifat ta'asub ini.

PAS kekadang saya lihat berpendekatan terlalu confrontational (konfrontasi). Mereka memusuhi UMNO seakan-akan tiada tanggungjawab dakwah di bahu mereka. Mungkin tuduhan saya ini sedikit keterlaluan. Entahlah.

Bagaimana PAS seharusnya?
Wahai para sahabat pendokong PAS. Saya juga orang PAS. Malah, PAS saya mungkin lebih karat hijau dari PAS sahabat-sahabat semua. Banyakkanlah senyum bebanding bengis bila berhadapan dengan UMNO. Perbanyakkanlah menyebut "kita semua adalah sama-sama muslim" dari "aku lebih islam dari kamu". Ambillah pendekatan "Kebersamaan" berbanding "Ini Geng kita, itu Geng depa".

No comments:

Post a Comment