Menyambung tulisan saya sebelum ini berkenaan pandangan
sesetengah ahli PAS sendiri yang agak kritikal terhadap strrategi PAS untuk
bertahalluf Siasi dengan PR, saya ingin menyambung sedikit lagi pandangan saya
mengenai polemic tersebut.
Sesungguhnya pandangan golongan yang kritikal terhadap
strategi PAS untuk bertahalluf dengan PR adalah dipengaruhi oleh sikap
sesetengah pendokong ta’asub PAS. PAS telah mengambil keputusan untuk
bertahalluf dengan DAP dan berpakat dengan PKR melawan UMNO dalam pentas
politik Negara. Pada masa yang sama, terdapat sesetengah pendokong PAS di
kampong-kampung di Kelantan (yang sememangnya terkenal dengan sikap gedebe
mereka) bersikap sangat keras dan menjadikan UMNO sebagai musuh, samada musuh
batang tubuh dan musuh idelogi juga. Ini sebenarnya tiada kaitan dengan PAS,
tetapi ada kaitan dengan sikap dan genetic orang Kelantan itu sendiri yang
keras dalam bermusuh.
Lantas, melihat gelagat keras pendokong-pendokong ta’asub
PAS dari kampong-kampung di Kelantan terhadap UMNO, terdapat segelintir ahli
PAS yang menolak Tahalluf. Mereka berpendapat, UMNO itu muslim, DAP itu kafir, mengapa
UMNO dilayan secara keras dan dihina sebegitu rupa dan sebaliknya DAP itu kafir
mengapa dimenangkan segala tindak tanduk mereka? Lantas dilampirkan segala
hadis Nabi berkenaan keutamaan menjaga ukhuwwah sesame muslim, keutamaan muslim
berbanding golongan kafir, dan seterusnya. Mereka berkata sedemikian seolah-olah
apabila PAS tidak bertalluf dengan BN, maka tamatlah sebarang hubungan Pas dan
UMNO dan tiada lagila ruang PAS ntuk berdakwah terhadap UMNO dalam platform
yang lain. Begitulah lagak mereka….
Dek kerana kekurangan ilmu dan dek kerana sifat dendam yang
membara, pastinya golongan ini akan menentang UMNO habis-habisan tanpa memahami
tuntutan dakwah terhadap UMNO. Namun, sebagai ahli PAS, bagaimanakah PAS harus
berdepan dengan golongan yang keras di dalam PAS ini?
Terdapat sesetengah sahabat saya menegur mereka ini dengan
menyindir, dengan memprovokasi mereka, menaikkan darah mereka. Sahabat saya itu
memperli mereka, melawan arus pemikiran mereka dengan gaya yang tidak
sepatunya, menegur dengan cara yang keras dan menyindir.
Golongan yang ta;asub ini adalah ahli PAS. Menangani golongan
ini bukanlah dengan cara menegur secara terbuka dan memalukan di hadapan
khalayak. Golonga yang dijinakkan hati ini hendaklah ditegur dengan cara yang
lembut dan berhikmah. Mereka telah berada dalam saf jamaah. Menegur sahabat
sejamaah perlulah berlainan dengan menegur mereka yang berada dalam Parti yang
beridelogi selain dari Islam, seperti UMNO. Menegur sahabat hendaklah dengan
cara yang lembut dan berhikmah.
Jika teguran dibuat secara terbuka, memalukan mereka di
hadapan khalayak, ditambah pula dengna sindir dan diletakkan hadis-hadis untuk
menunjukkan kita ini adalah pejuang yang alim dan mereka adalah golongan yang
jahil, mungkin akan menjauhkan lagi hati mereka terhadap ajaran Islam yang
dituai secara berjamaah ini.
Saya ingin mengambil peluang ini untuk menegur ahli-ahli PAS
yang lama dengan PAS dan yang terbiasa dengan cara hidup berjamaah dalam PAS,
berhati-hatilah dalam menegur sahabat-sahabat baru dalam PAS. Mereka yang
dijinakkan hati ini hendaklah ditanganai dengan cermat, halus, dan cerdik.
No comments:
Post a Comment