Pada hari ini saya ingin bercerita mengenai dua ideology
utama yang melanda umat Islam di sleuruh dunia. Saya akan membincang apa itu
kedua-dua idelogi tersebut, dan bagaimana bentuknya, mengapa ideology ini
timbul dan bagaimana umat mahu berlepas diri dari kedua-dua ideology yang
sangat berbahaya ini.
Di zaman dahulu kala, syirik berlaku dalam bentuk yang
sangat jelas, iaitu berbentuk ugama dan kepercayaan ritual selain dari Islam.
Di zaman dulu, kita dapat mengenalpasti syirik dengan amat senang. Jika Abu
mengisytiharkan diri keluar dari Islam dan masuk ugama kristien, maka tiada isu
di situ. Kita boleh terus menuduh si Abu terjebak dalam aktiviti mensyirikkan
Allah. Jika si Fuad terlibat dalam aktiviti bomoh, menyimpan toyol, memuja
hantu raya, maka sahlah si Fuad syirik. Jelas. Begitulah bahana yang melanda
umat di zaman dahulu kala. Syirik berlaku dalam keadaan yang sangat jelas.
Namun setelah manusia menjengah masuk kea lam moden, gejala syirik melanda umat
dalam bentuk yang samar dan kabur, tidak sejelas kes si Abu dan si Fuad tadi.
Persoalan kepercayaan seseorang terhadap hidup amat berkait
rapat dengan persoalan aqidah. Jika si Aminah tidak mempercayai ketentuan qada’
dan qadar Allah ke atas dirinya, tidak berpuas hati dengan nasib dirinya, malah
melawan taqdir dengan menyumpah seranah untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya,
maka aqidah dia rosak. Kita kena faham bahawa aqidah tidak hanya rosak jika
kita menyembah berhala sahaja. Aqidah boleh rosak jika kita menolak hukum hakam
Allah (please lah, jangan difikirkan Hudud sahaja. Hudud itu hanya sebahagian
kecil dari ugama. Hukum hakam Allah luas).
Terdapat dua penyakit syirik utama yang melanda umat pada
zaman kini, iaitulah ideology sekularisme dan idelogi nasionalisme kebangsaan.
Apa itu sekularisme?
Sekularisme adalah satu kepercayaan yang memisahkan urusan
keduniaan manusia (ekonomi, pendidikan, hiburan, perundangan, dan beberapa
system hidup yang lain) dengan urusan keakhiratan (ibadah dan sebahagian urusan
social (munakahat) manusia). Kenapa perlu dipisahkan urusan kedua-dua alam ini?
Pada pandangan sekularis, kedua-dua urusan alam tersebut (alam dunia dan alam
akhirat) perlu dipisahkan kerana sentiment keakhiratan manusia akan menghalang
fungsi otak manusia untuk berfikir secara objektif jika ugama dibenarkan mencampuri
urusan keduniaan manusia. Masyarakat secular beriman bahawa otak dianugerahkan
Tuhan kepada manusia untuk membuat pertimbangan yang waras dan objektif untuk
kepentingan hidup manusia. Dalam urusan ekonomi contohnya, otak manusia yang
tidak dipengaruhi oleh sentiment ugama mampu berfikir secara waras bagaimana
mahu uruskan ekonomi dengan tepat untuk kebaikan sejagat. Matlamat sekularisme
adalah sebenarnya baik. Sekularisme mahukan kebaikan kepada umat manusia.
Namun, tanpa panduan dari wahyu, sekularisme berfikir secara objektif bagaimana
mahu diuruskan ekonomi manusia secara trial and error. Mula-mula dia cuba
komunisme. Bila komunisme gagal, dia cuba pula fasisme. Bila fasis juga gagal,
dia cuba pula kapitalisme. Dan kapitalisme Nampak Berjaya sehinggalah tahun
2006. Pada tahun 2006, kepitalisme ternyata juga gagal kerana kelemahan
capitalism mengawal sifat ketamakan manusia (dalam system capitalism, kemajuan
dipacu oleh sifat tamak manusia). Sekarang, sekularisme masih lagi tercari-cari
system ekonomi yang sesuai untuk umat manusia. Terbaru, mereka sedang bercakap
tentang bagaimana mahu mengawal capitalism dengan de-deregulation. Entahlah,
tak habis-habis trial and error. Bilakah skeularisme akan berjumpa dengan
system hidup yang benar-benar membawa kebahagiaan kepada umat manusia?
Jawapannya, jika tanpa dipandu oleh wahyu, selama-lamanya skeularisme akan
gagal. Sekularisme telah dikenalpasti sebagai terkeluar dari Islam. Sekularisme
syirik kerana percaya bahawa Islam itu hanya mengandungi system ibadah sahaja.
Sistem-sistem hidup yang lain yang bersifat dunia (system ekonomi, pendidikan,
hiburan, dll) adalah tidak termasuk dalam Islam.
Pada tahun awal kemunculannya, umat Islam menghadapi masalah
mengenalpasti penganut fahaman sekularisme ini. Ini kerana penganut fahaman ini
juga mengaku bahawa dirinya juga berugama Islam. Penganut skeularisme ini
mungkin terdiri dari mereka yang sangat wara’ dari sudut system ibadahnya.
Mereka solat berjamaah di awal waktu, menunaikan haji setiap tahun dan tidak
pernah meninggalkan qiyamullail, dan mengisi masa lapang dengan berusrah dengan
teman-teman. Mereka berserban dan berjubah setiap waktu dan mengajar Al-Quran
di hari munggu untuk anak-anak kampong mereka. Wara’kan mereka ini? Tapi di
sudut system hidup keduaniaan, mereka beriman bahawa Islam hanya terhenti di
system ibadah sahaja dan tiada kaitan dengan system-sistem hidup keduaniaan
yang lain seperti system pendidikan, system ekonomi, system perundangan dan
lain-lain. Mereka ini beriman bahawa Islam itu hanya solat, puasa, Haji, zakat,
dan perkara-perkara berbentuk ritual keagamaan seumpamanya. Mereka berunsungguh-sungguh
tanpa kenal penat lelah untuk mengerjakan system ibadah ini. Tapi Islam bagi
golongan ini, hanya terhenti di setakat itu sahaja. Inilah sekularisme.
Namun, setelah umat berhadapan dengan sekularisme selama
beberapa abad, umat sudah mampu mengenalpasti golongan sekularis yang jahat
ini. Walaupun wara’, umat dah dapat membezakan kewarakan golongan sekularis ini
rosak kerana mereka beriktiqad bahawa Islam terpisah dari urusan dunia dan
akhirat. Syabas kepada umat ini!
Namun, setelah sekularisme nampak semacam telahpun dapat
dihadam oleh umat (dikenalpasti dan dikecam dengan pasti), timbul pula satu
ideology baru yang menjadi musuh umat Islam. Idoelogi baru ini saya namakan
sebagai “Nasionalisme Kebangsaan”. Apakah itu nasionalisme kebangsaan?
Idelogi nasionalisme kebangsaan
Dahulunya, umat Islam bernaung di bawah naungan kuasa
khilafah Islam. Tiada Negara bangsa bagi Islam. Kemudian, setelah geopolitik
dunia berubah, berlaku beberapa perang dunia yang melihat kejatuhan kerajaan
khilafah islamiyyah tadi. Umat-umat Islam disleuruh dunia terpisah dengan
garisan sempadan Negara masing-masing. Umat Islam di seluruh dunia mula
mengenali Negara bangsa dan terpisah antara satu sama lain. Banyak
Negara-negara umat Islam dijajah oleh penjajah barat pada ketika itu. Kemudian,
Negara-negara umat Islam ini kemudiannya dimerdekakan sebagai sebuah Negara
yang terpsiah dari Negara-negara umat Islam yang lain berdasarkan bangsa umat
Islam itu. Umat melayu merdeka dari British dan menamakan Negara mereka sebagai
Negara Tanah Melayu. Umat Islam Jawa, terpisah dari umat Islam Malaysia apabila
mereka memerdekakan diri dari Belanda dengan menamakan Negara mereka sebagai
Negara Republik Indonesia. Begitu juga Negara-negara umat Islam yang lain.
Tiada lagi system khilafah bagi umat. Semuanya merdeka dengan mendirikan
Negara-negara mereka sendiri berdasarkan bangsa mereka. Lalu, persoalan “bangsa”
mula mendominasi pemikiran umat.
Idelogi nasionalisme kebangsaan adalah satu perjuangan
memerjuangkan kelangsungan bangsa mengatasi yang lain. “Bangsa” adalah
perjuangan ulung bagi penganut idelogi ini. Segala-galanya berkaitan dengan
bangsa. Mereka menyayangi bangsa. Perjuangan bangsa ini pula telah
di”institusikan” dengan penubuhan parti-parti yang berasaskan bangsa. Lalu,
kerajaan didirikan atas nama bangsa. Ideology ini meletakkan bangsa di tempat
pertama. Jika bangsa itu berbahasa melayu, maka bahasa melayu turut
diperjuangkan oleh oleh golongan ini. Jika bangsa itu mempunyai raja, maka raja
akan turut diperjuangkan oleh golongan ini. Jika bangsa tersebut berugama
Islam, maka Islam akan turut diperjuangkan oleh golongan ini. “Bangsa” itu
letaknya ditempat pertama. Selepas itu barulah perkara-perkara lain yang
bersangkut paut dengan bangsa tadi, termasuk Islam.
Fahaman nasionalisme kebangsaan ini adalah lebih sukar
ditentang oleh Islam, berbanding sekularisme tadi. Bagi sekularisme, ia dah
tetapkan satu garis yang jelas di antara system hidup dunia dengan system hidup
akhirat untuk dipisahkan. Kita Nampak jelas di situ. Mereka hanya menerima
Sistem Ibadah sahaja dan menolak system hidup acuan ugama yang lain. Jelas.
Tapi, idelogi Nasionalisme berlainan sedikit. Idoelogi ini fleksibel bentuknya.
Idelogi ini selain dari menerima system ibadah, mereka juga boleh menerima
system perundangan Islam (Hudud), system hiburan Islam, system pendidikan Islam
dan lain-lain. Tiada masalah bagi fahaman ini untuk menerima system-sistem
hidup Islam keduniaan yang lain. Saya
bagi contoh. Jika bangsa melayu berkata “Kami dah terima system ibadah, tapi
kami belum bersedia untuk menerima system perundangan Islam”. Maka, setelah
menerima arahan dari bangsa (tuan) tadi, idelogi nasionalisme kebangsaan akan
menentang system perundangan Islam habis habisan. Kemudian, setelah dua bulan,
tiba-tiba bangsa melayu berkata “Sekarang, kami dah bersedia untuk menerima
system perundangan Islam”. Setelah menerima arahan yang jelas dari bangsa
mereka, lalu idelogi ini kemudiannya berjuang bersungguh-sungguh pula untuk
melaksanakan system perundangan untuk bangsa yang mereka cintai itu. Nampak
tak? “Bangsa” adalah tuan mereka. Segala-galanya berkait dengan bangsa tadi.
Terima atau tidak system hidup Islam adalah berdasarkan “arahan” dari bangsa
tadi.
Idelogi nasionalisme kebangsaan ini lebih sukar ditentang
oleh Islam berbanding skeularisme kerana sifat mereka yang mampu menerima
seluruh system-sistem hidup tanpa had (tidak sebagaimana ideology sekularisme
yang menghadkan hanya system ibadah sahaja untuk diterima). Jika Islam berkata
kepada ideology nasionalisme kebangsaan “Hey ideology nasionalisme kebangsaan,
kamu adalah menyelweng dari Islam kerana kamu tidak melaksanakan Islam secara
syumul!”, maka ideology ini boleh membalas balik “Wahai Islam, siapa kata kami
tidak syumul melaksanakan Islam? Lihat, kami dah laksanakan system pendidikan
Islam (sekolah ugama, pondok), system hiburan Islam (industry nasyid tempatan),
system munakahat (pejabat Qadi untuk daftar nikah, pengasingan koc komuter bagi
perempuan), dan banyak lagi system-sistem hidup Islam yang lain. Siapa kamu mahu
menuduh kami menyelweng dari Islam?