Monday, May 17, 2010

Agama dan Politik: Suatu Pandangan Kristien

Salam,

Semasa zaman kegelapan melanda negara-negara Eropah pada kurun-kurun sebelum kurun ke-16 dulu, agama Kristien Katholik menguasai Konstantinople (Istanbul sekarang). Pandangan serta arahan pihak gereja pada masa itu dianggap sebagai suci (sacred) dan setiap kata-kata yang keluar dari gereja dianggap sebagai kata-kata Tuhan. Kekuasaan mutlak yang dinikmati oleh pihak gereja ini telah membuka banyak ruang-ruang korupsi di kalangan paderi-paderi katholik pada masa itu, sehinggakan perkara-perkara sekecil berapa peratus cukai yang perlu dibayar oleh rakyat juga dilaungkan sebagai arahan dari Tuhan!

Keadaan beragama yang mutlak ini telah menyebabkan ketua-ketua paderi pada masa itu mempunyai kuasa yang sangat besar sehinggakan dapat mempengaruhi pihak istana pada masa itu. Pihak gereja mempunyai dua keistimewaan di tangan mereka, iaitu agama dan politik. Ketamakan pihak gereja untuk mengekalkan kuasa menyebabkan mereka menyandarkan apa sahaja perbuatan mereka kepada agama dan Tuhan. "Ini adalah perintah dari Tuhan, jadi kalian semua perlulah mengikut apa sahaja perintah kami". Begitulah kata-kata paderi mereka. Penggunaan agama di dalam politik telah membuka peluang kepada korupsi untuk mengekalkan kuasa.

Kemudian di peringkat awal Renaissance yang berpusat di tanah Inggeris pada kurun ke-16, lahirlah di kalangan rakyat biasa mereka yang celik tulisan dan tidak buta huruf. Lalu, ada di antara mereka yang membaca kitab Bible itu dan mereka mendapati tidak semua perkara yang diperintah oleh gereja itu sebenarnya datang dari Tuhan. banyak dari arahan-arahan dari pihak gereja sebenarnya adalah arahan dari ketua-ketua gereja itu sendiri dan bukannya berasal dari Tuhan seperti yang didakwa. Arahan-arahan ini sebenarnya dikeluarkan untuk mengekalkan kuasa politik pihak gereja semata-mata dan tiada kaitan langsung dengan agama.

Gerakan rakyat ini akhirnya mendapat sokongan yang meluas dari masyarakat dan akhirnya mereka mengisytiharkan keluar dari agama Kristien Katholik dan menubuhkan Kristien baru yang dinamakan Protestan. Kristien Protestan dilihat sebagai Kristien yang lebih toleran terhadap logik dan sains berbanding Kristien Katholik. Setelah seorang maharaja Rom memeluk Kristien Protestan ini, agama ini telah berpindah dan berpusat di kota Rom. Lantas, untuk mengelakkan terjadinya perkara yang sama seperti Kristien Katholik, ketua-ketua paderi pada masa itu telah memutuskan untuk melukiskan satu garisan yang jelas antara agama dan politik. dengan kata lain, mereka telah bersetuju untuk memisahkan antara politik dan agama. Ketua-ketua paderi Protestan ini berpendapat, agama merupakan satu sentimen yang sensitif. Penggunaan sentimen agam di dalam arena politik akan mengganggu rakyat dalam sistem demokrasi untuk memilih wakil secara logik dan waras serta objektif. Penggunaan sentimen agama akan mencampuradukkan perasaan dan emosi dengan kewarasan otak untuk berfikir secara objektif. Protestan seolah-olah telah belajar daripada "kesilapan" Katholik apabila membenarkan gabungan antara politik dan agama. Bila dikeluarkan politik dan agama, maka kedua-dua sistem ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan antara satu sama lain.

Pengasingan antara agama dan politik ini amat bersesuaian dengan agama Kristien kerana sememangnya Kristianiti tidak diajar untuk merangkumi keseluruhan sistem hidup. Malah, Nabi Isa Alaihis Salam (Jesus) diutus Tuhan hanya untuk umat Bani Israel, bukannya umat manusia keseluruhan. Dan Nabi Isa hanya hidup dalam kerasulan hanya 10 tahun sahaja (jika tidak silap). Apalah sangat yang boleh diajar kepada umat dalam masa hanya 10 tahun. Nabi Muhammad sendiri mengajar Tauhid sahaja, sudah mengambil masa 13 tahun? Ini ditambah pula Nabi Isa tidak pernah berkahwin. Jadi Bagaimanabaginda hendak mengajar umat tentang perkahwinan? Tentang perceraian? Tentang pusaka? Maka tinggallah agama Kristien hanya sebuah agama berbentuk ketuhanan semata-mata.

Dan saya berpendapat, Y. Bhg. Tun Mahathir amat bersetuju dengan doktrin pemisahan ini. Y. Bhg. Tun adalah seorang insan yang sangat bijak, pintar orangnya, dan sangat objektif dalam pendekatannya. Jadi, disebabkan pendidikan Inggeris yang beliau terima semasa kecil, maka beliau amat bersetuju bahawa penggunaan agama akan mengganggu (distort) kewarasanm berfikir manusia untuk memilih partai yang cekap dan berkemampuan untuk memerintah. Penggunaan agama dalam politik akan membawa unsur-unsur hati dan perasaan di dalam kewarasan manusia untuk berfikir. Kerana itulah Y. Bhg. Tun pernah mencadangkan agar perkataan "islam" dibuang dari PAS.

No comments:

Post a Comment