Monday, May 17, 2010

Muhammad Arif Razin


Tidak pernah puas rasanya jalani hidup denganmu saban hari.......
Aku ingin lihat kau membesar…….
Bersekolah....
Nakal....
Degil......
Bercinta.....(sebagaimana aku dan ibumu dahulu)

Ingin kulihat perjalanan hidupmu...
Ingin kulihat hari-hari mendatang sehingga kau meningkat dewasa
Dan seterusnya sehinggalah kau faham akan erti semua ini.....

Tak dapat kurasakan bagaimana rasanya....
Ayah-ayah yang kehilangan anaknya....
Pasti sedihnya yang teramat.....

Kadang kala bila kulihat matamu....
Pancarannya menusuk hingga ke hati......
Menambahkan lagi kasihku padamu....
Barulah kutahu apa ertinya menyayangi seseorang.....

Mengapa?
Kerana sesungguhnya engkau adalah segala-galanya bagiku.



Sder
28 Rejab 1429
Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment