Tuesday, May 18, 2010

Tentang Saya

Semasa saya kecil-kecil dulu, saya sangat suka memandang langit dan awan. Awan yang putih bersih berkepul-kepul. Saya selalu bermimpi berada di atas kepulan awan putih yang besar pada pagi nan indah memandang kepulan awan putih yang lain disebelah. Kemudian, di waktu petang pula, semasa kepulan awan tadi tidak lagi begitu besar, hanya awan yang nipis memanjang, saya begitu asyik memandang langit membiru muda bersinar dengan cahaya matahari yang kian menghilang di ufuk barat. Sangat indah.

Semasa kecil, saya sangat meminati sebuah drama bersiri dari Australia yang disiarkan di TV3. Cerita itu mengisahkan seorang profesor Astronomi yang bekerja di sebuah stesen Astronomi yang mempunyai sebuah teleskop yang sangat besar! Profesor itu mempunyai anak-anak yang masih bersekolah. Jadi, cerita ini berkisar tentang kehidupan mereka anak beranak. Saya sangat meminati sains pada masa itu. Kamu semua nak tahu tak sebuah buku yang sangat saya sayang dan saya masih simpan hingga ke hari ini? Ianya berjudul "unsur-unsur yang membin alam" yang bercerita tentang kotak unsur-unsur kimia ang membina alam kita ini. saya membelinya lebih 10 tahun dahulu di Kedai Buku Universiti Malaya dengan harga 20 sen!

Saya sangat suka membaca. Tak tahulah kenapa. Bagi saya, hidup ini, jika tiada kawan, masih lagi tidak mengapa, asalkan jangan tiada buku. Tak betul ke saya ni? Saya pernah bermimpi berada di bulan tanpa sesiapapun di sisi. Yang ada hanyalah 10 buah rak buku pelbagai judul dan sebiji bola!

Namun entah di mana silapnya saya teperuk mempelajari benda yang tak pernah saya minat semasa kecil. Dan akibat dari kesilapan itu, saya terperangkap di dalam kerjaya yang sangat-sangat membosankan (lausy job) dan memakan masa, tenaga, dan diri saya dari hari ke hari. Dan usaha untuk memperbetulkan kembali kesilapan saya itu, terpaksa dibuat dua kali ganda berbanding usaha kesilapan yang telah saya buat itu (the effort that I have to put to correct the mistakes is twice the effort that I've taken that put me in this horrible place). Begitu sukarnya. Namun saya masih boleh bersyukur kerana bernasib baik dilahirkan di dalam keluarga yang agak berada yang mempunyai sumbe kewangan untuk saya kembali mencari jalan memperbetulkan kesilapan lalu (this is not an excuse, mind you).

No comments:

Post a Comment