Sahabt handai yang saya sayangi semuanya,
Semasa saya kecil, saya berasakan saya telah banyak belajar
tentang Islam, ugama saya. Ayah saya menyekolahkan saya di sebuah sekolah arab
yang tersohor di Kelantan. Saya berasa sangat bertuah kerana dapat belajar
tentang ugama pada ketika itu.
Saya belajar tentang An-Nazofah, tentang bab-bab solat,
bab-bab bersuci, dan banyak lagi perihal yang rumit-rumit dalam persoalan
fekah. Saya pula ditempatkan di kelas Pertama, dan para pelajarnya teramat proaktif
dan mereka selalu bertanyakan soalan-soalan “what if” dalam bab fikah harian.
Katakan Ustaz kami berkata hokum sesuatu perkara itu haram, lantas mereka akan
selalu menyampuk “Ustaz, tapi kalau begini pula apa hukumnya?”…pening ustaz
kami, hehe.
Di samping pelajaran feqah, saya juga belajar tentang bab
akhlaq dan tasauf Islam. Saya belajar tentang qanaah, tentang husnuzZon,
tentang sifat taqwa, dan pelbagai
sifat-sifat islami yang lain. Di samping itu, ada pula subjek Mahfuzat di mana
kami dipaksa menghafaz syair-syair tentang akhlaq mulia.
Selain itu, saya juga belajar subjek “Tarikh Islam” iaitu
sejarah Islam. Walaupun tak sempat mendalami ke peringkat Seerah, tapi subjek
Tarikh Islam merupakan salah satu subjek kegemaran saya di sekolah.
Pada ketika saya di peringkat SPM, saya berasakan saya sudah
banyak tahu mengenai hal ehwal selok belok ugama. Persoalan feqah, tasauf,
sirah, tafsir, hafazan, saya OK. Pendek kata, ilmu ugama yang ada pada diri
saya ketika itu, saya anggap sudah “kemas”.
Apabila saya habis belajar di peringkat tertiary, saya
belajar suatu perkara yang menakjubkan tentang ugama saya. Ketika itu, saya
diperkenalkan dengan istilah “syumul” dalam Islam. Pada ketika inilah barulah saya sedar betapa
kerdilnya ilmu saya dalam bidang ugama. Islam itu rupa-rupanya lebih luas dari
persoalan feqah, tasauf, ilmu nahu, dan seumpamanya. Saya begitu takjub
mempelajari bagaimana Islam itu mengatur masyarakat.
Pendek kata, di samping Islam itu merupakan ilmu hal ehwal
“membentuk hati di peringkat individu” atau Sistem Ibadah (sepertimana
Kristien), ia juga merupakan satu system yang mengatur kehidupan harian masyarakat
(samada muslim mahupun non-muslim) menuju kesejahteraan dunia. Maka, di posting
ini, saya akan cuba menulis tentang bagaimana Islam mengatur masyarakat.
Teman-teman yang saya kasihi,
Pertama-tamanya kita kena faham bahawa Islam itu bukanlah
sebuah ugama yanghanya semata-mata bersifat individuality, sepertimana
Kristien. Dalam agama Kristien, setiap penganutnya menerima Kristien untuk hati
masing-masing. Mereka perlu menjaga hati mereka dari sifat buruk dan tercela.
Soal pengurusan kelompok manusia atau masyarakat tiada kaitan dengan Kristien.
Sebaliknya bagi Islam, di smamping menjaga soal hati di peringkat individu,
Islam juga menjaga soal masyarakat. Malah terdapat banyak perkara penekanan
perihal bermasyarakat ini ditekankan. Kalau nak bermusafir, kena berjamaah.,
perihal imam solat, prinsip jiran, hubungan suami isteri – semuanya ini
menunjukkan bahawa Islam cakna dan sangat mengambil berat urusan jamaah. Bagi
Islam, bukan Islam jika kamu bersifat wara’ seorang diri dan lari di hujung
gunung dan beribadat sorang-sorang. Islam itu cakna, diturunkan secara
sejarahnya ditengah-tengah pusat Bandar (bukan di pergunungan sunyi). Islam itu
kelompok sifatnya, bersekali.
Sahabat-sahabat sekalian,
Sesungguhnya dalam sejarah peradaban manusia tanpa ugama,
manusia hidup secara “trial and error”. Di tamadun manusia moden, manusia kebingungan
bagaimana seharusnya msayarakat itu diatur agar mewujudkan “order” atau
keteraturan dalam masyarakat. Semasa manusia dalam zaman gelap, manusia hidup
umpama binatang. Di tanah melayu, manusia menculik isteri jiran, membunuh tanpa
dikesan, dan sebagainya. Di tanah besar eropah, manusia hidup ibarat binatang
dengan memakan bangkai, berpakaian separuh bogel, dan memperhambakan manusia.
Di tanah arab, manusia merogol, membunuh, merompak, membunuh anak perempuan
tanpa sifat peri kemanusiaan. Manusia di zaman gelap telah banyak menderita.
Lantas, untuk mewujudkan satu norma masyarakat yang teratur, manusia mula
bereksperimen.
Mula-mula manusia cuba dengan system hidup secara
feudalisme. Setelah gagal, manusia cuba pula berkesperiman dengan komunisme. Setelah
komunism juga gagal, manusia cuba pula system demokrasi dari segi urustadbir
negaranya. Dunia seakan-akan sudah menemui system hidup idamannya, sehinggalah
kurun ke-21. Kurun ke-21 mendedahkan betapa beberapa system hidup manusia yang
digunapakai sehingga kini mula menampakkan kelemahannya.
Pada system demokrasi, barat yang merupakan pelopor system
ini sendiri mula mencabuli system ciptaan mereka sendiri. Di Mesir, setelah
Gerakan Islam menang dan memerintah secara sah melalui system demokrasi, barat
(dan nasionalis) berkata “majority tidak semestinya baik untuk masa depan
sesebuah Negara” (if that does not qualify to be ranked as the highest level of
hypocracy, I don’t know what else does). Di sudut pengurusan ekonomi pula,
manusia seakana-akan telahpun menemui system ekonomi di mana manusia boleh
mengharapkan untuk menjaga kesejahteraan hidup manusia. Sistem ekonomi ciptaan
manusia itu dinamakan system kapitalisme. Sehingga kurun ke -20, manusia hidup
dengan penuh aman damai dengan kapitalisme. Kapitalisme telah membawa kemajuan
kepada tamadun hidup manusia. Dengan kapitalismelah, Revolusi Perindustrian
tercetus. Dengan kapitalisme jugalah perdagangan dunia bertambah bertriliion
dollar setiap tahun. Namun, abad ke-21 mula mendedahkan kelemahan system
ekonomi ini. Satu demi satu kelemahan system ini terpancar. Ya, sifat greed
manusia boleh menjana kemajuan, tapi sifat greed itu jugalah boleh membawa
kemusnahan kepada umat manusia sejagat. Barang diingat, walau capitalism
menemui Revolusi Eropah, fahaman ini jugalah yang mewujudkan beratus juta
manusia yang mati kebuluruan di benua afrika setiap tahun. Apabila ahli ekonomi
agung, Adam Smith mwenemui fenomena “tangan ajaib”, little did he knows yang
tangan ajaib itulah juga yang mampu membawa kemusnahan kepada umat manusia.
Nah, pada 2008, dunia dikejutkan dengan kegagalan kapitalisme. Krisis kewangan di
sub-sector real estate di Amerika Syarikat yang pada mulanya menjangkiti sector
perbankan kemudiannya telah merebak ke seluruh sector ekonomi dan membawa
kegagalan kesleuruhan system ekonomi kapitalisme. Setelah krisis ini, beberapa
pemikir ekonomi dunia telah menulis beberapa buku mengkritik kepitalisme dan
demokrasi. Malah, terdapat satu buku yang berjudul “The End of Capitalism”
ditulis oleh seorang pemikir. Kamu gagal wahai kapitalisme.
Di Malaysia pula, seorang ahli politik Gerakan Nasionalisme
Kebangsaan yang juga merupakan seorang pemikir, Dato’ Saifuddin menulis satu
makalah kononnya mencadangkan beberapa langkah bagi memperbaiki system
demokrasi yang diamalkan oleh pemerintah. Beliau mencadangkan antara lain, idea
berkenaan integrity, kebebasan, dan inclusiveness yang perlu diberi perhatian
oleh pemerintah, iaitu partinya. Saya cukup hairan dengan beliau. Tersangat
hairan. Mengapa beliau tidak melihat kepada Islam sebagai pengganti system yang
cacat sedia ada itu? Mungkin agaknya
beliau menyangka “Hey jangan layan saya seperti saya ini orang kafir, sder! Saya adalah
muslim seperti kamu, saya mengucap, saya solat, dan sehingga ke hari ini, saya
dah 4 kali naik Haji as compared to you! Ini tiada kaitan dengan Islam, ini
tiada kaitan dengan aqidah! Kami telahpun Islam for god sake! Ini hanyalah
berkaitan dengan soal governance yang tiada kaitan dengan Islam. Ini hanyalah
soal pengurusan, bagaimana mahu diuruskan demokrasi, tiada kaitan dengan
aqidah, syahadah, solat atau Haji! Stop it Sder!” Mungkin begitulah
agaknya bentak Y. Bhg. Dato Saifuddin jika beliau membaca artikel saya ini.
Sebenarnya, Islam mempunyai segala kaitan dengan cara
bagaimana “mahu diuruskan demokrasi “ itu. Soal integrity bukan soal baru di
dalam Islam. Soal transparency juga bukan soal baru di dalam Islam. Soal
kebebasan bersuara bukan soal baru di dalam Islam. Soal the rule of law bukan
soal baru di dalam Islam. Isu governance yang dicadangkan oleh Y. Bhg. Dato’
Saifuddin sebenarnya sudah diceritakan oleh Islam 1400 tahun yang lampau. Dah
lama. Tapi Y. Bhg. Dato’ Saifuddin enggan menamakan Islam sebagai sumber
cadangan beliau. Beliau memberikan cadangan tersebut seolah-olah idea berkenaan
datang dari diri beliau sendiri tanpa ada kaitan dengan Islam. Malang sekali.
Contoh lain. Sistem Sosial tajaan ideology nasionalisme
kebangsaan kini menghadapi satu keadaan yang membimbangkan. Jika dulu, system
social menurut acuan ideology nasionalisme kebangsaan ini Berjaya menghasilkan
sebuaH masyarakat yang aman damai sejahtera di kalangan masyarakat berbilang
kaum di Malaysia, kini, system social berkenaan telah menampakkan kelemahan
yang sangat ketara. Bunuh dengan menembak, ragut, gejala social, serta banyak
lagi gejala negative melanda masyarakat. Beli sahaja akhbar Harian Metro, anda
akan ketahui maksud saya. Polemik bunuh membunuh dengan mengupah pembunuh
upahan menjadi trend masakini. Saya sangat hairan, mengapa pemimpin gerakan
ansionalisme kebangsaan tidak melihat kepada Islam (Hudud) sebagai
penyelesaian. Berilah Islam satu peluang untuk selesaikan masalah ini, saya
berani jamin, Islam akan mampu selesaikannya tanpa sedikitpun keraguan.
Lantas barangkali ada yang bertanya, bagaimanakah Islam mahu
selesaikan segala masalah yang dihadapi oleh Negara kini? Jika kita amati,
masalah yang dihadapi oleh Negara kini berkait rapat antara stau system hidup
dengan satu system hidup yang lain. Masyarakat membunuh kerana mereka tidak
berpuas hati/geram/dendam terhadap saudara mereka. Mereka berdendam kerana
masalah kewangan (ditipu atau sebagainya). Mereka punyai polemic kewangan
kerana system ekonomi sedia ada tidak mampu memberilkan yang secukupnya buat
mereka. Dan kejadian bunuh membunuh ini berterusan kerana tiada system
perundangan yang tegas untuk menghentikannya. Dan kejadian bunuh membunuh ini
juga berlaku kerana system social sedia ada tidak mampu mengekang si pembunuh
yang mampu hidup secara berkeseorangan (Sistem social Islam tidak akan membenarkan
manusia hidup berkeseorangan). Dan pembunuh upahan itu sanggup membunuh kerana
beliau tidak dididik oleh system pendidikan yang berupaya menmbentuk dirinya
menjadi insan yang soleh. Nampak tak? Kejadian bunuh membunuh berlaku bukan
kerana polis tak cekap, tapi kerana system hidup tajaan ansionalisme kebangsaan
itu adalah satu system yang gagal. Sistem ekonominya lemah menyebabkan ramai
rakyat kelaparan. Sistem perundangan lemaha menyebabkan bunuh terus menerus
berlaku. Sistem pendidikannya tidak berkesan menyebabkan anak-anak tidak takut
berbuat dosa. Sistem sosialnya tersasar apabila meletakkan nilai di atas
material dan bukan spiritual. Hasilnya tentulah rosak dan punah ranah!
Manakala Islam pula tampil dengan system hidupnya sendiri
yang bersifat adil, inklusif, sederhana, tapi pada masa yang sama menggalakkan
kreativiti dan inovasi. Syarat yang diletakkan Islam adalah system hidup
acuannya hendaklah dilaksanakan secara kaafffah, iaitu syumul atau menyeluruh
atau komprehensif. Sistem hidup islam tadi, jika hanya diamalkan secara
selektif, maka ianya tidak akan berkesan mengatasi masalah manusia. Ianya
hendaklah diamalkan secara menyeluruh.
Selepas ini saya akan menulis secara spesifik pula setiap
system hidup Islam menyelsaikan masalah manusia.