Sunday, March 20, 2011

Mengapa Lelaki Y Masih Menyokong UMNO?

Teman-teman yang saya kasihi semuanya,

Antara Maghrib dan Isyak semalam. Dalam renyai hujan yang membasahi bumi Masjid Ar-Rahman, seperti biasa, sder telah mengadakan satu lagi pertemuan dengan seorang lagi Forumer TKO, Lelaki ”Y”. Lelaki Y adalah seorang pendokong Gerakan Nasionalis Kebangsaan, UMNO.

Berikut adalah sinopsis pegangan Lelaki Y dalam arena politik tanahair:

1. Lelaki Y mempercayai bahawa PAS adalah sebuah Gerakan Islam dan dasar dan polisi perjuangan PAS adalah benar di sisi agama. Itu tiada perselisihan bagi Lelaki Y. Yang menjadi masalah bagi beliau adalah pendekatan ”keras” dan ”bermusuh” yang diambil oleh Gerakan Islam dalam menyantuni pemerintah sedia ada sekarang (yang juga beragama Islam). Ini yang menjadi masalah kepada Lelaki Y. Disebabkan tidak bersetuju dengan pendekatan keras inilah, Lelaki Y mengundi UMNO.

2. PAS, bagi Lelaki Y, seharusnya mengambil pendekatan berhemah dan lembut dalam menyantuni UMNO, kerana UMNO itu jahil dan menjadi kewajipan mereka yang berilmu (seperti ustaz-ustaz di dalam PAS) untuk mendakwahi dan mentakirahi UMNO. Mengambil pendekatan memarahi, mengherdik, dan menghina akan menjauhkan lagi UMNO dari Islam. Kasihan UMNO. Yang bersalah adalah PAS kerana tidak bersantun dalam dakwah dan yang benar adalah UMNO kerana mereka jahil (jahil bukanlah satu kesalahan kerana mereka tidak diajar, tidak diasuh, nak buat camana?). Yang menjadi mangsa adalah UMNO, dan yang menjadi pemangsa adalah PAS.

3. Lelaki Y menempelak pendokong PAS bahawa tempoh 50 adalah satu tempoh yang lama dalam mengharapkan perubahan dalam UMNO kepada Islam. 50 tahun adalah satu tempoh yang singkat sebenarnya dalam pembinaan sesebuah negara. InsyaAllah, jika diberi lagi tempoh 50 tahun akan datang, UMNO akan berubah menjadi sebuah Gerakan Islam, dan PAS WAJIB membantu UMNO dalam melakukan perubahan ini, bukannya mengambil jalan memusuhi UMNO. PAS sepatutnya membantu UMNO untuk berubah!

4. Bagi Lelaki Y, PAS adalah benar di sisi agama, dan UMNO juga tidaklah salah di sisi agama. PAS dan UMNO adalah sama, kedua-duanya adalah partai baik-baik dah ikhlas untuk berkhidmat kepada orang melayu. Yang menjadi masalah kepada UMNO adalah individu-individu yang dilantik menjadi pemimpin di dalam UMNO yang korup, perasuah, kaki betina, gila pangkat. Individu yang menjadi masalah, bukan perlembagaan partai. Perlembagaan UMNO dah cantik dah, cuma individu yang menjadi pemimpin UMNO yang merosakkan UMNO itu. PAS dan UMNO, sama sahaja, kedua-duanya mahukan Islam dari segi perlembagaan partai. Cuma UMNO menjadi sedikit penyeleweng setelah ia dipimpin oleh mereka yang jahil agama. Itu sahaja. Oleh itu, kita kena terus berada dalam UMNO untuk merobah UMNO dari dalam. Masalah UMNO adalah individu, bukan perlembagaan & dasar partai.

5. UMNO, bagi Lelaki Y, sedar dan mengakui bahawa hudud itu wajib, sistem sosial Islam itu wajib, sistem ekonomi Islam itu wajib, sistem pendidikan islam itu wajib, cumanya, masyarakat Malaysia (samada muslim atau non-muslim) masih belum bersedia untuk menerima sistem-sistem itu. Jika dibuat satu kajian menyeluruh (hanya kepada muslim, tak masuk non-muslim lagi) terhadap penerimaan masyarakat hukum hudud contohnya, Lelaki Y percaya, hanya berapa kerat sahaja masyarakat yang bersedia menerima hudud. Itu belum masuk kajian yang dibuat ke atas masyarakat non-muslim lagi! Oleh itu, pendekatan PAS yang begitu keras berkehendakkan hudud, negara Islam, dan sebagainya adalag terlalu ekstrim! Masayarakat moden di abad ke -21 tidak mungkin boleh menerima pendekatan ekstrim sebegini! Oleh itu, pendekatan yang diambil oleh UMNO adalah pendekatan mendidik masyarakat. Selangkah demi selangkah, bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang hudud, tentang Negara Islam dan sebagainya. Kita tidak boleh memaksa. Contoh, bolehkah kita memaksa wanita muslim memakai tudung? Adakah itu adil baginya? Tidak boleh! Itu adalah haknya dan kita perlu menghormatinya. Jalan terbaik adalah menyantuni dan menasihatinya secara perlahan-lahan dan berdoa moga suatu hari beliau dibuka pintu hatinya untuk menerima Islam. Inilah yang dibuat oleh UMNO selama ini, mendidik ummat. Kan indah begitu?

No comments:

Post a Comment