Salam,
Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang kawan berkenaan
dengan polemic perlantikan Menteri Besar Selangor selepas PRU ke-13. (Selepas Pakatan Rakyat memenangi Selangor
dengan majority yang lebih besar, berlaku sedikit “ribut di dalam cawan” sesame
pimpinan PKR tentang siapakah yang akan menjawat jawatan MB. Polemik ini
melibatkan dua tokoh besar PKR, Y. Bhg. Tan Sri Khalid dan Saudara Azmin Ali).
Lalu saya ditanya apakah pendapat PAS tentang polemic ini.
Lantas saya menjawab, untuk saya memberikan komen terhadap
soalannya, saya terpaksa memberikan satu penerangan yang panjang yang bersifat
pandangan menyeluruh, dan bukannya hanya satu response ringkas terhadap soalan
beliau. Beliau lalu bersetuju untuk bersabar dengan penerangan panjang saya.
Lantas bermulalah satu perjalanan yang panjang untuk memberikan faham…….
Saudara-saudari adik kakak,
Ugama yang kita anuti diberi nama ISLAM. Islam adalah satu
ugama yang agak berlainan dengan ugama-ugama lain di dunia ini. Ugama-ugama
lain, contohnya ugama Kristien mengajar umatnya bagaimana hendak menyembah
Tuhan pencipta. Dalam ugama Kristien, penganutnya diajar cara-cara menyembuh
Tuhan Jesus, Mary, dan Tuhan Roh Qudus.
Penganutnya diajar ke gereja, diajar berkasih saying dan sebagainya. Pendek
kata, ugama Kristien hanya mengandungi “Sistem Ibadah” sahaja. Ini berbeda
dengan Islam. Dalam Islam, kita juga diajar dengan Sistem Ibadah Islam, iaitu
cara-cara menyembah Tuhan (solatnya, puasanya, sadaqahnya, wudu’nya, solat
jenazahnya, bla, bla, bla…). Tapi Islam tidak terhenti hanya di situ. Di dalam
Islam, selain dari Sistem Ibadah, ia juga mengandungi system pendidikan, system
hiburan, system perundangan, system social, system ekonomi dan seluruh
system-sistem hidup yang melingkari hidup manusia. Pendek kata, Islam
mengarahkan penganutnya menjalani kehidupan di dunia ini dengan mengikuti acuan
system hidup yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Sebab itulah kita selalu dengar,
Islam ini sifatnya syumul, iaitu menyeluruh dan mencakupi segenap segi
kehidupan manusia.
Terdapat suara-suara nakal di kalangan para orientalis yang
berkata “jika dalam Islam dah ditentukan bagaimana manusia harus menjalani
kehidupan mereka, maka manusia tidak pelrukan otak untuk berfikir kerana
seluruh system hidupnya telah ditentukan oleh Tuhan. Manusia jadi macam robot
sahajalah”. Nakalnya mereka. Tuhan sebenarnya hanya menetapkan batasan besar
bagaimana system-sistem hidup berkenaan. Tentang persoalan teknikal diperingkat perlaksanaan, itu terpulanglah
kepada kebijaksanaan otak manusia untuk berfikir. Islam hanya menetapkan
struktur besar di mana manusia harus hidup.
Timbul pula persoalan lain. Mengapa pula Islam mahu
sibuk-sibuk menjaga system hidup manusia yang lain? Tidak cukupkah Islam hanya
menjaga system ibadah sahaja? Mengapa pula sibuk menjaga urusan hidup manusia
yang tiada kena mengena dengan ibadah, seperti bagaimana manusia harus
berekonomi, bersosial, berundang-undang, berhibur, berpendidikan, bernegara,
dan sebagainya? Mengapa Islam mahu menjaga tepi kain orang? Jaga system ibadah
kamu sudahlah!
Sahabat-sahabat,
Sebenarnya hidup manusia adalah dalam keseimbangan (in
balance). Dan dek kerana keseimbangan inilah, manusia menemui kesejahteraan
hidup, bahagia, dan tenang. Bagaimana mahu menjaga keseimbangan ini agar ianya
sentiasa seimbang? Keseimbangan hidup manusia dipengaruhi oleh system-sistem
hidup yang dijalani olehnya setiap hari. Jika si A menjalani system ibadah
dengan begitu tekun (tak pernah tinggal solat, berpuasa sunat tak tinggal dan
sebagainya), tapi oleh kerana system hiburan di negaranya masih mengekalkan system
hiburan hedonism (dan bukan system hiburan Islam), maka si A tidak tenteram
hatinya dan mungkin terjebak dalam gejala yang hina. Dan jika ia terjebak, maka
tidak tenanglah hatinya, rosaklah kehidupannya. Contoh yang lain. Katakanlah
Sistem Perundangan Islam telahpun dilaksanakan di Malaysia, namun system
ekonominya masih dikekalkan system ekonomi kapitalis. Sepertimana yang kita
ketahui, capitalism adalah satu system yang tidak ikhlas kepada umat manusia.
Ianya digunakan sebagai peluang untuk segolongan manusia mengut
keuntungan/kesenangan di atas kesusahan segolongan manusia yang lain. Jadi,
Hudud masih tidak akan mampu menyelesaikan permasalahan manusia kerana terdapat
manusia yang papa kedana yang terpaksa korup kerana survival hidup mereka.
Disebabkan contoh di ataslah, maka Islam itu bersifat
“Syumul”, iaitu menyeluruh. Ianya tidak terpisah-pisah (dilaksanakan separuh
dan ditinggalkan separuh). Islam yang dilaksanakan secara “separuh-separuh” ini
tidak akan mampu menyelesaikan permasalahan hidup manusia. Pendek kata, Islam
“separuh masak” ini tidak akan menyerlahkan keagungan/keindahan Islam yang
sebenar. Jadilah ia hanya suatu ugama untuk menyembah Tuhan semata-mata,
sepertimana ugama Kristien.
Kawan-kawan saya,
Kita kena faham satu perkara penting apabila berbicara
tentang system-sistem hidup Islam sepertimana yang saya terangkan di atas.
Sistem Ibadah Islam (solatnya, puasanya, zakatnya, hajinya, bla, bla) WAJIB
hukumnya. Maka, system perundangan Islam (hudud, qisas, ta’zir) juga WAJIB
hukumnya. Maka, system ekonomi Islam (muamalat) juga wajib hukumnya. Maka,
system hiburan Islam juga WAJIB hukumnya. Maka, system pendidikan Islam juga
WAJIB hukumnya. Dan kesemua system-sistem hidup Islam yang mencakupi seluruh
segi kehidupan manusia juga wajib hukumnya, sepertimana system ibadah tadi.
Malangnya kita umat melayu hanya diajar bahawa solat itu wajib, tapi Hudud itu
tak wajib, zakat itu wajib, tapi menjauhi riba (system ekonomi Islam) itu tidak
wajib, puasa wajib tapi system social Islam tak wajib. Malang sekali bagi umat
ini.
Teman-temanku,
Jadi didasarkan di atas pemahaman inilah Gerakan-gerakan
Islam di seluruh dunia (di Mesir, namanya Parti Ikhwan Muslimin. Di Indonesia,
namanya Parti PKS. Di Tunisia, nama Parti An-Nahdah. Di Malaysia, namanya Parti
PAS, dan banyak lagi) menceburi politik.
Timbul pula satu persoalan lain: Kenapa politik? Tidak bolehkah Parti Ikhwan
Muslimin di Mesir atau Parti PAS di Malaysia memperjuangkan system-sistem hidup
Islam tadi melalui jalan NGO contohnya sepertimana ABIM? Mengapa perlu
bersusah-payah join politic sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat?
Jawapannya senang sahaja wahai tuan yang budiman. Perlaksanaan system-sistem
hidup tadi hanya boleh dilaksanakan melalui peruntukan undang-undang. Hudud,
contohnya tidak boleh dilaksanakan oleh ABIM, kerana ABIM tiada kuasa politik
yang diberi mandate untuk membahaskan undang-undang di Parlimen. Itu contoh
mudah.
Kemudian, setelah kita faham apa itu Islam dan mengapa
Gerakan Islam join politic, tibalah pula masa untuk zoom kepada suasana politic
setempat di setiap Negara. Gerakan-gerakan Islam tadi, selepas memahami
objektif besarnya, setelah jelas idealismenya, perlulah pula menyesuaikan
strategi politiknya dengan keadaan setempat semasa. DI Malaysia, Gerakan Islam
di sana (diberi nama PAS) telah berpakat dengan sekelompok parti politik
bersifat secular (PKR dan DAP=PR) untuk menghadapi sekelompok parti politik
nasionalis (BN). Mengapa PAS berpakat
dengan PR dan bukan BN? Itu adalah strategi setempat Gerakan Islam. Adalah terpulang pada mereka untuk berpakat
dengan sesiapa jua yang mereka rasa matlamat besar mereka tadi lebih mempunyai
peluang yang lebih luas untuk dilaksanakan dengan berpakat dengan pihak-pihak
tertentu.
Kita kena faham roh sesebuah Gerakan Islam. Apabila PAS
berpakat dengan PR melawan BN, itu tidaklah pula bermakna PAS memusuhi BN dan
bersahabat dengan PR, tidak! PAS adalah sebuah Gerakan Islam. Gerakan Islam
tonggak utamanya adalah dakwah. Now, bagaimana untuk laksanakan dakwah itu?
Dakwah itu banyak cara – adakalanya kita merayu, adakalanya kita memujuk,
adakalanya kita lembut, adakalanya kita menggertak, adakalanya kita marah,
adakalanya kita keras – ini semua dakwah. Matlamat akhirnya – membawa BN
mahupun PR kepada Islam yang syumul. Tekniknya mungkin berbeza, tapi
matlamatnya adalah sama. Sebab itu kita selalu dengar Ustaz Nik Aziz atau Ustaz
Hadi sentiasa berkata pintu muzakarah sentiasa terbuka, 24 jam sehari semalam.
Sahabatku yang bertanya tadi,
Persoalan siapa MB di Selangor hanyalah soal kecil tengit
bengit yang hanya melibatkan soal teknikal dan permainan politik. PAS ada
agenda yang jauh lebih besar dari itu. PAS harus bijak dalam permainan politik
ini dengan sahabat-sahabatnya yang bersifat secular tadi (PKR dan DAP). Mungkin
strateginya mengalah dulu atau bagaimana, itu terpulang pada kebijaksanaan
pimpinan PAS.
Nantikan pengamatan saya tentang “Persatuan Melayu (PAS dan
UMNO) dalam entri saya selanjutnya. Tungguuu…….