Monday, May 30, 2011
Rasulullah
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran
Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamalsunnah mu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kami dicaci dihina
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
Saturday, May 21, 2011
Politik Gerakan Islam
Ramai orang berpendapat bahawa tidak menguasai dua pertiga kerusi di Parlimen adalah tidak bagus kerana keputusan tidak dapat dicapai dengan cepat dan segala perancangan parti pemerintah akan tergendala disebabkan tentangan dari partai pembangkang.
Sebenarnya, mempunyai parti pembangkang yang kuat adalah bagus kepada system demokrasi sesebuah Negara. Parti pembangkang yang kuat akan bertindak sebagai penyaring kedua kepada keputusan-keputusan kerajaan, dan ini adalah baik. Perbincangan akan menjadi lebih panjang dan keputusan yang diambil akan menjadii lebih tepat dan berkesan. Mempunyai pembangkang yang jumlahnya kecil akan menjadikan Partai Pemerintah tidak mempunyai “check and balance” yang baik dalam membuat keputusan. Unsur penyelewengan dan integrity akan menjadi kuat jika parti pemerintah diberi mandate yang terlalu besar untuk: membuat dan meluluskan dasar.
Keadaan ini hanya akan menjadi benar jika suasana politik dan iklim politik sesebuah Negara adalah matang. Kesemua partai-partai politik di sesebuah Negara mengamalkan politik permuafakatan. Namun ini tidak terjadi di Malaysia. Partai politik di Malaysia masih lagi mengamalkan politik kebudak-budakan, politik permusuhan, dan politik yang tidak matang. Dalam suasana politik yang sebegini tidak matang, memanglah partai-partainya akan merasa tidak selesa jika ada partai yang menjadi pencabar utama mereka.
Di Malaysia, saya Nampak hanya stau partai sahaja yang menonjolkan sifat matang dan paling berhemah tinggi, iaitu PAS. Lihat sahaja isu UG, PAS yang mencadangkannya meluhat kepada keperluan orang melayu untuk mengekalkan kuasa politik mereka. Cadangan ini diberikan walaupun PAS sedar, cadangannya itu akan menimbulkan kegusaran di kalangan partai-partai dalam PR. Ini hanya satu contoh kecil, banyak lagi contoh-contoh lain.
What A Beautiful Day
Dear friends,
The morning sky has been really kind to me this past fortnight. The weather is quite cold in the evening with breezing rains and occasionally accompanied by storms, but in the morning, the sky has reveal its utmost beauty, showing its most beautiful clouds, with its most genuine white colour and the purest morning lights, shining through my office room.
What a day to begin work.
Wednesday, May 18, 2011
Of Ethics
But ethics has now gain weightage as an important variable for businessmen, especially in a post-enron business calamity era. Companies are now looking for an ethical business partner to ensure a "sustainable" profit during the coming years. Investors are looking for an ethical countries to invest. HR managers are now incorporating ethical values as one of their recruitment processes. The word "corporate governance", "transparency", "intregrity", "the rule of law" have gain popularity as we cruise our way past the second world economic's catasthropy, after the first a century ago in 1920.
The reason I wrote on ethics is to emphasis how important it is in our daily life. Malaysia would have being a developed country long ago if everybody done their part and stayed away from unethical deeds. Malaysia is a resource-based nation. We have copper, petroleum, gas, timber and even gold unlike Singapore who used to be a green field. The reason why we have been so lef behind is because of the so called "ketirisan", "rasuah" which lead to unefficient distribution of resource. What a waste.
Friday, May 6, 2011
Kasih Ibu

Pembaca-pembaca blog yang saya kasihi semuanya,
Esok adalah 8 Mei 2011 di mana kita semua akan menyambut Hari Ibu di seluruh dunia. Tidaklah pula saya menelusuri sejarah melihat bagaimana bermulanya Hari Ibu itu disambut. Namun, apa yang pasti adalah ianya berasal dari Negara Barat.
Sebagaimana biasa, perayaan Hari Ibu akan disambut dengan penuh keinsafan dan kesyahduan. Saya lihat banyak iklan di Televisyen yang menyiarkan tentang topik "ibu" ini. Kesemuanya berrendamkan air mata. Pendekatan syahdu dan tangkap leleh ini sangat berkesan untuk menarik minat pasaran. Saya masih ingat satu iklan di T.V di mana dinyanyikan sebuah lagu menyintai Ibu bilamana seorang anak kecil berlario-lari untuk memeluk ibunya smabil menangis untuk menunjukkan kecintaan kepada ibunya. Di akhirnya, mesej iklan tersebut adalah, "belilah susu kami". Wah, nampaknya perayaan Hari Ibu nampaknya sudah dikomersilkan sebegitu rupa untuk kepentingan golongan kapitalis pula!
Maka saya kira ramailah anak-anak muda yang akan menelefon ibu-ibu mereka pada malam ini jam 12.01 pagi dengan memohon maaf sambil menangis terseu sedana dan adkan ada pula yang menelefon Hot fm contohnya memberikan pelbagai ucapan selamat untuk para ibu. Bagaimana pula dengan anda sder? Saya? Awak bertanya kepada saya ke (sambil tangan menunjuk kepada dada sendiri dan kepalaberpaling ke kiri dan kanan melihat orang sebelah). Sder juga akan menelfon ibu saya, tapi bukana kerana esok adalah Hari Ibu. Saya akan menelefon beliau kerana mengikut rutin harian saya sebagai mana yang telah saya lakukan sejak lama dulu.
Saya menyintai Ibu saya, hanya kerana Allah. Bukan itu sahaja, malah saya bersahabat, saya berjiran, saya berkahwin, saya beranak pinak, saya menyertai gERakan Islam, saya memangkah partai Islam, saya hidup, saya mati - kesemuanya saya lakukan hanya kerana Allah. Hanya kerana Allah.
Inilah yang dikatakan "cara hidup muslim" yang sebenar. Hari Ibu adalah "alat" untuk mencapai "matlamat", iaitu keredhaan Allah. Begitu juga, Gerakan Islam hanyalah "alat", bukan "matlamat". Matlamat pendokong Gerakan Islam adalah bukan untuk memastikan PAS menang. Tapi matlamat utamanya adalah tidak lain dan tidak bukan untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata.
(oppssss, tak sengaja termasuk bab politik pula, hehehe)
Ibu sememangnya banyak berjasa kepada kita semua. Kita dibelai, disayangi, dan dimanjai setiap masa. Jika diikutkan, Ibu adalah antara insan yang paling banyak berjasa kepada kita semua. Namun, selain dari Ibu, masih ada seorang lagi yang lebih banyak berjasa dari Ibu. "Beliau" menyerahkan segala-galanya untuk kebahgiaan kita semua, tanpa mengharapkan sedikit pun balasan dari kita semua. Beliau sabar, menyantuni setiap karenah kita. Kita dekat kepadanya, "beliau" akan lebih dekat kepada kita. Kita jauh dengannya pun, "beliau" masih lagi berusaha untuk dekat dengan kita. Kita banyak berdosa dengannya pun, "beliau" hanya tersenyum sambil menganggap kita hanya budak-budak nakal yang tidak lari dari kesilapan. Baiknya "orang" ini. Siapakah "beliau"? "Beliau" adalah ALlah, Tuhan kita sendiri. Allah memberi tanpa mengharapkan kita membayar segala jasanya. Udara, nikmat anggota badan, nikmat tidur, nikmat seks, nikmat makan, diberi oleh Allah dari kita kecio hinggalah dewasa dan tua, tanpa diminta apa-apa bayaran pun. Baik tak Tuhan kita? Ya Allah, banyak jasaMu padaku.
Monday, March 21, 2011
Kegagalan Sistem Hidup Bersandarkan Kepada Fahaman Nasionalisme Kebangsaan
Negara kita Malaysia adalah sebuah negara yang dibina di atas dasar negara multi-bangsa yakni pelbagai bangsa (dan agama) berjuang untuk memartabatkan satu negara, iaitu Malaysia. Itulah prinsip bernegara di negara kita ini. Lalu diciptakan Rukun Negara untuk menangkap kesemua bangsa-bangsa dan agama-agama yang pelbagai ini agar duduk bersatu membina negara.
Maka, fahaman nasionalisme kebangsaan telah menciptakan sistem hidup mereka sendiri untuk menyesuaikan dengan keadaan negara yang pelbagai bangsa, agama, dan adat itu. Dalam sistem beribadah, alhamdulillah, fahaman nasionalisme kebangsaan telah menceduk sistem hidup Islam 100%. Ianya bolehlah dianggap sempurna (dengan pembinaan masjidnya, Tabung Hajinya, Pusat Pungutan Zakatnya, dll). Dalam sistem pendidikan, fahaman nasionalisme kebangsaan membuat keputusan untuk mencampur adukkan antara sistem acuan islam dan sistem acuan barat. Dalam sistem hiburan pula, amat ketara, sistem acuan barat diambil secara 100%. Begitu juga dalam sistem sosial, kita meniru sistem barat dengan mencampur adukkannya sedikit dengan adat resam budaya timur agar kelihatan ”agak manis”. Begitulah sistem hidup acuan fahaman nasionalisme kebangsaan ini. Saya faham, mungkin pemikir-pemikirnya dahulu berpendidikan barat dan tidak mempunyai kesedaran beragama yang tinggi. Mereka ini memerah otak untuk menciptakan dasar dan polisi bernegara (beserta dengan sistem-sistem hidupnya) untuk disesuaikan dengan keadaan Negara Malaysia yang pelbagai kaum dan agamanya. Ia tentunya sukar buat mereka. Saya yakin, mereka ini ikhlas untuk melihat Malaysia aman, sentosa, bahagia dan maju. Namun, disebabkan kejahilan, mereka tidak nampak bahawa Islam juga mempunyai solusinya sendiri dalam permasalahan hidup manusia. Moga Tuhan mengampunkan dosa mereka semua.
Kegagalan sistem hidup anjuran Nasionalisme Kebangsaan
Setelah sekian lama, kecacatan sistem-sistem hidup anjuran fahaman nasionalisme kebangsaan ini mula kelihatan, sedikit demi sedikit. Dalam sistem sosial, kejadian fitnah memfitnah berlaku pada peringkat yang paling atas dan amat menjijikkan. Isu tuduhan memalukan seks luar tabie kepada Saudara Anwar Ibrahim dan isu video seks yang panas sekarang adalah bukti yang paling nyata kegagalan sistem sosial anjuran fahaman nasionalisme kebangsaan. Fitnah dan tuduhan memalukan disiar di dalam media setiap hari, muka depan, bahagian utama. Di samping itu, keruntuhan institusi kekeluargaan yang menjadi-jadi di Malaysia juga adalah bukti yang nyata sistem sosial anjuran fahaman nasionalisme kebangsaan telah gagal. Masyarakat melayu muslim bercerai dengan begitu hebat (statistiknya saya lupa), hampir setiap jam. Budaya tidak bertegur sapa di kawasan kejiranan, perbuatan sumbang dengan jiran, rakan sepejabat, dan teman sosial adalah bukti sistem sosial anjuran fahaman nasionalisme kebangsaan ini telah gagal, gagal segagal-gagalnya!
Suatu ketika dulu, kita digemparkan dengan pengedaran video aksi seks di surau oleh anak-anak sekolah menengah kita di Sarawak. Sebelum itu, kejadian anak sekolah mengandung dan bersalin di sekolah juga kerap kali kita dengar seperti di Kedah. Kita juga telah mendengar budaya samseng di sekolah. Pergaduhan dengan pedang dan golok di sebuah sekolah di Terengganu, pembunuhan, budaya mengugut guru dan bermacam-macam lagi. Ini menunjukkan sistem pendidikan anjuran fahaman nasionalisme kebangsaan telah gagal! Mungkin sistem pendidikan ini berjaya melahirkan manusia yang pintar (saya berkata mungkin), tapi ternyata ia telah gagal melahirkan manusia yang bertaqwa. Sistem pendidikan kita telah gagal.
Saudara-saudara semua,
Islam adalah satu pakej sistem hidup yang diturunkan kepada manusia. Ianya merupakan satu sistem yang saling berantai antara satu sistem hidup dengan sistem hidup yang lain. Perbuatan mengambil satu sistem hidup dan meninggalkan satu sistem hidup yang lain akan menjahanamkan keseluruhan pakej tadi. Pakej ini tidak boleh diambil sekerat-sekerat, ia akan gagal. Mengambil hanya sistem ibadah, tapi meninggalkan sistem sosial acuan Islam akan menjahanamkan keseluruhan sistem hidup tadi. Ibarat ubat yang diberi oleh doktor jika kita sakit. Doktor telah memberikan beberapa jenis ubat yang hanya akan berkesan jika diambil secara pakej, sesuai dengan sakit yang kita alami itu. Namun, jika balik di rumah, kita hanya mengambil ubat demam sahaja, dan membuang ubat antibiotik yang diberi oleh doktor tadi, sakit kita tidak akan hilang. Ia hendaklah diambil secara pakej kerana pakej tadi telah LENGKAP. Tidak boleh kurang atau lebih.
Kegagalan sistem hidup acuan fahaman nasionalisme kebangsaan ini juga adalah sama dengan kegagalan sistem hidup acuan barat. Barat, dengan buta agama mereka telah meraba-raba mencari kesejahteraan hidup. Lalu mereka mencipta pelbagai ideologi yang diharapkan memberikan mereka kebahagiaan. Masyarakat barat sangat terpengaruh dengan faham teori evolusi oleh Darwin. Mereka merasakan segala yang berubah akan sentiasa membawa kepada kebaikan. Ideologi inilah yang sebenarnya mencetus kepada Renaissance yang masyhur itu. Ideologi inilah juga yang membentuk pemikiran barat terhadap teori-teori asas demokrasi dan hak asasi manusia. Namun, Barat telah tersilap. Kebahagiaan tidak akan dicapai dengan kebebasan untuk memilih. Realiti keadaan di Barat kini membuktikan teori ini telah gagal. Kebahagiaan abadi hanya akan tercapai melalui jalan agama.
Saudara-saudara semua,
Yang menjadi kehairanan bagi saya adalah mengapa dan kenapa masih ada lagi manusia yang ingin mempertahankan sistem hidup acuan fahaman nasionalisme kebangsaan ini walaupun ia telah terbukti gagal. Ia gagal dan buktinya ada di depan mata. Dalam sebuah kitab karangan AL-Qardawi yang berjudul ”Halal & Haram Di Dalam Islam”, penulis mengatakan yang halal itu banyak dan yang haram itu sangat sedikit. Namun, menjadi lumrah manusia berkehendakkan yang sedikit itu. Dalam banyak-banyak sistem yang halal, sistem yang dilarang itulah juga yang dimahunya. Pelik sungguh manusia ini. Jikapun kita telah berjaya meyakinkan mereka, mereka masih juga mahu dikekalkan sistem hidup acuan fahaman nasionalisme kebangsaan sebagai pilihan untuk memilih. MasyaAllah....mereka tetap mahukan sistem acuan fahaman nasionalisme kebangsaan ada. Seolah-olah mereka berkata ”Tak mengapalah, saya mahu ia dikekalkan juga sebagai alternatif pilihan. Sesiapa yang mahukan sistem Islam boleh pilih sistem Islam, dan sesiapa yang mahukan sistem acuan fahaman nasionalisme kebangsaan, bolehlah memilih”. Sampai begitu sekali kecintaan mereka terhadap sistem hidup acuan fahaman nasionalisme kebangsaan. Umpama cinta pandang pertama, mereka masih tidak dapat melupakan sistem tersebut.
Orang yang cerdik akan sentiasa memilih sistem hidup yang ternyata berjaya. Hanya orang bodoh sahaja yang memilih (atau mahukan pilihan) sistem yang terbukti gagal!
Sunday, March 20, 2011
Mengapa Lelaki Y Masih Menyokong UMNO?
Antara Maghrib dan Isyak semalam. Dalam renyai hujan yang membasahi bumi Masjid Ar-Rahman, seperti biasa, sder telah mengadakan satu lagi pertemuan dengan seorang lagi Forumer TKO, Lelaki ”Y”. Lelaki Y adalah seorang pendokong Gerakan Nasionalis Kebangsaan, UMNO.
Berikut adalah sinopsis pegangan Lelaki Y dalam arena politik tanahair:
1. Lelaki Y mempercayai bahawa PAS adalah sebuah Gerakan Islam dan dasar dan polisi perjuangan PAS adalah benar di sisi agama. Itu tiada perselisihan bagi Lelaki Y. Yang menjadi masalah bagi beliau adalah pendekatan ”keras” dan ”bermusuh” yang diambil oleh Gerakan Islam dalam menyantuni pemerintah sedia ada sekarang (yang juga beragama Islam). Ini yang menjadi masalah kepada Lelaki Y. Disebabkan tidak bersetuju dengan pendekatan keras inilah, Lelaki Y mengundi UMNO.
2. PAS, bagi Lelaki Y, seharusnya mengambil pendekatan berhemah dan lembut dalam menyantuni UMNO, kerana UMNO itu jahil dan menjadi kewajipan mereka yang berilmu (seperti ustaz-ustaz di dalam PAS) untuk mendakwahi dan mentakirahi UMNO. Mengambil pendekatan memarahi, mengherdik, dan menghina akan menjauhkan lagi UMNO dari Islam. Kasihan UMNO. Yang bersalah adalah PAS kerana tidak bersantun dalam dakwah dan yang benar adalah UMNO kerana mereka jahil (jahil bukanlah satu kesalahan kerana mereka tidak diajar, tidak diasuh, nak buat camana?). Yang menjadi mangsa adalah UMNO, dan yang menjadi pemangsa adalah PAS.
3. Lelaki Y menempelak pendokong PAS bahawa tempoh 50 adalah satu tempoh yang lama dalam mengharapkan perubahan dalam UMNO kepada Islam. 50 tahun adalah satu tempoh yang singkat sebenarnya dalam pembinaan sesebuah negara. InsyaAllah, jika diberi lagi tempoh 50 tahun akan datang, UMNO akan berubah menjadi sebuah Gerakan Islam, dan PAS WAJIB membantu UMNO dalam melakukan perubahan ini, bukannya mengambil jalan memusuhi UMNO. PAS sepatutnya membantu UMNO untuk berubah!
4. Bagi Lelaki Y, PAS adalah benar di sisi agama, dan UMNO juga tidaklah salah di sisi agama. PAS dan UMNO adalah sama, kedua-duanya adalah partai baik-baik dah ikhlas untuk berkhidmat kepada orang melayu. Yang menjadi masalah kepada UMNO adalah individu-individu yang dilantik menjadi pemimpin di dalam UMNO yang korup, perasuah, kaki betina, gila pangkat. Individu yang menjadi masalah, bukan perlembagaan partai. Perlembagaan UMNO dah cantik dah, cuma individu yang menjadi pemimpin UMNO yang merosakkan UMNO itu. PAS dan UMNO, sama sahaja, kedua-duanya mahukan Islam dari segi perlembagaan partai. Cuma UMNO menjadi sedikit penyeleweng setelah ia dipimpin oleh mereka yang jahil agama. Itu sahaja. Oleh itu, kita kena terus berada dalam UMNO untuk merobah UMNO dari dalam. Masalah UMNO adalah individu, bukan perlembagaan & dasar partai.
5. UMNO, bagi Lelaki Y, sedar dan mengakui bahawa hudud itu wajib, sistem sosial Islam itu wajib, sistem ekonomi Islam itu wajib, sistem pendidikan islam itu wajib, cumanya, masyarakat Malaysia (samada muslim atau non-muslim) masih belum bersedia untuk menerima sistem-sistem itu. Jika dibuat satu kajian menyeluruh (hanya kepada muslim, tak masuk non-muslim lagi) terhadap penerimaan masyarakat hukum hudud contohnya, Lelaki Y percaya, hanya berapa kerat sahaja masyarakat yang bersedia menerima hudud. Itu belum masuk kajian yang dibuat ke atas masyarakat non-muslim lagi! Oleh itu, pendekatan PAS yang begitu keras berkehendakkan hudud, negara Islam, dan sebagainya adalag terlalu ekstrim! Masayarakat moden di abad ke -21 tidak mungkin boleh menerima pendekatan ekstrim sebegini! Oleh itu, pendekatan yang diambil oleh UMNO adalah pendekatan mendidik masyarakat. Selangkah demi selangkah, bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang hudud, tentang Negara Islam dan sebagainya. Kita tidak boleh memaksa. Contoh, bolehkah kita memaksa wanita muslim memakai tudung? Adakah itu adil baginya? Tidak boleh! Itu adalah haknya dan kita perlu menghormatinya. Jalan terbaik adalah menyantuni dan menasihatinya secara perlahan-lahan dan berdoa moga suatu hari beliau dibuka pintu hatinya untuk menerima Islam. Inilah yang dibuat oleh UMNO selama ini, mendidik ummat. Kan indah begitu?