Wednesday, May 9, 2012

Ad-Deen and Citizenship

Saudara pembaca blog saya yang sangat disayangi,

Tajuk di atas adalah satu tajuk kecil yang disiarkan di dalam akhbar The Sun, keluaran 10 May 2012, tulisan Dr. Chandra Muzaffar, mantan Timbalan Presiden (atau Naib Presiden?) Parti PKR.

Di dalam kolumnya itu, Dr. Muzaffar menulis tentang Islam sebagai satu cara hidup. Beliau mengakui bahawa Islam itu bukan hanya satu ugama, tapi merupakan satu cara hidup. Dan beliau berpendapat, tafisran terhadap perkataan "cara hidup Islam" adalah pelbagai di dalangan rakyat Malaysia. Ada rakyat yang menafsirkan "cara hidup Islam" sebagai solat, puasa, zakat dan Haji. Ada pula rakyat Malaysia yang menafsirkan "cara hidup Islam" sebagai bukan sahaja merangkumi solat dan puasa, tapi turut merangkumi sistem-sistem hidup yang lain juga. Dr. Muzaffar menerangkan bahawa penafsiran yang berbeza ini sangat dipengaruhi oleh golongan "ulama'" yang sangat berkuasa membentuk bentuk pemikiran rakyat di Malaysia, menurut pandangan Dr. Muzaffar. Lantas Dr. Muzaffar seakan mengkritik golongan ulama' yang terlalu ketat menfasirkan makna "cara hidup Islam" ini dengan alasan, tafisran ketat mereka telah menyebabkan gangguan terhadap kerukunan kenegaraan di Malaysia. Tafsiran ketat di sini membawa maksud, menekankan Islam sebagai WAJIB memperjuangkan/memaksakan perlaksanaan hukum-hukum Islam (sistem pendidikan Islam, sistem hiburan Islam, sistem perundangan Islam, dll) terhadap seluruh rakyat Malaysia dengan tidak memberi ruang kepada alternatif-alternatif sistem-sistem hidup tafsiran idelogi yang lain.

Dr. Muzaffar kemudiannya menekankan bahawa perjuangan ulama'-ulama' yang konservatif dan ortodoks ini telah menyebabkan "gangguan" terhadap kerukunan bermasyarakat di Malaysia yang bebrilang ugama, kaum, dan budaya. Beliau berkata perlaksanaan Islam secara total dan ketat akan menekan masyarakat non-muslim sehingga memaksa mereka menerima Islam (politically and marginally press the non-muslim society into accepting Islam as a religion).

Kenyataan Dr. Muzaffar ini mengingatkan saya terhadap satu diskusi yang pernah saya buat dengan seorang pastor Kristien. Beliau berhujjah bahawa Nabi Muhammad s.a.w bukanlah seorang Nabi, tapi hanya merupakan seorang pemimpun politik yang pintar. Beliau berkata Rasulullah telah mempengaruhi masyarakat arab di Madinah ketika awal hijrah untuk marginalised kaum Yahudi yang menguasai ekonomi Madinah ketika itu. Beliau berkata lagi, Rasulullah telah menggunakan semangat kearaban baginda (assobiyyah) untuk mendapatkan sokongan arab-arab badwi dan menyatukan mereka lantas memperkenalkan ugama baru (Islam) di Madinah. Masyarakat Yahudi, walaupun tidak dipaksa untuk memeluk Islam secara langsung, namun mereka ditekan secara politik di marginalisedkan, dan akhirnya mereka ini terpaksa samada memeluk Islam atau keluar dari Madinah. Begitulah kata pastor Kristien yang berhujjah dengan saya tersebut. Kata-kata Dr. Muzaffar di atas mengingatkan saya tentang sesi penghujahan saya dengan pastor tersebut.

Tulisan Dr. Muzaffar tersebut menunjukkan kejahilan beliau terhadap ugama beliau sendiri, Islam. Tulisan beliau menunjukkan beliau jahil sekali apa maknanya "Negara Islam" dan bagaimana bentuknya "Negara Islam" itu. Beliau menjangkakan "Negara Islam" adalah sebuah "negara Taliban" di mana semua warganya dipaksa mengikut norma bermaysrakat yang dikawal ketat oleh ugama. beliau menfasirkan "Negara Islam" sebagai sebuah negara teokrasi yang menolak kreativiti individu, menolak perbezaan pendapat, menolak kebebasan bersuara, sebuah negara pengintip yang memasang alat-alat intipan merata tempat, dan sebuah negara yang berperdana menterikan para Mullah dan Rabbi yang wajib ditaati seperti Tuhan.

Kamu ketinggalan sampan wahai Dr. Chandra Muzaffar!

No comments:

Post a Comment