Wednesday, May 9, 2012

Kawan Saya Jamal

Pembaca Blog yang saya hormati sekalian,

Saya ada seorang kawan. Nama kawan saya adalah Jamal. Dulu, semasa di kampus, Jamal adalah salah seorang pemimpin Gerakan Pelajar yang sangat aktif. Corak pemikiran beliau adalah 100% PAS semasa itu. Beliau menyokong PAS bukan kerana ta'asub atau membabi buta (taqlud), tapi beliau menyokong PAS kerana faham.

Baru-baru ini saya berjumpa kembali dengan Jamal. Jamal dah seaktif dulu. Malah, beliau tidak lagi menyokong PAS. Tapi beliau tak pula sokong UMNO. Beliau menyendiri, tak aktif, tak bersemangat seperti dulu. Kenapa ngn ko Jamal?

Jamal kata semasa di kolej, beliau begitu berpegang teguh dengan idealisme PAS. Beliau kenal PAS sebagaimana beliau kenal Islam. Tapi bila dia habis belajar dan bergraduasi dan bercampur dengan pendokong PAS di dunia sebenar, pandangan Jamal terhadap PAS telah berubah. Jamal berkecimpung dengan pendokong PAS di kampung yang cetek ilmu tapi kuat semangat, lalu Jamal kenal PAS ni kuat mencaci/menghina orang dan suka bergocoh. Jamal berkecimpung dengan pendokong PAS di peringkat negeri, lalu Jamal kenal PAS ni kuat politiking, kurang tarbiyah dan dakwah. Jamal berkecimpung dengan YB-YB PAS, lalu Jamal kenal PAS ni tiada integriti, suka buat claim palsu. Pandangan Jamal terhadap PAS dah berubah, tak macam dulu.

Saudara-saudara semua,
Teruk kan kawan saya Jamal ni? Sebenarnya ini adalah pengalaman yang saya rasa semua dari kita pernah dengar. Pendokong Gerakan Islam ni, pelbagai latarbelakangnya. Ada yang membawa teksi, dia suka Islam tapi ilmu tiada, lalu dia sokong PAS. Ada yang kerja kampung, sekolah sampai tingkatan 3, tapi dekat dengan suaru dan berminat dengan politik, lalu dia sokong PAS. Ada yang belajar sampai universiti, kerja kat KL sebagai Eksekutif Perakaunan, kekadang tetringgal solat sebab sibuk, tapi suka kepada program-program islamik, lalu dia sokong PAS. Ada pula yang belajar ugama, istiqamah dengan ugama, faham ugama, lalu dia sokong PAS. Ada juga yang bergelar profesor fizik, dalam ilmunya, cintakan Islam, lalu dia sokong PAS. Penyokong dan simpatisan PAS ni pelbagai jenis. Ada yang baik, ada yang tak berapa baik, ada yang sangat baik, ada yang biasa-biasa aje baiknya.

Lalu mengharapkan kesemua pendokong PAS yang pelbagai latarbelakang ini menjadi baik semuanya, adalah tidak adil sama sekali. Kita kena realistik dan tidak terlalu idealistik. Di sinilah tugas kita sebagai da'ie, mentarbiyah sahabat, memanggil sahabat dan mengajak sahabat kita agar menjadi baik semuanya. Islam ni ugama dakwah. Dia nak semua orang jadi baik.

Kepada Saudara Jamal,
Taknak sokong PAS tak mengapa. Yang penting Jamal jadi orang baik. Kalau Jamal tidak percaya kepada jalan politik sebagai wadah perjuangan, tak mengapa. Teruskan dengan cara Jamal. Kita semua satu kapal, satu team. Jamal dengan cara Tabligh Jamal, saya dengan cara politik saya. Masing-masing bantu membantu memenangkan Islam.

Jangan pula semasa pilihanraya Jamal pangkah dacing pula. Tabligh apa camtu, sokong sekularisme, kezaliman!

No comments:

Post a Comment